Thursday, December 16, 2010

CURRY PUFF VERSI 'AKU'

Mood hari ini adalah ... asyik jer nak terjah Blog masak-masak. Aku puasa di 10 Muharram hari ni. Entah kenapa sejak zaman sekolah dulu lagi, kalau posa mesti aktiviti harian adalah masuk library carik buku resepi. Itu ler habit aku sejak azali. Walhal bukan nak masak pun, tapi lebih kepada menjamu mata dan ... selera orang berpuasa. Lepas tu berangan petang nanti nak makan apa. Itu lah fakta diri aku. Sungguh tidak senonoh dan boleh mengurangkan pahala puasa. Tapi habit tu ler terus aku bawak sampai hari ni. Tetiba teringat aku ada satu post yang tergantung untuk di buat. Aku suka mencuba masak, jadi tak jadi belakang kira. Adalah satu hari tu terjah resepi Kak Ida di blog dia 1001resepi.blogspot.com, nampak dia gunakan pastri jenama seperti di bawah yang senang jer nak carik kat TESCO. Ini ler bahan yang digunakan.



Macam mudah jer lah pulak ... hmmm resepi inti aku ikut jer macam yang pernah aku tulis di sini - inti karipap masa buat kebab itu hari. Buat banyak-banyak sekali lepas tu simpan dalam peti ais. Boleh dipelbagaikan resepi ni. Hari tu aku ajar anak aku buat pizza pakai inti ni. Guna roti Gardenia jer, sapu majerin letak inti, letak chesse keping lepas tu makan ... tahu-tahu abis satu bantal roti dengan inti yang aku simpan buat stok dalam peti ais tu.


Ini salah satu bahan jugak lah yang aku gunakan.
Kepingan chesse tu emergency kalau yang kat atas tu abis :)



Susun kepingan pastri yang telah dinyahbeku kat dulang pembakar


Letak lah inti sesuka nak banyak mana


Letak cheese kat atas inti ...
lepas tu ikut suka ler nak lipat macammana pun


Lepas lipat tu sapu ler kuning telur kat atas pastri tadi



Lepas tu bakar ... cucuk-cucuk dengan garpu ler sikit kat pastri tu


Dah siap pun ... sangat senang dan sedap (bagi aku dan anak-anak ler)
Walau sangat tidak cantik macam terjual kat kedai tu
Aku ni kan amatur lagi ;D


Tak cayer tanya budak ni ... kejap jer semua tu abis
Kalau Hilman dia cecah dengan cili sos

S.E.K.I.A.N ;D

5 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

timaseh kak !


boleh cuba.. malas saya nak uli pastri karipap sekarang ni...


mud buat kuih jatuh merudum..

My Life My World said...

azrina03.07 - Sama sama Reen .

Sama ler dengan akak ni, memang tak pandai buat pastri. Tapi akak rekemen pastry kawan ni memang best, garing dan sodap. Cuba lah :)

Noorul Wawan said...

Okay.. Tiba2 rasa berkobar2 nak buat. huhu.. Bukan ape, ada sorg food LOVER kat rumah tu.. Boleh masak untuk weekend ni.. Thanx akak, bagi idea!!

My Life My World said...

NoorulWawan - Cuba dik jangan tak cuba. Mana tahu lagi lawa dan cantik dari akak punyer kan. AHAKS :)

azieazah said...

Mak aii... senang nya!

Kalu gini, ACIK kena praktis lagi. tapi selalu sibuk, kan? Susah nak hadap oven selalu.

Kalu ada masa, mesti best testing pastri ni. Tukang merasa pun ramai tu. :)