Wednesday, October 27, 2010

PERGI TAK KEMBALI ...

Pagi tadi masa on the way datang opis, lepas Komuter Sg. Buloh kat bawah jejantas PLUS tetiba jalan sesak. Alahai dalam ati, tak kan sesak dah sampai sini kut. Jauh lagi tu nak kesampai Simpang Penchala. Terkemut-kemut ... ghupa-ghupanyer ada eksiden menghala ke Sg Buloh. Kereta Kelisa dah langgar satu motor. Masa aku lalu tu, rakyat-rakyat Malaysia telah bersatu hati mengangkat mangsa masuk dalam kereta nak bawak pergi spital. See ... aku dapat tengok benda tu, sebab tu jalan sesak ... aku tahu semua kereta pun slow sebab nak tengok kejadian. Serupa ler dengan aku, lagi mahu bising jalan sesak.... hikhikhik :) Harapnya mangsa tu tak lah teruk sangat, dan harapnya dia kembali kerumah dia bila sembuh nanti. Tapi bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya ... iklan jer ni :)



Yang pergi tak kembali tu si Sotong 'Paul' yang femes seantero dunia masa Piala Dunia ari tu. Dah mati dah sotong ni. Sakit apalah agaknyer yer. Stress kut, kerja kuat sangat. Tak pun sakit jantung, darah tinggi fikirkan orang Jerman yang asik nak bunuh dia... hahahaha. Terkejut jugak bila dengar news pagi tu. Binatang mana lah jadi mangsa untuk dijadikan Tok Bomoh lepas ni. Adakah ular, sesumpah, kura-kura atau tapir?. Tapi dengar cerita nyer ... dia orang akan melatih Sotong Kurita yang lain lak untuk jadi bomoh lepas ni. Adakah sehebat 'Paul' ? Sama-sama ler kita tunggu ek.




Masa aku cerita kat Hilman dan Aran masa sarapan pagi tadi , dia orang terkejut. Tak lah sampai terkejut beruk. Tak sangka lak peminat 'Paul' rupanyer anak aku nih :) ... Siap Aran boleh kata, "Mak, mesti dia orang buat pengkebumian dia secara besar-besaran kan" hehehehe.... tak dapat aku bayangkan :D Ada serupa ker macam pengkebumian Lady Diana atau Micheal Jackson tu. Hmmm ...




Agak-agak kalau sotong yang dah mati ni, boleh tak buat lauk?
Masak lemak cili api ker, sambal sotong ker, tak pun sotong celup tepung pun sodap ... Laparnyaaaaaaaaaa ....


14 comments:

Mrs Taz said...

acik ni ... wat zia suspen je ...cet! :P

My Life My World said...

Mrs Taz - Suspen ker Zia ... hahahahaha

Anis Rusham said...

jangka hayat paul ni pendek je, auntie.
paling lama kurita boleh hidup 2 tahun jee.sekarang "mendiang" si paul tu memang genap la 2 tahun..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

dengar2 gitu jer pasal si Paul tu.

percaya idaklah..

Anonymous said...

anakaciktaklaku

kesian makk hahahahaha

Anonymous said...

salam ros..tajuk ni buat makcik suspen je..ingatkan penunggang motor yg accident tu mati..rupa2nya paul yg mati..hehe..

My Life My World said...

ANIS - Salam Anis yang manis :)

Oh! iyer ke Anis ... baru Auntie tahu. Thanks for the info dear ;D

My Life My World said...

azrina.03.07 - Salam Rina

tak leh percaya pada nujum pak belalang ni, syirik. Tapi tengok jer lah... seronok gak tengok gelagat sotong ni :)

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Itu ler Mak Cik, ingat nak tulis pasal accident tu gak ... tapi tak banyak bahan ... hehehehehehe... tulis jer lah yang nampak di mata.

Anonymous said...

anakaciktaklaku


hahahahaha

IXORAROXI said...

awak nak tau, saya ni sampai tergelak sorang2 bila posting awak ni...ye ye je mulanya!:D

My Life My World said...

IXORAROXI - Salam Ix :)

Itu strategi nama nyer.... hehehehe

azieazah said...

Salam rinduuuuu....!!

My Life My World said...

azieazah - Kak Azieeeeeeeeee ....

Salam rindu juga untuk akak. Wah! makin berseri seri akak ku ini. Betul, rindu bangat kat akak. Jangan senyap lagi yer ;)