Waktu ni baru sampai kat Bangunan Kaunter Tiket. Tempat naik nyer kat Tingkat atas tu. Syukur tak ramai orang, jadi masa menunggu tak sampai pun 10 minit untuk naik Cable Car. Terkezut aku memula tengok harga tiket. Dewasa adalah RM30 hengget dan kanak-kanak pulak RM10 hengget. Tapi sebab nak naik jugak, pejam mata ler. Tapi mata kembali bersinar selepas Operator Tiket kata, kalau ada Mykad ada potongan 50%. Alhamdullilah. Jadi nyer dewasa adalah RM15 hengget jer.
Waktu ni tengah berbaris nak naik 'Cable Car' dan sangat sangat TERUJA
Endi budak hyper yang tak reti takut langsung, siap berlegar-legar dalam 'Cable Car' tu. Aran sangat seronok tapi sangat takut juga. Hilman tu tengah control macho jer, sebenau nyer dia pun seriau jugak. Satu 'Cable Car' hanya boleh memuatkan 6 orang sahaja. Jadi kami berpecah 3 kumpulan. Aku sempat suruh Hilman baca doa naik kenderaan sebelum naik 'Cable Car' ni.
Yeah !!! ... anak aku masih mampu tersenyum. Memang gerun kalau tengok bawah. Tinggi giler. Dalam kepala otak asyik jer teringat, macam mana ler kalau terputus 'Cable Car' ni, harus tak ada harapan kalau jatuh ke bawah (Biasa ler aku, kalau tak fikir negatif tak sah). Boleh nampak denai pejalan kaki dan air terjun Telaga Tujuh yang sangat cantik sekali kat belah bawah.
Yang paling meng'gerun'kan, bila 'Cable Car' tu lalu kat menara besi ni, tergoyang-goyang, sampai boleh dengar kak long terjerit2, walau pun dia kat 'Cable Car' belakang aku. Aku sempat snap dia orang kat belakang.
Sangat sangat menyeronokkan menikmati pemandangan cenuram anjur dan puncak batu tinggi yang amat mengagumkan. Belum lagi bunyi angin yang menampar nampar 'Cable Car'. Best giler... walaupun suspen. Bila lalu kat cenuram batu batu ni memang amat amat menyeramkan. Macam nak langgar jer batu batu kat sini.
Kami anak beranak bergambar masa sampai di Perhentian Pertama- bahagian tengah stesyen 'Cable Car', dan juga pertengahan perjalanan ke Gunung Mat Cincang. Belum cukup tinggi lagi masa ni, tapi dari sini pun dah boleh nampak pulau-pulau di Laut Andaman termasuk ler pulau di kawasan Thailand dan Indonesia. Cuaca memang cantik sekali, so pemandangan adalah very the very clear nyer.
Ni ler Platform Jambatan Gantung tu. Bergoyang goyang jambatan ni. Lagi lah pulak angin kuat lak. Hilman dengan Aran jalan pelan-pelan jer, sebab takut sangat. Nampak jer muka selamba tu, tapi dalam hati....... Kakak dan abang dah gelak golek golek, sajer jer nak kasi budak berdua ni takut, dengan jalan henjut henjut.
Lihat lah dunia, aku berjaya sampai kat Gunung Mat Cincang - naik 'Cable Car' jer, tak perlu daki gunung pun. Kalau kat Gunung Kinabalu macam ni kan best. Harus aku dah lama sampai. Hehehehehe ...
8 comments:
Wahhhh.. cemburu tul tengok gambar2 yg menggoda perasaan niii.. best nyer dapat bercuti ke Langkawi..
Kak AA dulu pegi tak berpeluang naik Gunung tu sbb masa tu ujan cuaca tak elok dan Cable Car tidak dibuka...frusttt...
Tak sabar ni nak tengok lagi gambar2 seterusnyaaaa... cepatt aarrr
azieazah - Tungggguuuuuuuuu ... gambar lepas nih sure akan membuat akak bertambah cemburu. Saya pun kalau pergi Langkawi dan tak ada orang guide, sure tak sampai tempat tempat exotic macam nih... paling paling pergi shopping coklat dengan kain batik. Tak pun tunggu anak-anak mandi kat swimming pool.
masa mula-mula saya pegi dulu pun, masa tu darjah 4 la. yang mula mulaaaa sekali dari bawah nak naik cable car tu, kan lepas tiang tu kan macam ada goyang kan, masa tu saya jerit kuat gila. kitorang pergi trip sekola, kesemua 6 orang dalam tu semua jerit kuat gila. lepastu semua tutup muka malu, hahaha.
Fatin - bestkan naik cable car tu. Untung Fatin Darjah 4 dah sampai situ, auntie ni 40 tahun umur baru sampai situ :)
bestnyaaaaaaaaaaaaaa eikk
ixoraroxi - syiookkkkkk ... pergilah Ix, bawak anak-anak sekali. Boleh ler awak shopping pinggan mangkuk sekali.
tak nakler pi shopping pinggan mangkuk, yg dok ada dalam stor tu rasa macam nak buang pun ada, sesekali guna masa kenduri je :D
Ixoraroxi - betul ker nak buang??? Put me in your list yer ;)
Post a Comment