Monday, December 20, 2010

EXERCISE DI PAGI AHAD

Hari Ahad semalam cuaca amat nyaman. Tak panas langsung. Berita duka untuk kaum ibu yang nak menjemur kain. So aku ambil peluang ni untuk ber'exercise'. Pandai nyer aku ngelat, orang ber'exercise' masa cuaca panas, bior cepat sikit berpeluh. Aku punya exercixe style tradisional, tak yah pakai kasut sukan, baju sukan pun tak yah. Pakai kain batik pun boleh ... yang penting kena ada dua benda ni ...



Sampah atau daun kering dan penyapu (tiada di dalam gambar). Tak perlu nak pergi Taman yer tuan puan. Memang pun aku tengah malas nak kemana-mana. Tak perlu keluarkan duit juga untuk bayar apa-apa tiket bagi masuk ke pusat rekreasi. Tak terasa masa berlalu kalau dah start menyapu daun-daun kering ni. Dengan cuaca yang nyaman dan berangin memang Heaven lah kira nyer. Berpeluh ... sapa kata tak berpeluh, tapi tidaklah berbaldi-baldi. Cukup untuk membasahkan dahi dan baju.


Ni ler kemuncak yang paling best sekali. Bila dah kumpul semua daun-daun kering ni kan, part membakar .... ambil paper lama, nyalakan api ...then tengok api yang membakar daun-daun kering ni. Keluar asap semua yang bisa menghalau nyamuk dan memedihkan mata serta memhamburkan bau asap ke seluruh badan... rasa puas ati. Itu aku lah, orang lain aku tak tahu.


Double Happiness bila tengok laman bersih tanpa ada daun kering. Rasa nak bergolek-golek di situ seperti cerita Hindustan apabila mereka mula bernyanyi-nyanyi sehingga lupa diri. Tapi aku tahu, aku bukan heroin cerita hindustan pun. Mahu aku di cop Hantu Kak Limah balik umah kot kalau aku tergolek-golek di situ.


Yang tak bestnyer ... tangan aku mengelecet. Memang tak sedar masa tengah bersemangat menyapu tu. Tahu-tahu jer rasa pedih masa basuh tangan lepas menyapu. Aduyai! next time kena pakai sarung tangan gini ... Apa-apa pun cukup puas ati bila menggunakan masa berkualiti di hari minggu ini ;D

10 comments:

Mrs Taz said...

Acik,

memang sama mcm tgn yan melecet dia tu tempat yang sama tapi yan dua2 belah tangan ..malam tadi siap mintak letakkan minyak gamat pastu plaster dua2 tangan hehehe ...

My Life My World said...

Mrs Taz - Zia ... kan betul. Yan kerja lagi keras dari acik. Acik sebelah tangan jer. Letak krim jer :)

azieazah said...

Amboi rajin dan seronok punya pasal, sampai gitu jadihnya tangan gebu dia. Taruh losyen atau Bio Oil pun ok tu.

Mujur tak golek-golek mcm heroin Endostan, kalu idak abih ler seluruh badan lak melecet. :)

anymz said...

nak panggil apa ek?akak panggil acik lah ya..rasa akak muda sikit..muhaaahaa.
cik,akak nengok laman mu tu,rasa nak baring2 pulak bila dah bersih camtu.meh sini tlg tebas hutan simpan kat rumah akak nih.hehe

Anonymous said...

salam Ros..luas kawasan rumah ros..lain kali pakai glove barulah tak melecet tangan tu..hehe seronok baca .yg best tu nak terguling2 macam dalam film hindustan tu..

Madam Sooyaree said...

Nampak sangat lama tak pegang penyapu, muahahahah :P

My Life My World said...

azieazah - Hehehe ... gebu lah sangat dah kerepot dah kak tangan saya, dah tuo. Tunggu lagi 2-3 tahun, lagi kerepot, tak lalu dah nak golek-golek masa tu. ... Huwa!

My Life My World said...

anymz - Ye! Ye! Saya suka akak Anim panggil saya Acik, nampak lebih mesra gitu :) akak pun tak adalah tua mana pun. Cantik lagi. Nak tolong tebas hutan simpan akak, biar betul ... nanti tunggu saya bawak bulldozer ek ;D

My Life My World said...

mohdandmeriam - tanah pusaka orang tua makcik, kawasan rumah pun tak berpagar, saya tumpang buat rumah jer ... hikhikhik. Tu la, lupa nak pakai glove, walhal ada tu. Semangat punyer pasal sampai lupa.

My Life My World said...

Madam Sooyaree - Hahahaha ... macam tahu-tahu jer lah pulak Mak Aiyu nih, memang pun. Sebulan 2 kali jer, itu pun ikut mood ... hehehehe