Tuesday, February 22, 2011

TEPPANYAKI FOR BIRTHDAY BOY

AHAD, 20 Februari 2011

Baru hari ni berpeluang nak celebrate Ber-sedih-Boy (sebutan Aran untuk Birthday Boy). Semalam aku kerja, dia pulak ada kelas tambahan. Petang lak dia Tuition ... malam aku dah 'collapse' kepenatan kehulu ke hilir ... tak sempat. Sorry sayang, nasib baik dia mengerti. Bila akak akak nyer tanya aku nak celebrate makan-makan Birthday Hilman kat mana, aku jawap "Entah, tanya ler Birthday Boy". Dua orang akak dia ni tak abis-abis nak pergi makan Ayam Penyet lagi... sampai aku kata, "Kak Long, nanti kau kawin jer lah dengan Tokeh Restoran Ayam Penyet tu, hari hari pun kau leh makan Ayam Penyet", giler aaaa minah ni, asyik nak makan ayam penyet jer, aku lak rasa nak muntah bila dengar ... hehehehe.




Bukan .... bukan makan kat Library nih. Tapi betul tempat kat atas ni bukan Library, tapi tempat makan yang aku pun tak pasti ada buku ker kat dalam tu. Tak berani lah aku nak masuk tempat Elit nih, mahai for sure kan ... sekadar hambik gambar kat entrance masuk jer. Sebab cantik sangat deko deko kat luar restoran nih. Opppsss lupa nak cerita kami ker The Curve . Hilman dah pilih nak makan Teppanyaki kat satu Restoran yang dia pernah pergi dengan Best Friend dia Riduan. Mak Riduan yang bawak dia satu hari tu kat e@Curve. Tapi waktu tu dia tak makan Teppanyaki. Tak berjaya jugak pujuk rayu domba akak dia kat 'Birthday Boy' nak pergi Ayam Penyet.







Kedai biasa biasa jer. Ini first time anak-anak makan Teppanyaki. Aku dah biasa makan masa kerja dengan syarikat Jepun masa lepas Grad dulu. Pengalaman baru, seronok tengok orang memasak depan kita. Walaupun tukang masak adalah Mat Bangla dan bukan orang Jepun. Hentam lah labu ... asalkan Halal dan sodap. Aran jer minta 'Bento' yang lain makan Teppanyaki ayam dan daging. Kak Long tak selera, mungkin sebab tak biasa kut @ sebab tak dapat ayam penyet ... Iqa bolah tahan lagi sebab dia suka taugeh dan Teppanyaki ni banyak sayur taugeh. Aku dan Hilman ... licin. Hehehehe ... kami berdua ni memang suka makan. Kalau batu dengan kayu tu boleh makan, harus kita orang makan jugak kut. Siap aku dan Hilman kutip kutip lagi lauk kat pinggan Kak Long yang tak abis tu :D Sayang tak di makan, membazir tu amalan Syaitan ... hehehe





Birthday Boy nak main boling memula tu. Kita orang dah siap naik atas sekali kat e@Curve, malang nya dia orang ada Tournament. Tak ada satu pun Lane yang free, tak ada rezeki nak main, lain kali yer Man. Sebab tak dapat main boling, terus ajak ke Aked Main Game kat tingkat 3. Abis semua game dia main. Layan jer lah ... Birthday Boy kan. Kasik happy happy sikit :D


Last sekali lepak kat MPH di The Curve ... dan sebelum beredar balik sempat singgah lagi beli Ice Blend kat tempat favourite. Best in Town, dah cuba kat tempat lain, tak ada yang sesedap ini. Tapi harga dia mahal sikitlah dari tempat lain tu. Kami terpaksa balik awal sebab Tuition Hilman start pukul 5.15 petang. Kalau tidak harus sampai malam pun tak reti-reti nak balik lagi. Dan sekarang ni Iqa lak tengah menghitung hari Birthday dia 1st March ni. Dia tengah set set tempat nak makan kat mana. Berderet-deret Birthday kita orang sejak bulan January (Aran), February (Kak Long & Hilman), March (Iqa). Poning lalat mak, nasib baik 1 March tu dah dapat gaji ... hehehehe. Rezeki korang .... Syukur Alhamdullilah.

11 comments:

anymz said...

Happy birthday hilman,,sori acik anim lambat masuk jenguk rumah mama ni..
belajar rajin2 ya nak ya..semoga menjadi anak yg soleh dan bahagia di dunia dan juga di akhirat..
psst..acik anim takde anak dara kecik la kalo tak leh berbesan dgn mama..
hahaha

Acik,pe kabar?lama tak bersembang2 kan?..

Dr. Rodzila Rodi said...

mr teppayanki..hehe..sy tak suka sbb tauge..hihihi..
awal tahun je la korang leh pow mak korang kan..sbb semua besday awal tahun..ujung tahun..leh gi makan kat kenduri kawen pulak..hihihi..
akak memang bestla..sempat lg hantar tuition..kalau sy..sanggup tak pegi tuition tu..hahahaha

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..singah cini dan folo blog ini..

tak pernah rasa lagi ayam penyek tue..depa kata sedap kans...

kasihibu said...

selamat hari lahir hilman..
semoga menjadi anak yang soleh dan mendapat perkara yang terbaik

best jenjalan makan makan dgn anak anak kan?

kasihibu said...

ayam penyek...

wah best best podeh..nagis nak menghabis bila makan .

Fadzli Amir said...

uihh..dalam seminggu agaknye berapa kali makan2 kat luar ni...bagusss..bagusss...macam saye la nak makan2 pun kene cek poket koyak ke tak...hehehehe

My Life My World said...

anymz - Salam Kak Anim, lama tak nampak :) datang lambat tak per, jangan tak datang langsung ... memang pun rindu nak sembang dengan akak ... hikhikhik. Amin atas doa akak untuk Hilman.

Psttt ...tak ada anak dara, anak sedara pun boleh ;D

My Life My World said...

Dr Rodzila Rodi - Iyalah Zila, awal tahun ni jer lah dia orang nak pulun mak dia suruh belanja. Tunggu lepas bulan 3, kita pergi kenduri kawin dengan umah nenek Klang jer lah. Nak tunggu Zila kawin bila lah pulak kan kan kan :D

Tuition kena pergi ... sayang tak pergi, nanti ketinggalan.

My Life My World said...

sahromnasrudin - Wa'alaikumsalam. Terima kasih sudi singgah dan Follow. Insya Allah akan berkunjung balas ;D

Ayam Penyet memang sedap, walaupun simple sangat lauk dia. Ada ayam yang dipenyetkan membuatkan isi dia lembut, sekali dengan tempe dan tauhu. Yang kick tu sambal belacan dia. Meleleh airmata kepedasan. Cubalah :D

My Life My World said...

sayangsayang ibu - Terima Kasih on behalf Hilman dan Amin untuk doanya.

Jenjalan dengan anak-anak memang best. Seronok dapat buat orang yang kita sayang bahagia. Tak gitu SS Ibu :)

Tu ler kata ... kalau makan ayam penyet, segala air mata, air hidung semua keluar. Muka merah-merah, tapi itu ler yang sedapnyer tu :)

My Life My World said...

Fadzli Amir - Alhamdullilah rezeki anak-anak. Takat ada ni boleh lah, dah tak ada nanti duk umah diam diam jer lah. Hahahahaha...Makan roti loooo tak pun rebus maggi ;D