Tuesday, December 14, 2010

UBAT KUAT LELAKI

Encik Zukbo, saya pinjam photo awak yer ;)

Pernah tak terjadi pada korang. Bila baik punyer tengah berjalan-jalan pusing-pusing naik kereta ternampak banyak ler iklan UBAT KUAT LELAKI ni kat tepi-tepi jalan. Tak kiralah tergantung kat tiang letrik ker, kat pokok beso ker atau kat dinding-dinding tepi highway. Aku memula tak ambik pot langsung pada benda-benda ni. Sehingga ...... Aran bersuara."Mak! ubat kuat lelaki ni kalau lelaki ambik dia boleh jadi kuat yer". Aku dah malu-malu alah nak explain kat dia... hahahaha. Abang Hilman yang macho dan kakak-kakak dua orang tu akan tersengih-sengih tunggu jer apa jawapan aku. Memang aku jarang tak jawab soalan dia orang, walaupun banyak soalan kategori tah hapa-hapa.



Memang aku mati kutu nak terangkan pasal benda ni pada budak yang berumur 8 tahun ni. Dalam hati menyumpah-yumpah, apasal ler dia orang suka beno letak iklan ni merata-rata, tak pasal-pasal aku dah kena. Hmmm... jawapan aku last sekali,"nanti Aran besar Aran akan tahu ler Ubat Kuat Lelaki ni pasal apa, sekarang ni mak tak leh kasik tahu lagi sebab benda ni 18SX". Dan selalu nyer bila aku cakap pasal 18SX dia tak akan tanya apa-apa lagi ... anak mak yang patuh. Tapi aku tahu dalam kepala dia dah fikir macam-macam.



Tapi sebagai emak yang nakal ... hehehe, ada jer benda yang aku nak kenakan dia. Aku cakap,"Mak rasa kalau Aran nak sunat nanti makan ubat ni Aran mesti jadi kuat kut, tak sakit lagi, "... hehehe. Masa ni semua orang dah gelakkan dia, dan dia pulak akan senyum senyum kambing kenangkan hari sunat yang tak berapa hari lagi :). Jangan pulak bila nak sunat nanti betul-betul dia mintak nak makan ubat kuat lelaki ni, mati aku ... mana nak carik.

p/s : Gambar di cilok dari En. Google sebab aku tak sempat nak ambik iklan tu masa drive :) Terima kasih En. Google


3 comments:

anymz said...

hahaa..akak rasa lah kan..apa kata ros cuba dulu ubat kuat tu,pastu baru leh explain kat aran..
tersedak2 akak baca ni tau..

My Life My World said...

anymz - Salam Kak Anim :)

Hehehe...kalau saya rasa dulu nanti jadi lain pulak kak. Takut lak nanti mak dia transform muka berjambang-jambang dan berbulu dada lak ;D

zahar said...

iklan benda paling laris jualan utk lelaki, anak lelaki pun minat.. hehe