SABTU, 25 Disember 2010
Ulasan tertunda hari Sabtu lepas, baru berpeluang nak cerita. Ramai betul orang pilih tarikh 25 Disember ni kan. Termasuk lah mak dan abah aku yang sambut anniversary perkahwinan yang ke 47 tahun. Selamat Ulangtahun mok dan abah semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Tiap kali ada orang kawin tarikh ni, tiap kali tu lah abah dan mak aku sambut anniversary nyer, kengkadang tumpang pelamin amik gambor berdua lagi buat kenang-kenangan. Kami sekeluarga dapat dua undangan untuk majlis perkahwinan di hari yang sama. Seawal pukul 10 pagi kami dah bertolak dari rumah sebab takut tak sempat nak attend kedua-duanyer.
Kami ke Seremban memula. First time lalu Highway Lekas ... memang lekas sampainyer. Nak ngelak lalu Nilai sebab Abang Long aku kata Jem teruk. Ini wedding anak Abang Zul, sepupu aku belah abah. Anak perempuan sulong nyer kawin. Dan kali pertama jugak Abang Zul buat kenduri kawin. Majlis berlangsung kat Kompleks Belia dan Sukan, dekat dengan Stadium Paroi. Tema kaler adalah 'Pink' ... sweet sangat kaler dan pengantin nyer.
Dah namanyer pun kenduri, pasti lah jumpa saudara mara jugak. Abah dan mak tengah pose beramai-ramai dengan anak sedara abah. Aku panggil dia Abang Dollah, yang berbaju biru. Pangkat sepupu dengan aku, tapi hampir sebaya dengan Abah. Sebabnyer abah aku ni anak bongsu ... jarak umur abah amat jauh dengan kakak-kakak nyer. Dan masa dia remaja, kakak-kakaknyer semua dah meninggal. Abah aku anak lelaki tunggal dalam keluarga Abdul Muthalib. Jadi anak sedara abah semua sebaya abah. Sepupu aku ada lagi tua dari umur abah aku ...
Masa kami sampai tu, pengantin tak sampai lagi. Sedang elok jer tengah makan bunyik kompang. Lauk kenduri sodapnyer, especially rumpai laut (seaweed) kot masak lomak cili api. Pedas dan sedap sangat. Trademark orang Negeri Sembilan. Rasa nak pi tambah jer. Tapi kenangkan tak leh makan bebanyak sebab ada satu rumah lagi nak pergi, maka terpaksalah dilupakan hasrat murni tu. Eh! lupa nak cerita, ni kali pertama Aran jalan-jalan keluar umah lepas pantang bersunat. Nasib baik luka dia sempat sembuh dan tak berkudis atau bernanah. Aran memang kuat pantang, dia tak mintak makanan yang bukan-bukan. Ikut dan terima jer apa yang orang suruh dia minum dan makan. Tak merengek dan membangkang langsung. Senang betul nak jaga Aran ni.
Kali pertama pakai seluar, risau gak aku. Aku suruh dia pakai baju melayu, kain dia lembut sikit. Tak lah dia rasa sakit kat bahagian tertentu nyer tu. Part paling best sekali aku paksa abang dia pakai baju melayu sekali, sebab tak moh ler adik dia rasa ganjil sorang-sorang. Abang Hilman ni memang jarang membantah kehendak mak nyer. Siap dia pakai samping songket dengan songkok sekali. Bak kata Mak Tok macam nak pergi kawin lah pulak. Terlebih hensem lah konon .... hahahaha. Memang tak ada orang lain yang pakai lengkap baju melayu kat kenduri tu, kecuali pengantin dan pengapit pengantin lelaki.
Bertolak balik KL dalam pukul 1 tengahari +++ dari Seremban. Kali ni ikut Highway Plus ... sebab yakin tak ada jem punyer. Lagi pun dekat sikit nak pergi Pantai Dalam ikut Plus ni. Sampai KL pukul 2.00 lebih macam tu. Transit kat rumah Abang Ngah aku untuk solat Zohor dulu. Kat pukul 3.00 +++ baru ke rumah pengantin yang selang satu rumah jer dengan rumah Abang Ngah aku.
Kali ni kenduri kawin anak sedara kakak ipar aku. Sedang elok lah jugak perut dah lapo balik. Masa kita orang sampai tu tak ramai orang dah. Tu yang best tu, tak yah nak rebut rebut berbaris ambik lauk. Berulang ler 10 kali tambah nasi dan lauk tak ada orang marah. Aran suka ler datang kenduri ni, sebab dapat jumpa Endi. Nak show-off ler dia pun dah sihat macam Endi. Endi setia temankan Aran makan lagi tuh. Dia orang berdua ni memang sangat rapat.
Antara JAJAN yang dapat dikutip kat majlis kawin. Cup cake tu sangat sedap ... telur yang dikumpul tu pulak boleh ler nak buat lauk untuk makan tengahari. Kita orang punya perjalanan tak abis kat rumah orang kawin ni jer. Sempat lagi pergi OU tengok wayang tu. Nanti aku cerita lain ek ;)
No comments:
Post a Comment