Saturday, November 27, 2010

JEMPUTAN UNTUK MENG'ULAT'

Semalam kami terima jemputan untuk meng'ulat' ... hehehe... tak adalah. Sebenarnya dapat jemputan ker Majlis Hari Jadi anak sedara aku Jaf Iris di Caterpillar Sri Hartamas. Jemputan secara pakai kad hanya untuk Hilman dan Aran sahaja, sebab dia punya syarat untuk dapat kad ini adalah masih bersekolah rendah. Kalau dah tuo maka jemputan hanya pakai mulut sahaja...tak main kad-kad nih.



Teruja betul penerima kad 2 orang ni, tak sabo sabo nak pergi. Aku pun sama teruja gak ... sebab ini kira pertama kali anak sedara aku sambut birthday pakai Birthday Planner ... macam mana ler gamaknyer ek. Selalu kita orang sambut birthday kat rumah jer, ini kena pergi tempat lain ... tu yang rasa lain tu.



Nama tempat tu 'Caterpillar' ... kan betul ulat tu kan. Dekat Sri Hartamas. Tak susah pun carik sebab aku sangat familiar tempat ni. Dekat dengan opis lama Tok Abah. Selalu gak aku sampai sini dulu. Tak ada masalah ler nak carik, tak payah nak google map lagi. Masuk Tol Sg. Buloh, keluar Tol Jalan Duta, terus ker Sri Hartamas ... tak sampai 20 minit dah sampai. Nasib tak banyak keta hari ni.



Hari Jumaat lepas kerja sempat ler aku terjah Metrojaya jap carik hadiah untuk Iris ... senang nak carik hadiah musim-musim nak sambut Krismas ni. Berlambak dia orang letak siap ada sale lagik. Wrapping paper pun cantik-cantik, tapi aku tetap pilih pembalut free dari MJ ni. Jimat kos ... hehehehe

Jeng...jeng...jeng ... muka Hilman dan Farisha yang excited nak jumpa ulat.
Ni baru intro pasal Birthday jer sebenonyer
Ada banyak lagik nak cerita, tapi gambo tak habih edit lagi.
Nanti aku sambung lagik yer ;D

4 comments:

azieazah said...

Perhhh beruntung budak-budak sekarang.. Sambut besday pun leh hire event planner segala..

Selamat Ulangtahun JAF IRIS, moga menjadi anak yang cemerlang.
Tumpang gumbira.

Nanti kasi upload gambor yang candid ler baru syok tengok dia punya meriah...:)

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Jangan hidangan pun ber"ulat" lah! But with a fairy tale theme, I can imagine a very dreamy setting gitu !! :-D

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Memang bertuah ... sampai birthday pun ada planner, kita dulu masa kawin pun tak ada planner planner ni. Semua main gotong royong jer.

Insya ALLAH nanti say upload gambo banyak-banyak ... cuti-cuti ni nak kena berebut pakai PC dengan anak-anak tu yang slow sikit ;)

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam MM :)

Hehehehe ... hidangan berulat, I yang larik dulu. Kita orang tak ikut pun tema tu, semua baju lari dari tema. Tak sempat lah nak carik baju fairy tale. Terfikir lak, kalau I ler yang termasuk dalam Fairy Tale dia orang ni, mesti I jadik mak tiri cinderella ...