Monday, January 10, 2011

'BIRTHDAY BASH' DI PUNCAK JALIL

SABTU, 08 Januari 2011


Seperti yang digembar-gemburkan sebelumnyer. Baru la nak cerita pasal Birthday Invitation Iqwan Jasman Su yang ke 9 tahun. Aku bertolak dari opis lepas kerja, tapi kena ambik Iqa dan Fatin (kawan Iqa) di Perfection. Baru ler ker Puncak Jalik ikut Lebuhraya lalu Sunway. Aku pun tak sure nama highway ni. Elite kot ... hehehehe banyak sangat highway kat KL ni, tapi tetap jem giler gak.


Kami adalah antara orang yang terawal sampai ... makanan pun tak terusik lagi. Kami juga ler yang rasmikan dulu. Dah ler muka masing-masing macam 10 hari tak jumpa makanan ;D Dah tuan rumah kasik Green Light kan. Apa lagi, memang muka tak malu ler buat macam rumah sendiri.



Ini abang sulong Jasman ... nama dia Izzat. Sebaya dengan Kak Long aku. Dia ditugaskan menjaga makanan tu supaya terhindar dari noda dan dosa. Chewah! sebenonyer nak halau lalat kalau kalau ada. Semua makanan Fiza masak sendiri. Perempuan sorang ni memang terer masak in a big quantity. Dia dah biasa bebeno. Hari tu dia masak Laksa Asam, Nasi Goreng Cina, Kari Ayam, Sandwich, Kentang, Nugget, Mushroom Sup.

Selain dari tu ada Puding Roti, Kek Pisang, Punch buah-buahan.
Sedap sedap sedap...
Tengok muka Aran tu pun dah tahu,
budak tu sangat suka melihat makanan yang banyak.




Kat sebelah kiri tu ler Jasman. Anak kacukan cina dan melayu. Lahir di hari yang sama dengan Aran, 07 Januari 2002. Yang membezakannya hanya lah 15 minit. Aran pukul 11.30 pagi dan Jasman lak pukul 11.45 pagi. Aku dan mak Jasman, si Fiza selalu kata anak kami kembar tapi tak serupa. Hehehe... dia orang ni pun ada perangai yang hampir serupa jugak. Kalau bercakap akan keluarkan perkataan yang Bombastik, yang mak dia sendiri pun tak akan sangka, mana ler kau orang belajar perkataan tu. Lagi satu bersifat pengasih dan penyayang, sangat ambil berat kat mak dia. Macam dia tahu jer perasaan mak nyer. Mungkin sebab kedua-duanyer pun anak bongsu kut, jadi perasaan dengan ibu tu sangat kuat :D




Boleh tahan ramai gak jemputannya. Meriah ler dengan anak-anak.
Yang pegang kek tu Johan, abang Jasman no. 2 ... Tingkatan 2
Anak anak Fiza ni semua nyer HERO ... tak ada heroin langsung
Tapi mereka semua sangat rajin, sporting dan sangat hormat orang tua
Ringan tulang, tak payah suruh suruh, senang mak pak dia.



Selain dari makan-makan tu ada gak games. Seronok bebudak ni, main orang buta pukul bag jajan. Yang ni aku pepandai kasik nama kat games ni. Nama games ni aku pun tak tahu. Yang aku tahu, bebudak tu akan ditutup matanyer dan carik kat mana ada buntil gula gula yang tergantung dan pukul kuat kuat buntil tu sampai gula gula kat dalam beg tu terburai. Lepas tu apa lagi, berlaku acara tolak menolak, kuak lentang dan kuak kupu kupu di lantai demi mendapatkan gula-gula dan keropok jatuh dari buntil itu. Hokey setakat ni sahaja laporan makan makan untuk kali ni. Sebenonyer ada lagi ... nanti nanti esok lusa lah pulak yer, boring lah pulak kan asyik ler kisah sambut birthday, makan, sambut anniversary lepas tu makan lagi. Kisah membuang jer tak sanggup nak tulis lagi ... hehehehe

10 comments:

Azian Elias said...

Seronokkan bebudak. Org tua pun sure seronok..Sronok makan..hee

Dr. Rodzila Rodi said...

bosan ke kak?
tak bosan..seronok adalah..
seriously..yang penting ikatan ukhuwah..dan sesi jalan2 n makan2..
aran ngan jasman tu kembar lain mak lain pak la ye!..hehehe..

happy birthday jasman n aran..:P

Fadzli Amir said...

Kalau saya la, macam ni mau naik 18 kilo ni..mana taknye dalam 1 bulan ada banyak besday ni, asyik makannnn je xsesais tak sempat la pulak...hehehehe

azieazah said...

Wahhh best nyaaaa...

Siap ada games lak tu. Nanti nak try lah buat games macam tu...

My Life My World said...

Yan - Betul tu Yan ... tak disangkal lagi ;D

My Life My World said...

Dr Rodzila Rodi - Mana lah tahu kot kalau bosan, asyik ler cerita pasal sambutan dan makan-makan. Tak abis-abis dari tahun lepas ... hehehe.
Tapi sebenonyer sajer jer nak kasik jelez ... muahahahaha

My Life My World said...

Fadzli Amir - Ish ... bukan ler makan jer, membuang pun pasti jugak ada :D Nak cerita eksesai pun malu, sebab tak eksais langsung.

My Life My World said...

azieazah - best kak :) yang tak best nyer saya tak leh nak bantai sama. Kalau saya bantai sekali jer terburai semua.

Bila bila bila ... nak join jugak

IXORAROXI said...

jommmmmmmmmmmmm piknik pulok :D

My Life My World said...

Ixoraroxi - Jommmm ... kat mana?