Wednesday, October 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA 2010



Punya ler super duper lambat meng'up-date' ... dah nak abih raya pun. Baru semangat nak mari ditambah pula dengan pujuk rayu domba oleh anak anak "Mak! cepat ler update blog pasal raya". Hokey, mak update sekarang. Tema kaler baju raya tahun ini adalah Kelabu. Dan pagi raya berada di Kuang ... lepas solat Jumaat baru berangkat ke Klang ... sampai ke malam. Bagi aku yang best nyer raya ni adalah MAKAN ... dan bagi anak anak lak adalah DUIT RAYA ... hehehehe. Yang lain tu best lah jugakkan. Dapat berkunjung ke rumah sedara mara, mengeratkan tali persaudaraan sambil bertukar khabar dan bertukar resepi kalau ada makanan dan kuih yang sedap.... hehehehe

Kat Kuang tak pergi rumah sapa sapa pun, ambik gambar pun tak sempat, sebab rumah mak tok ramai sangat orang datang, lagi pun asyik tak cukup korum jer. Balik Klang, sempatlah jalan jalan rumah Arwah Tok Lang dan Mak Ngah ... dua rumah tu jer sempat sebab ari dah nak maghrib.

Dua orang jejaka hensem ni tak sabar nak pergi rumah orang kutip duit raya :)


Tahun ni tema KELABU ... tahun depan tak tahu :)






Tengah meng'test' kuih raya rumah Mak Lang


Hari kedua lak beraya rumah famili kat Kuala Lumpur. Pergi rumah Abang Ngah kat Pantai Dalam, rumah Mak Pah kat Taman Selasih Gombak dan rumah arwah Pak Ngah kat Taman Selasih jugak. Tiga rumah tu jer dah boleh buat perut rasa macam nak meletup. Kalau berjalan tu boleh rasa air bergerak gerak kat dada .. hik hik hik. Memang kenyang giler ... tak hengat dunia lah masa makan tu. Macam mana ler nak kurus gini :(

















Raya ketiga lak pergi beraya rumah besan mak tok kat Taman Melewar Gombak ... Eh! baru perasan ramai sedara duk area Gombak. Lepas Taman Melewar terus balik Klang ... Raya umah Tok Andak dan malam nyer rumah Mak Yah lak. Memang best lah, asyik upacara makan beramai-ramai jer lah kerja kita orang. Raya lak Kuang Klang ... Kuang Klang, untung nyer tak yah buang duit minyak dan buang masa kat lebuhraya balik kampung jauh jauh.








7 comments:

Anonymous said...

salam ros..seronok tenguk ramai2 bergembira..makcik pula kerana pakcik demam tak ambil gambar pun.
seronok ya kalau keluarga duduk dekat2 ni..mudah mengunjungi satu sama lain..

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Wa... bukan main lagi berayanya! Kasi jealous tahap kamen rider kiva sungguh!

Anyway, walaupun dah lambat, Selamat Hari raya & Maaf Zahir Batin ya :-D

I love gambar si hensem ala yoga terbang tu!!

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik

Raya kali ni pun rasa tak banyak sangat gambar. Tapi okay lah jugak dari tak ada gambar langsung. Tak per, Mak Cik... raya tahun depan nanti ambik gambar family banyak banyak yer ;D

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam MM

Lama tak bersiaran kita kan ;D Selamat Hari Raya jugak untuk MM dan Keluarga ... Raya pun dah abis hik hik hik. Maaf Zahir Batin jugak.

Budak yoga tu nak kena lompat berkali kali sebab nak puaskan ati sendirik. Hehehe

Anonymous said...

Eh last2 raya baru nak update pasal raya ea auntie? ouh and sorry x datang rumah.




Lelaki sejati xD

My Life My World said...

Hehehehehe ... sejati jugak yer :). Nak datang rumah auntie, bila bila pun boleh ;D

Anonymous said...

HAHAHA mesti la xD
Bilabila boleh?:-o
Nanti saya datang. HAHAHA takde la.