Wednesday, January 5, 2011

MAKAN MAKAN SEMPENA ANIBERSERI


KHAMIS, 30 Disember 2010

Ini peristiwa tahun lepas. Baru sempat nak meng'up-date'. Oleh kerana ianya sangat bermakna ... lambat pun lambat lah asalkan update ... ngeh ngeh ngeh. Sepatutnyer Ulang Tahun Perkahwinan Mak dan Abah pada 25 Disember hari tu, tapi tak sempat nak sambut sebab ramai bebeno majlis orang kawin hari tu. Maka di postponed kan lah ke tarikh lain. Tahun ni genap 47 tahun perkahwinan mak dan abah. Sebut pasal 47 tahun ... Alhamdullilah dan syukur sangat-sangat hingga hari ni abah dan mak masih sihat dan bahagia bersama. Harapkan hingga ke hujung nyawa. AMIN.


Pandangan kasih Tok Abah kat Mak Tok ... so gula

Nak buat lipatan Hari Ini Dalam Sejarah sikit. Abah jumpa mak masa tu abah pergi bercuti ke Kota Bharu Kelantan dengan kawan sekampung yang kebetulan kerja kat sana. Yang best nyer, abah aku jumpa 3 hari dengan mak terus proposed. Mak mula-mula tak percaya sebab cepat giler. Tapi abah membuktikan nya. Sapa sangka jumpa 3 hari jer dan seterusnya bertahan sehingga 47 tahun. Tak yah nak tunang dan dating lama-lama. Cinta orang dolu dolu tak macam cinta orang sekarang. Kak AA tolong huraikan ... hehehe. Kak AA mesti jawab, "kau ingat ni kelas Sastera ker hapa" :)


Adegan yang paling disukai cucu cucu - siap tepuk tangan lagi :)

Dahsyat panahan cinta mak aku kat abah ... orang Kelantan memang comei comei kut ... sebab tu mak mak kalau anak bujang pergi Kelantan jadi takut ... ialah takut kalau anak teruna dia tak balik ... hahahaha. Tapi rasanyer Mak Cik Meriam mesti setuju tang comei tu kan ;). Mak memang tak penah keluar dari Kelantan sebelumnya, masa baru kawin tu lah mak tinggalkan Kelantan demi ikut abah.... dan terus bermastautin kat sini. Adalah setahun 2-3 kali balik Kelantan sebab nak bayar cukai tanah sambil jengok sedara mara atau hadiri kenduri kawin sedara.





Mak awal-awal lagi dah pesan suruh datang rumah dia lepas Maghrib. Siap suruh aku call abang-abang aku datang sekali. Bawak anak-anak kapal semua. Kebetulan esoknyer 31hb Disember cuti kan, sempena Malaysia menang Piala AFF. Weh! dengar sini semua pemain bola Malaysia ... tolonglah menang selalu kat perlawanan antarabangsa, agar dapat aku cuti selalu. Oppssss ... selingan lah pulak :) Sambung balik. Mak aku punyerlah semangat giler hari ni. Macam-macam dia masak. Masak Nasi Dagang (feberet aku nih) dikawinkan lauk rendang ayam, masak lemak ikan tongkol dan acar timun/nenas. Belum masuk Laksa Kelantan Kuah Lemak (ni pun feberat aku gak) Goreng Tauhu yang ada isi, siap dengan Bubur Caca sekali. Uish! lapo ler pulak waktu tulis benda ni. Gulp! telan air liur jer lah aku.


Hobi baru Iskandar - pose bila nampak kamera

Aku lak siap order Abang Long aku," Weih! kau datang nanti bawak kek aaaa... ". Nasib kau ler Abang Long ... sebab kau yang sulongkan, maka penghormatan diberikan kat kau untuk beli kek ... hehehehe. Aku bawak perut jer lah, kalau idak nanti siapa nak kasih perabih semua makanan tu kan. Biasalah aku ... memang kuat makan :D

Kemana jer mamat ni mesti berdua

Memang kecoh bagai kapal pecah lah rumah mak abah aku malam tu. Dengan cucu yang berlari-lari, terjerit-jerit, nangis-nangis. Itu baru cucu ... belum part anak beranak yang bergosip dan cerita pasal politik lagi, sambil sambil mengunyah. Buat majlis macam ni dengan anak beranak jer dah gegak gempita satu rumah.



Mak dan Abah kata lagi 3 tahun nak buat sambutan besar sikit sempena Jubli Emas Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke 50 tahun. Aku sempat cakap,"Nanti kita buat pelamin sekali, boleh mok dengan abah sanding sekali lagi" ... Insya ALLAH :)

8 comments:

Dr. Rodzila Rodi said...

tahniah akak!!
waahh..
tang makan tak yah nak cakap la..memang bikin perut berkeroncong...
yang tak tahan tu..tang cium...
perghhhh...
salute la..suspecccttttt la pakcik ngan makcik...
rasa nak tumpang tepok tangan..err..tak amek video ke tang tu..hihihi i likeeeee

anymz said...

waah..memang soooo gula bila abah di kucup oleh mak..huhu
seronok kan acik?..akak tak merasa semua tu..sebab kedua2 mak ayah akak tak sempat nak meraikan annibersari ke 30 thn pun.skang dua2 dah tak ada..diorang meninggal muda..

Fadzli Amir said...

Lagi sekali entry akak yang membuatkan anak muda ini hampir2 menirtiskan air idung...sungguh terharu...harap saya pun nak kekal sampai macam tu lah...yang best sekali part cium tu fuiiiyyoooo....

azieazah said...

Ahaaa tang Anniversary 50 tu buat bunga pahar dan bunga telur...:) Nanti leh kami terjah!

Hmmm.. cinta orang dolu?
Tak perlu ditunjuk tapi perlu dibuktikan selepas bernikah. Itu lebih penting.

Prinsip Kak Azie: Biar orang lebih menyintai kita banyak berbanding kita.InsyaAllahhhh...

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi -Tahniah Akak? Uish Tahniah Mak dengan Abah akak kot :)Apa jer yang mak masak memang sedap, apa lagi yang spesel. Mak dengan Abah memang sporting. Suker bebeno cucunyer dapat tengok mak tok cium tok abah.... semua cucu cucu nyer tepuk tangan.

My Life My World said...

anymz - Sudah semestinyer seronok tengok kebahagian mak dan abah. Alhamdullilah.

Alahai, cian Kak Anim. Sure akak dah belajar berdikari sedari awal lagi kan. Semoga kita dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk kita melihat waris waris kita nanti. AMIN

My Life My World said...

Fadzli Amir - Adik ni buat akak takut jer. Kau selsema ker bila baca entry akak dik ... hahaha. Semoga hubungan adik dan isteri berkekalan hingga ke akhir hayat. AMIN

Nanti kalau kau sambut annibersary depan cucu nanti, jangan malu malu cium nenek nyer yer ;D

My Life My World said...

azieazah - Insya ALLAH ... nanti kalau sambut yang ke 50 Anniversary, ingat nak jemput Kak AA jadik MC leh ;C

Prinsip akak tu betul sangat sangat. Tapi masalahnyer memang susah nak carik orang gitu sekarang nih.Asyik ler kita jer yang terkorban... hahahaha