Saturday, December 19, 2009

'CABLE CAR' DI GUNUNG MAT CINCANG

RABU, 09 DISEMBER 2009



Lepas dah kekenyangan makan tengahari, kami di bawa oleh 'Tourist Guide' ke Oriental Village. Terletak di kawasan Telaga Tujuh Teluk Burau Langkawi, sebabnyer ... nak naik Kereta Kabel. 'Cable Car' sepanjang 919.5m ni telah diperakui oleh Malaysia Book of Records sebagai The Longest Free Span Single Rope Cable Car di dunia. Dan ia juga di antara cerun yang tercuram di dunia , pada kecerunan 42 darjah. Jadi amatlah rugi nyer kalau dah datang Langkawi tapi tak naik benda nih. Promo tu ....




Waktu ni baru sampai kat Bangunan Kaunter Tiket. Tempat naik nyer kat Tingkat atas tu. Syukur tak ramai orang, jadi masa menunggu tak sampai pun 10 minit untuk naik Cable Car. Terkezut aku memula tengok harga tiket. Dewasa adalah RM30 hengget dan kanak-kanak pulak RM10 hengget. Tapi sebab nak naik jugak, pejam mata ler. Tapi mata kembali bersinar selepas Operator Tiket kata, kalau ada Mykad ada potongan 50%. Alhamdullilah. Jadi nyer dewasa adalah RM15 hengget jer.



Waktu ni tengah berbaris nak naik 'Cable Car' dan sangat sangat TERUJA



Endi budak hyper yang tak reti takut langsung, siap berlegar-legar dalam 'Cable Car' tu. Aran sangat seronok tapi sangat takut juga. Hilman tu tengah control macho jer, sebenau nyer dia pun seriau jugak. Satu 'Cable Car' hanya boleh memuatkan 6 orang sahaja. Jadi kami berpecah 3 kumpulan. Aku sempat suruh Hilman baca doa naik kenderaan sebelum naik 'Cable Car' ni.

Yeah !!! ... anak aku masih mampu tersenyum. Memang gerun kalau tengok bawah. Tinggi giler. Dalam kepala otak asyik jer teringat, macam mana ler kalau terputus 'Cable Car' ni, harus tak ada harapan kalau jatuh ke bawah (Biasa ler aku, kalau tak fikir negatif tak sah). Boleh nampak denai pejalan kaki dan air terjun Telaga Tujuh yang sangat cantik sekali kat belah bawah.


Yang paling meng'gerun'kan, bila 'Cable Car' tu lalu kat menara besi ni, tergoyang-goyang, sampai boleh dengar kak long terjerit2, walau pun dia kat 'Cable Car' belakang aku. Aku sempat snap dia orang kat belakang.

Sangat sangat menyeronokkan menikmati pemandangan cenuram anjur dan puncak batu tinggi yang amat mengagumkan. Belum lagi bunyi angin yang menampar nampar 'Cable Car'. Best giler... walaupun suspen. Bila lalu kat cenuram batu batu ni memang amat amat menyeramkan. Macam nak langgar jer batu batu kat sini.


Kami anak beranak bergambar masa sampai di Perhentian Pertama- bahagian tengah stesyen 'Cable Car', dan juga pertengahan perjalanan ke Gunung Mat Cincang. Belum cukup tinggi lagi masa ni, tapi dari sini pun dah boleh nampak pulau-pulau di Laut Andaman termasuk ler pulau di kawasan Thailand dan Indonesia. Cuaca memang cantik sekali, so pemandangan adalah very the very clear nyer.



Yang ni pulak di ketinggian 652.5 meter. Masa ni dah sampai ke Perhentian Kedua. Tengah turun bukit melalui denai yang curam menuju ke Platform Jambatan Gantung untuk pemandangan yang lebih menarik. Turun bukit semua bersemangat dan eksyen laju jer, tapi bila nak naik balik denai ni rasa macam nak putus kaki. Lagi penat dari naik tangga Batu Caves tu.



Ni ler Platform Jambatan Gantung tu. Bergoyang goyang jambatan ni. Lagi lah pulak angin kuat lak. Hilman dengan Aran jalan pelan-pelan jer, sebab takut sangat. Nampak jer muka selamba tu, tapi dalam hati....... Kakak dan abang dah gelak golek golek, sajer jer nak kasi budak berdua ni takut, dengan jalan henjut henjut.


Aku sempat snap gambar cerun ni dari atas Platform Jambatan Gantung. Woooo .... best giler. Terbayang kalau ada Bungee Jumping kat sini.



Aku suka gambar ni, Iqa dengan Iman masa nak lalu Jambatan Gantung



Lihat lah dunia, aku berjaya sampai kat Gunung Mat Cincang - naik 'Cable Car' jer, tak perlu daki gunung pun. Kalau kat Gunung Kinabalu macam ni kan best. Harus aku dah lama sampai. Hehehehehe ...


Kak Long, Inas dan Iqa masa dalam perjalanan turun semula ke Oriental Village

Selamat jejak Kampung Oriental semula. Rasa tak puas lak naik 'Cable Car' nih. Rasa nak datang balik. Gambar di atas adalah, Inas ... aku panggil dia 'orang tua' tak sedar diri, sebab suruh Iqa dukung. Panggil 'Orang tua' tu sebab dia memang tua dari Iqa, nasib ler saiz kecik, tak yah beli tiket orang dewasa. Untung bawak budak nih.


Akan bersambung lagi dengan lebih banyak gambar gambar ................... Tunggguuuuuuuuuu

8 comments:

azieazah said...

Wahhhh.. cemburu tul tengok gambar2 yg menggoda perasaan niii.. best nyer dapat bercuti ke Langkawi..

Kak AA dulu pegi tak berpeluang naik Gunung tu sbb masa tu ujan cuaca tak elok dan Cable Car tidak dibuka...frusttt...

Tak sabar ni nak tengok lagi gambar2 seterusnyaaaa... cepatt aarrr

My Life My World said...

azieazah - Tungggguuuuuuuuu ... gambar lepas nih sure akan membuat akak bertambah cemburu. Saya pun kalau pergi Langkawi dan tak ada orang guide, sure tak sampai tempat tempat exotic macam nih... paling paling pergi shopping coklat dengan kain batik. Tak pun tunggu anak-anak mandi kat swimming pool.

Norfatin Suraya said...

masa mula-mula saya pegi dulu pun, masa tu darjah 4 la. yang mula mulaaaa sekali dari bawah nak naik cable car tu, kan lepas tiang tu kan macam ada goyang kan, masa tu saya jerit kuat gila. kitorang pergi trip sekola, kesemua 6 orang dalam tu semua jerit kuat gila. lepastu semua tutup muka malu, hahaha.

My Life My World said...

Fatin - bestkan naik cable car tu. Untung Fatin Darjah 4 dah sampai situ, auntie ni 40 tahun umur baru sampai situ :)

IXORAROXI said...

bestnyaaaaaaaaaaaaaa eikk

My Life My World said...

ixoraroxi - syiookkkkkk ... pergilah Ix, bawak anak-anak sekali. Boleh ler awak shopping pinggan mangkuk sekali.

IXORAROXI said...

tak nakler pi shopping pinggan mangkuk, yg dok ada dalam stor tu rasa macam nak buang pun ada, sesekali guna masa kenduri je :D

My Life My World said...

Ixoraroxi - betul ker nak buang??? Put me in your list yer ;)