Thursday, December 30, 2010

DI HARI JADIKU

SELASA, 28 Disember 2010



Aku tidur awal di malam 27 Disember yang lalu, seawal pukul 9 lebih gitu. Penat seh ... banyak kerja kat opis. Semua pun tidur awal kecuali Iqa duk mengodek internet. Memang tak harapkan apa-apa kejutan pun :) Tapi sumpah aku memang terkejut lepas tu. Bila sedang sedap tidur kena kejut, mata silau kena cahaya lampu ... punyerlah geram. Dalam ati memang nak marah jer kat Iqa, "Ish budak ni kan mak kata tadi tutup lampu, apasal lak buka" tapi tak terluahkan. Sebab tiba-tiba panik, apasal kena kejut tengah malam-malam buta ni, ada penceroboh try nak masuk umah ker, dengan muka Iqa yang cuak semacam. Lepas tu aku tengok kat keliling dah berkumpul semua anak-anak, muka dia orang segar dan ceria giler. Memang terkejut kena kerumun gitu bila bangun dari tidur. Lepas tu baru sedar Kak Long tengah tatang 2 slice kek cheese kegemaran dengan lilin dipasangkan ... sambil diwishkan oleh Kak Long, Iqa, Hilman dan Aran. Oh! terharunyer mak. Sampai mak paksa korang nyanyikan lagu birthday kat mak sebelum mak tiup lilin. Oh! sungguh berperangai Diktator disitu ... hahahaha.




Sangat berbangga di sini sebab Aran dah ada signature sendiri ... hehehe

Lepas suap kat mulut kek yang sedap itu ... maka disuapkan pula pada semua anak-anak satu sudu sorang. Buat berkat :) Hilman dan Aran hulur kad dan bungkusan hadiah. Kat atas tu bukan kain sarung yer korang, itu wrapping paper untuk hadiah harijadi aku. Anak-anak duk paksa aku buka adiah tu. Lama korang simpan hadiah ni yer, sejak abah balik semula ke Bintulu sampai sekarang. Kuat iman korang. Sorang pun tak bocor rahsia, termasuk si Aran yang kecik ... yang sebelum ni dia memang tak leh simpan rahsia. Patut ler Iqa duk asyik hint-hint kat aku pasal benda ni. Memang aku tak ada feel langsung masa dia hint cerita pasal benda ni. Nak tahu apa aku dapat? seperti biasa LET's SCROOL together-gether ;D

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tak ada lah apa-apa sangat, mungkin biasa-biasa bagi korang. Tapi bagi aku amat besar ertinyer. Memang aku tak pernah ada phone canggih manggih macam ni. So rasa terharu lah jugak bila dapat phone Nokia C6 gini kan. Alhamdullilah, syukur pada NYA sangat-sangat dan terima kasih pada yang sudi MEMBELI dan MENGHADIAHkan phone ini . Sangat sangat suka, walaupun rasa sikit bebal, eh sikit ker ... banyak kut rasa bebal tu bila nak belajar operate guna phone ni. Terpaksa refer kat Iqa. Nak bukak buku ada sikit malas ... hehehe. Iqa lagi banyak tahu dari mak dia.


Muka-muka bahagia masa lapar


Like Atuk Like Cucu ... tak lekang handphone kat tangan :)

Aran dan air limau feberet dia


Sukernyer bila tengok Tok Abah selera makan nyer


Mak Tok pun dah suka Ayam Penyet ni ... first try makan disini

Jadi malam nyer kami ke sini ... AYAM PENYET AJO LALI di Kota Damansara. Anak-anak punya feberet restoran untuk Ayam Penyet. Kami dah try kat banyak kedai, tapi tak leh lawan kepedasan sambal belacan kat sini. Memang dah janji nak bawak dia orang pergi makan. Dan seperti biasa ramai sangat peminat ayam penyet kat rumah, tak ada pilihan lain ler nampaknyer. Dinner kami malam tu bukan sahaja sebab nak celebrate Birthday aku ... tapi juga sebab nak celebrate anniversary perkahwinan yang ke 47 tahun untuk mak dan abah aku. Juga sempena result cemerlang Kak Long dalam PMR dan Aran yang dah sehat dan selamat dari 'khatan' nyer. Rasa sangat bahagia dan gumbira bila dapat belanja orang-orang yang disayangi makan. Muka masing-masing pun happy jer. Itu lah kebahagiaan kan ... bila kita dapat bahagiakan orang-orang yang kita sayang.

p/s : tak ada hadiah yang lebih membahagiakan aku selain dari ...

"menerima ucapan Selamat Hari Lahir dari seseorang yang tak pernah sekali pun lupa mengucapkannya sejak 19 tahun yang lalu"


Syukur ALLAH
kerana memanjangkan usia ku
menyihatkan aku
dan memberi rezeki pada ku.
Semoga aku sentiasa didalam limpahan Rahmat,
Perlindungan dan Kasih Sayang MU dan keluarga yang tercinta.
AMEEN

16 comments:

Mrs Kelly Walther said...

Salam
Happy belated birthday...

My Life My World said...

Mrs Kelly Walther - Salam Kelly ... Terima Kasih :)

Mrs Taz said...

ehem ehem sape la tu ek?

Happy Birthday Acik ... Semoga Acik bertambah sihat , semakin cantik , rezeki makin bertambah dan semakin bahagia ..

Zia nak doa banyak2 untuk kebahagiaan acik yg "tut" hehe Amiinnnnn :)

Love u all .... :)

azieazah said...

Pertama:
Happy Belated Birthday..!
Selamat ulangtahun Kelahiran to ACIK, semoga yang terbaik menjadi milik ACIK dan keluarga, esp anak-anak.

Kedua:
Maaf, kerana lewat sungguh membuka entri ini, dan mungkin kerana sejak Isnin–Rabu Kak Azie tidak online, maka tidak ternampak notis di FB tentang tarikh ulangtahun. Lalu terlepas ketapi.

Tumpang terharu dan gumbira. Merai dan dirai walau mungkin tak segah orang lain, tapi cukup manis bila seluruh ahli keluarga berkumpul bersama.

ehem! hadiah hanfon tu sungguh menjelez kan sayaaaaaaa...!

Dr. Rodzila Rodi said...

assalamualaikum kak fairos..
saya kenal akak dah lama..
dan rasanya kami pernah share beli hadiah besday akak..smpi sy pun lupa bila besday akak ni..
rasa nak peluk akak sekarang ni..sebab terharu..sebak..dan macam2 perasaan...
errr...Abahnye mmg tauke henpon ke...hehehe...anak yg lagik 3 tu, kene belajar pandai2 la jawabnya...
selamat hari ulang tahun yang ke..(sorry lewat) dan..semoga dimurahkan rezeki (walaupun dpt check 2 kali) dan kebahagian dunia dan akhirat...
seriously...menetes air mata saya kak baca entri akak...
^peace^

Fadzli Amir said...

Salam..Happy belated besday...Touching...rasa nak meleleh air mata rocker ini bila baca cerita masa anak2 bawak kek...sob..sob...Dah follow, kalau sudi follow la rocker yang dalam hati ada taman ini ( introduce oleh Dr. Rodzila )

My Life My World said...

Mrs Taz - Ehem ehem ... ala ala Zia tahu punyer ;D

Amin atas ucapan dan doa Zia.

My Life My World said...

azieazah - Amin dan Terima Kasih Kekanda ku :)atas ucapan dan doa. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dan membuatkan saya kuat - ececeh terasa macam naik pentas ambik award lah pulak ... hehehe.

Kat FB memang tak keluar reminder kak. Sebab tarikh lain. Saya lahir 28 December 1968 tapi di daftarkan di surat beranak pada 04 Januari 1969. Jadi nyer I/C saya adalah 04 Januari

Tak per ... nanti wish lagi ek. Acik suker ;D

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - Wa'alaikumsalam Adik Zila. Terima kasih ek sebab buat post khas untuk akak. Terharu nyer ... sob sob sob. Ulangtahun yang ke 42 dik. Wah! sangat berbangga sebab dah tua ;)

Amin atas doa Zila.

My Life My World said...

Fadzli Amir - Salam Fadzli.

Terima kasih atas ucapan. Terima kasih juga sebab sudi datang Blog akak. Nanti datang lah lagi yer.

Nanti akak follow Fadzli yer ;)

Mazlin Nordin said...

Salam sis,

Happy Belated Birthday....Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah dan dimurahkan rezeki.....

My Life My World said...

Mazlin Nordin - Amin atas doa dinda. Terima kasih yer atas ucapan. Bangga nyer ... bila celebrity ucapkan Selamat Hari Jadi pada saya :D

Yan said...

Salam kenal gak..

Happy belated birthday. Sama tarikh dgn my mom..

My Life My World said...

YAN - Terima Kasih.Oh! iyer ker :) mesti Mak Yan pun best macam saya kan ... hahahaha. Jangan ambik ati, kes masuk bakul angkat sendiri nih. Jemput singgah lagi yer. Buat lah macam rumah sendiri ;D

IXORAROXI said...

alahaiiii tertinggal sungguh..happy belated birthday, semoga sentiasa mendapat rahmat Allah

My Life My World said...

IXORAROXI - tak per Ix ... It's better late than never. Terima Kasih yer. Ameen atas doa IX :)