Monday, December 6, 2010

SABTU YANG SIBUK

Memang sibuk sangat, nasib baik hari ni aku cuti :) Iqa start kelas tuition pagi. Jadi by 8.30 dah kena keluar rumah. Fetch kawan baik dia, Fatin di Bukit Rahman Putra untuk pergi sekali. Ada jugaklah kawan si Iqa ni, sebab Fatin memang bertuition di Perfection sebelum ni. Masa pagi-pagi tu kan, aku offer ler Hilman dan Aran temankan aku pergi sekali hantar kakak dia. Punyalah jual mahal ... tak nak ikut, sebab sayang nak tinggalkan internet.


Sebelum ... Eh! tidah pertengahan makan, tak sempat nak snap awal ;D


Selepas ... Licin pinggan :)

Lepas tu aku cakap ler nak pergi makan nasik lemak kat Desa Jaya ... Fuh! terus tinggalkan internet, mencecet berlari masuk bilik air, nak ikut lah pulak :D Memang dah lama betul tak makan nasik lemak feberet kita orang ni.


Hilman ... gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati

Pergghhh! sedap sangat. Hilman makan bertambah-tambah. Adalah dekat 4 bulan kut tak singgah sini. Aku akan singgah sini kalau hantar anak-anak tuition jer. Memang tak ada lah nak makan kat sini kalau saja-saja tu. Siap bungkus bawak balik untuk seisi rumah Mak Tok dan Kak Long yang jadi jaga kat rumah sebab tak ikut. .


Kari tetel ... dah tinggal seradak baru sedar nak snap gambo

Yang bestnyer kat sini Kari Tetel dia, memang best. Tak pernah dibuat orang makan nasi lemak dengan kari tetel, tapi kita orang belasah jer... hikhikhik. Balik singgah umah mak hantar nasik lemak, sembang-sembang. Kalau dengan mak tak leh sembang kejap, nanti mak merajuk. Dah ler hari-hari balikkerja pun dengan bulan, so aku jarang jenguk dia, bila hari cuti dapat jumpa sekejap jer mana tak merajuk mak aku.

Nasib baik ler Iqa ada kelas ganti hari ni sehingga pukul 2pm. Tak lah kelamkabut nak ambik dia semula. Dan kebetulan kami ada jemputan ke rumah Abang Ngah di Pantai Dalam hari ni. Jadi sekali arung jer lah ambik Iqa terus zoom ke Pantai Dalam. Kenduri apa ????


Jaf Fendi ... budak yang bakal disunatkan

Kenduri untuk anak abang aku yang bongsu ni ler. Dia nak kena sunat hari ni, jadi mak abah dia buat lah kenduri doa selamat untuknyer. Suppose dia ni nak lah sangat-sangat bersunat dengan Aran, sebab hanya tinggal dia dengan Aran je lah yang sebaya, dan belum bersunat lagi. Tapi sebab Abah Aran dah registered lagi awal jadi tak kesampaian ler impian dua orang budak kecik nih. Chewah! Macho giler budak sorang ni, bila aku tanya "Endi takut tak nak kena sunat petang nanti" ... dia jawab,"Tak takut langsung la Mak Lang" ... aku percaya dia tak takut, sebab Endi memang Hyper giler, tak tahu takut dan sakit setakat yang aku kenal dia. But petang nyer aku nak ler tahu keadaan dia lepas sunat, tanya ler aku pada abahnyer, "Endi, macammana?" ... abah dia jawab,"Lepas abis ubat bius terus dia menangis-nangis kesakitan" ... ala ciannyer anak sedara Mak Lang yang macho ni. Dia sempat la bercakap dengan Aran on phone. Yang bestnyer Aran boleh gelak-gelakkan dia, sebab Endi mengadu sakit kat Aran dengan suara yang sedu sedan .... Cheh! suker gelakkan orang yer ker kau nak cover menahan nerbes sebenarnyer Aran ... hikhikhik


Jaf Farah, Jaf Inas, Jaf Iman dan Kak Long ... mak cik dan anak sedara sebaya

Bila kenduri ni yang bestnyer selain daripada dapat makan best best...adalah jumpa semua kerabat, adik beradik dan anak-anak sedara ... muka-muka tu jugak lah sebenonyer. Baru jer jumpa minggu lepas masa Birthday Iris. Dia orang ni memang havoc kalau jumpa. Macam tak ada orang keliling yang lain. Boleh siap buat pakatan nak pergi OU lak tu. Uish!!! ... nasib baik jer abang Endi tak dapat ikut sebab kenduri kat rumah dia, kalau tidak lagi bising. Okay ... jom layan gambo masa kenduri ek ;D


Hilman berselera nyer ....


Kak Long dan Fatin kawan Iqa a.k.a anak angkat aku ... hehehe boleh Fatin?


Kat sini pun carik internet jugak ... siap berebut lak tu


Abang Long aku ... masa kau kecik dulu tak ada NERF kan ... hehehehe


Anak Abang Long ... Jaf Iessa dan Jaf Iris


Anak Abang Chik ... Jaf Dara Maisara dan Jaf Dara Mar'iyah

Kejap ler sangat jumpa dia orang ni pun. Kami terpaksa balik cepat ... 3.30ptg dah nak kena gerak. Sebab tuition Hilman start pukul 4.00 petang. Takut lambat pulak sampai untuk kelas pertama ni, tak sedap pulak kan. Rindu lah dengan anak-anak sedara aku ni, tak dapat jumpa lama-lama. Tapi hari Rabu ni berkemungkinan beso kita jumpa lagi kat Tasik Putri... Yeah! Iman nak celebrate Birthday dan last paper untuk SPM nyer tamat hari tu. Dia kata nak buat Bar-B-Q ... kambing tergolek lagi. Phew! tak sabar nyer, dah kecur air liur aku ni membayangkan. Abis ler diet aku ... Eh! pernah ker aku diet ... hahahahaha

7 comments:

azieazah said...

1st... memang sejak dulu Kak Azie kagum dengan warisan nama JAF dalam famili ACIK tu. Unik besttt...!

HILMAN? Betul kah itu HILMAN? Nampak lain betul. Macam dah remaja sangat. Aduhhh anak sapa la yg hensem banget nihhhh.....

My Life My World said...

azieazah - Salam Kekanda AA :)

JAF tu idea abah saya lah tu. Dia memang full of idea. Sekarang ni rasanyer memang berkesan lah idea dia tu. Sebabnyer keluarga JAF yang makin bercambah kat Malaysia ni hanya satu ni jer... perasan ler pulak kan ;D

Betul kak, tu ler HILMAN. Dia kata gambar dia yang tu tak hensem ... hahaha. Dah beso kak, sekarang ni kalau keluar umah dah pandai pakai perfume, buat rambut pacak-pacak, baju kena stikar ... anak sapa la tu ... hahahahaha

Anonymous said...

salam ros..bestnya kalau jalan2 dan makan2..lepas tu pergi kenduri..maknanya sehari asyik makan tempat orang tak payah masaak..hehe..hari2 pun tak apa kan..suka baca cerita u ros..makcik tumpang gembira sama..

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Makcik :)

Memang best pergi makan kenduri ni mak cik. Memang weekend bulan Disember ni boleh gantung periuk dan kuali lah. Sampai senak perut makan...saya ni pulak memang jenis suka makan ... hehehehe

Alhamdullilah, ada jugak orang suka baca cerita ceriti saya ni :D

Norfatin Suraya said...

kecik tapak tangan, stadium bukit jalil saya tadahkan :')

My Life My World said...

Norfatin Suraya - Salam Fatin :)

Set ... kira ni agreement setuju lah yer ;D

IXORAROXI said...

rajinnya dah mula pergi tuition eikk anak2 tu