Khamis, 23 Disember 2010
Aku cuti semalam. Memang khaskan diri untuk temankan Kak Long ambik result periksa dia. Awal pagi dah semangat bangun, lagi awal dari orang yang ambik periksa. Dia boleh lak tidur balik lepas Solat Subuh. Ditemankan oleh Iqa dan Aran yang masih berkain sarung. Dia orang berdua ni tinggal dalam keta jer. Sanggup tu tunggu berjam-jam. Hilman jer tak ikut, duk jaga rumah. Sampai kat sekolah pukul 10 pagi macam gitu. Tak lah ramai sangat masa tu. Ada lah tak sampai 50 orang termasuk mak bapak.
Nur Farhanah dan Nurul Farhanah ... sebelum result
Bagi aku, ini lah kali pertama aku ambik result periksa ramai-ramai macam ni. Kan dah cerita last post, abah aku yang ambik kan result SRP. Masa SPM lak aku tak datang pagi, aku datang ambik result pukul 3 petang. Terus pergi opis sekolah. Tak ada orang langsung dah masa tu. Memang lain lah perasaan kali ni. Masa Kak Long dan Iqa result UPSR tak rasa gerun sangat macam ni. Tak tahulah masa result SPM nanti, mahu aku lak yang panik nanti.
Depan dewan sekolah ... dah ramai menunggu
Group Boys ... Naz boleh senyum lagik
Punyalah lama kita orang tunggu, dari pukul 10.oo pagi. Pukul 11.oo pagi baru keta cikgu masuk kawasan sekolah bawak result dari Kementerian. Tapi dari reaksi cikgu, muka masing-masing macam happy semacam jer. Siap tepuk-tepuk tangan lagi. Aku rasa konfiden lah sikit. Sebab kawan Kak Long yang Trial 6A pun boleh dapat 8A ... inikan pulak Kak Long masa Trial 8A. Kawan dia tu, mak sedaranyer cikgu, so dia tahu dulu. Heheheha... ni aku lak yang lebih. Sori la korang, aku lak emo lebih-lebih. Sapa yang penah alami apa yang aku lalui boleh faham kut.
Kak Long and her bestie, Susu yang genius pun muka nampak cuak
Tengok Kak Long pun macam relax jer, tapi kengkadang cuak jugak aku tengok muka dia. Dia tunggu betul-betul depan pintu dewan. Dan dia lah antara orang yang pertama sekali serbu pintu dan serbu cikgu, bak kata Kak Long macam 'Amazing Race'.
Lawak nyer aku tengok mak bapak pun ada masuk dewan. Aku pun biasalah memang cop muka tak malu kan, selamba jer terjah sama. Siap aku duk sebelah Kak Long lagi tengok cikgu kelas dia baru nak siat-siat slip keputusan peperiksaan tu. Korang jangan lah ikut perangai aku ni, tapi kalau tak malu macam aku ni silakan lah.
Lastly Straight 8A's dalam gengaman Kak Long. Mak dia suker giler ... oppssss I admit yer. Tapi tak lah sampai menangis. Sebab dah boleh agak kut. Dan dalam kelas dia hanya dua orang sahaja yang tak dapat 8A.
Kak Long dan Susu ... Akhirnyer
Mak tahu Kak Long happy sangat. Berbaloi segala kerja keras walaupun selalu Kak Long kena marah dengan mak sebab jarang bukak buku. Tapi alasan Kak Long, takut baca awal-awal nanti tak ingat. Kena baca dah bila dekat masa periksa. Dengan rumah kita tengah berabuk masa renovate hari tu lagi. Syukur, dapat jugak Kak Long tempoh semuanyer.
Dan lastly .... Blackberry berjaya ke genggaman. Errrr ... ini bukan hadiah dari aku. Ini hadiah dari abahnyer yang beli masa balik Aran sunat hari tu. Abahnyer pun macam amat konfiden jer, beli sebelum keluar result. Sedih :( sebab abah tak ada nak tengok sekali Kak Long ambik result kan. Dia balik Bintulu sehari sebelum result keluar. Kalau tidak mesti lagi happening kan Kak Long.
p/s : Ini bukan entri riak yer, tapi rasa bangga tetap ada dan
berharap menjadi ikutan dan pembakar semangat buat anak-anak yang lain...
19 comments:
Alhamdulillah....
Tahniah untuk Kak Long atas kejayaan straight A's utk PMR. And tahniah utk Kak Cik jugak sebab mendorong semangat Kak Long utk berjaya mcm tu :-).
Psst... for me, N3 Kak Acik ni bukan N3 riak, mmng kita sebagai parents patut berbangga n bersyukur dgn kejayaan anak2 kan n mmng patut letak kat blog! :-)
tahniah lagi sekali auntie.
anis memang dah boleh agak dah kaklong dapat 8a pmr ni.start dia exam lagi dah agak.hahaha
apa apa pun,alhamdulillah.anis pun tumpang gembira sekali (:
Alhamdulillah seperti yang dijangkakan k.long dapat 8A semoga k.long berjaya hingga ke peringkat yang paling tinggi dan seterusnya dapat kerja yang baik and pastu jangan lupa segala susah payah mak abah yg sentiasa menjadi pendorong dan pembakar semangat dan tulang belakang atas kejayaan itu ya? Tahniah :)
Tahniah lagi sekali..!
tak tau nak kata apa lagi dah, terharu sangat...
Kak Azie faham apa yang Acik rasa, apatah lagi bila result gitu. Habuan kita ibubapa ni masing-masing tak sama.
Ada parents yang bepeluang ambik result, ada yang tak sempat tengok. Gitulah..
Sebakkkk....
Jangan lupa singgah ke sini:
http://azieazah-aa.blogspot.com/2010/12/mereka-yang-ku-kenali05-ceria-dan.html
ada sesuatu yang menarik!
salam Ros..TAHNIAH buat Kak Long yg mendapat keputusan cemerlang..tahniah juga buat Ros n keluarga kerana tanpa dorongan keluarga tentu Kak long tak sampai kesitu..
lemongrass - Syukur sangat :) Terima Kasih Min on behalf Kak Long dan saya juga. Terbalas juga penat lelah setakat ni, ni baru sorang, yang lain tak tahu lagi. Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan.
Anis - Terima kasih Anis. Auntie risau dan cuak pun sama banyak dengan yakin. Sebab dia setiap kali balik dari periksa dia cerita ada beberapa subjek lepas abis dia boleh tido lagi. Ada subjek yang dia silap faham dalam menjawap.
Tapi syukur, akhirnya lepas juga. Agaknya mak Anis dulu pun macam Auntie kan masa Anis dapa 8A dua tahun dulu ;D
Mrs Taz - Syukur alhamdullilah. Amin atas doa Zia. Harap dia tak lupa pada mak abah dia bila beso nanti. Ini jer lah saham yang acik ada Zia ... anak-anak. Harapnyer semua menjadik lah hendaknya.
azieazah - Terima kasih kekanda. Dinda terharu sangat dengan ucapan kekanda. Siap buat special post kat blog kekanda.
Kak Azie lebih tahu kan ;D anak-anak akak lebih dulu mengecapinya. Indah sungguh perasaan itu. Allah jer yang tahu. Harap anak-anak saya pun macam Along akak yang genius tu. Amin.
mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)
Terima kasih atas ucapan. Kak Long bercita-cita nak masuk STF, sekolah lama Mak Cik kan ;) tapi tak tahulah. Peluang ke sana sure amat tipis sangat. Maklumlah, bukan dia jer yang dapat 8A kat Malaysia nih. Lagipun sekolah tu ambik ramai untuk Form 1 jer kan ... hehehe
Sebenonyer buat syarat jer tu nak apply SBP sebab dia memang tak nak gi asrama pun. Manja sungguh anak-anak ini.
Tahniah auntie...
saya juga tumpang gembira..
harap-harap kepintaran dan keriangan Ana akan berterusan....
dan saya harap adik beradik lain mengikut jejak langkah yang serupa...
Alhamdulillah
-Amri- Terima Kasih Amri. Alhamdullilah syukur pada ALLAH. Namanyer pun bermaksud 'Yang Riang Gembira' harapnyer berpanjangan lah riang gembira dengan keputusan yang lebih baik selepas ini.
Kak Long dah letak satu 'Benchmark' dalam UPSR dan dah ada yang ikut. Sekarang dalam PMR pulak, harap yang lain dapat ikut lah hendaknya.
Harap Amri pun dapat result yang baik jugak untuk SPM nanti. AMIN
Tahniah-- tahniah tahniah kak long... Memang dah leh agak dah kak long 8A.
Tahniah gak kat mak dia... Now, akak dah ada experince lah eek ambik result... Sekali gi ambik cemerlang terus... bestnya...
Emm... rasa sek yg diidamkan pun sure dapat punya lah..
Tahniah buat KAK LONG, moga terus cemerlang ya
salam akak..
tahniah utk Kak Long..
wahhh dapat blackberry tu..
saya yg keje bertahun2 baru dpt beli..heheheh..(kak long nnt bg no pin yer hehehe)
anyway..berkat kesabaran dan doa akak dan anak2 ni kak..
bangga saya sbb kenal akak sekeluarga ni!!
so apa plan Kak Long seterusnya?
p/s agak2 PANAS tak orang yg selalu BENCI kt akak (ala...yang post kat chatbos tu hari)..tak senang duduk MAKHLUK tu kot..
alhamdulillah...
ayang - Makacih Yang ... on behalf Kak Long juga ... Terima Kasih. Hehehe ... betul tu, dah rasa sekarang macam mana nak ambik result, dan memang best serta suspen sampai kecut-kecut perut. Mudah-mudahan dapat sekolah yang Kak Long inginkan tu. AMIN
IXORAROXI - Terima Kasih Ix. Mudah-mudahan Kak Long akan terus cemerlang. Panjang lagi perjalanan kat hadapan dia ni. Mak dia hanya dapat beri sokongan jer lah :D
Dr. Rodzila Rodi - Salam Adik Zila :) Terima kasih on behalf Kak Long. Black Berry tu kalau akak ler, jangan harap ler dia nak dapat, takat Strawberry tu leh lagi akak beli. Nasib baik abah baik ati. Terima kasih kerana rasa bangga kenal kami sekeluarga. Sebak lah pulak rasanyer. Sob-sob-sob. Plan Kak Long ... kena ler prepare untuk SPM lak, kalau boleh nak ikut jejak langkah Dr Rodzila ... ehem ehem ... Doakan yer :D
p/s : kalau insan tu boleh post kat sini ... ntah apa-apalah kutukan dewata petala langit ketujuh dia tu kan.Tapi akak tahu dia masih membaca.
Post a Comment