Saturday, December 30, 2006

MY NEW CLEANER

Hari ni, first day untuk My New Cleaner start kerja kat umah. Actually, this is my mother punya maid, but dia just kerja once a week jer kat umah sebabnya tak larat le hamba nak mengemas rumah. So dia just buat kerja-kerja mengelap, menyapu, mengemop, cuci tingkat, cuci toilet, cuci anjung. Itu je, kalau nak tunggu I buat, memang ler asyik tertangguh jer, sebabnya bila ada masa lapang jer, start le nak buat taik mata jer..... Alhamdullilah, ada orang nak tolong buatkan kerja-kerja ni. Berseri le sikit rumah ku...Esok Raya Haji, kalau orang tanya, tak balik kampung ker? Me just said, hari-hari balik kampung, Dah memang duk kampung pun. Rumah ibu mertua pun kat Klang jer, kalau dari umah tak sampai sejam dah sampai. Pusing-pusing pun kat situ jer. Bagus jugak, tak yah nak tempuh kesesakan lalulintas, nak bayar tol lagi. Persediaan raya? Pergi rumah mak & mak mertua jer, untuk meriahkan suasana. Ingat nak masak mee hon jer kat umah, nak masak ketupat... sure gi umah mak & mak mertua dia orang dah masak cam tu punya.(Sebenonya tak expert nak masak rendang :) takat buat ketupat tu boleh ler). SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA UNTUK SEMUA.....

Friday, December 29, 2006

MY BIRTHDAY 28 DECEMBER 2006

SYUKUR...pada mu ALLAH, kerana aku masih bernafas sehingga saat ini. Melalui hidup dengan segala nikmat MU. Aku sedar semakin bertambah usiaku, semakin pendek umurku kesana menemui MU. Dan aku harapkan sisa hidup ku yang ada ini membuatkan aku lebih dekat pada mu ALLAH. Mengingati MU setiap detik waktu yang kulalui...tidak leka dengan duniawi yang penuh kepuraan ini. Dan semoga aku sentiasa didalam rahmat dan perlindungan MU selalu.
SYUKUR...juga padamu SUAMI ku, kerana aku masih ada dirimu saat ini. Melalui susah, senang, kepedihan, kebahagiaan, kesakitan, kedukaan hidup sejak aku mengenalimu. Satu masa yang bukan singkat kita lalui. Aku sedar aku tak seperti yang diharapkan, aku bukan insan sempurna...tapi aku cuba menjadi sebaik mungkin. Dan semoga kasih sayang kita kan kekal abadi biar apa pun yang berlaku.
SYUKUR...pada anak-anak ku, sumber ilhamku. Kerana kalianlah yang membuatkan hidupku tambah bahagia dan bermakna. Mak rasa bertuah dikurniakan anak-anak seperti kalian. Semoga hidup kita kan lebih ceria dan bahagia. Doa mak semoga kalian menjadi umat ALLAH yang bertanggungjawab, mendengar kata dan berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat.
SYUKUR...pada abah dan mak, yang sentiasa ada di waktu aku dalam kesusahan. Sentiasa ada untuk mendengar keluh kesahku. Bahagia di waktu aku bahagia, dan berduka bila aku juga berduka. Aku bertuah menjadi anak mu mak dan abah. Bertuah sangat....tak terbalas segala apa yang kalian berikan pada ku selama ini.

Sunday, December 17, 2006

BIRTHDAY CUCU MAK PAH





Saturday 3rd week. Kerja hari ni, but ramai yang cuti. Aman sikit opis, tapi tak jugak aman, bila Bos awal pagi lagi nak suruh buat assignment yang berlambak dalam masa yang singkat. Aarrgghhhhh.....tension jap, tak sempat nak sarapan. 2 - 3 kali dia tepon suruh cepat, dah ler bagi last minute. Nak buat macammana kan 'Boss always right', Best ler sesapa yang jadi Bos sendiri tu, tak de orang nak marah. My keta buat hal lagi, temperature naik maksimum, baru jer minggu lepas tukar bateri, ingat fan tak jalan coz of this. Kali ni dia kata, tank air dah bocor dan kering sesangat, kena RM1000+++, aduh duit lagi, nasib baik ada penyelamat. Thanks Abang Achim tolong settlekan bill.
So lepas kerja, Abang Achim, Kak Kong & Aran datang, jumpa kat worksyop depan opis jer.Then to Selayang Mall, Abang beli seluar jalan-jalan untuk Aran, masuk kedai buku dengan Kak Long (tempat favourite Kak Long), beli story book untuk Kak Long (Dalam masa 4 jam dia dah habis baca 2 buku cerita dia, memang ulat buku minah ni!). Masuk Parkson, belikan Pencil Case Kak Long, Then teman kan Aran main-main kat level atas sekali, sambil nengok Hetty Sarlene buat show kat LG. Kul 5 off to Taman Selasih for Birthday Party.
Wah siap ada Tenda Pink lagi, bila sampai nampak makanan dah banyak, Aduh lapar ler pulak. But blum start lagi. Solat Asar jap, bila turun balik jer, persembahan Clown dah bermula. Best jugak, Clown tu buat silap mata dan buat lawak sekali. Sukernya bebudak tu, mak ngan bapak budak pun suker jugak. Dia orang sewa Clown nih for RM400++ per hour. Oppssss...lupa lak Birthday kali ini untuk Cucu Mak Pah ku, Mak Pah ni, anak sedara abah, kira Mak Pah ni, my sepupu ler, but umur dia lagi tua dari my abah.Birthday for Iqa - 9 Years and Iman - 6 Years, Kebetulan jatuh on Disember. Sambil-sambil tengok Clown, sambil-sambil snap gambar, sambil-sambil makan. Ada Satay, ada Spagehetti, Mee Kari, Pasta, Nugget, Sosej, Agar-agar, puding, karipap, nasi himpit, itu jer yang ingat.Kenyang giler ler pulak, tak makan semua pun, banyak makan satay jer.
About kut 7++ off back to Kuang, nak kejar sembahyang Maghrib.But before that kena hantar Abang Achim ambik balik keta yang tinggal kat Woksyop, sebab kita orang naik satu keta jer, lepas abang ambik keta, konvoi balik Sungai Buloh. Aran ikut Abah, Kak Long ikut Mak. Stop kat Petronas Selayang jap, paksa Kak Long gi beli Mineral Water. Sampai Kuang kul 8 mlm, sembahyang Maghrib & Isyak.....bukak komputer, ronda-ronda jap. Then termain game, terbabas-babas sampai kul 1.30 pagi. Best tul main Mystery Case of Hunstville, macam bebudak ler pulak...

Friday, December 15, 2006

TOL NAIK LAGI DAN LAGI DAN LAGI

Boring sungguh. Tak der ke benda yang nak turun. Semuanya naik. Dan aku heran sungguh, kenapa Pak pak Menteri buat gitu, ada tak dia orang fikir pasal orang kat bawah ni, yang tak ler banyak duit sangat macam dia orang. Dia orang semua ada elaun, elaun rumah, elaun kenderaan, elaun kesihatan, elaun itu, elaun ini, lalu tol pun tak yah bayar. Dah nampak kan, yang kaya bertambah kaya, yang miskin akan bertambah miskin. Dan satu yang tak boleh nak kawal lepas ni, penyakit sosial akan terus bertambah. Contohnya kecurian, rompakan, kes ragut, kes ponteng sekolah, kes jual diri dan berderet-deret lagi ler lepas ni. Kita nanti dan saksikan. Tadi terjumpa artikel yang menarik ni, bagus jugak buat koleksi...
Salam bahagia, Terlebih dahulu dapat kiranya emel ini mendapat perhatian Datuk Seri Sammy Vellu supaya beliau mendengar keluhan kesah orang-orang yang terpaksa menanggung kenaikan tol di Lembah Kelang. Datuk Seri, Sebagai seorang yang berkereta, tidak kira kecil atau besar, kenaikan sehingga 60% adalah suatu beban di dalam kehidupan saya. Sekiranya saya tinggal di Seri Kembangan dan bekerja di Kelana Jaya, kenaikan 60 sen tol sungguh melampau. Saya masih ingat ketika harga minyak naik pada tahun ini, Datuk Seri memberi jaminan bahawa tidak akan ada kenaikan tol (untuk tahun ini).
Nah bila tahun berganti, segera tanpa bertangguh kementerian Datuk upkan bayaran tol. Datuk kiralah kesengsaraan kami yang bergaji kecil. Pakai kereta sebab tidak mahu berhujan dari naik motor di samping keperluan hidup yang sudah berumahtangga tapi kenaikan gaji walaupun ada sedikit namun sekadar puluh ringgit memang tidak cukup untuk menampung kos sedia ada. Mungkin Datuk boleh jawab, naik kenderaan awam lagi baik. Datuk sedaplah cakap, fikirlah logik atau tidak.
Hari ini saya membaca pernyataan Datuk di akhbar relevan kenaikan tol. "Samy Vellu bagaimanapun menegaskan, kadar tol lebuh raya di Malaysia masih antara yang paling rendah di dunia." Datuk bangga kadar tol adalah paling rendah di dunia tapi Datuk tahukah pendapatan kita pun tak setinggi mana. Duit habis di tengah jalan raya saja kalau bekerja di Lembah Kelang. Kalau ketika harga minyak dunia naik, lalu kerajaan pun menaikkan harga minyak kepada pengguna awam dengan alasan harga minyak dunia telah naik, tetapi apakala harga minyak dunia turun, pihak kerajaan tidak pula menurunkan harga minyak sebaliknya memberi alasan tunggu sehingga harga minyak turun kepada 50. Tolong fikirkan golongan bawahan. Kalau tak bawah pun, golongan atas sikit dari bawah.
Tempohari kadar elektrik naik, alasannya penyelenggaraan yang tinggi, air naik, minyak naik, tol naik, bla bla bla naik. Gaji tanak naik ker...? Harga barang kasi rendah lah sikit, bagilah kita bernafas di bumi bertuah ni. Nak makan pun tercekik kalau nak kira berapa baki duit sampai hujung bulan. Datuk Seri, Buat istana negara harga RM400 juta alasannya sebab istana yang ada kat situlah balairung seri, kat situ lah dewan makan, kat situlah tempat mesyuarat, bla bla bla... pun tak logik juga. Datuk Seri senanglah sebab duit Datuk Seri tak keluar untuk bayar tol.
Kami ni dah la bayar cukai banyak cukai, semuanya dibelanjakan sewenang-wenangnya. Alasan utama, untuk keselesaan rakyat juga. Kalau Lebuhraya KL-Johor tu, asyik jem aja di Seremban, entah bila nak selesanya tak tahulah. Jalan dah elok, ditarkan lagi. Tu jalan kat KL-Kuantan yang teruk tu tidak pula Kementerian Datuk membaikpulih keadaan. Kalau tidak pun, berilah juga perhatian kepada jalan-jalan negeri/jalan kampung yang perlukan pertolongan. Tolonglah Datuk Seri, saya tak de duit nak simpan ni. Tolong pertimbangkan kembali kenaikan tol ni.
Sekian. Terima kasih.

Thursday, December 14, 2006

RINDU


Hari ini dah start rasa rindu banget kat Iqa dan Hilman. Budak dua orang ni dengan rela hati nak suruh dipos rumah Nenek Hapsah dia kat Klang. Suka sangat ler dia orang berdua ni, sebabnya ada ramai sepupu dia kat sana. Memulanya, Iqa sorang jer yang nak pergi, dia pesan suruh kejutkan dia subuh-subuh lagi sebab nak prepare things balik Klang. Bangun pulak budak 'Botak' yang sorang ni pun nak ikut jugak, tetiba je dia kata 'Mak, Man pinjam beg mak ya, nak letak PS2 bawak pergi rumah nenek' (Hilman dengan PS2 dia macam KEMBAR SIAM, dia tak leh hidup tanpa PS2). Mak dia pun terkezut ler 'Aik! engkau pun nak ikut?" Cian kat Aran tak der geng kat umah...tak bagi pergi kang, melalak pulak, dah ler cengeng sikit budak ni, nampak jer Macho. Suruh tanya abah, abah kata seperti biasa "OK".


Awal pagi dah bertolak, lebih kurang kul 7.50pagi, ikut GSCE, siap pecut lagi. Tak sedar meter dah sampai 140-160KM/H, sebab takut tak sempat nak gi appointment kat KL kul 9 pagi. Sampai Klang lebih kurang kul 8.30 Pagi. Lepas jumpa Ibu Mertuaku yang tersayang, peluk cium anak-anak (buat bekal), salam dengan anak sedara, terus zoom to KL, Sampai DBKL kul 9.15pagi. Kira OK ler tu.


Bila petang menjelma, sikecik Aran call pulak, kata "Mak, nanti petang ambik Man ngan Iqa balik yer", Alahai ciannya dia, dia dah rindu kat abang dengan kakak dia. Ha! baru tau rindu, kalau tidak asyik bergaduh jer hari-hari dengan abang dan kakak dia. Bila tak der ni, nampak everything cool jer, sebab dia tak ada tempat bergaduh, tak ada orang nak menyakat dia. Dengan Kak Long dia memang tak der masalah, sebab Kak Long bukan kaki menyakat.


Bila malam datang, balik kerja rasa sunyi lak. Yelah, selalu kecoh dan riuh, ini senyap jer...sob.sob.sob....Dah terbiasa beramai-ramai, bila hilang dua ni rasa macam tak lengkap lak...

Tuesday, December 12, 2006

WEEKEND DI OU

Seperti biasa...lewat sungguh nak up-date, dah hari Selasa baru nak buat. Sibuk memanjang. Hmm, last Saturday, kena kerja but then receive a call from Hilman said "Mak, kalau tengok CICAKMAN hari ni ok tak". Hmm anak ku ini dah kena virus CICAK ler pulak. Mak pun kata "Kalau abah kata ok, mak ikut jer". So abah pun kata ok, abah ni memang lemah sikit dengan pujuk rayu anak-anak dia...untung ler anak-anak ku dapat abah camni. So after kerja terus gi OU, janji jumpa kat situ, pergi beli tiket kat GSC then jumpa dia orang kat JOHNNY Restaurant, solat Asar then terus masuk cinema. Cerita dia okaylah mula-mula, asyik gelak jer nengok telatah Apek, then by the end quite boring sikit sebab dah masuk bab gaduh-gaduh. Anak-anak perempuan ku tang ni dah sebok kata ngantuk. Tapi kalau tanya bebudak lelaki, dia kata BEST!, walaupun Aran tak boleh duduk diam kat kerusi, asyik jer berjalan within that row. Lepas habis wayang bergegas balik sebab nak kejar solat Maghrib kat umah, But before that sempat lagi pergi beli kek keju untuk buat puding for majlis hari jadi esok. Itu cerita Sabtu...Hari Ahad lak, hehehe...pergi lagi OU, macam dah tak der tempat lain ler pulak. Ini sebab Abah dia ada Tahlil kat umah Bos dia di TTDI sempena nak pergi Haji, but staff lelaki jer pergi. Maka abah dia pun transit ler kita orang kat OU sementara habis kenduri. Lunch kat Chicken Rice Shop (tempat favourite anak-anak). Terserempak dgn Zia, Yan and anak bujangnya Fariz. (Zia and Yan kalau jalan ngan Fariz tak nampak macam ayah/mak ngan anak, macam kekawan jer, sebab Fariz pun dah sesaiz ngan korang/ditambah lak ngan awet muda korang...hehehe...). After that jalan ke Parkson, nak cari barang sekolah untuk si Bongsu (Punya ler teruja giler mamat kecik ni, walhal baru nak beli beg), then decide nak survey harga kat JJ lak, from this new wing to old wing. Jauh jugak tu nak menapak. Sampai kat JJ ternampak ler pulak my feberet perfume, INCANTO (Selvatore Ferragamo), maka terbeli lah pulak. Naik kat tempat Toys, nak cari barang sekolah Aran + beli present untuk Alif, sepupu anak-anakku. Then teringat tak sembahyang Zohor lagi, after solat back to JJ again, jumpa Abah kat sana, then beli present, then going back to New Wing masuk Parkson sebab tak jumpa kat JJ. But dalam perjalanan tu tersinggah le kat kedai Miroza, kebetulan Achim give me voucher bernilai RM300.00 so waktu ni ler nak reedem the boucher (Thanks a lot Abang). Beli Handbag Pierre Cardin, kena tambah sikit ler duit + beli T-Shirt Achim. After beli barang kat Parkson menapak balik ke Old Wing, sebab parking keta kat situ. Aduh kaki dah naik lenguh dah, mana nak kejar langkah Achim yang panjang tu. Tapi puashati ler hati sebab dapat perfume baru ngan handbag baru. Hehehe...Then off to Klang, sebab ada majlis Harijadi Alif yang ke 8 tahun. Seronok ler anak-anakku berjumpa dengan sepupu dia, kalau boleh tak nak balik. But mak ngan abah dia dah ngantuk, esok lak kena kerja. Bestnya Selangor Isnin cuti (Keputeraan Sultan Selangor)......sempat lagi tu on the way singgah McD Drive-In kat Plus Highway, bertuah betul bebudak ni (budak lelaki) asyik ingat nak main jer, tadi orang ajak makan tak nak. Sampai umah dah kat kul 11 malam. Aduh ngantuknya...ZZZZZZZZzzzzzzzzzzz

Friday, December 8, 2006

C.I.N.T.A

KADANG-KADANG...ORANG YANG PALING KITA SAYANG LAH YANG PALING SUSAH UNTUK KITA SAYANGI...
Itulah antara sedutan yang menjadi aku banyak berfikir lepas tengok cerita C.I.N.T.A ni. Tersangatlah bermaknanya. Betul lah apa yang dikata, dalam cerita ni ada satu kisah CINTA kita...boleh lah rasa yang masa satu. Tu yang rasa nak menitik air mata, namun ku tahan kan juga. Dah lewat dah ni sebenornya nak up-date. Ketinggalan keretapi lah pulak. Bestnya dapat tengok Wayang C.I.N.T.A with Zia and Naddy. Best jugak dapat jumpa Naddy secara LIVE....Best cerita ni, rasa nak tengok lagi, kalau tak dapat tengok lagi nak cari CD pun okaylah buat koleksi. Kawan-kawan, nanti kita buat lagi yer, gi tengok wayang together-gether. Thanks le Zia sebab belanja makan kat Secret Recipe. Next tima kita pulak belanja awak yek. Naddy jangan lupa yek, nanti ajar nak jadi cantik macam U...Hehehe....Akan ku tungguuuuu, nanti tiba saat itu.....

MENAPAK JALAN YANG MENJAUH
TENTUKAN ARAH YANG KU MAU
TEMPATKAN AKU PADA SATU PERISTIWA
YANG MEMBUAT HATI LARA

DI DEKAT ENGKAU AKU TENANG
SENDU MATAMU PENUH TANYA
MISTERI HIDUP AKANKAH MENGHILANG
DAN BAHAGIA DI AKHIR CERITA

CINTA
TEGARKAN HATIKU
TAK MAU SESUATU MERENGGUT ENGKAU
NALURIKU BERKATA
TAK INGIN TERULANG LAGI
KEHILANGAN CINTA
HATI BAGAI RAGA TAK BERNYAWA

AKU JUNJUNG PETUA MU
CINTAI DIA YANG MENCINTAIKU
HATINYA DULU BERLAYAR
KINI TALAH MENEPI
BUKANKAH HIDUP KITA AKHIRNYA HARUS BAHAGIA

Wednesday, December 6, 2006

HOBI ARAN

div>

HOBI ARAN

Mohammad Farhan - cahayamataku yang ke 4. Will become 5 years old this coming 7th January 2007. Hobi dia, 'Mak, Pinjam Tepon, Aran nak ambik gambar'. Itu ler kerja dia, pantang gi mana-mana suka sangat ambik gambar.
Nak jadi CameraMan ke apa gamak nya besor nanti. Ada juga suruh abah dia baiki Digital Camera yang lama, nanti suruh bagi kat Aran. Suka ati dia ler nak ambik gambar apa pun. Tapi rasanya bagus jugak, at least for this age dia dah ada hobi dia sendiri...meningkat ler jugak cita-cita dia, sebab kalau ditanya 2 years ago 'Aran nak jadi apa?' boleh lak dia jawap 'Aran nak jadi Ultraman' hmmm macam tu ler aku masa bebudak kecik dulu gamaknya...So Jeng...jeng...jeng...Here is Aran punya koleksi gambar yang dia snap (semua jadi ketot ketot, sebab dari pandangan budak yang kemetot ni)

Thursday, November 30, 2006

DAN BERMULA DARI SINI...



SALAM............untuk siapa, untuk aku sendiri, untuk sesiapa yang membaca blog ku ini. Kekadang rasa cemburu, sering baca blog orang, teringin pulak nak ada blog sendiri..terimakasih adinda Zia, kerana merealisasikan impian ku ini. Dah ada blog sendiri ni, tak tahu pulak nak start dari mana. Sebenarnya banyak cerita nak tulis, pasal diri sendiri, pasal anak-anak yang tercinta, pasal suami tersayang.....and I want this blog to be My Diary.

Friday, November 10, 2006


testing.....Terima Kasih ler bebanyak Zia for do this

Thursday, November 9, 2006

Testing again


hello...i'm testing, testing......and testing

Testing

Testing 123