Friday, December 17, 2010

MUSIM ABISKAN CUTI


Abiskan cuti atau cuti yang tak boleh forward akan burn ... hmmm. Cuti aku tak ler tinggal banyak lagi untuk diambil adalah 11 1/2 hari lagi. Dan aku kena abiskan 1 1/2 hari jer lagi sebelum dia burn. Yang lagi sepuluh hari tu seperti tahun sebelumnyer akan dibawa ke tahun hadapan. Ni tengah fikir bila masa nak abiskan 1 1/2 hari ni. Tahun lepas satu hari dah burn sebab tak sempat nak ambik. Ingat 23 haribulan ni nak cuti lah. Nak mengekor Kak Long ambik result periksa PMR dia ... hehehe. Ada ker dia suruh aku tunggu kat dalam keta jer ... sebab takut aku sedih kalau tak dapat result yang di target. Mak ikut jer .... asalkan mak dapat ikut Kak Long ... hehehehe.

Sekarang ni kalau aku tepon orang kat mana-mana opis, asyik ler semua cuti jer memanjang. Syiok nyer dia orang nih. Mesti lagi banyak cuti dia orang ni kan. Untuk aku 18 hari setahun, dicampur dengan 10 yang brought forward ... maka jadilah 28 hari setahun. Tak banyak pun, tapi bersyukurlah. Nak ambik cuti pun susah kengkadang. Sebab ada banyak kerja menunggu. Kita yang ada anak-anak ni, memang cuti ni diperuntukan pada anak-anak ajerlah. Kalau anak demam, kalau kena pergi sekolah ... kalau ada apa-apa aktiviti yang mak pak kena ikut.

Tapi satu yang membahagiakan aku, tahun ni aku MC untuk 2 hari sahaja. Itu tandanyer aku masih sihat. Alhamdullilah, syukur pada ALLAH. Tapi aku heran gak apasal ler ada orang sanggup beli cuti sakit ni yer, senang ker nak beli MC tu ... hmmmm. Kalau dibuat nyer ALLAH nak kasi sakit betul-betul kan dah susah. Tak payah lah nak menipu, kalau susah sangat ambik jer cuti kecemasan. Kalau dah abis cuti ambik jer lah cuti tanpa gaji. Tak baik menipu ... tak berkat hidup. Apa ler yang aku merapu nih.... hikhikhik. Kepala otak tengah ting tong ni, sebab jelez tengok orang cuti. Tapi aku tak boleh cuti ... Huwa!!!!

4 comments:

piewahid said...

kalau nak ikutkan, cuti tak pernahnya cukup...

moga anakanda mendapat keputusan yang cemerlang dlm pmr beliau.

My Life My World said...

piewahid - Terimakasih atas doa untuk PMR Kak Long. Harapnyer begitulah.

Memang cuti tak pernah cukup ... tapi nak mintak cuti tu ler kengkadang bercinta bila bos banyak soal... hehehe

azieazah said...

Seronok kan bila lama kerja, annual leave kita pun makin banyak. Tapi memang lebih best bila leh forward, atau leh claim balik. :)

Sama gak, Kak Azie pun jarang MC dlm setahun, memang susah nak MC pun. alhamdulillah.

Kita mak mak ni, ambik cuti utk urus anak2 jer yg lebih...

My Life My World said...

azieazah - betul kata akak tu. Cuti ni memang untuk anak-anak jer. Alhamdullilah, kita diberi kesihatan yang baik lagi oleh Allah. Syukur kan kan :)