Saturday, December 5, 2009

PERFECTION

Aku cuti Sabtu ini, walau pun kerja berlambak kat opis. Aran kata "Mak, kita pergi opis mak hari Ahad jer lah yer". Dia tak bagi aku pergi Hari Sabtu, sebab dia tak leh nak ikut, so kalau hari Ahad, seisi rumah boleh join. Pandai anak mak yer. Pepagi buta dah keluar rumah dengan Kak Long. Then fetch Shafikah kat Batu 17, Kuang. Nak kemana ? Jom .........




Dah sampai kena pulak panjat tangga ni. Hati dah cuak ... apasal macam 'clubbing' jer tempat nih, walaupun aku tak pernah pergi 'clubbing' seumur hidup aku nih.


Aik ....kat hujung tangga tadi aku jumpa pulak hiasan pokok 'Xmas' ni, aku salah masuk tempat ker? Ni shopping centre ker Lobi Hotel. Ngeh ngeh ngeh


Lega hati bila nampak tanda ni. Wah wah wah !!! lawa giler tempat ini. Hari ni first day aku daftarkan Kak Long di Perfection Tuition Centre ni. Bermula lah perjuangan PMR bagi Kak Long. Dan demi anak-anak dan pelajarannya, Insya Allah aku akan lakukan apa sahaja yang aku termampu. Kepentingan diri dah tak penting untuk aku ...


Yang ni sudut cyber cafe yang ada kat situ, comel sangat tempat ni, Dengan susun atur, cahaya, colour ... rasa perfect jer. Apasal la masa aku dulu-dulu tak ada tempat macam ni.



Kak Long dan Syafikah tengah isi borang pendaftaran dengan Miss Sharon yang melayan kami dengan amat sempurna sekali. Siap bawak aku buat 'Tour' kat seluruh pusat tuisyen ni. Yang kat belakang beratur tu adalah budak-budak lama yang nak bayar yuran bulanan. Masa daftar tu dapat free gift lagi. Beg Comel dan sebotol juice lemon. Okay lah jugak beg tu tapi Kak Long kata tak lawa.

Yang ni pulak cafe yang berada di Tingkat atas sekali, bersebelahan kelas yang disediakan untuk student. Best sangat ... amat puashati. Harap apa yang dia orang ajar kat sini pada anak aku pun best ler hendaknyer. Aku ni kan pantang tengok tempat-tempat cantik dan lawa macam ni, aku rasa nak duk sini lelama. Dah macam jakun ler pulak, sikit-sikit ambik gambar, sampai Kak Long dah sound "cukup cukup ler mak" hehehehe ....

Sambil tunggu Kak Long tu, aku ke Tesco Batu Caves. Ingat nak pergi bayar Bil, tapi Pejabat Pos lak tutup, lupa minggu pertama dia orang memang tutup. Singgah pasar raya beli groceries. Tengok jam lepas buat bayaran, awal lagi...baru pukul 10.45 pagi, Kak Long punya kelas habis pukul 11.30. So ..... on the way ke Perfection tu singgah la dulu kat sini ...



Taman Metropolitan Kepong. Elok jer cuaca redup, dengan angin sepoi sepoi bahasa, ada pulak kicau kicau burung.... tenang sangat sangat. Aku sorang jer lak tu. Iqa tak nak ikut sebab nak main internet kat rumah. Hilman dengan Aran lak tak nak ikut sebab nak main PS2, dia orang baru beli CD Game baru kat The Store semalam. Tak sabar-sabar nak main.



Aku lepak bawah pohon pohon bambu ni sambil baca paper. Tenang sangat-sangat. Rasa nak datang hari hari lepak sini. Hish.... macam ler boleh. Jap jer kat sini, sebab kena fetch Kak Long dan Shafikah. Opppssss..... have to stop. Jap lagi nak pergi Kenduri Kawin kat Rawang. Will up-date later yer ......

13 comments:

azieazah said...

Wahhhh semoga tuition tu mengajar se perfect namanya.. dan semoga KAK LONG akan sukses..

Mesti ABAHnya yang berada jauh di seberang laut tu happy tengok anak-anak dia membesar dengan MAK.. sian dia tak dapat nak join buat benda-benda ni semua, kan ACIK?
hehehehe

azieazah said...

Sebenarnya, Kak AA pun lebih kurang ACIK gak, skit skit nak snap gambor..

lepas masak letak jer mangkuk, amik hp, budak2 dah perli "nak amik gambar ler tuh..." hehehe

kadang2 kita tak sedar, pic tu ler kenangan yang manis, dan adakala pic tu menjadi manfaat pula pada keadaan yang kita tidak tahu sekarang..

maWaZ -.- said...

wah! bes gile tusyen tu!! rugi je tak masuk :(

My Life My World said...

azieazah - Amin untuk doa akak tu. Terimakasih pada ABAH nya sebab percayakan EMAK nya untuk membesarkan anak anak...hehehehe Syukurrrrr....

Tu lah kak, anak-anak saya dah buat muka kalau saya banyak sangat ambik gambar. Tapi mak dia tak pedulik. Buat bodo jer, dah memang mak dia muka jenis tak malu ... tapi tak lah bodoh kan hingga boleh di permainkan (wink! wink!)... muahahahaha

My Life My World said...

Fawwaz - Salam...besar hati auntie fawwaz sudi masuk blog auntie ;)

Memang best tempat tu, Farhanah baru dua hari dah suker giler kat tempat tu. Dia kata cikgu2 dia pun best, tak membosankan. Masa dari 9am to 11.30am pun dia rasa kejap jer.

Meh ler masuk sini fawwaz. Tak ada kenderaan, nanti auntie boleh tolong hantarkan. Tapi datang ler rumah auntie dulu.

Serius ni, tak tipu. Farhanah suruh auntie lobi fawwaz masuk Perfection. Ramai-ramai kawan kat Perfection mesti lagi best ....

maWaZ -.- said...

haha, sebenarnya dah banyak kali dah masuk blog auntie tp x komen je :)

memang fawwaz nak masuk pon tp mak fawwaz yg cakap xpayah pergi, so, fawwaz pon tak pergi la.
kalau transpot boleh je naik bas.

Norfatin Suraya said...

auntie, mak sayaa suruh masukk perfection untk form 2. tapi tkde kawann, iqa pun tk nak masukk :(

My Life My World said...

Fawwaz - auntie pun selalu jugak masuk blog Fawwaz, 'lompat' dari blog Fatin. Seronok baca cerita Fawwaz.

Nanti Fawwaz pujuk la mak awak, hati perempuan, lama-lama cair jugak ... agak nyer lah.

My Life My World said...

Fatin - masuk ler Fatin, best tempat dia. Tapi Iqa tak kan masuk ler tahun ni. Tahun depan Insya Allah Iqa masuk sebab periksa besar tahun depan kan. Auntie kalau kaya raya, semua anak auntie masuk Perfection ... hehehehehe

Norfatin Suraya said...

hahaha. tu la sayep un ingat nak masuk form 3 tapi mak suruh masuk tusyen mase form 2 sebab result form 1 terukk , hehehe.

My Life My World said...

Fatin - sayang mak kat Fatin. Bagus jugak idea tu, dan Fatin kena buktikan yang Fatin boleh dapat keputusan yang cemerlang bila dah ke tuition nanti.

Balas balik penat lelah mak fatin tu. Yang pasti nyer nak tengok kejayaan fatin.

maWaZ -.- said...

haha, xde la bes sgt. cerita biase je :)

tak tau la nak bg sebab ape dah. auntie tlg bg idea mcm mane nak pujuk mak saya??

The Hand That Holds The Quill... said...

salam, nak tanya sikit tentang Perfection tuition centre ni. Ok ke based on ur and ur daughter's experience? Worth it tak hantar anak tuition kat situ?

Tq for sharing.