Saturday, October 31, 2009

KEM IBADAH SOLAT

SABTU, 31 OKTOBER 2009




Dari petang semalam, duk fikir fikir nak masak apa lah untuk sarapan hari ni. Gitu ler aku hari hari sentiasa duk merangka nak masak apa. Memandangkan Hilman dan Aran ada Kem Ibadah Solat kat Masjid yang dianjurkan oleh Sekolah Kuang hari ni, maka aku tak nak lah dia orang pergi dengan perut yang kosong walaupun dia orang asyik duk kata tak sabar nak makan nasi ayam yang sekolah sediakan. So ... aku pun masak nasi lemak berlaukkan ayam goreng dan telur serta sambal kosong jer. Tengok ler Hilman tu, tengah menghayati nasi lemak mak dia, orang lain dah siap makan dah, dia entah tambah untuk kali keberapa lah tu, tak abis abis lagi. Lepas masak aku prepare nak pergi kerja pulak. Aku kerja hari ni :(



Aku tak sempat nak makan nasi lemak yang aku masak tu ..huk huk huk... sebab rushing kena hantar Aran ke Masjid. Sessi Aran start dari pukul 8 pagi sampai 10 pagi. Hilman pulak dari 10 pagi sampai 12 tengahari. So Hilman nanti akan dihantar oleh Tok Abah, then tok abah akan fetch ambik Aran. Hehehehe kita orang ni masih sempat posing kat dalam keta lagi masa tunggu lampu hijau kat traffic light. Suka tengok Aran senyum hingga menampakan gigi dia, sweet jer macam gula gula yang boleh dimakan dengan kulit kulit nyer, yang ada gambar arnab tu. Apalah yang aku merepek nih.


Chewah, sempat posing lagi tu lepas ambik wuduk. Semua murid dikehendaki pakai baju melayu dan baju kurung hari ni. Aran awal-awal lagi kata nak pakai baju melayu warna biru dia. Siap dengan samping dan songkok lagi.


Aku tunggu sampai Aran masuk masjid. Cian dia tinggal sorang-sorang. Sebab kita orang dah lewat 10 minit. Tak per lah, dia pandai bawak diri. Nanti kat dalam masjid tu mesti dia cari kawan kelas dia. Lepas hantar Aran, aku terus menyambungkan perjalanan ke opis. Cuaca amatlah nyaman hari ni, hujan rintik rintik sejuk jer. Jalan pun tak jem. Alangkah best nyer kalau aku boleh tidur lagi saat ini. Dalam mimpi jer lah ...



Sampai opis sebelum pukul 9 pagi. Disebabkan acik kempunan tak dapat makan nasi lemak buatan sendiri tadi, maka aku pun telah membeli Nasi Dagang nih ha. Sempat lagi tu singgah tepi jalan depan Sek Ren Bukit Rahman Putra. Sedap jugak Nasi Dagang ni. Bila lah aku nak belajar masak nasi dagang dari sifu kat rumah tu. Tak ler sempat sempat lagi. Sekian ler cerita merapu aku di pagi sabtu ;) harap tidak mengundang keboringan dari korang semua.

Thursday, October 29, 2009

FINAL EXAM

Khamis, 29 Oktober 2009


Hari ni start Final Exam untuk Kak Long dan Iqa.

Good Luck untuk anak-anak mak.

Semoga tenang dan mudah menjawap segala soalan.

Jangan buat 'kesalahan bodoh' yer.

Mak sentiasa doakan kejayaan anak anak mak.

Wednesday, October 28, 2009

MARI BELAJAR MEMASAK

AHAD, 25 OKTOBER 2009






Hari ni budak pompuan yang pakai tudung hitam nih, punyer lah so teruja nak memasak. Tak sabar-sabar nak suruh aku belikan bahan untuk dia. Sanggup dahulukan duit nyer sendiri. Sanggup ikut aku pergi kedai dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ini sebab Amri ler nih. Yang menyebabkan Kak Long tak sabar sabar nak buat Puding Roti. Dengar kata Amri sukses buat puding roti sendiri, lagi lah dia tak sabar sabar nak buat. Alang-alang dah beli bahan untuk Kak Long, aku tiba tiba lah pulak rasa nak makan kek keju. Mengada-ngada sungguh ler tekak aku nih. Maka belilah sekali bahan untuk buat kek keju.





Seperti selalu kalau nak mem'baking' mesti cukup corumn, sebab semua orang berada di dapur. Mak dan Kak Long jer yang jadi tukang masak. Iqa tukang snap snap gambar sambil menjadi pembantu tak rasmi. Hilman dengan Paan jadi pemerhati setia sambil setiap saat menelan air liur sebab tak sabar sabar nak makan ;) Aku suka waktu-waktu seperti ini sebab ... di masa-masa inilah aku dan anak anak dapat mengeratkan kasih sayang :) Excited sungguh bila nak mencuba sesuatu yang baru. Macam buat eksperimen kat makmal sains sekolah pulak. Takut tak jadi pun ada gak. Yang tukang pemerhati pulak tak abis abis bertanya itu dan ini.


Ini ler hasil nyer Puding Roti Kak Long. Gambar dari kiri sekali dengan yang tengah tu adalah sebelum di masak. Yang kanan tu selepas di masak. Macam tak jadi jer kan. Huk huk huk. Pertama kali buat, so kak long pun tak dapat imagine. Asyik asyik sms Amri nak tanya macam mana nak buat. Tapi rasa not bad lah. Cuma rasa nyer kurang letak krim dan terlalu banyak roti. Tak per kak long nanti cuba lagi yer. Nak belajar tak kan terus nak perfect kan. Practice Make Perfect.

Yang ni pulak Kek Keju Mini by me. Credit to Mak Lang, aku ambik resepi dari blog dia. Senang jer nak buat, dan hasil nyer mmmmm yummy. Dan boleh mengemukkan jika diambil selalu. Hehehehe ... but aku suka sangat. Nanti nak buat lagi. Walaupun tak lah perfect sangat nyer. Kena banyak di baiki lagi. Tak per aku akan cuba dan cuba lagi. Chaiyok ... Chaiyok.

Tuesday, October 27, 2009

HARI TUNAS USAHAWAN SK KUANG

SABTU, 23 OKTOBER 2009


Hari ini aku jadi Supir untuk membawa budak-budak ini ke Hari Tunas Usahawan SK Kuang. Bukan main seronok lagi dia orang ni nak pergi menghabihkan duit raya kat Sekolah hari ni. Yang sekolah pun cukup pandai pilih waktu waktu lepas raya ni kan, sebab dia tahu budak-budak nih masih banyak duit lagi untuk dibelanjakan. Ini adalah geng geng anak-anak lelaki aku kat rumah. Kira kamceng jugak ler. Dari kiri tu Saddam, Hilman, Fakhrul, Angah, Mira, Rudi dan Aran. Sanggup buat apa saje asalkan aku bawak dia orang pergi sekolah. Tengok tu aku suruh posing, dengan rela hati dan tersenyum lebar dia orang ni posing, ikut jer kata aku.




Banner ni kat simpang Kundang-Kuang, bukan main besar lagi. Segala macam agenda dia tulis kat dalam tu untuk menarik orang ramai datang. Dan yang terlebih-lebih excited adalah anak anak aku. Setiap hari sebelum hari ni berlangsung ada jer cerita yang dia orang bawak balik kat aku. Cikgu dah promo awal awal kat anak murid, cerita apa benda yang ada semua. Anak aku siap minta duit raya dia awal awal lagi kat aku. Aran kata dia nak beli kupon lagi RM30 hingget. Hilman pun macam tu. Padahal 2 minggu sebelumnya aku dah kasi duit suruh beli kupon. Sampai Hilman aku terbasuh kupon yang aku tak sedar ada dalam poket dia. Nasib baik boleh diselamatkan lagi. Dengar jer Cikgu punyer promo, dia orang rasa macam tak cukup jer kupon dia orang untuk beli barang kat sana nanti.

Memandangkan ada jual makan makan kat Sekolah. Maka ibu nyer tetiba jer jadi malas di pagi Sabtu ni untuk buat sarapan. Sampai jer sekolah, aku siap kecek Aran, "Aran belanja mak makan ek", anak aku yang memang sayang kat mak dia pun, tersenyum sambil berkata dengan senang hati "OK, Aran belanja mak". Tu ler dia tengah makan hot dog dengan share minum air cincau dengan aku. Waktu ni, mak dia punya dah abis dah. Air cincau ada lagi, so aku pun cakap ler kat dia, nanti kalau dahaga Aran minum ler air cincau tu. Ghupa-ghupa nyer dia kata hapa "Aran sebenarnya tak suka air cincau, tapi sebab mak nak, Aran minum lah jugak". Alahai anak omak, sanggup kau berkorban untuk mak ek, walaupun hanya air cincau feberet mak tu ler pengorbanan kau. Sob sob sob... tetiba terharu lah pulak.



Korang jangan tanya ler mana Hilman. Sampai sekolah jer dia dah menghilangkan diri dari mak dia. Maklum ler orang dah beso ler kunun. Siap Aran yang cenonet tu pulak jadi 'supervisor' untuk kawan-kawan yang datang sekali. Untuk makluman ada kawan yang tak bersekolah di sini ya. Siap kata "Oi Oi...kita jangan berpecah yer" chewah, terserlah sifat kepimpinan nyer. Muntah darah ler korang dengar aku asyik puji Aran jer. Yang kat atas ni lah gambat RUMAH HANTU, yang memang terkenal kat mana-mana sekolah pun kalau ada Hari Terbuka nih. Punyer ler panjang bebudak beratur nak masuk. Mak bapak budak pun ada gak. Suker dia orang ni nak berkenalan dengan hantu. Anak anak aku lak, kalau kat rumah nak pergi toilet dengan dapur pun nak berteman, sebab takut terserempak dengan hantu. Tapi yang ni sampai 2 kali dia masuk sebab nak jumpa hantu. Hish tak faham sungguh aku.


Disebabkan keterujaan yang mendalam anak-anak aku untuk berada lebih lama kat sekolah. Maka aku pun balik ler dulu, tak larat lah aku nak tunggu dengan orang yang ramai sangat. So about pukul 11.00 aku datang balik nak kutip dia orang nih. Aku bawak budak kecik ni sekali. Ini lah Mar'iyah, adik Maisarah. Selalu kakak dia jer enterframe, adik dia pun nak lah jugak kan. Punyer ler lama aku tunggu budak-budak tu, dari pukul 11.00 pagi sampai pukul 12.30tengahari. Nak keluar cari, malas lak aku nak hangkut budak kecik nih. Maka duduk jer lah tunggu dalam keta sambil baca novel. Nasib baik Mar'iyah tak meragam, dia tidur jer sepanjang waktu tu. Lepas hantar dia orang balik. Aku dengan ditemani Iqa pergi opis. Sampai opis dalam pukul 2 petang. Orang dah balik aku baru nak pergi opis. Adalah kerja yang nak dibuatkan, kalau idak tak der nyer aku hingin datang. Pukul 7.00malam baru balik. Terima kasih kepada IQA sebab sudi temankan mak. Mak tahu IQA sayang mak kan kan kan... mak pun sayangggg kat Iqa.

Saturday, October 24, 2009

LAGI LAPORAN TERTUNDA - RAYA DI HUJUNG SYAWAL

AHAD, 18 OKTOBER 2009 - 29 SYAWAL 1430 HIJRAH




Last Call for 'Raya' ... tak abis lagik. Puasa sebulan (as for acik, tak sampai pun sebulan), but raya nak lebih lebih lah pulak kan. Bangun pagi, seperti biasa masa untuk menyediakan sarapan. Hapa lagi, semalam kan banyak tapau lauk POT LUCK kat rumah Zia. Kerja paling mudah, panaskan haje. Mewah sarapan kita orang pagi ni, dan kenyang membawa ke Tengahari. Tu yang ada lambat sikit nak pergi Open House Rumah Amri. Sampai Amri dah siap siap SMS tanya nak sampai pukul berapa... hehehehe. Itu sebab perut dah kenyang, kalau perut lapar, mahu Amri tak sempat open table lagi dah terpacak kat depan umah dia :)


Sempat ler lagi ambik budak baju Pink nih... (Anis, auntie baru perasan, banyak betul baju pink Anis yer). Sampai umah Amri dalam pukul 3.15, wah ramainyer orang kat Rumah Tokeh Perabut Jati ni. Makanan pun banyak. Tapi dalam banyak-banyak makanan tu, kat Bread Butter Pudding dia lah yang aku rasa dulu. Masya Allah, punyer ler sedap giler. Sampai aku mintak resepi dia. Makanan-makanan lain adalah Roti Jala, Pengat Durian, Laksa, Nasi dengan berbagai lauk pauk ... aargghhhhh aku dah start lapar dah ni bila cakap pasal menu makanan. Hehehehe.


Ini gambar anak-anak aku selepas makan. Dah kenyang tu, tapi tak puas puas lagi makan Puding Roti yang sedap tu, sampai Amri pergi ambik kan lagi di dapur untuk bebudak nih. Dia orang makan share-share. Pose adik beradik ni di ambil kat dalam rumah Amri. Cantik rumah Amri, banyak betul perabut jati. Jelezzz seh Auntie. Nanti kalau dah boring ker dah nak tak nak pakai ke, dah nak buang ker, jangan lupa kat Auntie ye.




Haa, tu yang pakai baju belang-belang tu lah Amri. Budak lelaki yang paling rajin setakat ni yang Auntie jumpa. Kesian tengok dia, tak henti henti kerja, maklumlah kat rumah dia tak ada adik beradik pompuan. Tak duduk langsung, nasib baik sempat ambik gambar yang ni. Terima kasih yer Amri sebab sudi menjemput Auntie dan keluarga datang ke rumah awak. Selama ni, duk lalu jer depan rumah awak, boleh katakan hari hari lah lalu. Baru ler hari ni berpeluang singgah. Dalam pukul 4.15 petang gitu balik dari rumah Amri terus ke Klang...balik dari Klang about pukul 9.15 malam, aku punyer lah mengantuk giler. Sampai singgah tidur kat Restoran Jejantas Sg. Buloh. Ini mesti sebab banyak sangat makan kat rumah Amri... hahahahaha

Thursday, October 22, 2009

LAPORAN TERTUNDA - RAYA DI HUJUNG SYAWAL

SABTU, 17 OKTOBER 2009 - 28 SYAWAL 1430 HIJRAH



Dari kiri : Makaroni yang dah sedia untuk di makan dan kek yang telah siap di'topping'
Hilman dan Aran menge'test' makaroni sebelum mandi.
, Mak Tok, Iqa dan Mar'iyah.
. Tengah lepak kat luar rumah Abang Zul.



Seawal pukul 5.00 pagi aku dah bangun. Hari ni terlebih rajin lak. Sebab dah janji dengan Mak Tok nak bertolak ke Seremban pukul 9.00 pagi. Kena konvoi sebab aku tak pernah jejak kasih ke rumah Abang Zul. But biasalah aku, banyak sangat kerja nak buat pepagi. Nak mendobi, kemas rumah, buat 'Topping Cake' coklat dan sempat masak Makaroni Goreng lagi buat sarapan. Biasalah anak-anak ku yang tercinta akan merengek kelaparan kalau tak 'charge bateri' pagi pagi dengan sarapan. Apalagi nak jalan jauh sikit, macam ler Seremban tu jauh sangat kan. Tetiba aku terbabas alaggapa masa lak. Konon nak pergi pukul 9.00 pagi, pukul 9.00 pagi aku baru terhegeh hegeh nak jemur kain. Baju yang nak di pakai pun tak gosok lagi. So, Mak Tok pergi lah dulu. Terpaksalah aku men'Google Earth', print map semua. Akhirrrrrrnyaaaaaaaaaa...sampai jugak, tak lah susah sangat nak cari rumah dia, tapi terasa lah macam masuk 'Amazing Race', acik suker bab bab mencari jalan nih ;)




Dari kiri : Hilman dengan Aran main buai tak kira matahari atas kepala.
Chewah sempat Maisara dengan Aran 'bercinta' ek
Kak Long dengan Iqa seronok nak posing bawah cahaya free yang banyak
Lepas makan semua lepak kekenyangan


Lepak lah sampai pukul 2 petang, sempat lah Solat Zuhur kat Banglo Abang Zul yang cantik giler dan comel. Macam masuk showroom Vantage pun ada gak, sebab isteri Abang Zul giler Vantage. Terus lepas tu 'rushing back to Kuala Lumpur'. Masa nak keluar Seremban tu sempat lagi aku call Angah kat Melaka, dia kata dia pun baru nak turun dari Melaka. Tepon Along lak, dia kat rumah baru Uncle dia di Bukit Jelutong. Aku sampai kat Rumah Zia pun dah pukul 3.00 petang. Waktu tu tak lah berapa ramai sangat. Perut pun penuh lagi, so tak lah terasa nak makan sangat. Pot Luck Raya 2009 - ITMT Dungun Terengganu. Semua orang kalau boleh lah bawak makanan sikit sikit, tapi bila dah letak kat meja tak sangka lak banyak betul makanan yang ada.



Dari kiri : 'Teman sebilik'ku masa di ITMT yang disayangi - Along, Acik, Angah dan Yong
Gambar beramai-ramai
Still photo roomates termasuk Imah yang comei
Gambar lagi di kaki tangga


Ada Nasi Dagang, Sate, Nasi Impit, Kuah Kacang, Lontong, Rojak Buah, Laksa, Mee Hoon, Rendang, Coklat kek aku punyer (nak juga mencelah tu), roti jala, cup cakes, buah buahan dan macam macam lagi lah. Sampai tak cukup meja nak letak makanan. Seronok sungguh bila dapat berjumpa semula dengan geng geng yang hampir 20 tahun dikenali masa study dulu. Korang semua masih macam dulu, giler giler dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Yang paling ketara berbeza adalah saiz. Tapi ada gak yang maintain ayu. Biasa lah bila jumpa, terlupa tentang usia, kita masih ingat kita macam muda remaja time study dulu. Borak bagai nak giler tak hengat dunia, mengilai gilai ketawa. Pontianak pun surrender kalau dengar. Happening, havoc seronok giler tak terucap dengan kata kata.

Dari kiri : Antara makanan yang ada
Dekat nak penuh satu meja makanan
Yong, Imah, Acik dan anak sedara Imah yang cute mcm 'Chor' dia
Faie, Along, Imah, Zia, Yong, Angah dan Baa


Terima kasih lah kat Yan dan Zia, kerana sudi membuat kami memporak perandakan Mahligai korang yang cantik tu yer. Yang kelakar nyer kita memasing siap tapau menapau lagi makanan yang banyak tu. Macam kenduri kawin lak. Best best best. Makan tak abis bukan nyer apa, kenyang berborak sakan dengan geng. Macam tak sedar masa berlalu. Cemburu sungguh masa tu dengan kita. Tahu tahu dah pukul 7.30 malam. Hish... tak puas lagi jumpa korang. Kalau lah kita dapat stay lama macam duk kat asrama dulu kan best ...

p/s : sila sila lah klik gambar yer untuk penglihatan gambar yang lebih jelas dan beso ;) nak banyak gambar pot luck raya lagi leh masuk sini picasaweb.google.com/ssham98/RayaPort%20luck2009 Terimakasih bebanyak Hisham for the photo.

Wednesday, October 21, 2009

SIBUK


Bukan menyibuk

Bukan jugak buat-buat sibuk

Tapi betul betul punya sibuk

Disibukkan oleh tugasan yang diberi tiba tiba

Tugasan yang ada tarikh mati

Membuatkan tidur malam ku tak lena

Membuatkan aku seperti berjalan di atas bara

Ada banyak cerita ceriti untuk di coretkan

Tetapi tiada kesempatan lagi untuk dilunaskan

Nampak nyer cerita ceriti ku jadi basi lah lepas ni

Moga aku diberikan waktu selepas ini

Maisara tengah doa supaya Mak Lang dia tak sibuk sangat


p/s : post ini adalah selingan sementara nak update blog yang cerita nyer panjang berjela jela

Friday, October 16, 2009

ESOK HARI RAYA ... ESOK HARI RAYA

Tajuk macam tak nak jer Syawal berlalu pergi :). Tak kira lah, sebab hari ni aku last 'Puasa Enam'. Apa kelas aku kan, dah nak habis Syawal baru nak abis buat posa enam. Sebenarnya se awal 6 Syawal lagi aku dah mula posa enam, tapi iyalah banyak sangat gangguan. Antara nyer majlis raya kat opis lah, majlis raya department lain kat opis lah, datang bulan lah, pergi bulanlah macam macam lagi lah. Dan sampai satu saat, aku dikejutkan oleh suara sendiri "Woi! Syawal dah nak abis dah ni, bila nak abiskan puasa enam" ;)


Kak Long dan mak dia

Gitu ler aku, kalau dah stop punyalah susah nak start balik. Banyak setan-setan yang mengganggu akal, fikiran dan hati. Tapi hari ni adalah hari last aku posa. Alhamdullillah. So esok aku RAYAaaaaaaaaaa. Hmmmm ... esok ada open house a.k.a. majlis kenduri nak ke Mekah dirumah Abang Zul di Seremban. Lepas tu ada 'Pot Luck Raya ITMT' kat rumah Zia. So tunggu laporan seterusnya... macam ler ada orang nak baca post aku kan :P

Wednesday, October 14, 2009

KETIKA INI SEWAKTU... WAKTU DAHULU



Beberapa minggu yang lalu, Kak Long bawak balik ke rumah gambar kelas dia. Sempat ler aku scan gambar ni. Kak Long sekarang di Tingkatan 2 RK 2, Sek. Men. Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh Selangor. Dan berjawatan Ketua Tingkatan. Itu sebab lah yang dia duk sebelah Cikgu Hayati tu. Tak ramai pun murid kat kelas dia, sebab ini adalah Kelas Rancangan Khas, bagi student yang dapat 5A untuk UPSR tapi tidak berpeluang ke Asrama Penuh. Dan majoriti 'classmate' Kak Long adalah Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber. Kak Long di offer jadi Pengawas tapi dia tolak, sebab dah muak jadi Pengawas Sekolah masa sekolah rendah dari Darjah 3 sampai Darjah 6. Sama tinggikan Kak Long dengan Cikgu, cuma kurang lebar jer ... Tetiba aku teringat aku... 26 Tahun yang lalu, sewaktu sebaya Kak Long.


Waktu itu aku di Tingkatan 2 Barat Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Sama ler dengan Kak Long. Waktu tu aku pun Ketua Tingkatan jugak. Sebab tu ler aku pun duduk sebelah Cikgu Shidah, sama kedudukan seperti posisi Kak Long. Dah bercucu kut Cikgu aku yang cun macam anak mami ni. Yang sama lagi, aku pun sama besar jer dengan cikgu, malah aku rasa aku lebih besar lagi kut. Hahahahaha. Dah memang terbukti aku tak pernah 'petit' sejak dulu...

Monday, October 12, 2009

'TOP-UP'


Bukan nak tambah nilai untuk prepaid handphone, tapi nak top-up biskut raya yang cepat benar abis. Balang kuih raya banyak yang dah kering kontang. Bukan orang yang datang rumah yang makan, tapi anak-anak aku yang tolong perabihkan. Asyik nak mengunyah jer. Lihatlah balang-balang kuih tu, tunggu nak masuk sinki jer.




Tak tahu lah aku, Kak Long mimpi apa malam tadi. Bersemangat sungguh dia nak buat biskut hari ni. Operasi telah diketuai oleh Kak Long dengan dibantu oleh Mak Su. Gigih tu Kak Long sanggup ke LMC (Kedai jual bahan baking) kat Bukit Rahman Putra dengan Mak Su petang tadi, sebab nak cari bahan untuk buat Chocolate Chip Cookies. Yang mencabarnya, lepas dah diadun semua bahan, letrik lak tak ada disebabkan ada pokok tumbang merentang jalan dan kena pulak kebal letrik (biasa ler duk tepi hutan kat kampung kan). Maka tak leh nak bakar, sebab oven aku pakai letrik. Tapi lastly lepas tunggu lebih kurang 3 jam baru dapat bakar.



Iqa dengan Sarah ni tolong tengok jer, lepas tu tolong makan. Tu yang lebih-lebih posing kat situ, eksen jer. Sajer nak enterframe bagi memeriahkan suasana. Hmmm, rasa biskutnya adalah sedap, ala ala ala Famous Amos. Okaylah Mak Su dan Kak Long, lulus ler korang. Lepas ni boleh la korang jual biskut ni tapi kena lah tunggu Musim Raya tahun depan :P




Inilah hasilnya. Sajer jer dia orang buat besar gedabak, bentuk 'Heart'. Ni semua idea Iman lah ni, tapi rasa tak sama. Iman punya cookies sedappppppppppppp.... nanti lah ada masa kita orang follow resepi Iman. Kak Long ler ni, tak sabar nak tunggu mak balik kerja, nak buat sendiri. Patut lah ek ada pokok tumbang, hmmmm...ghupa ghupa nyer sebab anak mak buat cookies hari ni. Apa apa pun... dah besar anak mak, dah mula rajin nak memasak dan BERMAIN DENGAN API. Alhamdullilah. Harap harap tak terbakar dan hangit atas kelekaan diri ya Kak Long.

Sunday, October 11, 2009

ARAN DAN LUKISANNYA


Di bawah dan di atas ini adalah lukisan Aran yang di lukis menerusi "Paint" yang ada kat Komputer. Dia selalu nya kalau guna Komputer kalau tidak untuk main games atau main Habbo Hotel mesti lah nak melukis. Dan everytime lepas lukis, mesti panggil aku suruh komen. Bagi aku untuk budak berumur 7 tahun cantik lah, lagi pun dia kan anak aku, mesti ler aku kata cantik selain untuk memotivasikan dia. Nanti kang kalau aku kata tak cantik, terus tumpul semangat dia untuk melukis lagi. Bagi korang mungkin biasa biasa jer.




Dia siap kata "Mak, nanti mak masukkan lukisan Aran dalam Blog mak yer" ... Ialah sayang, ni mak dah masukkan pun. Zia, ini ler salah satu lukisan Aran, hobi dia pun sama macam Faisal gak. Banyak dah dia lukis, tapi yang ni jer yang sempat 'save'.



Yang ni pulak lagi satu hobi dia, kalau aku masak walaupun hanya menggoreng telur pun, mesti dia nak tengok aku masak. Dan selepas itu tak sabar sabar nak makan ;P

AKHIRNYAAAAAA......

Kak AA dan Ika, macam kakak dengan adik jer


Sampai juga Kak AA ke rumah aku. Tahu tak, aku dah tunggu dia datang beraya kat rumah aku sejak 5 tahun yang lalu lagi. Tu yang sebut AKHIRNYAAA......... lama tu aku tunggu. Kalau start masuk study kat 'U' dah Grad pun. Kesian akak, kena naik bas nak harung ke rumah aku di ceruk ulu ni. Memula dia nak naik komuter, tapi komuter lah pulak delay sampai 3 jam. Terharu nyer aku, susah payah dia datang.


Iklan GIGI, tengok tu sempat buat 'Peace' lagi


Kak AA sampai lebih kurang dalam pukul 3 petang macam tu. Kebetulan aku tak kemana-mana. Duk umah jer minggu ni, baik sangat lah masa nyer. Di iringi dengan 3 orang bodyguard comel dia. Ika, Alia dan Chaq ... terima kasih yer sebab sudi datang umah auntie.

Tengah posing manja dengan Kak AA, best peluk akak ... gebu


Aku hanya sempat masak spaghetti dengan mee hon jer. Sempat ker? Hehehehe .... memang itu pun jer speciality aku selain chocalate cake. Seronok sungguh berborak, dengan di selangi oleh permintaan anak-anak, dengan Chaq yang tuntut mak dia pergi KLCC (Cian Chaq, nanti kita pergi sama-sama yer), dengan Hilman yang tak henti-henti nak mengadu tak dapat main internet, dengan Aran yang asyik nak makan, dengan Maisarah yang asyik nak itu ini.




Terima kasih Kak AA sebab sudi datang rumah saya, harap tak serik datang lagi. Chaq dan Alia sampai tertido tido dalam bas, bangun tido balik pun tak sampai sampai lagi. Hehehehe... nak buat macam mana umah auntie jauh sangat kan...

Saturday, October 10, 2009

KENEN KENEN


"Mak Lang, boleh tak Sarah nak kawin dengan Paan?" . Terpana aku bila tiba tiba Sarah tanya macam tu kat aku, nak tergelak pun ada jugak. Alahai Aran, kau tak sunat lagi dah ada budak pompuan offer nak kawin dengan kau yer. Bertuah sungguh anak mak. Bukan sekali ni jer dia pernah tanya aku macam tu, dah banyak kali dah. Tapi tiap kali dia tanya, tiap kali tu ler aku rasa nak gelak. Then aku cakap balik kat dia "Boleh, tapi Sarah kena jadi budak perempuan yang baik, dengar cakap orang tua-tua, belajar rajin-rajin". Amboi, bukan main suker dia bila aku kata "Boleh". Tapi kalau aku tanya Aran lak, "Aran, nak ke kat Sarah?", dia cepat cepat kata "Tak Nak! Sarah nakal". Alahai budak budak, aku tak 'take serious' pun, saje saje melayan dan menyakat dia orang, dengan budak kecik pun jadik gak aku nih.



Maisarah ni anak adik aku, sepupu Aran. Umur baru 3 tahun. Comei sangat (mati ler aku, puji anak sedara sendiri). Dan amat lah petah bila berkata-kata. Dia suker sangat melepak kat rumah aku. Walaupun aku ni garang mengalahkan ghimau bila dengan dia. Mana tak nyer, dia tak takut dengan orang lain langsung. Kalau dia start buat nakal, semua orang kat rumah Mak Tok atau di rumah aku akan jual nama aku kat dia, "Haaa, Mak Lang ada nih, Mak Lang tengok Sarah ni!!!", then dia akan cepat-cepat jadi budak baik ler konon. Dia cukup pandai bodek aku, sebabnyer dia suker kalau dapat ikut aku pergi shopping atau jalan-jalan.



Kalau pergi mana-mana mesti nak melekat jer dengan Aran. tengok ler muka Aran tu macam boring jer. Hahahaha ... tak larat dia nak melayan Sarah. Kalau tanya Sarah, mana hensem Aran ke Hilman? Mesti cepat jer dia jawap "Aran Hensem". Kita orang lepas tu pakat ramai-ramai gelakkan dia. Aran lak tersipu sipu malu ler konon. Aran sebenarnya suka gak melayan dia, 'compare to' Hilman yang buat tak peduli jer dengan Sarah. Itu ler kelebihan Aran kut, suka melayan orang especially 'babies', kekadang tu sampai kawan Hilman datang rumah pun dia yang lebih lebih melayan, abang dia entah kemana tah melayan diri sendiri. Kira nyer 'PR' dia best ler.

Ala, korang dulu dulu pun mesti macam Sarah kan. Kalau korang yang suker kat orang, atau mesti adik beradik sendiri kenen-kenen korang dengan budak lain. Selalu nyer budak ni adalah kawan sepermainan, tak pun sepupu sepapat atau kaum kerabat atau jiran sebelah rumah. Samada korang suker atau menyampah, mesti ada reaction dari ejek-ejekan oleh adik beradik sendiri lah selalu nyer. Itu waktu kecik, waktu sekolah pun mesti ada kan. Walau sebenarnya kita ni tak ada ler apa-apa perasaan walau sebesar hama pun. Kekadang tak kenal pun yang mana satu orang yang dikenenkan dengan kita.




Aku pun sama gak macam tu (waktu tu belum sekolah rendah pun lagi), tapi aku cukup ler menyampah kalau abang-abang aku start ejek aku dengan budak ni. Budak ni, sedara sendiri gak, tua setahun jer dari aku. Dulu-dulu kalau dia datang rumah dengan keluarga dia, aku akan masuk dalam bilik dan tak akan keluar selagi dia orang tak balik. Macam ler dia orang tu datang nak meminang aku...Hahahaha. Buruk nyer perangai. Dah nama nyer pun sedara kan, bila dah tua-tua gini, terserempak jugak dengan budak ni waktu ada 'family gathering'. Budak ni pun dah jadi bapak orang pun, kerja as Engineer kat Petronas. Malu jugak, tapi pandai-pandai ler cover....

Thursday, October 8, 2009

BILA BERFIKIRAN 'NEGATIF'

Tak ada sangat pun nak cerita. Tapi pasal gempa bumi yang kerap melanda di mana-mana sekarang ni. Kekadang aku yang tak pernah melalui nya ni pun rasa cuak gak. Maka terjadi lah fikiran yang sebegini. Aku kalau pergi Shopping Centre, OU misalnya tak suka parking kat Basement nak tahu kenapa :

Mak Kak Long Iqa Hilman Aran

Mak, kenapa mak tak suka parking kat bawah, kat bawah best ada air terjun (New Wing OU)

Tak der la, mak takut aaaa kalau ada gempa bumi, lepas tu bangunan ni runtuh ker, kalau kita parking kat bawah orang susah nak cari kita.

Macam la kita tak pergi mana-mana kan lepas parking, mesti lah kita jalan-jalan kat shopping complex, kalau roboh waktu kita tengah shopping pun mesti orang susah nak cari kita kat mana.

A'ah kan, tapi mana lah tahu roboh masa kita tengah parking ker

Mak, jangan la cakap macam tu, Iqa tak suker aaa, takut ...

Tak lama selepas itu kita orang elok jer dapat parking kat belah atas, nearly kat tempat bumbung atas sekali, dan dah lupa pun apa yang kita borak kan sebelumnya.... tetiba

Okay mak, parking kat sini bagus, mesti nanti orang jumpa kita

Untuk beberapa saat aku dan yang lain blur jap sebab pikir apa yang Aran nak sampaikan, Nanti orang jumpa kita? Then kami start gelak. Pandai yer kau Aran, senang ek orang nak jumpa dan selamatkan kita kalau bangunan runtuh coz of gempa bumi sebab kita berada di belah atas. Hehehehehe... :)

Aran seorang pemikir rupanyer, walau pun umur baru lingkungan setahun jagung. Tak tahu lah aku, adakah kata-kata Aran tu untuk meng'negatif'kan lagi apa yang kita orang fikirkan, atau tengah perli kita orang yang berfikiran negatif tak bertempat ni.

LAYAN ...

Aku kerja 'Half - Day' semalam. Pukul 12.30 dah balik. Niat di hati nak bawak anak-anak ke Bank, sebab nak 'Bank-In' duit raya masing-masing. Memandangkan anak-anak pompuan ku cuti sempena PMR. Duit raya tu kan kalau tak di simpan alamat habis ler tanpa dikesan, salah-salah mak dia pinjam. Muahahahaha ... Jadi untuk mengelakkan kejahatan mak dia dari berlaku, elok lah jauhkan semua duit raya tu dari penglihatan mak dia.

Kat GSC promo filem terbaru Bruce Willis - Surrogates


Dalam perjalanan nak balik umah, mataku punyer ler mengantuk giler. Boleh aku terlelap kat Traffic Light. Sampai umah jer anak bujang dua orang tu belum balik dari sekolah rendah lagi. Tido lah dulu. Tido punyer tido ... siap mimpi mimpi lagi ... sekali bangun dah pukul 3.15 petang. Apa lagi terkejut beruk, mawas, cipan semua dah. Sempat kami sampai bank, tapi impian murni tak tercapai sebab sulat belanak tak bawak. Hish... nak kena pergi lagi sementara anak-anak masih bercuti.



Melepak sampai tak sedar diri mak snap gambar - MPH



Maka perjalanan adalah diteruskan ke One Utama. Yang ni anak-anak aku pulun melobi mak dia suruh pergi, atas alasan dah lama tak sampai OU. Seperti selalu, sebagai mak yang baik hati dan budi, aku sering tertewas dengan pujuk rayu, lelehan air mata dan air hingus anak anak yang dikasihi. Kali ni pemergian ke OU bersyarat. Mak tak nak kuar duit, kalau nak apa-apa pakai duit korang sendiri. Mak takat bawak keta dengan bayar duit parking jer. Dan syarat itu telah dipersetujui oleh majoriti dengan penuh kerelaan. Tapi sebeno nya aku pun nak pergi gak...(Grin)... ;)



Aran tengah pungah-pungah buku - MPH



Senang lak dapat parking. Lalu kat GSC, jeling-jeling jugak ingat nak tengok wayang. Tapi time is very limited. Ke Parkson, sebab anak dara 2 orang nak cari Pencil Case yang beso. Then terus ke MPH, lepak lepak buat macam rumah sendiri, cari buku macam kat library. Lastly, Aran telah melaburkan duit nyer ke buku favourite dia. Dah lama Aran mengidam nak beli buku basic melukis, tapi hari ni baru tercapai. Suker dia macam baru dapat tackle mak we idaman hati, senyum sampai telinga. Kak Long lak lepas tu ajak makan Kebab King, minah ni ler lapau memanjang, banyak makan pun tapi tetap kurus kering gak. So on the way to Old Wing tu menyinggah F.O.S., Iqa beli baju. Aran ngan Man singgah kedai jual CD beli game nak load ke komputer.



Bukti Aran senyum sampai telinga - sampai ke ek?


Sampai kat Kebab King, Iqa belanja mak dia makan Kebab Daging. Cayang Iqa. Muah Muah Muah. Mak dia belanja anak-anak minum air jer. Hehehehe. Hilman 'eksen' tak nak makan kebab, dia pergi Mc D sendiri nak beli nugget. Memula tu Hilman nak ke Secret Recipe, tapi dia tengok harga mahal lah pulak kan. Kedekut gak anak aku ni, kalau tang nak kuar duit sendiri. Kalau duit mak, pandai dia main order jer nak makan apa. Hahahaha... baru tau ek, kos hidup tinggi.



Kat Surau OU tgh tunggu Kak Long, Man dan Aran solat


Lepas makan, cari Surau sebab tak solat Asar lagi. Lepas tu jalan-jalan ke Toys'R'Us. Kalau kemana-mana tak singgah kedai ni, tak sah. Seperti biasa, belek tu belek ni, tapi tak beli 'setarang abuk pung'. Buat Photo Shoot jer kat sini. On the way balik ke New Wing buat window shopping ke 'Living Quarters', Reject Shop. Then singgah 'Windancer', Aran nak beli lampu suluh (satu lagi hobi abah dia dah melekat kat dia). Ikut kan je lah...




Jumpa lak sofa comel kat Toys'R'Us



Keluar OU dah pukul 7.30 petang. Apalagi, pecut ler sebab nak kejar Maghrib kat rumah. Nasib baik sempat. Penat tapi seronok keluar dengan dia orang ni. Tak henti-henti anak aku ucapkan Terima Kasih kat Mak dia, sebab sudi bawak pergi OU. Mak pun nak ucapkan terima kasih kat anak-anak mak, sebab buat mak bahagia bila keluar shopping dengan korang. Sayang korang semua.



Anak sapa la ni ? - Hilman jumpa rambut pelsu kat Toy'R'Us