Monday, November 15, 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK KUANG

SABTU, 13 NOVEMBER 2010




Aku cuti hari ni ... kira satu hari walaupun hari bekerja cuma sampai pukul 1.15 tengahari jer. Admin said,"Rugi ambik hari Sabtu sebab dikira 1 hari" .... aku said,"Tak per lah, cuti aku banyak lagi. Berkorban lah sikit demi anak-anak" Ialah pulak kan, tak kan aku tak nak hadir di hari istimewa ini. Penat dah bertungkus lumus anak-anak aku study ... hehehehe study ler sangat.


Seawal pukul 7.30 pagi aku dan anak-anak dah sampai. Kira awal lah jugak. Aku duduk depan sekali, sebab nak ambik gambar baik punyer. VIP datang pukul 8 pagi. Acara bacaan Al-Quran dan Nasyid kat atas kira pembuka tirai. Sedap bacaan Qari ... nasyidnyer pun sedap jugak. Kecik jer tuan punya vokal utama tu dan paling kecik antara yang lain. Tapi suara dia punyalah besar dan sedap. Meremang bulu roma bila mendengarnya.


Seterusnya ucapan aluan dari Puan Guru Besar, Puan Hajjah Ismawati
Sangat bangga bila mendengarkan ada peningkatan UPSR di sekolah ini.
Murid yang dapat 5A dan 4A1B adalah seramai 30 orang. Syabas ....

Di ikuti oleh ucapan dari YDP PIBG, En. Samsudin A.Rahman. Yang ni bukan orang baru di mata aku ... aku memang admire YDP ni. Bayangkan aku kenal dia sejak Kak Long di Tahun 5 Takis Pekan Kuang lebih kurang tahun 2000 lagi. Dia lah orang kuat Takis Pekan Kuang, kalau ada apa-apa pementasan ke atau hari kecemerlangan Takis, dia lah orang yang pasang semua speaker dan alat. Dia juga akan pastikan semua khemah dan kerusi meja semua cukup. Betul-betul orang yang 'Down to Earth' tak kisah mencemar duli buat kerja-kerja biasa. Dan di SK Kuang pula dia adalah VIP untuk majlis ini. Susah nak cari orang macam ni.


Lepas tu ada upacara nyanyian dan joget-joget.
So comel dia orang ni.
Nyanyi lagu Selamat Pagi Putra Putri



Masa yang dinanti-nanti pun tiba. Anak-anak aku bukanlah Top 3 dalam kelas. Aran sekadar dapat No. 4 sahaja. Tapi dia dapat hadiah untuk Murid yang mendapat markah paling tinggi untuk Matapelajaran Kefahaman di antara Darjah 2. Bangga dia bila dapat 'Fullmark' untuk matapelajaran ni. Mak pun tumpang bangga gak :)


Aran tengah terima hadiahnya.



Samalah jugak dengan abang Hilman dia. But still Top 10 in the class. Susah betul nak ambik gambar mamat sorang ni. Dah besar kut, dah malu muka tak lawa kalau keluar blog mak dia. Jangan risau Man, mak kasik tunjuk gambar hensem Man jer kat dalam ni ... hehehehe


Hilman dapat 2 hadiah sekali. Untuk Matapelajaran Terbaik bagi subjek English dan Pendidikan Jasmani. Kesian dia, Hadiah Plag untuk Matapelajaran Terbaik English telah terjatuh semasa tak sampai ketangan dia lagi. Tapi cikgu dah janji nak kasik yang baru. Makin tinggi pulak mak tengok kau Man, dah sama tinggi dengan Cikgu lak. Cepat betul kau tinggi yer.


Semoga anak-anak mak terus cemerlang di masa hadapan.
Especially Muhammad Hilman .... Tahun depan dah nak ambik UPSR
Tak boleh main-main lagi yer :D

8 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Tahniah buat dua-dua anak akak.


Hilman memang ensemm laaah..

IXORAROXI said...

tahniah buat anak2 juga emaknya..maintain jadi ibu glam bila musim2 anugerah cemerlang di sekolah

My Life My World said...

azrina03.07 - Salam Rina

Terima kasih atas ucapan. Hensem ker? Abislah kalau dia baca statement Rina nih, mahu kembang tak kuncup-kuncup sepanjang cuti sekolah ni ... hehehehe

My Life My World said...

ixoraroxi - Salam IX

Setakat ni masih mengekalkan kehadiran di hari anugerah cemerlang sejak 10 tahun lalu. Tak tahu ler lepas ni, bila anak-anak dah masuk Sekolah Menengah ... kena tinggal jer kut... hukhukhuk

Mrs Taz said...

Salam Acik,

Tahniah .. anak2 acik memang selalu jadik contoh kalo zia menasihatkan anak2 zia suh belajar ...

Alhamdulillah kan acik ? Tumpang happy jugak .. ish nak nangis tengok anak2 kita ni ... sama kita lum pernah tak dapat invitation lg ..syukur .. tp lepas ni tak tau la .. lebih2 lagik sikecik tu ... :(

azieazah said...

Tahniah anak-anak bujang aka menantu ku! ops! cewahhhhh...

tahniah yer HILMAN, ARAN. Sentiasalah menjadi anak kebanggaan MAK yerrrr...

Adakala anugera memang sangat memangkin motivasi, tetapi terlalu obses ke arah exam oriented adakala agak berbahaya.

Kejayaan bukan hanya pada sijil tetapi anugerah sebegini memang wajar mendapat pujian dan kenangan indah.

Keep it up!

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia :)

Alhamdullilah ... setakat ni memang tidak menghampakan. Terbaca dalam blog Zia, tahun ni tahun yang relax tak ada paksaan dalam pembelajaran. Dan tak sangka 'Outcome' yang sungguh indah.

Budak-budak ni kekadang tak suka di paksa kut. Lagi dipaksa lagi memberontak. Hehehehehe... Tapi kalau tak dipaksa, lagi lupa diri. Macammana tu, lastly mak bapak yang pening kepala ... hukhukhuk

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Hehehehe ... tak kisah pun jadi calun menantu, masalah nyer nak ker anak-anak akak pada anak saya yang tak sempurna nih.... hikhikhik ... saya nak ajer dapat anak-anak akak yang bijak bijak belaka tuh ;D

Itu lah kak, takut dan kesian jugak. Especially part-part gagal nak dapatkan apa yang diperjuangkan. Bohonglah kalau saya kata saya tak kecewa, tapi kita sendiri kena kuat untuk kuatkan hati anak-anak yang pasti lebih kecewa dari kita sendiri.

Jadikan Mokhtar Al-Bukhari sebagai contoh, tak cemerlang atas kertas peperiksaan pun tapi cemerlang dalam hidup. Tapi kalau boleh nak lah cemerlang kedua-duanya. Kita hanya mampu berharap dan memberi semangat :)