Friday, December 30, 2011

DI HARI LAHIR KU ...

RABU, 28 Disember 2011



Aku tidur agak lambat pada malam Selasa tu. Aik!!! Apasal tak ada apa apa surprise macam tahun lalu. Anak aku dah tukar strategi ker. Tapi aku yakin ada sesuatu. Sebab aku ternampak Aran bertanyakan Kak Long, tanpa dia orang sedari aku kat belakang jer, "Kak Long malam ni ker?" ... Kak Long hanya angguk. Aku dah nak tergelak dah masa tu. Tapi dah pukul 12 lebih dah ni, apasal tak ada apa apa. Hanya wish dan polok polok dari Kak Long dengan Hilman jer. Lagi dua orang tu dah tidur. Aku pujuk ati, tak jadik kut sebab tak cukup Korum ... hahahaha. Tak per tak per .... SMS pertama dapat dari ANIM kawan Hilman, tepat pukul 12 malam. Thanks anakanda. SMS kedua pukul 5.47 pagi dari Abah anak anak aku kat Bintulu. Tapi aku tak sedar sebab lena tidur ... hehehehe. Sowiiiiiii ...


Paper Bag tu dari anak-anak, kotak depan tu Abah dia belikan.
Apa ada kat dalam ni yer ;)

Bangun pagi buru-buru nak pergi kerja. Timah masak Nasi Lemak special untuk breakfast sebab hari jadi aku. Tu pun tak sempat nak makan dengan anak-anak pagi ni , aku bungkus jer. Dia orang merungut kata, "ingat nak sarapan pagi dengan mak sempena Hari Jadi Mak". Alahai sorry lah sayang sayang mak, waktu tu jam dah pukul 8.40 pagi. Memang lambat giler aku hari ni. Sampai opis kerja dah menanti, iyerlah cuti 4 hari. Bertimbun ler kerja. Ada tender lak tu tutup on 29 Dec. Dan aku cuti lagi sehari sebab ada orientasi Hilman kat SMK Bukit Rahman Putra. So nak tak nak aku kena jugak siapkan 2 buku tender ... siap bungkus sekali malam tu.


Jeng Jeng Jeng ... Kotak Silver ada Perfume
(dah lama aku tak beli perfume mahal)
Paper Bag ada Birthday Card dan 'Jacket' untuk buku ...
anak-anak aku tahu mak dia ulat buku


Dan akhirnya aku keluar dari pejabat pukul 11 malam. Anak kat rumah dah asyik call tanya nak balik pukul berapa. Aku pecut ler, nasib baik tak banyak keta. Sampai kat rumah pukul 11.45 malam. Buka pintu ada hadiah atas meja ... hehehe. Korang ni tak surprise langsung tahun ni yer. Semua anak-anak serbu aku. Aran dengan muka kelat-kelat sebab menahan mengantuk. Kesian dia.


Kak Long sempat buat Kek Keju Oreo kegemaran aku lagi. Terima Kasih Kak Long. Yeeee ... mak ada kek hari jadi :) Siap potong kek dan bukak hadiah lah tengahmalam tu. Nasib baik masih di harijadi mak kan. Terima kasih anak-anak mak ... mak sangat-sangat terharu dengan kesungguhan korang. Mak sayang anak anak mak lebih dari yang anak anak mak tahu. Koranglah nyawa mak, semangat mak, hidup mak. Mak tak tahu kalau korang tak ada mak akan macam mana nanti ... ALLAH terimakasih atas anugerah yang tak terhingga ini.

Kad Ucapan dari anak-anak yang membuatkan aku gelak beso tengah malam tu
dan terharu serta bersyukur ....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Meh kita skodeng dia orang tulis hapa ...


IQA


ARAN a.k.a PAAN


KAK LONG


HILMAN


Alhamdullilah, syukur pada ALLAH kerana memanjangkan usia ku sehingga mampu melewati 43 tahun ini. Syukur pada ALLAH kerana menyihatkan jasad dan mewaraskan akal. Semoga aku akan terus sihat agar dapat aku menjaga anak-anak dengan sempurna. Semoga ALLAH sentiasa ada melindungi, merahmati dan menyayangi aku. Mendorong aku ke jalan yang diredhai NYA, dan semoga aku tak tersesat di jalan menuju Akhirat. Amin Amin Amin

Friday, December 23, 2011

KEPUTUSAN PMR 2011

JUMAAT, 22 Disember 2011


Meminjam tajuk title tahun lalu masa ambik result Kak Long. Tahun ni Iqa pulak. Aku cuti setengah hari jer tahun ni sebab kerja banyak kat opis. Tapi tak lah pergi awal pagi macam tahun lalu. Aku boleh siap pergi servis keta lagi pagi tu kat Kepong. Sempat balik umah dan ambil Iqa dengan Kak Long. Sampai sekolah jer dah dekat pukul 11 pagi. Masa sampai kat sekolah tu memang lah dah ramai orang, parking pun tak ada. Letak kereta jauh dari pintu masuk sekolah. Dah ler hari macam nak hujan kan. Adakah ini pentanda ... dalam hati aku berkata.



Kami terus terjah kantin sekolah, dah ramai dah mak bapak dan murid murid semua. Jumpa mak Fatin (kawan Iqa), borak-borak jap. Hehehe ... mak Fatin sempat semak keputusan anaknyer through sms. Dah tahu awal-awal dah result Fatin yang dapat 8A, tapi tak moh kasik tahu anaknyer lagi. Aku pulak,"Biarlah Iqa tahu secara tradisi dari slip yang cikgu dia kasik, baru thrill". Apasal aku lak yang kecut perut nih.



Duk dalam 10 minit macam tu, Iqa datang kata result dah boleh ambik kat kelas, cikgu panggil masuk kelas. Aku pun secara berduet dengan Iqa dan rakan sekelas Iqa dan mak bapak dia orang berdoyon-doyon ke kelas. Airmata Iqa dah gugur dah masa ni, tangan dah sejuk. Apa lagi bila tengok kawan-kawan ada yang dah tahu result melalui sms. Aku peluk bahu Iqa kuat-kuat dan bisik,"Dah jangan nangis, apa pun result Iqa mak terima mak tak kan marah Iqa". Lagi lah laju airmata dia. Dia tak berani nak masuk kelas, puas aku paksa. Sampai dia kena tolak masuk dengan Fatin, best friend dia tu. Masa ni Fatin dah tahu result dia dah.


Aku duk kat muka pintu masa ni, dengan perasaan cuak. Dia kena ambik sijil sekolah dulu, lepas tu kena tandatangan satu kertas, lepas tu baru mengadap cikgu. Masa ni baru cikgu kasi slip PMR dia. Iqa ambik jer dan tengok mata cikgu ... lepas tu dia terus lari kat aku tanpa melihat slip dia. Dia kata, "Iqa tak nak tengok, biar mak orang pertama yang tengok" dengan mata berair dan tangan menggigil dia sua muka depan slip kat aku.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku pandang terus slip dia dengan tangan aku yang gigil gigil jugak. Macam lah result aku kan. Sekali imbas jer aku tengok semua berderet A. Memang aku terkejut dan jerit kat dia yang tengah sedih tu,"Iqa dapat semua A". Dia terus peluk aku sambil menanggis lagi. Aku pun menanggis sama ... Huwa Huwa Huwa. Tangisan gembira. Lama gak lah kami berpeluk depan pintu kelas tu. Tak peduli orang lain dah. Lama gak lah gigil aku nak hilang.


Aku faham perasaan Iqa, dia takut sangat sebab semua kawan rapat dia dapat 8A, dan dia takut tak dapat result yang sama. Atau dia takut dia kecewakan aku. Noted : Iqa anak aku yang paling sensitif dan emosional sekali. Aku nangis pulak sebab tak sangka. Jahatkan aku, bila tak menaruh harapan yang tinggi untuk Iqa, sama macam masa dia ambik UPSR 2008 dulu. Sebab tu aku menanggis, sebab aku tak sangka. Iqa bukan jenis kaki study, study pun last minute. Buat aku selalu risau dan kena ingatkan dia. Study, study dan study.


PMR 2011 - BFF Iqa dari kiri Mariam dan Fatin serta Iqa


UPSR 2008 - BFF Iqa dari kiri Latifah, Iqa, Mariam dan Fatin
Bezanyer 2011 Latifah tak ada sebab masuk MRSM masa Form 1

Berbeza dengan masa Kak Long ambik result tahun lepas, aku tak nangis langsung. Sebab aku yakin dia boleh dapat 8A. Sebab Kak Long memang ulat buku dan kaki study. Tapi aku tahu, ini hanya PMR ... jalan untuk dia memilih apa dia nak jadi nanti. Yang paling penting adalah SPM. Iqa ada 2 tahun lagi. Mak harap Iqa studylah betul-betul kali ni, jangan lah lagi last minute yer. Apa-apa pun, terima kasih sayang sebab buat mak bangga dan bahagia. Terbalas penat lelah mak kehulu kehilir mengejar masa untuk kelas tambahan dan segala aktiviti sekolah Iqa. Syukur pada Allah Yang Esa untuk anugerah dan kejayaan ini. Semoga Allah sentiasa menganugerahkan kita sekeluarga Kejayaan, Ikatan Kasih Sayang yang kukuh, Ketenangan, Kesabaran dan Keimanan yang kuat. AMIN

Tuesday, December 20, 2011

MOVIE OF THE WEEK



Pepagi yang tak berapa nak buta, aku dan anak-anak dah terpacak kat The Curve. Tujuan utama nak nengok Mission Impossible 4 - Ghost Protocol. Hantu pun ada Protokal ek .. hehehe. Senang sampai awal pagi, berlambak jer parking tak yah nak rebut-rebut, tak yah nak pusing-pusing. First show pun start pukul 11.30 pagi. Sementara nak tunggu wayang start tu kami pi makan kat Ikea. Sempat lah melayan Kak Long yang sentiasa lapar, walhal dah sarapan dah kat rumah tu.


Berbalik pasal Mission Impossible 4 ni. Memang best giler sangat sangat sangat. Tengok cerita ni membuatkan aku sesak untuk bernafas. Dengan aksi yang suspen tak hengat ditambah dengan kaler dan bunyik yang cantik. Aku rasa macam naik Roller Coaster betul lah. Tetiba aku boleh tersentak terkejut walau hanya menonton. Seimbang lah dia punyer suspen dan kelakar tu. Sampai aku tutup mulut tutup mata bagai bila sampai satu tahap tu. Hahahaha ... aku kalau dah suspen tu, mulut memang tak reti diam, asyik nak bercakap jer lah. Iqa yang duk sebelah boleh kata, "Mak ni, cuba duk diam-diam".


Pheww!!! kalau ada 5 Bintang aku nak kasik 7 Bintang kat cerita nih... hehehe terlebih lebih lah pulak kan. Cerita ni 2 1/2 Jam, tapi aku tak rasa lama pun, tahu-tahu , "Eh! dah abis ker". Aku rasa macam nak tengok sekali lagi. So untuk 2011 ni, cerita best yang aku rasalah kan setakat ni adalah 'Mission Impossible 4' dan 'Real Steel'. Yang lain tu tak sempat nak nengok sebeno-benonyer ;) hikhikhik


Monday, December 19, 2011

AL - FATIHAH



Seawal pukul 3.41 pagi tadi masa tengah lena tidur, tetiba dengar ada sms masuk kat phone. Dihantar oleh Kak Yan, isteri Abang Ngah aku yang tertera tulisannya "Salam, mak Yan dah meninggal dunia", aku jadi bengong kejap. Macam tak percaya, tak dengar apa-apa tetiba dah meninggal. Memang ajal maut tak dapat dijangkakan. Aku terus call mak untuk khabarkan berita. Mak cakap,"Kak Yan ada kasi tahu semalam mak dia masuk hospital", mak aku pun terkejut sama mendengarkan cerita besan yang dah meninggal. Tadi baru Kak Yan cerita, tanpa disedari oleh orang dikeliling rupa-rupanyer dia mengidap Kanser Hati di Tahap 4. Terkejut semua orang. Sebab dia nampak sihat sebelumnyer.

Aku ambik cuti setengah hari untuk menziarahi arwah buat kali terakhir. Arwah seorang yang sangat periang dan peramah. Last sekali aku jumpa dia adalah 2 minggu lepas, masa attend wedding cucu nyer di Shah Alam. Sempat dia tanya aku dah makan ke belum, suruh makan banyak-banyak. Masih terngiang-ngiang disaat menyapa aku tiap kali aku datang rumah dia. Paling aku suka mendengarkan loghat minang yang sangat pekat bila berborak dengan sedara mara dan abah aku. Abah aku 'halfly' pun orang minang jugak dari belah mak dia (nenek aku). Sangat simpati to my kakak ipar, ialah dia anak bongsu dalam keluarga dan sangat-sangat rapat dengan ibunya. Tinggal dan menjaga kebajikan emaknya walaupun dah kawin dengan abang aku. Takziah untuk Kak Yan dan keluarga. Semoga arwah Mak Cik tenang dan aman disana. Al-Fatihah ...

Friday, December 16, 2011

KALAU PERGI KUALA KUBU ... TULIS NAMA ATAS BATU



Ini cerita Jumaat 2 minggu lepas, tapi masih segar dalam ingatan. Buat pertama kalinyer aku drive sendiri pergi ke Kuala Kubu Baru. Masa kecik tak sekolah dulu aku penah lah datang sini, tinggal kejap kat rumah sepupu aku yang masa tu suami dia kerja tentera kat kem berhampiran. Ada jugak masa sekolah rendah lalu pekan ni, masa tu ikut rombongan nak ke Bukit Fraser. Tapi yer lah dah terlalu lama pun persitiwa tu berlalu.

Pekan Kuala Kubu yang aman

Oh! yer lupa nak kasik tahu, tujuan datang sini sebab nak hantar Iqa masuk exam kemasukan ke MRSM, untuk Tingkatan 4 Tahun 2012. Dapat ker tak dapatnyer tak tahu lah lagi, bergantung pada keputusan PMR yang bakal keluar minggu depan. Ada rezeki, Insya ALLAH, kalau tak ada pun tak per. Kalau tak cuba tak tahu kan. Dan MRSM Kuala Kubu Baru adalah MRSM yang paling hampir dengan rumah. Masa nak datang sini pun aku terpaksa bukak Google Earth nak tengok peta. Hehehehe ... nasib baik Melati (mak kawan Iqa) dah siap kasik tahu awal-awal macam mana nak pergi dengan mudah. Kebetulan dia dah pergi hantar anak dia exam di tempat yang sama 2-3 hari awal dari kami. Dia kata ikut Kundang, masuk Lebuhraya Lekas, turun Rawang lepas tu jalan terus jer, sure jumpa.


Tak ada kereta pun, boleh buat DRIFT kat sini... hehehe

Memula tu konpius jugak masa nak masuk lorong ke KKB tu, sebab jalan dia macam kecik jer. Lastly jumpa jugak ... tak susah nak carik sebenarnya. Pekan KKB sangat-sangat damai dan tenang sangat. Tak ada jem, tak ada hiruk pikuk. Memang bestlah kat sini. Tapi kalau orang dah biasa duk bandar mesti bosan kot kan.


Pandangan dari dalam kedai makan

Kami sampai kat KKB seawal pukul 7.30 pagi, exam start 8.30 pagi. Ingat nak carik sarapan pagi kat pekan KKB dulu. Jumpa restoran yang sangat bersih dan sedap rasa juadahnya, Betul-betul kat sebelah pejabat Imigresen KKB. Sedap sedap tengah makan, sekali tengok jam dah pukul 8.15 pagi, alamak nak kena bertolak nih, Acik pecut ler apa lagi, nasib baik pekan dengan MRSM tak jauh jaraknya. Sampai dalam pukul 8.25 pagi macam tu, tapi semua budak dah masuk bilik exam, dan nasib baik jugak ada budak yang sama lewat. Hehehe ...


Tangga menuju tempat exam, aku hanya boleh hantar takat kaki tangga ni jer, tak leh naik


Sejuk dan damai jer kawasan MRSM ni, terletak kat kaki bukit. Kabus pun tak hilang lagi.


Sementara nak tunggu exam abis pukul 12.30 tengahari, tak tahu nak pi mana. Kononnyer masa datang tadi, sebelum masuk simpang KKB nampak satu papan tanda tulis "TESCO BUKIT BERUNTUNG DIBUKA" ... ingat nak pergi lah kan. Sekali dah lawa jer lah ikut Pekan Rasa, tup tup tengok tanda batu jalan tu tulis "BUKIT BERUNTUNG 35KM" . Aduh! jauhnyer lah lagi, macam boleh pergi Pekan Rawang balik. Kensel niat murni, pusing paling pekan KKB then balik MRSM. Nasib baik exam Iqa abis cepat ... jadi tak lah lama sangat menunggu :)


Aran yang tak jemu-jemu temankan mak dia :)

p/s : aku tak jumpa batu nak tulis nama kat Kuala Kubu Baru,
kalau ada pun takut di tuduh Vandalisme ;)

Thursday, December 15, 2011

SPACE U8 ... TAK ADA KENA MENGENA DENGAN ANGKASA




SPACE U8 ... kat mana tu ek. Nama glamour tuh. Ini lanjutan dari cerita Hari Ahad lah jugak. Semenjak dua menjak dah ada maid nih, aku kalau Sabtu dan Ahad jarang lekat kat rumah. Ada jer idea anak-anak aku ajak aku pergi kesana kesini. Aku dengan kepala otak yang lapang pun 'just said', "OKAY". Ialah dah aku tak perlu nak kemas rumah, tak perlu nak mop lantai, tak perlu nak cuci toilet, tak perlu nak jemur kain dan tak perlu nak lipat kain (antaranya lah). Boleh tarik nafas lega yang panjang lah. Kalau idak, tiap kali cuti jer aku tukar profession jadi bibik sepenuh masa. Siap bersingsing lengan, kain kat badan tak sempat kering. Cuma badan jer kering sebab selalu mandi lewat waktu cuti ... hehehe. Sori dah start nak merapu :)



Adalah satu hari tu aku dah tersalah jalan kat Bukit Jelutong masa balik dari Klang. Nasib baik masa tu cerah lagi. Sepatutnyer masuk Lebuhraya Guthrie nak balik Kuang, tapi aku termasuk jalan nak ke Shah Alam semula. Ingat nak U-Turn tapi tak jumpa lak. Sampai simpang Giant Shah Alam terus masuk kiri, kat area Montfort Boys Town tu ler. Apalagi tawakal jer lah, jalan terus boleh gak cuba jalan baru. Sekali lalu kat sebelah Shopping Mall yang beso ni, tapi masa tu tak bukak lah lagi. Nampak dia tulis Space U8. Cakap dengan anak-anak, "Wah! ini sudah dekat dengan rumah kita ni, nanti kita datang sini yer"


Nak jadi cerita lagi, hati ni teringin lah sangat nak tengok cerita "Ombak Rindu" yang melotop lotop tu kan. Hari ke 3 tayangan, kami ke AEON Bukit Tinggi Klang. Ingat nak tengok kat situ jer, sebelum balik rumah nenek kat Kampung Jawa. Sekali line nak beli tiket punyerlah panjang bermeter-meter. Terus kensel nak nengok. Balik rumah pergi check out paper. Kat mana ada lagi tayang cerita ni, sekali nampak dia tulis ada ditayang kat SpaceU8. Hmmm....bolehlah. Boleh jalan sekali tengok ada apa kat sini nanti (mata bersinar-sinar)


Lepas kenduri cukur jambul, balik umah kejap. Seusai solat Asar terus keluar ke SpaceU8 Bukit Jelutong. Macam 20 minit jer gitu dah sampai. Besar memanglah sangat besar, tapi kedai yang dibukak boleh dikira dengan jari tangan jer, tak yah pakai jari kaki pun :) Tunggu lagi 2-3 Bulan baru penuh kut. Masa kita orang sampai tu ada lah kat tengah tengah tu 'Flea Market'. Menarik jugak barangannyer. Semua yang terlibat adalah orang melayu. Memang Bukit Jelutong ni majoritinyer orang melayu pun. Tapi kami ni tengok tengok jer lah. Terus pergi MBO kat tingkat 3 nak beli tiket wayang. Beli tiket pukul 7.30malam punyer, sebab masa kita orang sampai tu dah pukul 5.20 gitu. Wayang baru jer start pukul 5.oo ptg. Dah terlepas.



So kami pusing-pusing pergi supermarket kat dalam tu. Supermarket dia best, comel dan cantik sangat. Lepas tu kemana lagi ... hmmm okay pusing-pusing Bukit Jelutong, carik surau nak solat maghrib sebelum masuk panggung. Sampai balik SpaceU8 dah pukul 7.25 macam tu, sempatlah lagi kan. Kalau tanya aku macammana cerita Ombak Rindu ni. Bagi aku masih belum bisa membuatkan aku menanggis meleleh-leleh. Sekadar sebak... cheh eksen jer :) Tapi aku suker lah tengok lakonan Maya, Aaron. Lisa dan Bront. Sangat mengesankan.Cuma ceritanyer terlompat-lompat, kalau orang tak baca novel memang boleh cakap tak faham. Bagi aku macam tak sampai jer lah. Iyalah filem nak disamakan dengan novel, memang susahkan. Sebab bayangan dalam kepala otak kita lebih indah dari apa yang difilemkan. Hehehehe.





Wednesday, December 14, 2011

MAJLIS CUKUR JAMBUL

Ahad, 11 Disember 2011

Sambungan dari cerita 'Back To School'. Lepas jer balik dari membeli dan belah, destinasi kami seterusnya adalah pergi makan kenduri. Bestnyer lah tang makan makan ni. Eh! cerita makan lah lagi yer. Kendurinya kat Kundang Jaya, tak jauh pun dari rumah aku, siap lalu depan rumah pun tapi tak singgah. Majlis cukur jambul cucu sepupu aku. Anak ke5 untuk anak sepupu aku yang kami panggil 'Chan' bukan Sin Chan yer. Masa kami sampai Tok Abah dan Mak Tok serta Timah (maid aku merangkap anak angkat mak aku.. hehehe) baru jer abis makan.


Carik 'port' baik punyer, kat sebelah meja lauk ;)


Menantu sepupu aku tengah gigih membakar daging kambing

Yang kiri tu ler sepupu aku yang kanan tu mak aku a.k.a. Mak Tok
Anak sedara favourite Mak Tok ni,
pergi umrah bersama ni rancang nak ke Bandung bersama
Ramai orang kata, muka aku serupa muka sepupu aku ni :) tapi aku rasa dia lagi lawa


Mak Tok dan kawan nyer


Yang kiri tu ler tuan rumah, yang kanan tu Muni, anak sepupu aku

Memang ler kami datang then terus makan jer lah. Buat macam rumah sendiri. Yang bestnyer ada kambing dan ayam bakar (BBQ) lagi gitu. Mata hilman dah bersinar sinar nampak kambing bakar. mak dia pun sama gak, sehingga membuatkan kak long duk jeling jeling tengok aku. Boleh lagi mak dia ni makan macam macam. Dah lah pagi makan makaroni goreng 2 pinggan, makan murtabak lagi, datang kenduri makan nasi minyak dan pulut kuning dengan kari kambing, belum masuk kuih muih disudahi dengan kambing bakar lagi.


Tengok, aku makan kambing bakar dengan kueh cara berlauk jer ... hehehe


Yang ni pulak acara bakar ayam sedang berlangsung


Tok Abah tengah syok bukak story, Iqa lak wat Peace ...

Hehehe... daging kambing feberet aku dan hilman, perut kenyang macam mana pun kalau ada daging kambing sure leh lapar balik. Kak long siap kata, "lepas ni jangan bising-bising kata dah gemuk, kak long dah nasihat mak tak moh dengar. Hari tu siap berikrar nak kurus, tapi makan banyak jugak" hahahaha anak aku dah membebel mulut macam aku jer. Ada protege nampaknya aku ni yer. Kalau dah membebel tak leh nak stop dah. I love you lah Kak Long, sangat take care pasal mak, tapi mak kau ni jer yang degil tahap "batu ada duduk dalam kepala jugak" bak kata M.Zain dalam cerita Seniman Bujang Lapok.


Yang ni bukan acara tiup lilin birthday yer
Kak Long dan Inas tengah tiup daging kambing bakar tu
sebab panas sangat, nak pegang tahap belum melecur tangan ... hehehehe

Mak dan Anak yang bahagia sebab dapat makan daging kambing
Yang baju merah tak puas hati sebab kena share dengan mak ;)

Aku bab makan-makan ni memang kalah. Pantang nampak, semua balun. Ingat nak makan kek jugak lepas tu, tapi dah tak larat. Makan-makan, borak-borak sampai anak aku duk merengek berkali kali mintak nak balik. Kami dapat jajan (cenderahati) best. Kat dalam 'Goodies Bag' ada telur rebus dengan bekas yang cantik, ada apam polka dot mini yang comel, ada coklat lawa.


Mewah betul lah dia orang ni, iyalah bapak baby kerja Petronas, mak lak senior officer kat Hong Leong. Rumah kat Kundang Jaya ni pun jadi istana hinggap jer kalau dia orang balik ke KL dari Dungun, sebab dekat dengan rumah maknya kat Kundang. Aku sempat jenguk baby kejap jer masa nak balik, sebab banyak masa duk luar dari duduk dalam rumah. Balik dengan hati yang senang sebab dah kenyang. Alhamdullilah.

Hakim Bin Hussin yang comel :)

Oh Ya! ini pulak lagi satu Majlis Cukur Jambul masa awal cuti sekolah dulu. Terlepas nak update, walaupun dah masuk gambar dalam post. So ini kira 2 dalam 1 lah yer. Cukur jambul ni pulak ahli terbaru keluarga kami di Klang. Anak sedara aku yang ter'latest' dan sepupu terkecil anak-anak aku. Memperkenalkan Hakim Bin Hussin. Comel macam anak Cina, dan sangat peramah sebab asyik nak tersenyum jer kat semua orang. Tak nangis langsung, rasa nak gigit gigit pipi dia kasik nangis. Hahahaha ...


Yummy! Yummy! .... daging kambing yang sedap masak kurma dan kari.

Kat sini pun Akikah 2 Ekor Kambing. Katering jer ... tapi lauk kambingnyer sangatlah sedap, daging fresh kan. Aku dan anak-anak makan bertambah-tambah. Dia punyer sedap, dah 2 hari pun aku dengan Hilman duk terbayang-bayang lagi. Hehehehe. Masa kita orang sampai tu belah pagi, belah orang pompuan berzanji dan bertahmid. Dia ada 2 Sessi, belah petang untuk orang lelaki pulak. Tapi kami balik awal sebab nak kena attend satu kenduri kawin kat Merbau Sempak, Paya Jarak pulak. So layanzzzzzzzz gambo jer lah yer ;)


Jemaah perempuan sedang menjamu selera


Lauk dan kueh meja satu lagi, sambal goreng nenek belah bawah kiri tu sekejapan abis


Tengah pusing-pusing nak cukur jambul


Tengok tu! asyik senyum dan gelak jer ... Hakim di dukung nenek dari Miri


Kak Long dan Iqa bersama sepupu dan mak cik nyer
Iqa dengan pose feberet dia, wat PEACE lagi ... hehehe