Friday, December 10, 2010

SEGMEN SAYA SUKA INI

Aku dan anak-anak berkesempatan singgah MPH OU di cuti Awal Muharram hari Selasa yang lepas. Kami nak tengok wayang sebenarnya ... upah anak-anak sebab ikut mak dia shopping cari tudung kat Jalan TAR. Yang ni nanti aku cerita ek ;D. Sementara tunggu wayang mula, mana lagi kalau tak melepak kat kedai buku. Siap cari satu lorong yang bukunyer tak ada orang nak jenguk. Boleh melepak bersila buat macam rumah sendiri dengan sorang satu buku. Aku ambik 2 buku koleksi kartun Datuk Lat. Lama nyer tak belek buku ni. Jumpa lah sesuatu yang aku rasa nak share dengan korang. Sesuatu yang sering kita buat dan selalu kita tak sedar ...




4 comments:

mohdandmeriam said...

salam Ros..makcik suka sangat Lat..tengyuklah lukisan vvip tu sebiji macam tuan empunya... erjam duduk baca bukunya tak sedar masa berlalu..hehe..

IXORAROXI said...

Fairos, kat ofis saya ni pun ada 'the early series' jual..memang eksklusif untuk peminta Dato'Lat..kalau nak beli saya boleh tolong belikan,bole dapat harga staff :D

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik Meriam :)

Sama la kita. Saya pun ada 2-3 buku jer koleksi kartun Lat ni. Seronok baca tak boring langsung. Apa lagi Kampung Boy ... memang cerita kisah dia dan adik beradiknya masa kecik-kecik. Salah sorang adik dia Mamat Khalid yang dah jadi Pengarah Filem Terkenal sekarang ni.

My Life My World said...

IXORAROXI - Wah! iyer ker IX ... berapa percent discount? Berminat jugak ni. Lupa lak saya, buku keluaran dia semua by Berita Publising kan. Tempat Ix kerja ;D