Monday, December 13, 2010

SHOPPING 'BACK TO SCHOOL'


Kami bersiap awal ... pukul 9.30 pagi macam tu dah keluar lepas bersarapan kat rumah. Tujuan adalah ke KAMDAR Jalan Tunku Abdul Rahman. Memang aku kalau nak ke Jalan TAR, baik nak shopping raya atau carik baju sekolah atau saje-saje gatal nak carik kain ela memang kena awal. Sebab malas nak pusing-pusing carik parking.



Masa kami datang tu, dalam pukul 10.15 pagi parking kat belakang Coliseum adalah lenggang ... carik pot baik punyer. Cuaca hari ni pun tak panas sangat. Redup jer. Bersemangat bukan main lagi kita orang walaupun muka budak kat atas ni macam kena paksa serupa hamba kerahan... hehehe.




Aku ingatkan kita orang ler yang awal sekali sampai, tapi aku silap. Masa sampai kat Department Baju Sekolah tu dah ramai orang pun. Tapi tak lah ramai sangat sampai langgar buntut orang, atau berebut-rebut ruang nak capai baju, atau SA buat tak layan kat kita orang. Suasana lega lah sikit, boleh ler bernafas dan tersenyum riang ria lagi. Dan saiz-saiz yang dikehendaki adalah banyak dalam stok lagi.


Nak masuk Fitting Room pun tak yah ler nak beratur panjang. Duk ler berapa lama kat dalam tu tak ada orang nak marah :) Kalau tidak, tak kan budak kat bawah ni boleh main-main nak skodeng adik dia lagi ... nakal nyer lah Abang Man ni yer.



Beli siap seluar budak lelaki dan kain budak pompuan jer. Sebab Baju budak pompuan aku cari kain ela jer. Anak pompuan aku cerewet, tak nak beli yang siap ... nak yang tempah jer. Baju budak lelaki, kaler biru kat Kamdar tak cantik so kena carik kat Sg. Buloh ... kedai MESRA (sila sebut macam BOB AF2 yer). Apa lagi lepas abis projek BACK TO SCHOOL. Dah sampai Jalan TAR, pusat tudung seantero Malaysia ... tak sah kalau tak carik tudung ler pulak. Yang banyak nyer beli untuk Kak Long, aku punyer selai jer. Aran pulak mulut dia serupa muncung kena ikat getah. Aduyai! rimas nyer dengar ... penat lah, dahaga lah, lapar lah ... mak lambat lagi ker??? Sabo jer lah. Nasib baik Man kuat dan gagah perkasa tak merungut. Siap plastik bag yang beso dan berat tu dia yang bawak. Wah! dah boleh harap lah anakku ini.



Keluar dari Jalan TAR masuk ke Kota Damansara ... perut dah lapar. Majoriti ahli majlis nak makan Ayam Penyet. Aran jer tak setuju ... sebab dia memang tak suka pedas. Mak dia berkecuali ... Ikut jer. Yang bestnyer ayam penyet ni... sambal belacan dia, memang tak ada tandingan lah cili dia. Perghhh ... abih merah muka Kak Long, meleleh leleh air hidung Hilman, berbunyik-bunyik mulut Iqa ... aku pun sama jer reaksi seperti disebut tu. Agaknyer cili dari Indonesia ni memang pedas kut. Tapi tu yang buat sodap tu. Cian Aran ... dia makan nasik dengan sup dan ayam penyet jer.



Kami bersolat zuhur di Masjid Kota Damansara ... first time kami solah di sini.. Cantik, bersih dan selesa masjid ni. Tengok ler budak dua orang ni, dia orang tengah teruja tengok kipas yang dari lantai. Bila dipasang bilah dia terangkat naik atas tuh ... hehehe jakun nyer anak aku.



Dan sebagai upah penat ikut mak dan kakak pergi beli tudung ... mak belanja tengok wayang cerita Rapunzel. Best cerita ni ... direkemenkan oleh Kak Long yang baru tengok 2 hari lepas dengan sepupu-sepupu nyer. Hari ni Kak Long tengok untuk kali kedua. Tapi tiket punyer lah susah nak dapat. Kita orang sampai pukul 4 petang kat GSC OU .... tiket 4.50 petang pun dah SOLD OUT ... terpaksa beli pukul 7.15 punyer, itu pun duduk line ke dua dari screen. Nasib baik selesa jugak lah, tak ler terlalu rapat.





Jadi apalagi ... pergi solat ler. Sementara nak tunggu wayang start. Lepak ler dekat sejam lebih di MPH. Bila kedai buku dah jadi Library ... gini ler jadinyer. Bukan takat baca buku, dah jadi studio ambik gambar pun yer gak ;D Kami sampai rumah dah dekat pukul 10 malam. Dari 9.30 pagi ke 10 malam ... nasib tak tanggal jer lutut mak anak-anakku.

p/s : kejadian di atas telah berlaku pada 07hb Disember 2010 bersamaan cuti Awal Muharram yang lalu. Baru sempat nak up-date..hikhikhik.

2 comments:

Anonymous said...

salam Ros, time makcik dah tamat..kalau tak macam tu le..cari baju sekolah n kelengkapan sekolah..penat tau..sekarang cucu mama mereka yg siapkan..tahun depan cucu dah tak bersama makcik lagi, mereka akan bersekolah diKL..rindulah makcik nanti..

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Makcik :)

Ala ... saya pulak yang sedih. Marissa dan adiknyer tak sekolah sana lagi lah lepas ni yer. Rutin pagi mak cik dan pak cik mesti berubah tahun depan kan. Lepas ni mesti selalu la orang Kelate turun KL rindu kat cucu kan. Kalau datang KL inform yer ;D