Tuesday, January 11, 2011

BERBASIKAL DI FRIM

Disebabkan telinga dah tak dapat nak terima rengekan anak bongsu yang tercinta. Maka aku turutkan lah sikecik bawak basikal dia pergi ronda-ronda. Kan hari tu aku ada cerita, dia dapat hadiah 'Little Red Bicycle' sempena hari lahir dia. Dari beli hari tu dia asyik pusing pusing depan garage jer. Aku tak berani la nak bagi dia cycle kat tempat lain, apalagi kat tepi jalanraya. Dan aku ada ler terlepas kata, "Nanti kita bawak basikal Aran pergi Taman okay". Biasa lah budak kecik, daya ingatan kuat ... selagi tak buat selagi itu dia tuntut. Mak dia lak kengkadang sajer jer buat lupa, bukan tak ingat :D



Jap-jap ... nak selingan sat. Aku sebenonyer segan nak kasik tahu korang apa hadiah aku beli untuk diri sendiri masa hari jadi aku hari tu. Takut kena gelak, sebab macam tak layak jer. Kalau tahun lepas aku beli Beg Tangan Vincci yang gedabak lagi murah seperti diatas. Dan yang jarang-jarang aku pakai pun.



Tahun ni aku hadiahkan diri sendiri dengan basikal seperti di atas ni. Feeling feeling nak mulakan tahun baru ni dengan gaya hidup sihat lah kononnyer. Sambil-sambil tu basikal ni dapat gak temankan Aran masa naik kat mana-mana nanti. Kalau tak aku, Hilman yang akan naik. Tak berani nak lepaskan dia sorang sorang lagi. Bayangkan aku yang besar ni naik basikal, rasa lawak jer. Masa beli pun aku suruh Hilman 'Test Drive' ... tak tergamak nak test drive sendiri depan orang jual basikal tu... hehehe.



So, on last Sunday petang siap-siap dah masukkan basikal aku dan Aran kat dalam Cik Kiah. Nasib baiklah perut Cik Kiah ni beso jadinyer boleh ler masuk basikal basikal ni. Tapinyer orang pulak tak leh masuk ramai-ramai. Kak long nak ikut memula tu, tapi kena reject by aku sebab tak ada tempat nak duduk dah. Takat Hilman dgn Aran tu boleh ler lagi duk depan berdua ... Aku kena hantar Hilman dulu ke Perfection sebab Tuition dia start pukul 4.00. Lepas drop dia kat Kepong, apa lagi shot to FRIM. Kami parking kat depan pintu gerbang FRIM jer, lepas tu baru masuk dalam naik basikal. Kenapa aku pilih FRIM? Sebab aku memang suka tempat ni, pukul 4 petang tu beb, kalau tempat lain panas terik, tapi kat dalam ni sejuk ler sikit sebab banyak pokok. Pemandangan pun cantik ... hijauuuuuuuuuu jer :)


Aku tak sempat ler nak ambik gambar masa tengah berbasikal tu kan. Seronok giler giler masa turun bukit, tapi penat giler giler masa nak naik bukit. Semput !!! sampai terpaksa turun dan tolak basikal .... hahahaha. Asyik kena tinggal dengan Aran pun ialah jugak, padahal basikal dia tayar kecik jer. Terjerit-jerit aku suruh dia bawak ke tepi, bawak pelan-pelan ... FRIM tu walaupun tak banyak keta, tapi kena jugak berhati-hati. Dia pulak terjerit-jerit tanya direction nak pergi arah mana, terjerit jerit jugak suruh aku kayuh laju sikit duk sebelah dia. Memang lawak giler giler.

Kami berhenti rehat kat Air Terjun di FRIM. Waktu ni kaki dan lutut aku dah gigil gigil. Dalam hati,"Boleh ker aku kayuh balik ke parking luar sana nih?". Macam nak putus nyawa aku ... hukhukhuk. Tu ler pasal, dah tuo tuo baru nak kayuh basikal. Masa ni receive call dari Hilman kata class extend until 7.30pm. Huis! lama lagi tu. So boleh ler aku berlama-lamaan rehat kat sini, untuk kembalikan tenaga yang dah tak ada.



Sempat lah budak kecik ni main-main air. Aku rasa nak terbaring jer masa ni. Maintain-maintain sebab ramai orang lah pulak kat situ. Ish! buat malu jer tergolek kat situ. Lepas puas dah Aran main air dengan pasir kat longkang tu ... longkang??? Hmm ...boleh consider longkang lah jugak sebab kami tak panjat kawasan sungai tu, tapi air dia bersih dan jernih. Kayuhan seterusnya pergi Kafe ... sebab aku tak bawak air minum. Aran sempat gak capai air Revive dalam peti ais kat rumah.


Kami singgah kat Masjid dalam FRIM sebab Aran tak solat Asar lagi. Aku cuti, jadi tukang teman jer lah duk luar masjid. Next time aku kena bawak telekung kalau datang sini. Senang sikit nak solat. For sure duk lama kat dalam ni, sebab confirm lepas ni tuition Hilman akan abis pukul 7.30 malam punyer. Hari Ahad sahaja, hari Sabtu dia balik 6.40 petang. Horey! aku berjaya sampai kat luar balik dengan selamat lebih kurang dekat pukul 7.00 petang tanpa sebarang kecederaan. Sumpah seronok ... Sumpah jugak aku sakit badan 3 hari 3 malam. Ini baru nak hilang sakit sikit. . Bila aku tanyakan Aran, dia tak penat dan sakit badan ker? Dia jawap,"tak rasa apa apa pun mak", Oh! aku lupa aku dah tua tahap-tahap kena bawak minyak angin selalu menggantikan perfume. Aduhai! gini lah jadinyer bila nak lawan hukum alam ... hahahaha

19 comments:

anymz said...

jeles tgk org pandai bwk beskal..akak tak pandai..naik motor pun tak pandai apa lagi bawak motor..
kalau kereta..huiih..laju jek akak bawak..ntah ek acik serrram akak tgk kenderaan roda satu nih cam tak larat jek nak bawak muntot gedabak akak..hahaha.

kalau lah akak belajar dari dulu....:(

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

bilalah saya nak sampai FRIM nih ! best jer tengok ..

kak !

saya memang ada intention nak beli kalau dapat duit bonus nanti.. hehe

kena gelak dek anak-anak dan suami.. takpe; nanti saya tunjuk bakat dekat dorang... huhu..

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Dua tiga kali lagi mesti cantik betis, kan?

Kalau I agaknya dah terus kena bermalam kat tempat I singgah rehat. tunggu esok le baru I keluar balik tempat parking - Sebab I ni nampak bahagian kepala dengan thorax tu macam kecik, tapi bab abdomen memang cerita pun tak ada gunanya.... Abis...? Kejar pintu keretapi pun mengah setengah jam baru boleh bernafas seperti sediakala cammana? :-D

My Life My World said...

anymz - tak terlambat lagi kak kalau nak belajar. Saya dah lama tak bawak motor, kalau tidak dulu tugas saya ler merempit ambik adik kat sekolah ugama.

Pssttt ... akak, saya nak cerita nih, part muntot tu ler yang paling sakit. Sit dia kecik bebeno, payah nak duduk. Saya siap bawak bantal kecik ikat riben lagi, tapi rasa malu lah pulak kalau orang tengok ... hahahahaha. Last sekali redha kan sajelah keadaan itu ;D

My Life My World said...

azrina03.07 - Reen, bukan jauh pun FRIM tu dengan rumah kita - dekat jer. Akak beat anak anak Reen mesti suker, lagi pulak kalau nampak air sungai yang jernih tu.

Beli Reen, nanti boleh kita naik basikal sama-sama keliling Sg Buloh ...hehehe. Sekali Reen tunjuk bakat buat Wiley anak anak dan suami pun terperanjat ;D

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam Mak Mia :)

Itu ler harapan nyer ... hikhikhik. Bukan betis jer cantik, boleh kasik turun sikit berat badan ;D

Hehehehe ... Kalau ada rumah rehat memang rasa malas dah nak keluar. Aran minta kayuh tempat lain pun I macam ... tak moh tak moh dah, mak dah tak larat. Sama ler dengan I MM, part montot tu ler antara yang sakit, ingat nak kasik tukar seat lembut dan beso sikit. 3 hari tak ilang sakit lagi beb ... hahahaha

Mrs Taz said...

acik ajak zia ... nak jugak nek basikal ..badan pund ahagak berat gak ni huhuhu

Dr. Rodzila Rodi said...

wah...hadiah dan aktiviti yang menarik..
nanti besday saya, hadiahkan beskal jugak ek..seat nak yang comfort dan besar sikit..
ada hajat nak beli beskal..tapi kompom jd besi buruk..(wakakkakakaa....gelak setanirojim)
kalau dah lama tak buat aktiviti, better sapu minyak angin/analgesic cream dulu sebelum beriadah atau bersukan..

Fadzli Amir said...

Best ni..last pergi frim 1996, dengan bebudak UiTM..tempat tu memang bset sangat...letak te carrier tu beskal kat atas "cik kiah" tu, buleh letak 3, beskal lagi, dalam leh duduk ramai skit...Tahniah le sebab dah memulakan hidup sihat...tapi jangan hangat2 taik badak la...kena wat selalu, sekurang2 3 kali seminggu, baru le buleh bagi badan ade shape...hehehhehe...nak tau lebih, tanye Dr rodzila...hehehehehe

maklang said...

Hmmm maklang bila nak mula Gaya idup
sihat ni

en_me said...

sonoknyerr exercise kat FRIM kanns..

My Life My World said...

Mrs Tza - Jom aaaa aik together-gather. Zia tak per lagi, body lawa ... acik ni alingment dah lari hehehehe

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - kalau basikal tu takat jadi besi buruk, baik akak hadiahkan besi buruk jer masa birthday Zila nanti ... hahahaha.

Oooo gitu ker, ala akak tak tahu la, kalau tahu sure akan lumur satu badan ;D

My Life My World said...

Fadzli Amir - Laaa hai muda lagi kau yer Fadzli. Masa 1996 tu akak dah ada anak 2 orang :) Tu ler nanti nak survey buat carrier kat atas beskal. Doa-doakan ler akak kau ni tak hangat-hangat taik gajah yer dik ... hikhihik. Kalau tanya Dr Zila tu, akak nak mintak pil kurus jer, tak yah eksesais hukhukhuk

My Life My World said...

Mak Lang - Jom la mulakan, pelan pelan kayu memula. Lepas tu baru leh pecut ;D Ajak Hakim sekali, baru ler tambah hensem budak comel tu ... hehehehe. Maya duk belakang bonceng Hakim ;)

My Life My World said...

en_me - Salam En Me .. lama tak nampak. Terima kasih sudi lagi mampir kemari. Semesti nyer seronok exercise kat situ :)

azieazah said...

Baguslah beli basikal utk diri sendiri. Selain temankan anak, leh gak terus riadah dan senaman. Bukan nak terus kurus dlm sebulan, tapi lama2 kalu ulang konsisten, pasti ada hasilnya. Sabar skit laarrr.

yang penting teruskan..!

FRIM memang best. Kak Azie pergi masa gathering blogger dulu, sungai dia... perhhhh!

My Life My World said...

azieazah - Sayang akak ... muah muah muah. Sebab kasik sokongan dan dorongan yang tak berbelah bagi. Insya ALLAH, moga semangat juang ini tinggi.

FRIM lah tempat paling dekat dengan saya kak.

Unknown said...

semoga azam tahun baru kekal panas ya..Happy Birthday (belated) dan terima kasih kerana sudi singgah blog kak Jun