Friday, February 18, 2011

DAPAT JUGA AKHIRNYA ...



Dah lama aku carik benda ni, baru sekarang dapat. Carik kat kedai lampu tak ada. Puas melilau ke merata tempat aku carik. Semua kedai buku dan kedai lampu kat Sg. Buloh aku carik. Masih gak tak jumpa ... sehingga aku ke MPH Bookstore. Ha! melambak ada ghupernyer, macam-macam jenis ada. Yang beso, yang kecik yang panjang yang berat yang bulat.



Yang ini pilihan aku ... semestinyer biru, feberet kaler aku. Tak der benda pun sebenonyer. Yang ni lampu untuk digunakan bagi membaca buku diwaktu tak cukup cahaya. Salah satu ke'obses'an aku adalah membaca. Tak kira kat mana pun aku suka sangat membaca. Paling teruk ... aku boleh membaca masa drive waktu tengah tunggu traffic light atau Jam yang jalan macam siput. Aku tak suka menunggu, so 'to kill time' aku akan membaca ... biasanyer novel, yang semestinya ada stok baru sentiasa. Sebab aku akan gelisah kalau tak ada novel baru :D Jadinyer bila drive balik kerja memalam, aku selalu tak dapat membaca, kengkadang terpaksa bukak lampu kecik dalam kereta. Yang tak bagusnyer membaca dalam kereta nih, bila aku tak sedar lampu dah hijau, sampai kena tin tin pon pon. Jangan ler ikut perangai aku. Bior ler aku sorang jer yang buat kerja giler ni.

Sekarang ianya tidak menjadi masalah lagi. Dimana-mana pun aku boleh membaca. Dalam keadaan apa pun aku boleh membaca. Alhamdullilah, settle masalah. Orang pun tak terganggu kalau aku nak membaca sebelum tidur, tak yah bukak lampu beso yang menyilaukan.

10 comments:

IXORAROXI said...

hati2 membaca sewaktu traffic jem, setakat tin tin pon pon ok lagi kang takutnya seal with the kiss pulak kereta yang ada kat depan...saya berhenti sekejap baca novel...malas nak terbuai rasa bila baca :D

Fadzli Amir said...

sama la suka membaca, tapi tak le segila membaca masa bawak keta...hehehe...memang dah nampak lampu ni kat kedai hobby sport tapi tak teringin lagi nak beli...sebab membaca waktu siang dan waktu boleh bukak lampu je...

lady lavender said...

waa..kalo dalam keta pun akak bleh membaca memang sah le akak ulat buku hiihii..:-)

solo mum said...

same goes to me... lampu merah ijau kuning merah balik, tak sedar dok leka dgn buku ha...ah.ha.ah

My Life My World said...

IXORAROXI - Sayang awak kat saya kan Ix, saya nih jer yang 'Melayu mudah lupa'. Tapi takat ni belum lagi nak kiss keta depan. Terima kasih untuk advice. Seriau saya kenangkan.

Ix, yang terbuai buai tu ler best, rasa macam tengah bercinta sama macam dalam waktu novel tu ... hahahaha. Buruk tu perangai kan ;D

My Life My World said...

Fadzli Amir - Tapi akak tak ler sampai giler ... hehehehe. FA kat hobby shop tu mesti carik pancing kan kan kan ;D

My Life My World said...

Lady Lavender - akak sejak sekolah dulu pun memang gitu LL. Masa dalam bas awam pergi dan balik sekolah pun akak membaca selain dari tido dalam bas sampai terbabas tempat turun ... hehehe

My Life My World said...

solo mum - hohohho lampu merah hijau merah tak jalan jalan jugak!!! Kat jalan mana lah tu, lenggang nyer jalan tu. Best best best ;)

Saya kalau naik dengan anak-anak, saya suruh dia orang jer tengokkan lampu tu, kalau hijau kasik tahu :D

Fadzli Amir said...

hehehe..macam tau2 je hobby sport tu jual apa....ya memang tepat sekali...

My Life My World said...

Fadzli Amir - Akak kan memahami ... Chehhhh ... hahahahaha