Thursday, December 9, 2010

MAJLIS MAKAN NASI MINYAK

AHAD, 05 Disember 2010

Hari ni hari rajin aku ... bangun seawal pukul 5 pagi ... diulangi 5 pagi di hari AHAD. Hah! aku siap kasi bold lagi. Orang hari Ahad ni ler nak bangun lewat kan sebab hari biasa dah bangun awal. As I said tulis tadi, hari rajin aku ... bangun pagi basuh kain, lipat kain, masak nasi ... siap buat nasik goreng lagi. Kesian kat Iqa, semalam pagi pergi Tuition tak sempat nak makan apa-apa, dia siap pesan belikan nasi lemak paru ... yer aku belikan. Tapi masa balik umah dah dekat pukul 8 malam sebab banyak sangat aktibiti. Nasik lemak pun dah basi... cian anak omak. Aku dalam kepala ingat hari ni kena pergi satu umah jer ... Umah Eyzzah kat Merbau Sempak, ada kenduri cukur jambul anak buah dia. Tetiba aku teringat pesan ibu tercinta yang hari ni anak Pak Ngah buat kenduri kawin di Bandar Baru Selayang. Lepas tu mak sampaikan pesan kawan aku Emi, pun jemput ke kenduri kawin dia adik dia kat Desa Moccis Sungai Buloh. Emi ni lelaki yer kengkawan ... Nama betul dia Suhaimi Sahadan. I'm proud for him ... sebab sekarang ni Datuk Suhaimi Sahadan. Orang kuat UMNO ... boleh kata tiap-tiap minggu aku tengok muka dia kat dada-dada akhbar. Tak sangka betul aku, walhal masa kita orang kocik dulu sama-sama main galah panjang, teng-teng, kundak-kundi, main getah, main sungai, main longkang ... hahahaha





Kami berkonvoi ke Desa Moccis dulu ... sebab dekat sikit dari rumah. Tema kaler dia orang adalah Pink. Pengantin lelaki datang berarak rumah pengantin pompuan naik kuda lagi. Siap di iringi dengan tiupan 'Bag Pipe' oleh 4 jejaka yang memakai skirt kotak-kotak ... but aku prefer kompang lagi, lebih terasa kemeriahan nyer dengan bunyi kompang. Ramai ler jumpa orang kenal kat sini, sekejap-sekejap berhenti ... sekejap-sekejap berhenti ... maklumler orang kampung kan. Nama jer orang kampung, tapi jarang-jarang jumpa sebenonyer. Dah tu pergi pagi balik malam. Seronok bila tengok orang yang kita kenal ... dah berubah fizikal tapi masih kuat dan sihat. Dia orang pun terkejut bila tengok anak-anak aku dah beso panjang lagi tinggi dari aku :D nampak macam adik dan kakak jer aku dan anak pompuan ku ... hahaha ... yang tu aku dilanda p-e-r-a-s-a-n.



Yang ni rumah kedua pulak .... di Bandar Baru Selayang. Memula tu melilau satu bukit carik rumah. Abah aku ler ni tak sure kat mana, kita orang berkonvoi dua kereta. Berpusing nasib tak lama ... memang kita orang tak pernah sampai sini. Ni kenduri kawin anak sulung sepupu aku, Abang Tapa. Selalu jumpa dia pun kat rumah Mak Ngah aku kat Taman Selasih Batu Caves jer. Tema kaler kat sini pulak adalah Merah dan Putih. Kat sini siap ada Band lagi ... tapi punyer lah bingit telinga, sampai aku nak bercakap dengan sepupu-sepupu aku pun tak dengo, kena jerit-jerit kau ... hehehehe




Sampai sini dalam pukul 3 macam gitu ... perut dah kenyang. Tapi untuk menghormati majlis aku makan ler sikit ... Ceh! hormati majlis konon, sebenonyer aku ni memang pantang nampak nasi minyak rendang itam ... pantang jumpa. Macam banyak ler pulak ruang kosong kat perut aku ni ... hehehe. Aku dengan Aran jer makan, lagi 3 orang tak makan sebab masih kenyang. Tapi lepas tu 3 Stooges ni ngendeng nak makan rendang aku lak's. Aku ambik sepinggan rendang, hambik kau ... kongsi ler bertiga. Ratah rendang jer. Nasib umah sedara sendiri, tak ler terasa malu sangat ;D



Lepas makan ... perut aku senak tiba-tiba ... sah overload makan ... hehehehe. Dan dan tu rasa menyesal lak makan banyak. Sungguh tak senonoh punyer perangai. Maka tak sempat ler nak singgah umah Eyzzah, sebab lepas tu kena hantar Hilman masuk Tuition lak. Okay catatan orang kawin kali ini diakhiri dengan gambo Yayah makan oren dengan rakusnyer kat atas ni. Dia tak makan nasik pun, abis dekat 4 potong oren tu di nyonyot sengsorang ... sedap ler tu kan Yayah ;)

5 comments:

azieazah said...

Amboiii makan sakan-sakan. Itu baru kenduri orang, kan? Kalu kenduri anak sendiri, gamaknya 3,4 hari tak lalu makan plak... ahaks!

HILMAN nampak makin kurus lak.

azieazah said...

Pssstttt... nak cepat ker? Entri ni “untitled”?

My Life My World said...

azieazah - Salam kekanda :)

Hahahaha ... memula nak gelak dulu, sebab memang tak perasan tak ada tajuk ... terima kasih ingatkan. Lepas ni nak pi letak tajuk.

Saya paling suka pergi umah orang kawin, sebab saya memamg suka makan kak. Kalau Buffet tu bila nak bertambah memang buat muka sardin jer kat tempat lauk tu. Kalau kenduri anak sendiri ... hehehe, biler ler tu ek??? :D

Hilman memang makin kurus. Kuantiti makan sama jer, tapi sebab dia makin tinggi kut jadi kelebaran dah tak nampak. Orang dah nak start peralihan dari kanak-kanak ke remaja lah katakan.

n.hasleena said...

salam ziarah kembali...
baru sihat arini :)
meriah betul nampak suasana kenduri tu...
musim2 cuti nie terpaksa tick kat kalendar...agar tak tercicir undangan :)

IXORAROXI said...

kalau ada banyak kenduri nak kena pergi, kena betul2 reserve perut tu, kalau nak jaga hati tuan rumah, maknanya kena makan sikit2 je untuk setiap rumah, baru berlaku adil, kalau tida kita sendiri berlaku kejam pada perut dan tekak kita :D