Monday, December 27, 2010

AKU NAIK BAS HARI INI



Tajuk post bukan main lagi. Macam aku sorang jer naik bas hari ni, walhal ramai lagi yang naik bas, tiap-tiap hari tak ada lah rasa istimewa sampai kena tulis kat blog kan ... hehehe. Tapi yang menariknyer aku nak tulis sebab aku jarang dapat naik bas. Tak macam 17 tahun dulu, hari-hari aku naik bas ... sampai nak termuntah. Nak tahu macam mana aku boleh naik bas hari ni, meh aku cerita.



Pasal benda ni lah aku kena naik bas, bukan sebab keta rosak ke hapa. Tapi aku kena attend briefing and site visit secara mengejut hari ni. Terkejut aku, dah ler siap pakai baju kurung merah menyala yang tak berapa nak vogue dengan sandal adalah tinggi seinci. Kena lak turun padang. Kalau takat masuk keluar opis kat Syarikat Prasarana Negara Berhad di Tingkat 20 Menara UOB Bangsar ni kira okay lah lagi. Yang mengerikan tu bila kena pergi site yang aku tak tahu keadaan nyer macam mana ... berlumpur ke, berbukit ker. Tapi sebab dah diberi amanat, redah je lah labu :)


This is the best part sebenarnya. Pergi site visit naik bas kau, tak yah bawak keta. Aku seumur hidup tak pernah naik Bas Rapid KL ni. Ada ler macam jakun dan lebih pada teruja sebenonyer. Dan sebagai Blogger Tegar, memang kamera akan sentiasa ditangan, dengan muka tak malu main snap jer lah mana-mana yang patut. Orang pun heran tengok aku, gambar manusia biasa naik bas pun aku nak snap. Untuk rekod aku tak kenal pun mamat yang aku fokus masa snap ni, kebetulan aku ambik gambo tiba-tiba lak dia muncul. Sori ler encik ... awak ter'enterframe' dalam blog saya ;)

Best wooo bas sekarang ni. Dalam bersih dan lebar, berair-cond dan sangat selesa. Siap ada TV lagi ... gambo kaler-kaler, tapi sumpah tak dengar suara langsung. Macam orang pekak tengok TV ler kalau duk kat dalam bas tu. Baru tahu macam mana Bas Rapid KL ni. Kalau idak nengok dari kejauhan jer lah.


Perjalanan agak jauh jugak lah. Dari Bangsar ke Kinrara dan Puchong. Prasarana nak buat landasan LRT kat kawasan tu. Berita gumbira untuk penduduk Puchong :). Ramai gak la para Jemaah yang terlibat dengan Site Visit ni, kena naik 2 bas lagi gitu. Nasib baik ler hari ni tak panas sangat atau hujan. Dan nasib baik ler tapak projek tu bertanah ala-ala biasa jer di tanah landai dan tak berlumpur. Yang tak bestnyer kena langkah longkang beso, ilang feminen aku dengan baju kurung ni. Best gaklah gi site visit hari ni, sempat ler aku terlolap 2-3 minit dalam bas tu masa nak balik. Penat nyer ....

6 comments:

Mrs Taz said...

Acik , kitorang pun naik bas rapid KL nak pi Satellite Building tu ari teruja anak2 kecil ku .. tak mo duduk , nak berdiri hahaha .. 2 kali tu naik pergi dan balik ...

masa nak pergi tu siap rosak lagi bas tu ..

My Life My World said...

Mrs Taz - Hehehe ... best kan Zia sekali sekala naik bas. Apa lagi budak-budak sure lagi best jer berpegang kat tiang yang ada.

Bas Rosak Zia :0 ... nak kasi korang merasa duk dalam bas rosak lah tu. Sekali semua complete perasaan dapat ... hahahaha

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Kalau I kan,tajuk dia "Aku naik bas bila underground strike!" Kat sini bila tube strike je I kena naik bas dari St. Pancras dan tiap2 kali I kena naik bas, I mesti sesat sebab I mesti tak ingat macam mana nak pergi office dari tempat bas berhenti. Dah lah bila strike dia jarang berhenti tempat yang sepatutnya (satu2nya tempat yang I confident I akan sampai office - hua...!) Itulah I berbekalkan sense of direction yang bawah tahap beku (kalau ada direction sense quotient, I mesti below zero punya... dahsyat,kan?)

Tapi dahsyatlah bas yang you naik tu... Sungguh jauh beza dengan bas mini dulu2 ya? Harap2nya pemandunya pun sopan-santun - barulah cun tahap Kamen Rider Kiva, kan :-D

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Tahun 1997 kali terakhir saya naik bas kak ..


kalau naik bas sekarang ni,mau berdebar-debar dibuatnya... Jangankan bas, LRT & Komuter pun camtu.. suspens aje..

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam Mak Mia :)

Ala cian nyer U ek. Selalu ker ada 'Underground Strike' tu. Kalau I lah yang tersesat macam U kan MM, mahu I tak turun dari bas tu. Bio dia pusing balik kat tempat I naik tadi, lepas tu turun terus balik umah. Tak yah pi kerja. Hehehe :)

U cakap pasal bas mini, rindulah I dengan Bas Mini No. 18 dan 21. Dulu selalu naik dari Bukit Damansara nak ke Jalan Raja. Punyerlah macam Roller Coaster ... macam-macam bau ada.

My Life My World said...

azrina.03.07- Woo lama tu Reen dah tak naik bas. Tapi sesekali naik bas ni best gak Reen. Boleh cuci mata tengok pandangan keliling, tengok orang. Cuci telinga, dengar orang keliling borak pasal hal dunia.

Cuba ler, bawak anak-anak sure best.