Saturday, October 23, 2010

BACAAN KAD


Semalam masa duk berpoya poya di Digital Centre kat BREM MALL, aku telah merembat 'Card Reader' @ Bacaan Kad yang kat atas ni hah. Aku selalu ada masalah bila nak 'up-load' gambar kat Blog sebab kabel kamera entah kemana-mana anak-anak aku humban. Jadi nyer meng'upload' gambar adalah menjadi lebih muda selepas ini :) Acik suker. Murah jer, kat stiker 'card reader' tulis 29 hengget. Aku mintak kurang memula tu 18 hengget ... hik hik hik ... lepas tu up sikit naik 20 hengget tak lepas jugak. Hmmm ... okaylah last kopek mintak 23 hengget ... baru lepas. Ni kalau ada Kak Long sebelah aku ni mesti dah dia membebel kat aku "Mak, cukup lah tu banyak sangat kurang tu" ... sampai aku pun konfius, bila pulak orang kedai tu lantik anak aku jadi jurujual. Kak Long boleh kesian kat jurujual tu pulak sebab aku kurangkan harga banyak sangat :( Hish Kak Long ni memang tak membantu langsung taw, nasib baik hari tu aku tak bawak dia. Tapi tak adalah turun banyak mana pun, takat 6 hengget jer.... Hmmmm ... kena asah lagi skill tawar menawar nih.

p/s: baru belajar nak letak 'watermark' ... sebab gambar aku sebelum ini telah diciluk oleh seorang cikgu untuk di pakai dalam slide show dia... hikhikhik.. Nazri, kalau awak tak kasik tahu tentang ini, sure auntie tak tahu tentang pen'ciluk'an itu. Dalam ati rasa bangga gak, tak sangka ada orang ilmiah yang terkenal baca blog aku ... hehehehehe

8 comments:

Anonymous said...

salam ros..wow dah semakin cangginhlah nanti blog roa..bertambahlah pembacanya nanti.

Anonymous said...

Nazri mana? :-O

Mrs Taz said...

pergghh ..dasat laaa acik ..gambar mana tu cik? isy isy bahaya ni ...sila la update slalu ye acik cayang ... zia pun nak kena pi beli satu sbb yg dolu2 ntah mana tercampaknya ... hehe

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik

Harap harap nyer gitu lah, dan harap harap nyer jugak bertambah ler rajin dan meng'up-date' ;)

My Life My World said...

Anonymous ... Salammm

Iya lah pulak Nazri mana yer ???? Hahahahahaha.... jejaka chop kayu jati tu ker ???

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia :)

Gambar masa pergi Langkawi, kebetulan masa nak PMR hari tu ada talk dari seorang pembuat buku teks sejarah. Dia guna gambar tu and slide show to rakan sekolah Kak Long dan Iqa. Apa lagi satu sekolah kenal muka dia orang... hahahaha

InsyaAllah akan update selalu :)Sila ler komen selalu yer Zia cayang hehehehe

Anonymous said...

Ouh, yg lelaki sejati tu, ckp la awal awal xD

Mrs Taz said...

oooo ye ke? tak pe la camtu ..tak pe model cun2 ..gambar pun cun2 .. sure glamer diorang pasni .. cik suh dia masukkan dalam buku teks lak pastu mintak payment kekekeke .. mahal tau :D