Ini kisah benar nih. Aku memang tak suka dapat surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri ... memang mengerikan sungguhlah bila nampak sampul surat yang ada cop mohor macam kat atas nih. Jantung sure berdebar-debar macam nampak antu, padahal surat jer tu. Dalam kepala otak aku dah tertanam fikiran, kalau surat dari Income Tax ni tak lain ler nak suruh settle kan apa-apa yang tertunggak ker. Seumur hidup aku kerja tak pernah ler aku dapat surat yang membahagiakan dari Income Tax ... betul. Sehingga dua hari lepas aku dapat surat yang ada cop kat atas ni. Aduh, gigil gigil tangan nak bukak sampul ... hehehehe. Sungguh bagai dikata, LHDN suruh settle tax untuk Tahun 2005. Terus aku bongkar semua fail-fail aku lepas tu, carik bukit apasal dia kata aku tak bayar lagi. Tapi ternyata kali ini LHDN benar, aku yang tersilap tulis nilai zakat kat situ ... Dush! Dush! Dush! ... mintak maaf LHDN.
Aku pasrah ....
So tengahari tadi masa lunch aku larik jap ke LHDN Blok 8A Jalan Duta. Nasib baik dekat jer dengan ofis aku. 15 minit dah sampai itu pun lepas tempuh JEM, kalau idak mahu 5 minit pun leh sampai. Memang niat nak kasik settle segala utang tertunggak nih. Dalam pada tu try ler nak membodek kat officer LHDN, kot kot dia boleh kasik buat bayaran secara instalment. Dua bulan pun jadik lah, kalau dia tak nak bawak pergi tahun depan. Tau-tau jer lah area Kompleks Kerajaan Jalan Duta ni memang sesak, selalu aku mahu berpusing-pusing banyak kali satu bukit ni cari parking. Dalam ati dah doa banyak-banyak mintak ALLAH permudahkan segala urusan. Sambil tu praktis buat buat muka kesian dan desprate ... carik feel awal-awal nak jumpa officer LHDN la kan.
Alhamdullilah tak sampai satu pusingan bukit tu aku dah jumpa parking. Tak ler berapa jauh sangat nak menapak ker Blok 8A. Alhamdullilah sekali lagi orang tak ramai kat kaunter Tingkat 1 tu. Tak sampai 5 minit nombor dah kena panggil. Hati punya ler berdebar-debar macam nak jumpa boyfriend untuk pertama kali date. Memang muka kesian abis ler aku waktu tu. Kasik salam, terus buka mukadimmah, "Saya terima surat ni, saya minta maaf lah, saya admit memang salah saya, boleh tak kalau saya nak buat bayaran Instalment?" ... laju jer macam hafal dialog skrip cerekarama lak. Then officer tu kat. "Jap yer kasi saya check rekod puan" ... aku dah cuak, macam mana ler kalau dia jumpa rekod sekali aku kena bayar lagi banyak dari dalam surat tu. Aduh! ..... dah ler hujung hujung tahun ni akaun peribadi kegersangan semedeng.
Sungguh sesuatu yang aku tak terduga berlaku ....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Kalau ikut rekod, puan tak perlu bayar apa-apa,
sebab ada baki bayaran yang sepatutnya LHDN bayar pada puan"
Eh! betul ker telinga aku ni bila officer perempuan yang cantik manis tu berkata begitu. Chewah! tetiba aku nampak officer tu jadi cantik manis ... hahahahaha. Aku suruh dia check-it out sekali lagi. Macam tak percaya korang. Dia pun check ler semula. Dia sahkan memang betul aku tak perlu bayar kat LHDN sebaliknya dia prepare surat said aku akan terima Cheque dari Income-Tax dalam masa 2 minggu dari hari ini. Dah jumlahnya adalah lebih banyak dari jumlah yang aku patut bayaran kat LHDN. Aduh! Alhamdullilah .... syukur sangat-sangat. Rasa masa tu jugak aku nak sujud syukur kat situ. Pegawai tu kata lagi, kalau tak terima Cheque dalam 2 minggu, please call them... Berganda-ganda Alhamdullilah dan Syukur pada ALLAH, bukan ajer dia permudahkan urusan aku, tapi DIA menghadiahkan sesuatu yang aku tak jangka aku boleh dapat. Dan masa drive balik office ... aku teresak-esak menangis dalam kereta, sebab terharu sangat dengan segala pemberian NYA yang tak pernah aku sedari. Terima kasih ALLAH.
* Gambar ehsan En. Google
18 comments:
Syukur alhamdulillah sesangat..
Mengenal ACIK, memahami keadaan terasa betul apa yang mendadak datang itu sungguh besar maknanya.
Begitulah, adakala DIA memberi dalam keadaan yang tidak kita duga.
Leh standby utk buka sekolah tahun depan tuh...
Nak kena check ni kak...
rasa-rasa macam nak mintak belanja aje ni..
(^_*)
Salam Acik :-D
Dulu sebelum datang sini, I kena buat tax clearance. Dengan tak disangka2 rupanya cerita yang sama berlaku kat I. Syukur Alhamdulillah, kan? Moga2 rezeki Acik lebih murah lagi. Amin.
azieazah - Salam Kak AA :)
Terima kasih kak kerana memahami diri ini ... hukhukhuk. Betul kata akak, kita mengharapkan matahari selepas hujan tapi DIA siap beri pelangi sekali. InsyaALLAh ...boleh prepare untuk buka sekolah dan jalan-jalan lagi ...hehehehe
azrina03.07 - Salam dik Rina :)
Ala tok sah ler malu-malu, meh ler datang umah, akak masakkan untuk Rina. Singgah jer dik ... bukan jauh pun kan kan kan ;D Tak pun jom jumpa kat THE STORE ...
Mia's Mom - Salam MM :)
AMIN atas doa MM tu. Wah! serupa lah kita, tapi ini first time I rasa macam ni, selalu asyik keluar duit jer, kali ni dapat duit pulak. Tu yang sungguh tak sangka. Tiba-tiba dah suker lak kat LHDN... hehehehe
salam Ros..hehe makcik faham sangat bab income tax ni..syukur Allah permudahkan..dah rezeki...
nanti bila jadi macam makcik tak perlu dah risau tentang surat tu...demo tak cari dah..dah kiv kot nama kita yg dah masuk zon tu..hehe..
Alhamdulilah....
nasib baik tak perlu bayar apa-apa kan? Susah juga ada LHDN ni.
Alhamdulillah syukur ... mesti masyuk ... hehehe
mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)
Syukur sangat sangat Mak Cik ... rezeki anak-anak. Bila cerita kat dia orang, dia orang lak bukan main suka lagi ... macam faham. Kalau dipanjangkan umur, saya pasti sampai ker Zon Selamat Mak Cik jugak. Waktu tu nanti tak yah ler nak risau pasal Income Tax lagi ... hehehehe
Zezebel - Salam Zezebel :)
Terima kasih sudi titipkan komen disini walaupun jauh di Sabah sana :) sangat terharu. Tu lah Zeze ... syukur banyak banyak pada Illahi, sampai menitis lah air mata ... hehehe ... Bestkan kalau tak ada LHDN, banyak ler gaji tiap-tiap bulan, tak yah potong-potong lagi.
Mrs Taz - Salam Zia :)
Alhamdulillah syukur sangat pada ALLAH. Tak lah masyuk sangat, tapi boleh lah menarik nafas lega yang panjang dan meng'clear'kan kepala ... hehehehehe
Fuyooooooo... bestnya... Rezeki-rezeki.. Niat baik di balas baik.. hahahaha...
ayang - Salam Ayang :)
Alhamdullilah ... rezeki yang tak terduga. Thank you ALLAH
Tapi itulah harga kemajuan. Kita perlu memberi balik kepada kerajaan apa yang kita dapat dari negara ini. Kira kita juga sebagai penyumbang hasil negara kan?
Zezebel - Betul tu Zeze, setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Sekurang-kurangnya ni lah pengorbanan kita untuk negara ... Chewah ! terasa bangga tak hengat dunia jap ... hahahahaa
tu la namanya LEMBAGA kak..
kekadang tu lebih seram dr yang kita jangkakan..
tapi kadang2 LEMBAGA ni macam mambang jugak...ada yang leh jadik kawan..huhuhu..
hidup penuh keberkatan insyaAllah dilimpahi rezeki yang tak terjangka..
Dr Rodzila Rodi - Salam Zila :)
Betul betul betul (macam style Ipin). Lawak ler kau Zila ... hahahaha... Lembaga yer. Nasib baik Lembaga Letrik Negara dah tukar jadi Tenaga Nasional Berhad sekarang ni kan....hehehehe...kurang sikit rasa seram tu ;D
Post a Comment