SABTU, 09 JUN 2007
Pagi-pagi lagi dah bangun, nak siapkan kek untuk majlis pertunangan Ina (anak Cik Sharifah). Malam tadi baru siapkan 4 biji, ada 2 lagi nak buatkan. Tak sempat nak buat malam tadi semua, sebab Fazli dan Awin buat BBQ, sempena Awin nak bertolak ke Arab Saudi this coming Sunday. Sambil-sambil bakar kek tu, sempat ler lagi buat Mee Hoon as sarapan pagi. So lepas siap bakar kek, kena pergi kedai barangan buat kek lak, sebab semalam lupa nak beli Cooking Choc. Keluar dgn Iqa, but before that singgah beli paper dan nasi untuk Inam (takut dia tak makan mee) Inam is my weekly maid. Dia datang kemas-kemas rumah dan apa-apa yang patut. After pergi Cooking Choc., singgah lak kedai buku, coz Iqa nak beli cover untuk assignment sekolak dia. (Hmmm...sekolah rendah dah ada assingment, waktu aku dulu time umur Iqa, tak tahu menatangnya assingment nih, dah masuk IPT baru tau).
Sampai umah terus kerjakan kek. Maka siap ler kek ku. 5 biji nak buat jamu makan, lagi sebiji nak buat hantaran. Lepas hantar kek umah cik Sharifah tu lepak jap sampai la kul 1.30 tengahari. Abang kena pergi AMCorp Mall by pukul 2 petang sebab ada perjumpaan utk Alumni UITM Dia 87-80. So tak leh join. And by pukul 2 dah sampai kat rumah mak sedara Ina, sebelah rumah je. Tapi rombongan pengantin datang dah dekat pukul 4 petang. Perut anak-anak dah nyanyi lagi rock. Bila time makan lak, hujan yang selebat-lebatnya. Aduh....nak ambik makanan pun kena redah hujan, sebab khemah kat luar. Tapi makanan dia sedap sekali. Lepas hujan, berhenti dalam pukul 6 baru dapat balik, itu pun masih Gerimis di Lautan. Penat giler....