Pagi ni kawan aku Fiza datang opis dengan hati yang riang gumbira. Masuk masuk jer dia terus tanya aku,"Kau doakan aku yer malam tadi?" ... Doa!!! hehehe baru aku teringat semalam dia bising kat aku kata phone dia rosak, dan sebelum dia balik petang semalam, sempat dia titipkan wasiat keramat, suruh aku doakan dia dapat Handphone baru. Pagi ni kiranya doa aku makbul ler sebab dia dah dapat yang dihajati :) Maklumler, husband baru dapat Bonus, ada jer akal dia nak kasi perabih duit laki. Sapa lagi nak perabihkan yer Fiza, kalau tak bini dia yang tercinta ;D Handphone Sony buah peria Xperia yang aku pun tak tahu model jenis apa. Tak kisah ler tu kan asalkan baru dan cantik. Tumpang bahagia untuk dia.
Jadinyer sepagi suntuk ler dia duk mengodek phone baru nyer tu. Aku ingat aku sorang jer yang bebal, dia pun sama gak se'spesis' dengan aku :) Memula tu eksyen konon sebab command phone tu semua dalam Bahasa Malaysia. Jadinyer dia pun nak lah setting balik pergi Bahasa Inggeris, senang sikit nak faham katanya. Godek-godek punya godek jumpa lah tempat nak tukar tu. Boleh lagi dia gurau dengan aku, "Fairos, kau nak bahasa apa, kat sini bahasa Sunda pun ada". Hehehe ... sekali yang keluar bukan bahasa Sunda tapi Bahasa French gitu ... hambik kau. Aku padankan muka dia.
Yang kelakarnyer bila part nak settingkan semula. Macam mana nak buat, semua command dalam bahasa Peranchis. Hehehehehe ... kita orang pakat gelak berdua. Tak faham langsung. Kalau takat bahasa Jawa tu boleh lagi tanya kat Tealady. Tak pun kalau bahasa Tamil yang keluar, boleh gak tanya kat driver bos. Bila dia bawak pergi nak betulkan kat cina handphone ... boleh cina tu tolak, sebab tak faham jugak.
Lastly siapa yang betulkan korang nak tahu ??? Budak Despatch kat opis kita orang ... gamaknyer dia penah duduk Peranchis kut dulu ... hmmm. Ginilah nasib kalau buta Inspector Gadjet, tahu guna phone untuk call, sms, mms dan ambik gambar jer. Dapat phone canggih sikit dah mengagau. Nak baca manual malas. Ini aku dannnnnn Fiza ler, orang lain aku tak tahu ... hehehe
16 comments:
Ahaaaa.. mesti budak despatch French tu hidung mancung giler, kan? kan?
hahahahaha sian Fiza. Betullah kalu dapat hanfon baru, setting memang lama. Kadang tu 3,4 hari dok tak faham lagi.
Budak2 muda lain lah, gadget ni ujung jari jer, sejam dua dah terror main game kat situ...
Bilaaaaa lar aku nak tukar henfon Cap Itik Jantan aku tuhhh...
Hahahaha... anak sedara pun pernah buat macam ni kat handphone saya. Jenuh nak tukar! Nasib baik Nokia, jadi refer pada telefon orang lain :P
hahahaha..adik amy pun pernah jadi macam nie nasib baik la boleh setting balik..
salam kenal...datang baca entry :-) saya follow.
azieazah - Tak mancung pun kak, pesek macam saya jugak ... hehehe. Agaknyer dia penah pakai phone serupa tu, sebab tu senang sangat dia betulkan. Saya paling tak suka nak belajar setting setting ni kalau dapat phone baru, tapi suka sebab dapat yang baru. Nasib baik ler phone NOKIA banyak yang sama style dia.
Tak lama lagi dapatleh akak phone baru tu, entah entah lagi canggih dari saya punyer ;) Ahaks ...hehehe
Madam Soyaree - Tu ler pasal. Kalau phone Nokia tu boleh lagi Acik tolong godek ... ini handphone buah peria yang tak penah tahu macam mana dia berfungsi. Lawak sungguhlah hai.
Amy Syaquena - Oh! Iyer ker AMY, akak ingat kita orang jer yang facing benda benda gini, kurang lah sikit rasa malu alah tu kan ;) ... hikhikhik
Lady Lavender - Salam Kenal jugak, nanti akak datang yer. Masak lebih lebih sikit yer ;)
hahahaha..aku pun sama daaaa..aku jenis tak berapa gheti benda2 IT ni..kalau hp tu janji boleh call, sms cukupler!!
IXORAROXI - Yeah! Kita Serupa (Lagu Headwind) ... dah memang tak reti, nak buat macammana kan. Kira okay dah tu pandai buat call dengan sms.
hahaha..pernah kena tu kak!
pagi-pagi sebelum pergi sekolah si Angah suka nau dengar lagu MZ tu.. bila nak sms kat ofis tengok2 keluar bahasa vietnam ke hapa..
Nasib baik ofismatenya hp dari brand yg sama.
sa;am Ros..seronok baca n3 ros ni kelakar n menghiburkan..makcik lagilah tak reti tentang bahasa handphone ni..tambah2 tak ada h/phone sendiri..hehe..
azrina.03.07 - Nasib baik gak ada orang pakai modal yang sama kan Reen. Kalau kes kawan akak ni, memang tak ada orang pakai phone serupa dia kat opis ni. Lawak sungguh. Rupa-rupanyer ramai yang hadapi kes serupa.
mohdanmeriam - Salam Mak Cik. Mana pergi lama tak nampak. Rinduuuu sangat dengan tulisan Mak Cik. Sibuk uruskan Homestay yer ;D
Mak Cik tak pakai phone pun tak per, sebab Pak Cik sentiasa ada kat sisi. Apa-apa cakap jer kat sebelah ... sweet nyer gitu :D
Hahahahaha.....pernah gak terjadi kat saye...tertekan bahasa cina..nasib baik org kedai tu memang sah2 cina dan buleh membaca cina, kalu tidak terpaksa la beli tiket air asia ke china semata2 nak tukar bahasa kat henpon....lagi satu, hebat dak despatch tu...mungkin dulu dia hantaq surat by hand terus ke France....Graciasss( ntah betol ke bahase peranchis )
Fadzli Amir - hehehehe. Bila baca komen komen kat sini, terubat sikit rasa hari. Tak lah terasa Acik ni bebal sangat kan. Dan perkara ni tak lah luarbiasa sangat, biasa terjadi kat semua orang rupanya.
Betul la kata FA agaknyer, despactch akak tu penah hantar surat sampai French kot. Akak ni setakat pandai buat French Toast jer ... hehehehe GRACIAS ;D
Post a Comment