Tuesday, December 21, 2010

ABIS LER DAPUR AKU ...

Semalam anak sedara aku, Jaf Reen Narisha Inas (nama dalam IC tuh) datang bermalam di rumah aku. Inas memang pandai masak ... tak disangkal lagi. Walaupun badan dia kecik, suruh ler dia masak apa pun, semua jadik jer. Ada jer benda yang dia nak masak kalau masuk dapur aku. Dan semalam sebelum sampai umah, aku dah terima sms ... satu list barang yang dia nak mintak beli untuk masak. Sampai jer kat rumah, aku belum keluar keta lagi Inas dah sambut Mak Lang dia dengan sexcited ... hehehe... kau nak sambut Mak Lang ker nak sambut barang yang Mak Lang beli. Terus dia geledah plastik beg yang aku bawak. Waktu tu jugak dia start nak masak. Semangat sungguh... budak kecik ni. Anak-anak plus Mak Su yang memang tak pandai masak ni jadi lah tukang tengok dan tolong-tolong mana yang patut.



Inas tengah gigih memukul Whipped Cream ... nasib ler kau Inas, rumah Mak Lang ni pembancuh kek pun dah amat uzur, dah nak masuk kategori hantar muzium jer lagi. Tapi semangat juang yang tinggi punya pasal tak rasa penat pun kan ... hikhikhik. Entah bila ler nak beli Mixer baru Mak Lang kau nih. Asyik semedang budget larik jer.



Iqa punyer tangan tengah rancak nak memecahkan biskut Oreo. Siap pakai anak lesung lagik. Buat ler apa sahaja anak-anak ku, asalkan kau kemas balik dapur dan basuh semula barang-barang yang digunakan tu yer. Jangan kau tinggalkan ... memang saja nak bakar jiwa mak jer lah. Nasib baik bangun pagi ni mak tengok tersusun dan bersih jer dapur.


Ini ler hasilnyer ... kek keju oreo hasil kerja tangan Inas . Rasa boleh tahan. Cuma Mak Lang terkurang beli Cream Cheese dan Whipped Cream. Jadinyer tak lah berapa tebal dan beso. Tapi yummy ... sodap. Pandai Inas buat.


Semangat punyer pasal, siap boleh buat Kek Batik lak lepas tu ...


Mak Su sempat lagi enterframe ...



Tarra! Chef Inas yang didatangkan khas dari Bandar Tasik Putri dengan Kek Batik nyer. Yang ni Mak Lang tak sempat nak rasa ... sebab nak kena tunggu dia beku dulu. Inas ni sama jer baya dengan Kak Long ... sama-sama tengah tunggu result PMR. Tapi dah pandai masak macam-macam. Kalau bibik dia balik Indon hari tu, dia lah jadi tukang masak kat rumah, even kakak dia yang umur 17 tahun pun tak reti masak. Anak aku tok sah cerita lah, tahu masak maggi jer ... adalah mahir sikit masak kek coklat dengan Cookies dan Trifle... nanti belajar masak nasi minyak dengan lauk-lauk nyer sekali yer ;) sejuk perut mak ngandungkan korang ... hehehe

16 comments:

azieazah said...

Alahai pandainyer INAS masak. Kira ok ler tu. Nanti lama2 improvekan lagi skill tu.

Anak2 Kak Azie pun pandai masak maggi, nasi goreng dan masak air jerrr.. Nak soh belajar masak, mcm nak suruh pegi berperang. Ntah laaaa.

anymz said...

ooh,inas tua setahun jek dr ainul.
akak ada dua anak pompuan.farah dah 20 thn tak minat sgt ke dapur..kena kerah cam askar,atau maknya kena jd tarzan baru lah mencicit dia ke dapur.itu pun sbb kena cuci pinggan.

ainul mmg menunjukkan minat sejak dr kecik lagi..tulah kan,keluarnya diorang dari mak yg sama.tapi minat diorang lain2..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

waaaah...

pandainya Inas. Nama pun sedap secomel orangnya.


bertuah ibu dia..


*BTP kat jalan berapa kak ?

Anonymous said...

salam Ros..bagus betul la Inas tu ya pandai masak..muda2 lagi..makcik pun bab kuih2 ni tak pandai,pandai makan kuih muih yg tunjuk2 je..bertuah emak ayahnya..

n.hasleena said...

untungnya mak lang ada yg masakkan... oreo cheese tu mmg best :)

My Life My World said...

azieazah - memula masa dapat tahu dia pandai masak, terkejut jugak. Maklumlah dia bersaiz kecik sangat orangnya, sama beso dengan Hilman. So kita orang ni selalu under estimate kebolehan dia.

Anak Acik suka bila dia datang, sebab banyak benda boleh belajar :)

My Life My World said...

anymz - Wow! Ainul lagi pandai, tak heran lah Kak Anim ... mak dia pro masak-memasak nih. Mesti dia suka makan kan :) Perangai anak-anak ni tak sama semua nyer. Tapi tu yang meriah tu, tambah meriah bila ada terselit suara tarzan antara nyer... hehehehe

My Life My World said...

azrina03.07- Anak sedara Acik duk kat Blok 1B ... hehehe, ada ker nama tempat macam tu. Tu ler pasal, Acik memang suka kalau dia datang umah.

Jap tadi baru dera dia suruh masak paru goreng ... sementara dia ada. Jahatnyer Acik, anak sendiri tak suruh, anak orang pulak kena buli. Soriiiii Inas, Mak Lang tahu Inas suka main masak-masak ni ;)

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Mak dia siap hantar pergi kelas baking lagi mak cik. Dia memang suka, sebab terlalu minat. Kalau masuk dapur Acik, abis dia selongkar tengok ada apa untuk di masak ... hehehe

Sama ler kita Mak Cik, suka gak kuih tunjuk-tunjuk nih :)

My Life My World said...

n.hasleena - Uish!!! memang bertuah Mak Lang dia ... Kak keju oreo tu memang sedap. Tapi yang herannyer Kek Batik yang abis dulu ... balik semalam sempat rasa sikit jer ... hukhukhuk

ayang said...

Cam best je Inas tgk kek cheese oreo tu.. yummy yummy... Masak ramai-ramai tolong best gak meriah..

Chef cun kecil molek + seksi lagi (gbr mak lang tangkap tu le)... muahahahahah

Dr. Rodzila Rodi said...

salam akak..
lama tak mampir..
asa mampir sini..mesti teruja oleh keenakan makanan yg dipamerrkan..
rasa tercabar ni..almaklumlah orang yg nak masuk 3 series ni pun tak pandai masak...hahahaha...
nak carik resipi masak memasak la arini..:P

My Life My World said...

ayang - memang best sedap sangat ... lebih-lebih lak mak lang dia puji hikhikh... masak sorang-sorang, makan ramai-ramai ... lagi sedap giler jadinyer.

Yang tu bukan Mak lang ambik, entah sapa-sapa ler yang snap :)

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - Pergi mana menghilang adikku? Tak yah rasa tercabar ... masih ada masa nak pecut tu. It's better late than never. Nanti akak nak rasa apam balik Zila lak ;)

Madam Sooyaree said...

Mak Lang kena beli Kitchen Aid tu, hihihi

My Life My World said...

Madam Sooyaree - Insya ALLAH ... pelan-pelan kayuh ... hehehe