Jumaat, 11 Februari 2011
Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-16 untuk Kak Long. Dah beso anak mak. Dah masuk alam remaja. Alam pemberontakan yang sering berlaku di dalam jiwa. Mak rasa itu ... mak pun pernah melalui nyer. Waktu sebegini kita kena banyak pakai akal dan tidak ikut rasa. Semoga anak mak tak salah pilih jalan dan berjaya selalu dalam apa jua yang dilakukan. Semoga menjadi anak yang solehah dan mendengar kata serta berjasa pada ibubapa. Semoga tak tersasar dari landasan menuju Allah yang satu. Mak sayang Kak Long sangat-sangat. Kalau mak marah tu bukan sebab tak sayang, tapi sebab terlalu sayang. Mak nak Kak Long jadi yang terbaik. Memang susah jadi anak sulong kan, kena jadi contoh yang baik untuk adik-adik di bawah. Itulah nama pun Kak Long, kena banyak berkorban dan bertanggungjawab ke atas adik-adik ;D
So, mak dedicated kan this song to Kak Long. Tak tahu kenapa kalau dengar lagu ni jer teringat kat Kak Long :D Erk... sila anggap cinta yang disebut dalam lagu ni adalah cinta dan kasih sayang yang tulus dari mak pada Kak Long okay. Mak nak Kak Long berjaya dalam hidup ... terbanglah setinggi mana pun sayang ... belajarlah setinggi dan sejauh mana pun. Mak harap satu hari nanti bila dah berjaya Kak Long tak akan melupakan hijaunye rumput dan orang tua yang selalu menantikan dan menunggu kasih sayang dari Kak Long. Mak sayang kan Kak Long dunia dan akhirat. Tak akan luak kasih sayang ini walau apa pun yang terjadi.
10 comments:
Selamat hari jadi Kak Long. Semoga apa yg family n kawan2 Kak Long doakan untuk Kak Long dimakbulkan Allah.
Happy Birthday Kak Long Farhanah semoga berjaya dalam apa jua .. dan segala cita2 k.long tercapai .. :)
rasa nak hug akak ngan Kak Long skrg..
sangat sentimental dan syahdu..
Kak Long, HAPPY BIRTHDAY DEAR!
SEMOGA SUCCESS SELALU..
dulu, masa saya dtg sana, Kak Long kemetot lagik..hehehe..
now, dia yg lebih melaram but i loiiikkkeee
happy birthday KAK LONG
hepi besday kak long. Be gud okay :-)
comei anak akak :-)
lemongrass - AMIN ... terima kasih Min, nanti Acik kasik tau Kak Long yer :)
Mrs Taz - Terima Kasih Aunty Zia :)
Dr. Rodzila Rodi - ala ala ... akak rasa hug tu Zila :) sebab akak pun syahdu dan meleleh air mata masa tulis post ni.
Amin atas doa Zila, dia melaram kalah abis mak dia tertinggal jauh ke belakang. Beli baju macam orang nak pergi kerja.
IXORAROXI - Terima Kasih IX on behalf Kak Long :)
Lady Lavender - Terima Kasih LL ... dia memang budak baik ... setakat ni ler ;D
Post a Comment