Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2010


Sessi Pagi @ KUANG

Pagi raya yang indah. Buka pintu anjung depan rumah, aku disambut dengan suasana berkabus tebal keliling bukit kat rumah kita orang ni. Best ... rasa feel macam kat Cameron Highlands pulak gitu. Syahdu ... buka pintu rumah besar-besar, tarik nafas panjang-panjang. SubhanAllah! cantik dan damai dan menyejukkan sungguh bumi ciptaan tuhan ni. Rasa macam tak nak buat apa-apa... Just nak menghayati keindahan alam di pagi raya ni. Sila-sila saksikan lah.

Macam berada kat puncak bukit jer ...

Depan rumah aku ala-ala macam duduk kat Resort ... nikmatnyer

Kuang Resort gitu ... Kuang Kuang Kuang

Dush! Dush! Dush! ... tetiba rasa macam kena tumbuk. Banyak ler aku punya menghayati keindahan alam. Walhal, kerja-kerja nak kena buat ada satu list yang amat panjang. Bila tido tak hengat dunia. Dah bangun baru sedar diri. Daging tak keluar lagi, baju raya anak tak gosok lagi, puding tak masak lagi ... anak-anak burung dah merengek lapar lak tuh. Nasib baik malam tadi dah 'marinate' ayam. Masa tu lah kelam kabut nak gosok baju dan samping anak, nasib baik baju aku dah siap gosok. Mandi dan bersiap terus pergi Masjid Al-Hikmah Kuang ... Solat Raya Beb! Tak ada makna nyer raya kalau tak pergi solat raya ;D kecuali datang bulan.


Mengambil gambar secara berjemaah adalah wajib sebelum solat raya berjemaah


Yang ni pulak upacara menunggu secara berjemaah selepas solat
Tunggu orang dewasa keluar lepas bersalaman dengan orang kampung
Terasa macam wakil rakyat pulak, masa ni ler nak nampak muka orang kampung



Satu lagi acara wajib di Raya Haji. Ambik gambo dengan lembu , Aran siap kata,"Mak, ambik gambar Aran dengan lembu ni sebelum dia dikorbankan". Ikut kata Abah tadi, Masjid Kuang korban 8 ekor lembu jer. Jap lagi nak suruh Hilman dan Aran pi ambik daging korban. Kupon dan ada kat tangan dah ;D



Balik rumah jer terus jalankan operasi. Dah janji dengan Mak Tok nak gorengkan ayam untuk lawan dengan nasi tomato dia. Aku masak luar rumah, maklumler rumah tak ada dapur basah untuk mengelak dari berkecah dan dapur berminyak, ini ler caranyer. Kek Coklat ... dah siap dah, aku dah suruh Kak Long dan kawannya Shafikah buat semalam. So, kali ni giliran Aran pergi hantar kek kat keluarga Pak Haji sebelah rumah. Aku tahu keluarga Pak Haji paling suka makan kek coklat aku. Ceh! perasan giler!

Dan seperti biasa adat di kampung..
Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa.
Pak Haji balas dengan Nasi Beryani Ayam.
Phew! suka anak-anak burung yang kelaparan :)
Rezeki ... Alhamdullilah

Sementara nak tunggu mak dia yang tak profesional ni masak...
boleh ler alas perut dengan Nasi Beryani ni dulu.


Sambil goreng ayam, kerah anak-anak dara...
Kak Long dan Iqa buat Trifle dan Spaghetti.
Kelakar sungguh, pagi raya tu ler banyak benda nak buat.



Kalau kat rumah orang lain dah siap semua dah ... tunggu makan jer .... kita orang baru nak bersilat :D Boleh harap lah jugak ... nasib baik ada anak-anak ini. Mendengar kata jugak lah. Anak bujang, Hilman dan Aran tolong kemas rumah dan buang sampah. Best jugak main kerah-kerah ni .. hehehehehe... Bak kata Aran kat aku ... "Yes Jenderal!"


Sempat lah siap dua bekas Trifle.
Yang bulat nak kasi Mak Tok, done by Kak Long
Yang bekas panjang nak kasi Nenek Klang, done by Iqa



Dan sempat jugak tu siap Spaghetti untuk dijamu pada tetamu yang datang ;)
Hokey nak pi solat Zuhur dulu ... Jap lagi banyak agenda nih
Nak sambut Birthday Sarah dan Yayah kat rumah Mak Tok
Dan Birthday Huda kat rumah Nenek Klang
Mahu melotop perut nih .... hikhikhik

14 comments:

Mrs Taz said...

acik ,

sibuk2 sempat update blog eh? hehehe ha ah la acik syahdu tengok pemandangan umah acik .. macam kat cameron highland je .. :)

Salam Aidil Adha untuk acik n family .. :D

Anonymous said...

salam ros..seronoknya dapat tinggal dikawasan berbukit macam rumak ros..tenguk gambar macam duk oversea je..musim fall..daun2 berbagai warna..
dalam sibuk sempat pula masak macam2..mesti chefnya hebat..

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Aidil Adha Zia :)

Tu ler pasal, Acik pun terkejut apasal rajin sangat hari ni ... hahahaha ... Best sangat bila dapat tengok kabus. Sekarang ni, tiap-tiap pagi memang kabus tebal sebab selalu hujan petang dan malam.

Sebab tu kat area terkenal satu Malaysian ...Sg. Buloh ni menjadi tempat Nurseri pokok bunga-bungaan. Kalau nak cari pokok bunga pergi ler Sg. Buloh. Kira sebenarnya Kuang ni lagi sejuk dari Sg. Buloh ... tapi Acik jer yang rumah tak ada pokok bunga-bungaan, tak ada masa nak jaga... Alasan tak boleh belah gitu, sebeno-benonyer MALAS ... hahahaha

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Aidil Adha Mak Cik :)

Alhamdullilah, syukur sangat dapat tinggal tempat yang indah dan damai macam ni. Oversea ... tak dapat nak bayangkan, syok nyer lah kalau dapat pergi. Hujan Emas Negeri Orang, Hujan Batu jugak yang kita sayangi ... nak buat macammana tak mampu nak berhujan emas kat tempat orang... hikhikhik

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Terimakasih sebab keluarkan issue Raya Haji. Terasa jugak la sama2 beraya (secara maya). Eh! Nampak slim dan tinggi Man sekarang ya?

My Life My World said...

Mia' Mom - Salam Aidil Adha MM :)

Sama-sama. MM macammana raya kat sana, kena pergi kelas jugak ker raya ni. Hilman memang tambah meninggi, dengan cousin yang seusia dengannya pun dia paling tinggi.

IXORAROXI said...

awak, bagi resepi triffle tu boleh?...yelah kalau tak der dapur basah memang jenuh nak mengelap dapur kering awak yg 'vogue' gitu!

azieazah said...

Wahhh diam-diam anak2 dara berdua tu dah boleh masak menu sebegitu enak dan cantik sekali presentation nya!

woooooooooo...!

Dr. Rodzila Rodi said...

salam aidiladha pada akak n family..
syahdu tengok pemandangan tuh...
ditambah pulak dengan nasi beriyani, dalca n triffle..
membuatkan diriku ini...huh...LAPAR...
bab-bab tanam pokok tu, macam sepesen je..MALAS..takpe kak..nnt pencen kita tanam pokok banyak2 eh..:P
*pak haji pun minat kek coklat ek?eh..sama la kita..:P*

alia zarfullah said...

ehem ehem nak puding tu lagi boleh ;) :)

My Life My World said...

IXORAROXI - Salam Raya Ix :)

Insya ALLAH nanti saya postkan resepi Triffle kat dalam Blog nih khas untuk IX okay ;D

Saya bercita-cita dan buat dapur basah kat luar rumah, nak buat dapur kayu jer ... syiok ooo main-main bakar bakar guna kayu api nih ... hehehe... jenuh nak masuk hutan belakang rumah lepas ni carik kayu.

My Life My World said...

azieazah - Salam Raya Kak AA :)

Boleh harap lah budak berdua tu. Kalau mak tak ada rumah, abis ler rumah tu dah jadi kedai kek. Dia orang bantai buat kek dan cookies sendiri ;) Mak tak kisah, lagi mak suka, asalkan kemas balik dapur tu udah. Mak sanggup belikan bahan lagi, cakap jer nak masak apa ;D

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - Salam Adik Dr. :)

Selamat Hari Raya Zila ... Bila ler nak datang umah akak nih. Kalau nak tengok kabus ala-ala kena tidur umah akak ;)

Betul betul betul kata Zila tu, daripada tengok pokok kekeringan kurang kasih sayang, baik ler tak yah tanam langsung. Nak upah tukang kebun tak mampu ... hehehe. Nanti pencen pulak nak kena jaga cucu. Cucu??? hahahaha... berangan jer labih akak nih.

My Life My World said...

alia zarfullah - Salam Alia :)

Boleh-boleh ajer, nanti Birthday orang bulan Disember kat rumah nenek ni auntie suruh sepupu awak berdua tu buat lagi yer. Senang jer Alia, main campak-campak jer ... hikhikhik