Wednesday, November 24, 2010

PRE - BERSUNAT

Cuti Sekolah adalah ...

A. Musim Kenduri Kawin
B. Musim Periksa
C. Musim Hujan
D. Musim Cuti-cuti Malaysia
E. Musim Berkhatan @ masuk jawi @ bersunat.
F. Semua di atas

Korang pilih yang mana satu terlibat di Cuti Sekolah nih. Aku pilih E, bukan aku yang nak bersunat ... hahahaha. Aku tak sabar nak tengok Aran lalui zaman nak masuk Jawi dia. Dan dia pun tak sabar nak bersunat. Dalam tak sabar tak sabar dia tu ... ada gak perasaan ngeri, aku tahu. Tapi yang best nyer dia boleh menghitung hari buat countdown berapa hari lagi. Macam excited giler lah pulak. Abis dengan semua orang yang dah bersunat dia pergi interview. Apa perasaan? Macam mana rasa? Doktor buat macam mana? Lama ker nak sembuh? Sakit tak? .... nasib dia tak tanya mak dia ... memang aku tak ada jawapan untuk soalan itu. Kalau dia tanya pasal beranak boleh gak aku kasik tahu :)



Masa Hilman bersunat pun memang aku tak ambik tahu langsung, aku tengok jer. Sebab 100% bapak dia yang buat. Dari bab bawak jumpa doktor, bawak balik umah, bersihkan luka, makan ubat ... semua abah nyer buat. Orang kata ... kalau bersunat nih, elok orang lelaki yang jaga. Sebab kalau orang pompuan jaga nanti lambat sembuh nyer. Orang kata ek, bukan aku yang kata ... tapi aku sukalah kata-kata orang nih. Selamat aku ... hehehehe. Jadi yang ni pun aku tunggu Abah dia balik dari Sarawak untuk bawak Aran untuk bersunat dan jaga budak dah bersunat ni, sementara abah ada kat Semenanjung nih.



Deposit bayaran sunat ... done by Abahnyer masa balik cuti hari tu. Tunggu hari jer ... 18hb Disember nanti, Insya ALLAH .... Aran bersunat sorang-sorang kali ni. Kecian dia, masa Hilman dulu ... dia bertiga dengan another dua orang sepupu lagi. Nak sunatkan Aran sekali masa tu dia kecik sangat lagi. Dah okay lah sekarang ni, 8 tahun ... ngam-ngam macam baya abang Hilman dia waktu sunat dulu. Tak tahu lah aku cara apa pulak kali ni Doktor nak buat. Cara tradisional ker, cara botol ... nanti aku cerita lagi yer ;D

8 comments:

anymz said...

selamat masuk Jawi Aran.eh!betul tak namanya tu?
selamat berpantang.hehe

azieazah said...

Wahhh... dah nak jadi anak teruna lah dak ARAN niii...

Yeah, menghitung hari ABAH balik ke Semenanjung.

Semoga ARAN tak gementar dan lari keluar dari klinik yaaa...!

Dr. Rodzila Rodi said...

wah..ARAN..
selamat la yer..
pakai clamp ke kak?
bleeding sikit je..
hehehe..maklumlah..selalu jd assistant..:P
baguslah Abah dia ada..mak-mak ni biasanya hatinya sensitif bila tgk anak menangis..
mmg pengalaman sy jugak..
bapak budak yang masuk temankan..
sebab bapak budak kuat sikit nak pegang anak dia tu..hehehe..
doa yang terbaik utk aran..insya allah..

My Life My World said...

anymz - Salam Kak Anim :)

Betul lah nama nyer tu ... Untung orang lelaki ni berpantang seminggu jer, tak macam pompuan 44 hari ...hehehe. Itu lah yang selalu saya cerita pada dia, lelaki sakit sekali jer, pompuan sakit banyak kali ;D
Then tanya dia, nak jadik pompuan ker jadik lelaki ... hikhikhik

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Dah beso anak omak .. sobsobso (lap-lap air mata). Dah boleh sunat ... harap sangat abah dia boleh balik. Kalau tidak emak dia jugaklah yang menguruskan. Mahu mak dia lak yang melalak dalam bilik doktor nanti.

Doakan Aran kuat dan macho yer kak ;)

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - Salam Zila :)

Akak pun tak tahu pakai apa Zila. Akak bukannyer berpengalaman dan ambik tahu pun. Takat dengar budak-budak cerita, ada yang tradisional-potong dan jahit by doktor (ini Hilman dulu), ada yang laser, ada yang botol. Clamp tu botol kot ... hehehe. Akak pun tak reti.

Kalau akak jadi macam Zila duk bilik sekali waktu budak tengah khatan, mesti tension kan. Tengok kerenah budak-budak yang macam macam ni. Zila tulis la dalam blog pengalaman tu nanti yer. Mesti ada yang lawak ... hehehe

IXORAROXI said...

saya ada sekali dalam OT masa LUQMAN masuk jawi...ngeri memang ngeri tapi bertahan jugalah

My Life My World said...

IXORAROXI - Salam Ix ;)

Tu yang saya tak sanggup nak tengok tu, mahu saya lak yang meraung lagi kuat dari orang kena sunat tuh. Tak sampai ati ler pulak. Nanti nak suruh abah dia snap gambo banyak banyak masuk blog ... hehehehehe