Thursday, November 11, 2010

EXERCISE KAKI SELEPAS MAKAN

AHAD, 06 NOVEMBER 2010



Kesinambungan dari entry sebelumnya. Lambat pulak sambungnyer kan. Aku demam dan batuk. Baru jer balik kerja hari ni selepas 2 hari MC. Ni pun rasa ada pening-pening lalat lagi. Tunggu ler aku sihat sikit, aku kejar lalat-lalat tu semua. Mak aku cakap aku tak cukup rehat. Betul kut, duk asyik berjalan jer kerja melayan permintaan anak-anak sejak raya Deepavali hari tu, sedangkan badan dah tak semuda dan sekuat dulu lagi. Balik kerja pun pukul 8 lebih baru sampai rumah. Doakan aku pulih seperti sediakala yer :) Tapi rasanyer okay lagi kut. Tahun ni kiranya this is my first MC. Baru aku perasan aku tak pernah ambik MC lagi untuk tahun ni... hikhikhik



Lepas makan Pizza kita orang buat exercise kaki. Dari Old Wing OU pergi New Wing OU carik MPH BookStore. Tempat wajib singgah ni, bukan nyer apa pun. Ambik satu buku, carik pot baik punyer ... duduk ler situ paling kejap 1/2 jam. Buat macam Library sendiri. Bukan kita orang jer macam tu, majoriti nyer pun duk melepak carik sudut baik punya baca buku.




Padahal masa kat sebelah Pizza tu ada Popular Book Store kan, tapi MPH jugak yang jadi pilihan kita orang, biar pun terpaksa menapak jauh. Mungkin sebab MPH ni lagi besar dari Popular Book Store kut. Dan lagi satu sebab Popular tu banyak sangat buku bahasa Cina ... tu yang tak berkenan tu. Lagi pun kat MPH ni ada jual mainan. Yang itu Aran yang suka. Siap datang show-off kat aku Pistol Nerf kegemaran dia. Aku lak naik kesian dia kat dia. 3 minggu berturut-turut pujuk aku benarkan dia beli NERF. Okaylah Aran, kau berjaya cairkan hati mak. Kita carik kat 'Toys'R'Us' jap lagi yer.



Dah puas duk MPH, anak-anak aku ni boleh dahaga balik. Turun bawah carik Cold Storage. Iqa dengan Kak Long lak masuk Butik Kitschen. Iqa terberkenan lalu telah membeli satu seluar di situ. Sementara tu kita orang lalu kat satu butik ni, nampak ler Benda kat atas tu. Memula Aran nak ambik gamba MACHO kat situ, tapi kesian dia tak cukup tinggi .... hehehehehe. Tak sampai kepala dia kat ruang tu. Hilman lak ngam-ngam jer .... nampak Macho ler tu, siap ada bulu-bulu lagi kat dada dengan lengan.


Kami kembali ke Old Wing OU selepas itu.
Masuk Toys'R'Us balik carik kaunter jual NERF.
Berlambak-lambak kau benda ni.
Kegilaan Aran dan Hilman lah ni.


HIS FIRST NERF

Happy tak terkata Aran. Senyum dan gigi ler sebagai bukti. Setelah lama menanti tu ... Aku siap kata "Aran, malam ni mesti tido dengan Nerf kan" Memang betul pun, elok terletak sebelah katil ... hehehehe. Kami keluar dari OU dalam pukul 3 lebih. 5 Jam kat OU sahaja ... lama tu. Keluar carik Public Bank di Damansara Up-Town. Baru jumpa mesin yang tak rosak. Dan singgah solat Zohor kat masjid sebelah Damansara Up-Town. Lepas tu terus ke Klang... balik umah nenek :)



Sampai rumah nenek ... nenek lak tak ada umah. Huk huk huk ... kita orang siap beli pisang goreng dengan keropok lekor nak kasik nenek lah konon. Lastly kita orang yang makan pisang goreng dengan keropok lekor tu kat luar rumah sementara tunggu nenek.



Bukan kita orang jer yang ada menunggu kat depan tu ... Ita dengan anak-anak sampai 5 minit lepas kita orang datang. Rupa-rupanyer anak-anak dia dengan anak anak aku dah buat janji kat dalam FB nak datang umah nenek sama-sama hari ni. Pandai bebudak sekarang ni yer. Tak ada la boring sangat menunggu nenek.



Tak lama lepas tu, Mak Long sampai .... nasib baik Mak Long ada kunci rumah nenek. Mak Long pun tak tahu nenek tak ada sebenarnya, dan dia pun tak tahu kita orang ada menunggu kat luar rumah masa tu. Syukur ... tak lama menunggu. Lagi kelakar lepas masuk rumah nenek, anak-anak aku serbu dapur nenek ... kelaparan. Nenek macam tahu jer cucu-cucu dia nak balik. Siap buat Tetel masak Asam kegemaran cucu-cucunya lagi, nasi pun masih panas lagi dalam Rice Cooker tak bersentuh.



Yang paling seronok petang tu, sure lah Aran. Tak lokek dia nak share New Toy dia dengan cousin yang lain. Suka betul Azri dapat main Nerf dengan Aran. Hmmm ... this should be Hadiah pilihan korang ler lepas ni yer. Dan hadiah pilihan Aran jugak. Aik, macam tak cukup-cukup lak yer. Dia siap kata "Yang ni baru First Nerf kan mak, second dengan third belum ada lagi". Iyer lah Aran ....


2 comments:

azieazah said...

Amboiiii ini baru dikatakan jalan sakan-sakan...

Tapi kalu bukan mak yang bawak anak2 jalan, takkan ler anak2 nak jalan sendiri lak..

Best wooo jalan2 dgn anak2 yang dah jadi macam kawan...

My Life My World said...

Azieazah - Salam Kak AA

Nak keluar rumah bershopping memang tak cukup sehari rasanya. Dah ler anak-anak semua muka 'Shopaholic'.

Betul kata akak, bila dengan budak-budak ni, kita pun rasa macam budak sama. Hikhikhik