Friday, December 3, 2010

PENDAFTARAN PERFECTION 2011

Tahun depan Iqa dan Hilman akan ambik periksa besar. Sorang PMR dan sorang lagi UPSR. Jadi sebagai persiapan, kenalah masukkan dia orang ker Tuition. Tahun lepas daftar Kak Long, ingat lagi tak entry ini, jadi adalah tidak adil kalau tidak memberi peluang yang sama untuk Iqa dan Hilman. So masa lunch hour tadi aku dengan gigihnyer drive berlari ker Perfection Kepong hari ni untuk pendaftaran. Nasib baik dekat dengan opis. Kelas nyer start esok, tapi malas ler aku nak bergelut dengan waktu dan orang yang ramai esok. Macam tahun lepas waktu daftarkan Kak Long, kelam kabut jugak lah pagi-pagi tu. Hari ni tak ada orang lega sikit. Aku memang suka masuk Perfection, nak tahu kenapa ... Jom :)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








]







Percaya lah, gambar kat atas ni semua di Perfection Tuition Centre. Macam kat shopping centre kan, serupa kat panggung wayang pun ada gak. Decoration dia memang cantik banget, kalau boleh aku pun nak berlama-lamaan kat situ. Pandai betul dia orang ni attract bebudak supaya dia orang rasa 'COOL' bila berada di situ. Cool yang dimaksudkan bukan sejuk yer, tapi feel-feel macam ... 'best' . Kebetulan lak nak krismas kan, maka banyak lah snow-snow jadian dan orang orang santa yang comel di merata tempat.




Aku dilayan dengan mesra alam oleh seorang staff kat situ. Tengok kaunter dia pun 'cool' jer kan. Aku rasa kan ... aku ni patut dilantik jadi Duta Perfection kut, asyik ler puji melangit dari tadi ... oppsss dari tahun lepas :D Kak Long pun seronok study kat sini, so aku rasa adik-adik dia nanti pun akan seronok jugak lah hendak nyer. Tapi memang lah lepas ni, hari Sabtu dan Ahad aku tak ada rehat lagi. Bayangkan kelas Iqa pagi start pukul 9 sampai 11.30. Kelas Hilman lak petang dari 4.00 sampai 6.00. Kelas untuk UPSR memang tak ada choice untuk memilih, sebab itu satu-satu nyer kelas yang ada. Kita kena plan baik punyer lah lepas ni kalau nak balik Klang umah Nenek.


Aku dapat diskaun 10% untuk bayaran pendaftaran, sebab Iqa dan Hilman ni adik beradik. Dia orang ada offer untuk siblings. Lepas daftar dapat ler beg sorang satu, siap dengan buku tulis dan buku nota pelajaran untuk Disember nanti. Tahun depan yang pasti aku akan kesini lagi, untuk pendaftaran semula Kak Long bagi SPM lak. SPM dah Kak Long!!! (tampar tampar muka sendiri) macam tak percaya lak, dah beso anak aku ... tak sedar masa yang berlalu.

16 comments:

anyss said...

Salam,
Selagi mampu, usahalah mana yang daya. Belajar anak2 zaman sekarang memang tinggi kosnya...nanti kita juga tak salahkan diri ya

moga anak2 akan hargai semua ini

Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

My Life My World said...

anyss - Salam Anyss :)

Terima kasih kerana sudi hadir. Di waktu-waktu seperti ni kepentingan diri dah jatuh tempat ke belakang. Segala-galanya nak fikir untuk memberi yang terbaik pada anak-anak. Tu yang kekadang kain baju diri sendiri pun tak bertukar ganti.

Itulah yang diharapkan anyss, moga anak-anak akan kenang apa yang kita buat pada mereka.

azieazah said...

Syabas! Mengulangi rutin lagi, seperti biasanya seorang ibu bila ada anak2 yg nak ambil peksa.

Terbukti tuition centre tu memang bagus dan wajar juga dipromote..:)

All the best...!

suka dekorasi dia.

Anonymous said...

salam Ros..wow hebatlah kelas tuition tu..tentu anak2 ros suka belajar disitu..makcik dah habis dah bab hantar anak2 dituition tu..penat weh..hehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ada dlm 20 minit jugak ke sana kan kak..?

result student sebelum ni memang ok ke kak ?

monthly berapa tu ?


wahh..soalannnn... hehehe..

Dr. Rodzila Rodi said...

salam akak..
wah..bestnye tuiton centre ni..
nak stadi sini leh tak..mmg cool..
sebab dulu zaman sekolah..
tak mampu nk gi tuition (walaupun abah suruh) sebab tak adil utk adik beradik lain kalau sy sorang je gi tuition..
kene belajar sendiri..tapi mak teman,walaupun mak tido kat sebelah....hehehe..
tapi bila ada anak sendiri nnt, mmg kene masuk tuition...sebab tak mampu temankan anak mcm mana mak sy buat..:P

n.hasleena said...

Salam perkenalan..
Setuju sangat2...selagi kita terdaya utk memberi yang terbaik untuk anak2..
Persaingan dalam pembelajaran juga tinggi di kala ini..
Semoga kejayaan menjadi milik anak2 kita...

P/S: mmg hebat deco pusat tuisyen tu...memberi gambaran keseronokan utk anak2 yang berkunjung...best! :)

ayu-zaimi said...

best la kak kelas tuition diaorang skarang. happening kan....time kita dolu2 kelas tuition pun suram n boring....huhuuhu

Anis Rusham said...

rindunyaaa kat tempat niii.. (:

My Life My World said...

azieazah - Salam Kekanda AA :)

Alhamdullilah, setakat ni result Kak Long memberangsangkan. Minat untuk belajar bercambah. Harap nyer adik-adik nyer pun begitu jua lah hendak NYA. AMIN.

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Makcik Meriam

Anak-anak saya takat ni tak merungut lagi, macam best jer...Zaman saya baru nak bermula mak cik, hantar anak-anak ke Tuition. Saya akan buat apa yang terdaya dan terbaik untuk anak-anak ... harap mereka berjaya. AMIN

My Life My World said...

azrina03.07- Salam Reen :)

Betul tu, adalah dalam 20 minit. Tapi kalau pecut 15 minit. tapi kalau jem 40 minit... hehehehe

Setakat ni result Kak Long boleh ler tahan, tapi Kak Long ni memang kaki study compare dengan budak 2 orang ni.

Untuk UPSR - monthly RM149/8 kali bersamaan RM18.70 sehari
Untuk PMR - monthly RM155/8 kali bersamaan RM19.40 sehari.

Chewah! macam wakil Perfection la pulak akak nih. Perfection sila kasik komisen yer ;D

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - Salam Adinda :)

Ala ala Zila, awak tak yah gi tuition pun tak per, otak bergeliga ... dah sedia pandai pun. Kalau tidak tak kan dapat masuk UM, dapat jadi Doktor lagi gitu. Harap ler salah sorang anak akak dapat ikut jejak langkah Zila yer. Sejuk macam peti ais perut akak ngandungkan dia orang... hehehe

My Life My World said...

n.hasleena - Salam leena :) terima kasih kerana sudi ziarah akak. Sangat-sangat suker.

Betul kata Leena, budak sekarang ni pandai pandai. Kalau kita tak bimbing dan biarkan anak kita, mahu hanyut lah dia orang ditinggalkan rakan-rakan .... Persaingan memang tinggi sekarang ni. Apa yang kita boleh buat? Untuk lahirkan insan yang cemerlang, ibu bapa hendaklah berikan sokongan moral dan fizikal serta semangat yang tak berbelah bagi...mcm bunyik Dato Fadzillah Kamsah lah pulak ...hikhikhik

My Life My World said...

zairah@78 - Salam Zai :)

Eh! dah lama tak nampak awak, ada rupanyer. Terima kasih datang. Betul tu Zai ... dulu akak tuition kat MING tengah-tengah Chow Kit Road tu. Rasanyer sapa tuition kat situ memang glamour ler. Bagaikan langit dan bumi tempat tuition dulu dan sekarang kan.

My Life My World said...

ANIS - Salam Anis :)

Tinggal satu paper Biologi lagi kan. Apa kata lepas SPM ni kan pi minta kerja kat Perfection, leh ajar budak-budak sekolah rendah. Pakej dah ada dah kat ANIS ... especially tang GARANG tu ... hehehehe...auntie gurau jer lah sayang ;D