Friday, January 7, 2011

HAPPY 9th BIRTHDAY MUHAMMAD FARHAN


Hari ni genap 9 tahun umur anak bongsu aku. Udah beso dah anak mak, udah darjah 3, udah bersunat juga udah pandai demand ;D Kami dah raikan dia awal -awal lagi di rumah nenek Klang, Sabtu 31hb Disember 2010. Kebetulan hari tu ramai sepupu dan pak cik mak cik yang berkumpul. Ambik kesempatan untuk celebrate birthday Aran sekali. Sebelum ke Klang kami singgah Secret Recipe dulu. Kek kat atas tu dia yang pilih yer, bukan ikut tekak aku dan orang lain. Aku pun heran dengan budak kecik ni. Kek dia tak menarik langsung macam kek bebudak lain. Aku siap tanya dia, betul ker dia nak yang macam ni, dah ler tak ada gambo kartun ker, gambo bola ker, atau logo kumpulan EPL kesayangan hamba dia. "Tak per mak, Aran tak suka kek coklat, Aran suka chesse kek, tak cantik pun tak per tapi rasa dia sedap" ... Nah! itu jawapan dia, terkejut aku bila sesekali dia kasik jawapan macam orang tua. Jadi lah New York Cheese Cake sikit + Oreo Cheese Cake + Raspberry Cheese = gitu ler jadinyer. Yang paling suka, sudah semestinyer hantu hantu chesse macam aku dan kakak nyer.

Aku tak masak apa pun ... ada tak ada cuma masak pizza yang sekeping tu jer. Aku just beli satay dengan ketupat. Nenek buat nasi minyak dengan kuah dal dan sambal goreng. Sedapnyer sambal goreng nenek, abis semangkuk tu sekejapan jer. Ini lah agenda paling best sekali bila dah berkumpul ramai-ramai ... MAKAN ;D sampai senak perut.


Nengok kan adiahnyer memang banyak, tapi bukalah semua Aran punyer. Yang lain tu adalah hadiah untuk sepupu-sepupu Aran yang kebetulan Birthday nyer baru jer berlalu tapi tak sempat nak celebrate. So kira semua pak cik mak cik beli sekali lah untuk Azri (16 Okt), Huda (17 Nov), Alip (10 Dec), Danial (29 Dec) dan Hana (29 Jan) yang bakal tiba birthdaynya. Gitu lah bila ada ramai anak buah, buat birthday pun sekali arung jer. Baru ler meriah... dan seperti biasa tak yah jemput orang luar pun. Cukup keluarga Haji Abdullah dan Hajjah Hapsah jer :D



Waktu kat atas ni, semua orang tengah nyanyikan lagu Birthday Aran ... tengok tu semua mulut terbukak, penuh perasaan nyanyi nyer. Aran maintain macho jer tunggu nak tiup lilin. Tak pun dia fikir nak buat macam David Bline, tenung jer lilin tu boleh padam... hehehe. Seronok lak tengok gelagat pewaris Cikgu Dollah ni. Umur sebaya jer lebih kurang, kepala pun lebih kurang sama jer perangainya. Ini lah muka muka havoc kat rumah nenek. Tak ada dia orang ni umah nenek memang sunyi lah. Sebab tu setiap kali nak balik Klang ... Hilman akan call sepupu sepupu dia ni untuk turun jumpa kat umah nenek.

Lepas makan-makan ... upacara pemberian hadiah pun bermula. VIP yang sudah semestinyer nenek lah yang tukang kasik hadiah kat cucu cucu nyer. Muka muka yang monyok sebab mengantuk dan lapar sebelumnyer pun leh jadi muka muka Astro Ceria bila nampak nenek nak kasik hadiah. Every hadiah yang diserahkan nenek mesti nak hambik gambo. Lepas tu masing-masing susun setempat ... lepas tu ambik gambo lagi dengan hadiah yang dikumpul. Hehehehe


Aran, Alip, Hazman, Haris dan Hilman tengah pose sebelum hadiah di buka. Azri kat belakang tu tengah leka bukak hadiah nyer. Orang panggil pun dia tak sedar. Aku rasalah gambo ni mesti jadi Nostalgia bila dia orang beso nanti. Muka muka budget comel masa kecik kecik ni memang nampak telus jer ... harap sampai ker beso ler


Azri, Alip dan Aran ... with their first NERF. Suker Alip dan Azri bila dapat Nerf yang orang Kuang hadiahkan. Aku siap pesan sebelum kerumah nenek, mintak Aran bawak Nerf dia. Sebab aku sure dia orang akan bukak gelenggang perang Nerf lah kat umah nenek. Memang pun ... habis semua orang jadi kubu pertahanan budak budak ni. Nasib baik ler pelurunyer tak menyakitkan.




Aku lak hadiahkan 'Little Red Bicycle' untuk Aran. Ini pun atas permintaan dia. Siap aku kena bawak pergi kedai basikal, sebab dia nak pilih sendiri. Dia nak yang beso dan ada gear lagik. Suka sangat bila dah dapat, tak sempat sempat nak naik. Dan aku pun suka sangat sebab dia suka ... Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayang Mak. Semoga menjadi anak yang soleh dan mendengar kata. Mak Sayanggggggggggggg Aran sangat sangat :D

11 comments:

Dr. Rodzila Rodi said...

salam..
blog ni best..
sebab asek2 celebrate besday atau anibersari..ataupun kenduri, dan makan..
apa yg ditunjuk kebanyakkannya memang kumpul anak2, sedara mara..
maknanya ukhuwah tu sgt erat..

apa pun..
happy birthday Paan..akak Farhan..
wahh dah ada beskal la..
semoga panjang umur dan rajin belajar!!
amin

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - Wa'alaikumsalam dik

Hahahaha ... dah memang ujung tahun dan awal tahun ni banyak anniversary dan birthday. Lepas ni memang berderet birthday. Coming Februari Birthday Kak Long(11/2) dan Hilman(19/2). Coming March pulak Birthday Iqa (1 March). Berderet deret dan rapat rapat hari jadi kita orang ni dik... Abis tu memang makan jer lah kerja kita orang ;) macam mana ler nak kurus.

Ameen atas Doa Zila, terima kasih on behalf. Nanti akak suruh Aran baca komen nih ;)

anymz said...

salam cik.
pinjam nenek tu boleh?..akak pun nak hadiah gak..hehe
ooo..paan suka cheese cake ya..suh mama buat.asek beli jek mama ni..jgn malas mama oi..

Kak Amy said...

hai...

Salam kenal amy singgah sini baca entry dan follow, jemput ke sinar raudah ye!

My Life My World said...

anymz - Salam Kak Anim :)

Boleh ajer pinjam nenek tu ... Hmmm apa kata akak pinjam nenek, Acik nak pinjam Ainul. Sebab nyer Ainul pandai masak cheese cake ... hehehe.

Tu ler pasal, mak nyer ni memula bila tengok resepi kat blog akak macam jam jam tu nak buat, lelama bila dah kenyang makan benda lain terus penyakit 'M' tu melekat tak tanggal tanggal .... hehehehe

My Life My World said...

Amy Syaquena - Salam Kenal Amy ... terima kasih yer sudi datang blog akak :) Insya ALLAH akan berkunjung balas ke Sinar Raudhah jap lagi. Tunggguuuuu ....

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran tu ARAN. Moga sejahtera dan terus menjadi anak yang cemerlang...

Kita pun sayangggggg sama ARAN!

My Life My World said...

azieazah - Terima Kasih auntie azieazah.ni aran yang tulis

IXORAROXI said...

asyik tertinggal je..apapun buat Aran, moga dipanjangkan umur, jadi anak yg soleh..amin Ya Allah

My Life My World said...

Ixoraroxi - Terima kasih Ix on behalf of Aran :)

The Red Rambutan said...

Wah. Happy birthday untuk mereka. Dulu-dulu kita peksa nombor 1, tapi tak dapat hadiah basikal, sebab bapak kita orang miskin maa... sekarang pun basikal dah beli tapi belum sempat nak naik basikal tu. Sedapnya kek birthday tu.