Friday, September 28, 2012

PENJAHAT CYBER

Pagi tadi aku sempat tengok Nasi Lemak Kopi 'O' kat TV9. Dia orang jemput Inspektor Foo (Inspektor paling femes kat KL ni... hehehehehe) untuk bincang pasal Jenayah Cyber di Internet. Inspektor pun menceritakan dan berpesan, "Jangan sekali-kali memberi tindakbalas ke atas email-email yang konon nyer datang dari Bank-bank tempatan. Yang meminta kita mengemaskini akaun dalam E-Banking kita" ... dia kata gitu sebab nyer, kalau kita mula mengikut setiap arahan yang diberikan maka dalam sekelip mata wang kita di bank boleh hilang.

Maka teringatlah aku, kat dalam kotak -email aku ada terima berpuluh-puluh email dari bank, yang aku tak pernah bukak akaun langsung kat situ. Agaknya sindikit ni main random jer kut hantar email kat semua orang Malaysia yang ada email address. Macam nelayan menabur umpan dan melempar jala untuk dapatkan ikan. Kira email-email ni semua macam umpan lah. Ada yang kena dan ada yang tidak. Bagi mereka yang boleh berfikir mungkin 'ignore' benda ni. Bagi mereka yang naif dan lurus bendul akan fikir ianya betul-betul datang dari bank dan kebetulan dia orang ada bukak kat bank itu. Macam-macam pesen orang nak menipu sekarang ni kan. Tak rasa berdosa ker dia orang ni.



Email aku terima dari Hong Leong kononnyer - berderet deret
Nak jual ubat kuat lelaki pun nak hantar kat email aku ... ish ish ish



Kalau aku bukak email kat atas dia akan keluar macam kat atas ni. "Kami telah baru-baru ini dikemaskini pangkalan data kami dan oleh itu memerlukan semua pelanggan (tak nampak lagi yang lepas tu). Dilampirkan dalam e-mel ini adalah bentuk akuan update. Sila muat turun untuk meneruskan. Sokongan Pelanggan" . Aduyai bahasa malaysia pun tak betul, agaknyer dia orang ni pakai Google Translate kut. Tu yang BM pun jadi tunggang langgang. Layan lah labu, layan gelak tengok orang nak bodohkan orang. Then aku pun klik lah kat file yang dia orang attach tu ... 



Keluarlah web page macam ni. Aku pun tak tahu macam mana originally webpaga Hong Leong, sebab aku tak ada akaun Hong Leong langsung. Lawak sungguh lah dia orang ni. Jadi sesiapa sahaja diluar sana, jangan lah terpedaya dengan penipuan penjahat penjahat cyber kat luar sana. Dia orang tak pakai pisau atau pistol nak ugut orang mintak duit, tapi dia orang menggunakan internet untuk menjadi perompak sekarang ni. So berhati-hati yer... mengingatkan diri sendiri gak ni, sebab tak tahu lah lepas ni macam mana cara lagi dia orang nak tipu orang ni.


nota kaki : Aran tak dapat pergi rombongan melawat kilang KFC esok sebab kena Chicken Pox.
Kesian dia, siap dah buat countdown nak pergi. Melayang fee RM50 untuk lawatan
Redhakan sahajalah .....

Thursday, September 27, 2012

DEKO-DEKO COMEL

AHAD, 23 September 2012

Kami ke sini lagik .... SETIA CITY MALL. Macam tak puas-puas, macam dekat jer dari rumah, macam tak ada tempat lain lagi. Hehehehe ... gitu lah gamaknyer yer tempat baru. Semua orang pun suka yang baru kan. Sifat semulajadi manusia. Dah dah dah .... sebelum aku merapu panjang. Aku nak cerita ni, hari Ahad tu aku kesini, semata-mata nak temankan Hilman carik baju untuk Dinner Pengawas yang akan diadakan pada 29 Sept 2012 hari Sabtu ni. Carik hari lain dah tak sempat. Budak seorang ni dah terikut perangai kakak-kakak dia, nak ke dinner pun nak carik baju baru. Dah tu nak yang lawa-lawa pulak tu, nak kaler yang cenggini, nak tie yang cenggitu. Cerewet amat kalah pompuan. Habis satu pelusuk Setia City Mall ni kita orang jalan. Dari utara ke selatan, timur ke barat ... dah nak naik hafal dah kat mana kedai ni dan kedai tu.


Sebelum ni dia merungut, "Kenapa ler orang pompuan ni kalau nak shopping semua kedai nak masuk. Belek-belek baju, tengok harga lepas tu keluar, masuk kedai lain buat benda sama , last-last masuk balik kedai yang memula tu ... lepas tu baru nak beli atau memang tak beli langsung. Beli jer lah bila dah jumpa tu ... buat penat jer nak jalan keluar masuk kedai". Hambik, bila kena time sendiri nak beli barang, tahu pulak masuk survey semua kedai yer. So next time jangan mengata orang yer. Nasib baik lah mak kau ni memang suka window-window shopping ni.

Dalam duk mengukur shopping mall tu, banyak jugaklah lalu kat kedai-kedai yang display benda-benda yang comel. Aku memang suka jer deko yang comel-comel dan gubahan bunga yang cantik-cantik ni. Ubat untuk membuatkan hati berbunga-bunga dan ceria :) ini pun satu terapi gak. Disamping kasik idea macammana nak mengemas rumah supaya secantik display kat kedai-kedai ni. Jom korang, kita jamu mata ...


Ini kat Parkson Setia Alam Mall,
Sebenonyer banyak lagi barang cantik kat sini, 
tapi tak sempat bila perempuan kat hujung tu dah start bangun dan tengok aku .... 
Dia ingat aku berminat nak beli barang, Walhal berminat nak ambik gambo jer
hahahaha tahu pun takut ... nasib baik tak kena perambat keluar dari situ ;)




Cantik gubahan kedua-dua bunga kat atas ni kan
Main letak-letak jer tapi Kaler dia sweet sangat ...
Yang ni kat Lovely Lace ... forever my favourite place
Aku sangat suka bau 'Teddy's Dream' yang terbau di segenap ceruk kedai ni
Duk kat kedai ni membuatkan aku rasa nak beli semua barang dalam dia ... huhuhu 

Bilo lah Acik kau ni nak kayo rayo



Ini pun kat Lovey Lace ... comel kan



Satu lagi kedai cute yang aku jumpa
Aku tak ingat nama kedai ni
Tapi sangat-sangat cantik barang kat dalam ni
Meh belek satu satu barang dalam cermin ni ...




Meja comel & bantal comel



Kotak kayu untuk menyimpanan
Disamping dapat dijadikan hiasan sudut rumah



Meja tulis comel, frame-frame menawan, bantal bantal cantik
Frame dinding yang comel dan cermin muka yang lawa sangat



Meja sisi, lampu meja, bunga, frame, flower from map ... lawa lawa lawa



Kotak-kotak seperti beg zaman dulu kala
Boleh dijadikan bekas hadiah jugak
Atau letak kat sudut bilik buat simpan CD ... mesti cun kan kan kan




Lampu lampu beraneka jenis dan bentuk, 
Sangat sesuai untuk bilik anak anak atau orang bujang

Jom skodeng display kedai lain pulak ;)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Idea menarik ... letak bunga dalam sangkar



Model Menara Eiffel dan En Bunny yang kurus tapi cute ...



Pokok kayu yang boleh di letak barang hiasan 



Barangan cute lagi .... nak semua nak semua
Tapi tak tahu nak letak mana :)



Kasik 'Close-Up' sikit ... 



Yang ini aku ingat ... kedai Living Cabin


Yang ni kalau dapat bawak balik keseluruhannya sangat lah best
Boleh buat tempat letak kuih raya dan sewaktu dengan nyer ... hahahaha



Yang ni Aran ... bukan untuk dibeli
Setia menemankan aku kemana-mana sahaja
Hatta nak menghantar kakak dia pergi sekolah pun nak ikut :)



Yang ni pulak Hilman 
terlebih gumbira sebab dah jumpa baju dan tie
Tag harga baju siap terjuluq keluar



Jangan tak tahu, dia angkut Blazer dia dari rumah ... sanggup tu
Sebab nak matchingkan dengan meja dan tali leher
Cerewet abis .... nasib baik Mission Accomplished.


p/s : Aran kena Chicken Pox ... cian dia. Doakan Aran cepat sembuh yer

Tuesday, September 25, 2012

LAPIS KEJU CHEESE CRAKERS - langkah demi langkah

SABTU, 22 September 2012

Alhamdullilah, diberikan lagi cuti hari Sabtu ini. Kalau boleh nak cuti tiap-tiap sabtu, apakan daya kompeni bukan bapak aku yang punyer. Kalau boleh tak moh pergi kerja, nak duk rumah uruskan rumah dan anak-anak. Namun apakan daya aku tak kaya raya. Adalah sangat best bila tak perlu nak berkejaran ke pejabat, dan dapat kita punyer 'own sweet time' nak kemas rumah dan memasak tanpa perlu huru-hara. Kak Long sekolah hari ni, yang tinggal hanyalah Aran dan Hilman. Itu pun sibuk dengan gadjet masing-masing. Maklumlah cuti, 2 hari ni jer pun dapat kebebasan main internet. 


Budak kecik tengah kusyuk layan tenet kat phone.

Sama jer lah dengan abang dia Hilman
Dia nampak aku pegang kamera, terus larik tak moh ambik gambo ....
sebabnyer tak mandi pagi lagi :) 

Jadinyer apa lagi, pergi dapur fikir nak ber'eksperimen' dengan resepi baru. Aku banyak jer kumpul resepi-resepi kat tenet. Buat satu Folder untuk resepi sahaja. Cuma tak sempat nak mencuba. Hari ni kain dah siap basuh dan jemur. Hmmm ... nak masak makan tengahari pun kensel. Sebab Mak Tok masak nasik lemak banyak ... kalau tak turun makan kat rumah dia nanti merajuk pulak. Hehehehe ... beruntungnyer aku duk dekat dengan mak. Syukur pada Mu Allah. 



Banyak lak celoteh aku, jom cuba resepi baru ... paling mudah, paling senang dan sedappppppppppppp sangat. Betul tak tipu ... cubalah (dengan muka riang gembira macam Upin dan Ipin nampak ayam goreng) hehehehe . Dia adalah lebih kurang macam Resepi Lapis Marie Cheese yang penah aku published kan (Cheh! macam majalah pulak aku rasa publis publish ni) Kalau tak faham gak step by step aku ni nanti, silalah buntangkan mata dan tengok resepi yang aku print kat atas ni yer.



Lihat dia punya ingredients ... 4 barang ni jer
Biskut Chesse Crackers ... aku beli brand RITZ, aku pun tak sure dia cheese ker tak, bantai jer lah
Bijiran Nestum ... aku beli konon-kononnyer nak diet, malam-malam makan nestum. Hampeh!
Cream Chesse ... Brand TATURA, ini jer lah kut yang paling murah dan senang dapat.
Susu Pekat Manis .... pakai setengah tin jer



250gm Cream Chesse + Setengah Tin Susu Pekat Manis macam aku hukhukhuk



Diputar dan putar sehingga sebati. 




Sehingga menjadi seperti ini ....



Alaskan bekas dengan plastik ... 
Kalau tak moh alas pun tak per. 
Dalam Resepi kata alas, aku pun alas :) ikut ler konon



Atur-aturkan Biskut kat bawah sekali



Kemudian lapis dengan adunan krim yang diputar tadi



Taburkan pula Nestum kat atas Cream Chesse tu




Kemudian lapis lagi dengan krim atas Nestum tu



Kendian atas krim letak lagi biskut ... then letak krim



Then letak pulak nestum , lepas tu krim ... ulang-ulang sampai abih krim
Tak banyak pun boleh dapat, takat acuan 6 x 6 jer
Kalau nak lebih, kena guna lebih cream cheese dan susu lah lagik
Nestum aku gedabak dan biskut sekotak tu pun tak abih guna
Beli jer biskut yang kecik dan nestum saiz kecik.
Tapi kalau nak ulang-ulang buat, beli besar pun tak rugi



Tara kuca tara kuca ..... dah siap pun
Suka ati lah nak hias macam mana pun kat atas sekali
Gunalah kreativi sendiri.
Orang malas macam aku main campak campak jer hati tu
Tu jer yang ada dalam stok dan tak expired lagik ... hehehehe

Kemudiannyer yang dah siap tu hendaklah disejukkan semalaman dalam peti ais yer puan puan
Kalau rasa tak sempat-sempat nak makan dah kecur air liur (macam anak aku)
Letak barang 2-3 jam dalam peti ais pun dah okay dah


Ni ler hasilnyer ..... Kak Long masa memula makan tu Speechlesss
Hahahahahahahha ... sebab sedap sangat katanyer
Hish ... ni bukan propa ni, ni betul-betul kejadian


Cubalah ...    
ayang cepat cuba nanti kasik cerita dalam blog :)

Monday, September 24, 2012

LAKSAMANA SUNAN ...

Aku baru jer habis menyudahkan membaca novel kat bawah ni. Kali ni aku ambik masa yang sangat lama untuk menghabiskan nya. Sebab nyer aku rasa macam sayang nak abiskan ... sebab lepas ni tak tahulah lagi bila Ramlee Awang Murshid akan keluarkan sambungan nyer ni. Ada ker tak ada aku pun tak tahu. Harapannyer mintak mintak ada lah. Tapi kalau ikut catatan penulis di hujung nyer dia kata "Novel ini merupakan episod 'Selamat Tinggal' untuk bahagian kedua siri Laksamana Sunan yang bermula dengan Cinta Sufi dan Sutera Bidadari" .... hmmm tiada kepastian di situ. Aku pasti merindui Laksamana Sunan. 



Teruk betul pengaruh buku cerita dalam hidup aku. Bila baca karya-karya penulisnya, aku membayangkan macam aku pun turut ada dalam novel itu. Membayangkan yang indah dan menarik, merasakan detik cemas dan kepayahan, menghayati perih dan kesedihan. Itu yang selalunyer aku boleh menangis dengan hanya membaca buku cerita tu. Terlalu menghayati. Dan jika diberi pilihan aku lebih suka membaca novel dari menonton TV. Apa lagi trend sekarang ni, bila banyak penerbit yang buat cerita dari Novel-novel  'Best-Seller' di pasaran. Macam tak best jer bila di drama atau difilemkan. Sebab aku rasa, arahan dalam kepala otak aku ni lagi happening dari olehan oleh pengarah cerita kat TV tu. Tu yang menyebabkan bila tengok di layar perak kan atau dilayar kaca rasa macam tak sampai kat hati. Huhuhuhuhu ... bukan senang sebenarnya nak mengarah cerita dari Novel yang ada. Setiap kepala orang yang membaca berfikir benda dan suasana yang tak sama.

Tapi aku terfikir gak ... harapnyer kalau cerita Laksamana Sunan ni di TV atau difilemkan, orang yang paling layak jadik hero adalah Eman Manan. Hehehehehe ... sebab dia ada Aura Cool gitu. Eh! beberapa musim yang lalu rasanyer ada ura-ura Ziela Jalil nak dramakan cerita ni. Tapi sonyap jer. Mungkin sebab ini cerita periodical ... banyak belanja kut.  



'BAGAIKAN PUTERI' novel pertama Laksamana Sunan. Aku tak terfikir pun nak beli novel ni masa belek-belek buku cerita kat Minerva Jalan TAR satu hari tu, sehinggakan ada sorang mamat ni tegur aku. "Buku ni best sangat, beli lah .... tak kan menyesal punyer. Adik-adik perempuan saya kat rumah semua gila baca buku ni" ... erk yang pasti dia bukan Ramlee Awang Murshid yang tengah promo buku sendiri. So aku pun terfikirlah ..Wah! kalau orang lelaki yang aku rasa jarang baca Novel melayu boleh suka novel ni, mesti novel ni best sangat. Maka aku pun beli lah. Wow! memang best giler pun novel ni. Dia bukan bukan pendekar yang giler nak bersilat jer, tapi novel yang sarat dengan pengajaran Islamik. Dengan perjalanan hidup yang sangat-sangat menarik. Sungguh aku jatuh cinta dengan Laksamana Sunan kala itu .... dan hingga saat ini pun. Ada ker orang yang sesempurna Laksamana Sunan dalam realiti hidup ini. Kalau ada ... Ya Allah! bestnyerrrrrrrrrrrrrrrr . 

Dan mulai dengan 'Bagaikan Puteri' aku tak miss satu pun buku-buku sinambungan dari ceritanyer. Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan akhir sekali Sunan Musafir. Aku sayang kesemua koleksi Laksamana Sunan ni. Cerita-cerita nyer memang tak pernah menghampakan aku.  Yang paling bestnyer ada bait-bait kata nasihat berunsur islamik yang terselit di sepanjang penulisan ni, memang menginsafkan. Sesiapa yang tak pernah baca kumpulan siri Laksmana Sunan ni, carik lah. Pasti tak rugi punyer :). Ikhlas ni. Ramlee Awang Murshid pun tak kenal aku. Tapi sesuatu yang bagus tu tak rugi kalau di kongsi kan ;) Cerita lain karya penulis yang sama pun best best jugak, antaranya yang sempat aku beli adalah Rahsia Perindu, Hatiku di Harajahu, Ungu Karmila, 9 Nyawa Dan Fiksyen 302.



Bagi aku ... dengan membaca buku buku cerita ni, dia memberikan warna dalam hidup aku. Bagi aku lah orang lain aku tak tahu, mungkin sebab  hidup aku tak menarik seperti cerita-cerita dalam novel yang ada kut. Inilah salah satu hobi aku, aku tak boleh putus dengan novel baru untuk menceriakan hari hari aku. Sehingga ada orang mengatakan hidup aku tak realistik dan sentiasa di alam fantasi sebab terlalu banyak baca novel. Setakat ni aku tak giler lagi dan masih tahu yang mana realiti dan fantasi. Masih boleh menilai yang mana elok dan tidak. Insya ALLAH ....  



Antara petikan nasihat dalam Siri Bagaikan Puteri ...

"Berhati-hatilah dengan pujian, kerana pujian adalah senjata syaitan yang boleh menjadikan kita riak"

"Lebih baik tersalah ampun dari tersalah hukum"

"Tanpa kerelaan ibu bapa dan keluarga ibarat tidak mendapat keredhaan Allah. Tanpa restu Maha Pencipta, apa pun yang dilakukan akan menjadi sia-sia ibarat rintihan sang pungguk kepada bulan, walau dirayu berulangkali, sang bukan tidak sekali-kali akan jatuh ke riba"

"Memuja sesama manusia ... manusia tetap akan mati. Tetapi mencintai Allah, kasih sayang itu akan berkekalan"

"Jangan sekali-kali kita meratapi jenazah kerana kita juga akan menjadi seperti itu apabila masanya telah tiba. Sabar dan Redhalah. Kematian itu amat sakit dan penawarnya hanyalah sabar"

Friday, September 21, 2012

TOPENG MUKA ala-ala mannequin

Di suatu hari yang aku tak ingat bila, aku ternampak satu kertas yang ada lubang dengan paper kaler kaler melekat kat kertas tu. Ala-ala topeng tak jadi. "Sapa punyer sampah ni?, Hamboi bukan main letak merata-rata yer". Itu lah aku, pantang tengok benda bukan di tempatnyer. Hahahaha .... kejap jer akan hilang kalau tak ada sapa yang claim itu barang dia. Sure lah ke tong sampah tempatnyer. Cik Yang sure tahu perangai akak kau ni kan. Sebab kau selalu hilang barang kalau datang bilik akak, hahahaha .... bukan masuk tong sampah, tapi simpan kat tempat sepatutnyer ;) I know you read this dear.


Bukan nak cerita pasal perangai buruk aku ni, nak cerita pasal topeng yang memula tak jadi di buat oleh Muhammad Farhan sebenarnya. Dan sehari lepas tu dia tanya aku, "Mak ada masa tak nak tolong Aran?" Hukhukhuk .... aku cakap "mak tak ada masa lah sayang, banyak kerja rumah mak tak buat lagi, tengoklah kain mak yang tak berlipat dah menggunung ni".  Teruk betul perangai mak dia. Tapi masa pergi Tesco hari Sabtu tu, sekurang-kurangnya aku dah menyumbang membeli kertas kaler-kaler yang agak banyak lah jugak. Boleh kira tolong lah jugak tu kan. Tolong beli  :)


Aran anak yang baik, dia tanya aku sekali jer untuk mintak tolong dia. Lepas tu dia tak tanya lagi. Dia mintak tolong Kak Long pulak untuk gentel-gentel paper paper kaler tu menjadi butir butir halus. Nasib baik Kak Long suka mengentel. Then sambil-sambil aku masak kat dapur pun, Aran temankan aku masak sambil mengentel paper paper kaler tu. Banyak lah jugak dapat butiran colourful tu. Dalam diam-diam dia mintak tolong jugak kat Bibik Wati (Nanny - Sarah dan Yaya). Hehehe ... Aran ni memang kesayangan semua orang. Lebih-lebih lagi Bik Wati yang panggil dia Shah Rukh Khan. Aku tanya Bik Wati, kenapa dia sayang kat Aran. Dia kata Aran 'cool' dan tak mudah marah. Kalau Bik suruh tolong, dia ringan tangan nak menolong. Tu yang Bik Wati sanggup datang umah malam-malam untuk tolong Aran siapkan Topeng Muka dia. Siap tolong carik kotak lagi untuk keraskan topeng. Siap letak pemegang tangan lagik. Maka siaplah hasil kerjanyer seperti di atas. Cantik kan ... cepat cakap cantik. 


Inilah Muhammad Farhan di pagi sebelum menghantar hasil seni nyer ker sekolah.
Terima kasih pada Bik Watie dan Kak Long yang banyak tolong Aran
Mak tolong tengok jer ... 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..
.
.
.
.
Tetiba ada jugak orang nak join sama
Mak Su sudi jadik model untuk topeng muka Aran :)

p/s : Iqa sms petang tadi, tulisnyer " Mak, Hari Raya Haji wajib balik muahahahaha lima hari kot" ... Alhamdullilah

Thursday, September 20, 2012

SIBUK-SIBUK DI HARI AHAD

AHAD, 16 September 2012

Pulang ke rumah dari Kampung Jawa, Klang agak lewat malam tadi. Sampai rumah pun hampir pukul 11.30 malam. Tu yang pagi Ahad lepas solat subuh tidur balik tu. Sedar-sedar bangun dah dekat pukul 10 pagi. Hehehehe ... buruknyer perangai mak orang ni. Nasib baik anak-anak burung pandai carik makan sendiri. Stok kat dapur banyak lagi kan (baru semalam pi Tesco) pandai-pandai lah korang layan perut sendiri. Lepas bangun tengok Starmovie jap. Kejap mendenyer ... hampir pukul 11.30 lah jugak. Lepas tu baru ler terhegeh-hegeh nak gosok baju, nak mandi sebab jap lagi nak pergi kenduri kawin 


Tak jauh pun kenduri kawinnyer dari rumah aku. Tak sampai pun 2 batu. Kami sampai lebihkurang pukul 12.30 tengahari. Kenduri kawin kat rumah Nazri, kawan anak-anak aku. Dah tuo-tuo ni kawan anak-anak pun dah jadi macam kawan aku gak. Ramai anak buah aku :) . Meriah kendurinyer ... banyak khemah, kawasan rumah pun memang beso. Tak ada masalah nak carik meja makan. Seperti biasa carik yang dekat dengan meja lauk, hehehe senang sikit nak menambah. Memang muka tak malu ... heheheh. Malu kalu lapar ler jawapnyer kan kan kan.



Yang berdiri sambil tersenyum tu lah Nazri
Masa ni sebenonyer dah abih makan dah ... sajer sajer melepak.
Ingat nak tunggu pengantin. Tapi macam lama lah sangat melepak sampai rasa segan pulak :)




Berderetan lauk pauknyer. Ada nasi minyak, ada nasik putih. Ada ayam goreng rempah rendang daging, dalca, ikan masin masak lemak dengan nenas, acar timun, acar buah, tapai pulut, bubur kacang serta teh tarik dan air sirap... Lepas dah melepak tu, tengok jam baru pukul 1.30. Sebenornyer dah rancang pergi shopping kasut sukan Aran lepas kenduri. Cikgu nyer dah tegur tapak kasut makin nipis. Tak per lah, jom balik umah lah dulu, Solat Zuhur. Dah lepas solat baru seronok nak jalan, tak rasa bimbang berhutang lagik dan fikir nak solat kat mana kan.

Sampai Pertama Complex dah dekat pukul 3 ... tempat paling best kalau nak cari barangan sukan. Banyak kedai dan pilihan kat sini. Alhamdullilah, senang dapat parking. Lepas melilau keluar masuk kedai, dapat lah sepasang kasut Dunlop dengan harga yang sangat berpatutan. Lupa pulak nak hambik gambo. Sebab penat berjalan dalam kompleks tu. Dan aku sempat menyambar tepon murah untuk no phone aku yang satu lagik tu. Sebabnyer phone Nokia aku dah kasik kat Kak Long, sebab BB dia langsung tak boleh pakai. Semua orang dah komplen, apasal tak dapat call aku kat no lama. So nak tak nak terpaksa lah carik phone murah. Lepas amoi tu insert SIM Card, dia kata no aku yang lama tu tak valid. Dia suruh aku pi Maxis Centre mohon balik nombor yang sama.


Maxis Centre yang paling hampir dan bukak di hari Ahad ni, mana lagi kalau tak KLCC. 
"Jom pi KLCC anak-anak" ...
 "JOM" amboi hampir serentak dia orang jawap dengan mata shining shining.





Nak tahu kenapa aku bersungguh-sungguh sangat nak nombor lama tu semula? 
Sebab aku dah pakai nombor tu lebih dari 10 tahun.
Sebahagian dari kenalan semua masih hubungi aku dengan nombor yang lama.
Sampai Big Boss yang dah hafal no lama aku tu pun bising sebab ingat aku dah tukar nombor baru.
Tu yang sayang sangat kat nombor lama tu. 

Anak-anak ini memang suka kalau dapat datang Maxis Centre ni.
Sebab boleh usha-usha Smart Phone terkini kat pasaran
Nengok jer lah yer sambil belek-belek.



Dah sampai KLCC kan, ini lah masanyer nak pi Window Shopping. Takat masuk butik-butik yang mampu jer lah. Butik butik mahal tu takat jenguk kat cermin jer lah. Nak masuk pun takut ... takut sakit ati tengok harga. Lagi satu takut .... takut sakit ati SA pandang sebelah mata, tak moh layan kita. Iyer kami insan yang sedar diri, bukan orang yang ada-ada. Lepas ke KLCC waktu tu tengok jam dah dekap pukul 5 lebih. Woi! mengkome tak solat Asar lagik. Perjalanan seterusnya, transit opis mak kat Segambut ... solat Asar then lepak kejap untuk tunggu Solat Maghrib lah pulak. Kita orang tak abis shopping lagik nih ... Kak Long tak jumpa lagi kasut Converse dia. Kat KLCC kaler tak cantik katanyer, tak banyak pilihan.




Lepas Solat Maghrib, perjalanan seterusnyer adalah ke Setia City Mall. Shopping Mall terbaru ni dah jadi feberet anak anak aku sekarang. Nak tahu kat mana .... nun di Setia Alam Park. Kat mana Setia Alam tu? Kat Meru Klang. Jauh tak jauh tak ..... huhuhuhuhu. Ingat nak singgah malam sebelumnyer sebelum pergi rumah nenek. Tapi masa tu pun dah dekat nak pukul 7. Korang kalau berjalan mana reti kejap. Abih tu bila nyer nak sampai rumah nenek. Nak tak nak postponed hari ni. Dah janji dengan anak-anak kena ler tepati. Tak tunaikan, mahu sebulan dia orang mengungkit kang payah pulak. Nasib baik ada Plus Highway dari Jalan Duta terus keluar ke Setia Alam. Kalau idak jenuh ler nak tempuh Federal Highway yang sesak tu.




Akhirnyer Kak Long dapat juga kasut yang dihajati. Butik Converse kat Setia Alam agak besar lah jugak. Banyak pilihan, dan tak sesak sangat. SA pun baik dan mesra alam gitu. Dah dekat 3 tahun jugaklah Kak Long dengan kasut Converse lama dia tu, sampai dah sempit. Tu yang terpaksa beli baru tu. Mak okay jer, sebab korang bila nak shopping pakai duit sendiri kan. Mana korang nak pergi pun mak bawak, hatta ker JPO kat Johor tu pun mak singgah ... (kalau nak hantar Iqa ler). Balik dari Setia Alam kami singgah makan malam kat Steak House di Paya Jaras. Steak kat sini sangat murah dan sedap sangat. Ini pun tempat feberet anak-anak aku. Sampai rumah dah dekat pukul 11 lebih. Hmmmm kan dah kata, sejak Iqa balik kita orang tak lekat duk kat rumah. Sajer sajer nak bawak Iqa jalan-jalan. Sebelumnyer kalau nak jalan pun macam tak best, sebab tak cukup ahli. Bila ada Iqa tu yang pulun-pulun jalan tu. Esok, hari isnin Iqa dah nak balik JB semula. Lepas ni Hari Raya Haji pun dia tak balik sebab betul betul lepas raya ada Final Exam. Balik nanti pun bila cuti lama bulan sebelas nanti. Kesian anak mak ... sob sob sob