Thursday, December 31, 2009

HUKUM PIAT TELINGA

Beberapa hari yang lepas, masa tengah tunggu mak nak masuk kereta, terkeluar ler ayat ini dari mulut comel Aran "Mak! Sampai bila dia orang ni nak kena gantung mak? ... Kesian dia orang". "Dia orang (orang ker ????) tak kering lagi lah Aran", jawab mak nyer. Ada lah pulak yang menyampuk "Kesian kan dia orang kena hukum gantung, kat telinga pulak tu, mesti sakit"




Seperti biasa kita orang ni, kalau sorang dah start merapu... ada jer yang lain tukang sambung menyambung. Imigination entah hapa-hapa. Tapi seronok melayan ke'merapuan' dia orang ni. Bear bear kecik ni baru jer lepas keluar 'washing machine', annual year shower. Ini sebahagian jer, ada lagi terselit lagi entah mana-mana. Kesian kan 'dia orang' mesti pening berputar putar dalam 'washing machine'.




Lama dah aku simpan 'dia orang' nih sejak anak-anak tak reti bercakap, sampai ler anak anak aku dah terlebih cakap. Kebanyakkan 'dia orang' ni datang dari McD jer. Ada sikit jer yang aku beli. Nasib baik anak anak aku bukan jenis ganas, kalau tidak lama dah 'dia orang' ni terkorban. Paling paling pun aku campak kan jer kat tong sampah. Rasa-rasa cucu aku sempat tak main dengan 'dia orang' ni? Muahahahaha





Psssttt ..... nak bagi tahu ni, Mickey dan Minnie kat atas tu dah ada masa gambar budak dua orang ni di ambil. Lama ke tak lama tuh ... Apasal ler masam sangat Kak Long dengan Iqa nih, mesti kena paksa nak ambik gambau dengan mak kan ... hehehe

Tuesday, December 29, 2009

HADIAH HARI JADI

MALAM 28 DISEMBER 2009

Bila aku balik dari ofis malam tu, aku sempat capai tikus sambil melayari laman sesawang untuk beberapa minit sebelum ke bilik solat Maghrib. Anak anak aku buat 'derk' jer. Dalam hati dah berkata-kata, "Aik, dia orang ni buat tak tahu jer, mana ler agaknyer dia orang sorok hadiah yer". Memang mak dia muka tak malu... wahahahaha.

Lepas Solat Maghrib, baru jer nak capai Surah Yassin, tetiba .... SELAMAT HARI JADI MAK!!!... ingat baru nak merajuk....wakakakakak... terus tak jadi. Cantik kotak nyer, siap ada notes buatan Iqa sendiri yang tertempek gambar mak dengan 'Darth Vader' lagi. Nasib baik ler 'Darth Vader' tu lagi besar dari Mak, kalau tidak nampak terserlah sungguh ke'besar'an mak. Jeng jeng jeng ... dan isinyer adalah ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..


Kamera Nikon CoolPix P90


Sangat sangat suker, memang sesuai lah dengan aku yang tengah meroyan asyik nak ambik gambar tempek kat Blog dan FB. Terima kasih untuk orang orang yang tersayang kerana telah menghadiahkan kamera ini untuk aku ... sesungguh nyer aku berjanji tak akan mengambil gambar yang tidak senonoh dan semua gambar adalah yang bersopan lagi bersantun sahaja. (Macam dah akujanji daaa ...)





Kak Long kata "Mak kamera ni bukan DSLR tau". Tak dapat DSLR pun tak per Kak Long, mak bukan gheti pun nak guna DSLR tu, dengan berat dan nak main main lens lagi. Dah ler mahai. Mak tahu yang ni pun kalau tak ada Abah, tak mungkin kan terbeli kan. Terima kasih juga pada En Hashim.






Yang paling seronok adalah budak ini, mengalahkan mak dia. Dia marah kalau aku tertutup kuat flash kamera ni. Dia kata aku kena berhati-hati nak bukak penutup semua. Nak pakai, kena gantung dulu kat leher sebab takut jatuh...... Hadiah sapa yer ni? Aku pun konpius. Wahahahaha ... alah, harta mak harta korang jugak. Asalkan masing masing pandai jaga kan. Sayang korang semua ...


Yang ni pula adalah hadiah yang dibeli untuk diri sendiri. Alahai, murah jer ... cap Vincci. Dah lama nak cari beg beso beso ni. Senang nak isi macam macam barang. Dah soul-mate kata beg ni cantik, aku beli ler. Kena dapat aprroval dulu dari dua orang soul-mate aku, kalau tidak nanti sure kena kutuk, kata aku tak ada taste.




Ini lah tujuan utama nak cari beg besar, senang nak isi telekung. Sebab kalau keluar jalan dengan dia orang ni tak ada makna nyer sejam dua, mesti berjam jam. Lepas tu nak kena cari surau, dan yang paling tak tahan surau punya telekung ... adduhai malas nak cerita. Macam macam aroma dan warna ada. Dan sekarang boleh jugak isi kamera baru yang beso tu ... ngeh ngeh ngeh


Aran sekarang tengah buat 'countdown' hari jadi dia. "Mak hari jadi Aran 10 hari lepas hari jadi mak tau" ... sampai mati pun mak tak kan lupa tarikh lahir Aran ;)

Monday, December 28, 2009

AKU JAWAB TAG YANG KAU BERIKAN

Macam tajuk lagu daa...Atau 'Tag Mu Tag Ku Jua' ...hehehe. Nasib baik bukan 'Smartag'. Aku tak pernah jawab 'Tag', ni lah Tag pertama aku setelah diberikan oleh Kak AA dan Anakanda Anis.... Lagi pun aku tak sempat nak update post. Jawab Tag ni senang sikit, itu pun kena belajar dari Kak Long macammana nak jawab.


Adakah anda rasa anda hot!?
-Hot sangat sangat ... masa anak anak tercinta menghuru harakan rumah, dan tak dengar kata.

Upload gambar kegemaran anda.


Cerita pasal gambar?
- Ini lah buah hati, jantung, limpa, paru-paru, darah, daging dan hidupku. Kerana mereka ini lah aku terus hidup dan bernafas. Aku sayangggggggggggggg anak anak ku sangat sangat.

Bila kali terakhir anda makan pizza?
-Masa gambar kat atas ni di ambil. 01 November 2009, Ahad... nak masa ker...hehehe

Lagu terakhir yang anda dengar?
- Mawarku ... Siti dengan 2 By 2 ....Retro beb! Hahahaha

Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag?
Assingment yang baru dapat pagi tadi dan kena selesaikan minggu ini jugak. Baru ingat nak relax menuju ke tahun baru ni, tapi tak jugak dapat. Huwa huwa huwa ... tapi sempat lagi jawab tag ni

Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Jaf, Ros, Fairos, Kak Cik, Acik, Mak, Mak Lang, Auntie Fairos, Puan Fairos ...

Tag lagi 6 orang
- Aku tak tahu nak tag sapa, sebab bukan ramai pun yang baca Blog aku, dan yang aku tahu pun dia orang dah buat tag ni. Tibai jer lah yer ... sapa rasa nak buat tu buat lah, kalau tak nak pun tak per ;)

amri
Zia
Ixoraroxi
Hanis Zalikha.....Wehahahahha
Ayang Safiah
Iqa


Siapakah orang no. 1 pada anda!?
kawan anak aku, seorang budak lelaki yang amat baik sangat, rasa nak buat anak. Hahahaha ...

Kata sesuatu mengenai orang no. 5
seorang yang amat matang tak padan dengan usia, dan seorang sahabat ketawa dan menangis aku

No. 3 ada hubungan dengan siapa?
Hubungan dengan KGMMS - selalu bersapa melalui laman sesawang sahaja. Aku baca blog dia, dia baca blog aku. Kekadang jumpa kat Tanling.

Bagaimana pula orang no.4?
Famous Blogger yang Blog nyer selalu aku baca, sebab suka cerita ceriti dia, dan tengok dia yang cantik sangat dan bijak juga... aku memang dah tak tahu nak bagi sapa, for sure Hanis Zalikha tak akan jawab tag dari aku. Hahahahahaha

Pesanan kepada orang no. 6!?
Iqa ... jawab ler Tag mak ni, lagi pun Iqa dah lama tak update Blog kan. Please!!!!!!!!!!!!

Apa kelebihan yang anda nampak pada orang no.2 ini!?
Cantik, lemah lembut dan sangat sangat rendah diri dan tidak lupa bumi yang dipijak walaupun saya tahu hidup dia macam mana.


p/s : Hari ni aku 41 tahun. Kalau terbalikkan baru 14 tahun. Tapi tak nak lah jadi 14 tahun. Jadi 41 tahun best.... sebab banyak benda yang aku dah lalu, dan ianya amat amat berharga dan tak ternilai. Alhamdullilah, syukur pada MU kerana aku masih sihat dan waras. Semoga aku dan anak anak sentiasa di dalam Rahmat dan Kasih Sayang NYA. Amin

Wednesday, December 23, 2009

BERAS TERBAKAR DAN MAKAM MAHSURI

RABU, 09 DISEMBER 2009




Lepas 'Mangrove Tour' sempat ler singgah kat kawasan bersejarah 'Beras Terbakar'. Bukan nak tengok beras terbakar sangat pun, 'mission' utama disini adalah untuk mengisi perut dan membeli kain batik. Kak Yan kata kat sini murah. Memang murah pun, tapi tak adalah banyak sangat pun beli. Beli untuk diri sendiri, anak anak pompuan serta Mak Klang dan Cik Yah Klang jer. Tempat ni sekali pandang dah macam Rantau Panjang kat Kelantan, jual barang pun lebih kurang sama jer.



Anak sedara aku, Farisha di board penerangan tentang 'Beras Terbakar'. Anak anak sibuk ler bertanya aku, apa benda 'Beras Terbakar' ni? Aku pun tak reti nak explain. Aku suruh jer dia orang baca kat papan kenyataan tu - so faham ler mereka dan juga aku (aku sebenarnyer tak tahu jugak...hehehehe). Yang kelakar nyer, kawasan yang dipagari konon nyer ada beras terbakar tu, tak ada langsung pun berasnyer. Yang ada hanya lah se pinggan yang diletakkan dalam bekas kaca bawah papan kenyataan.


Perjalanan seterusnya, selepas melihat SEPINGGAN 'Beras Terbakar' adalah Makam Mahsuri. Sibuk ler dia orang tanya 'Cantik sangat ker Mahsuri tu?' ... Aku jawab, "Cantik lah masa zaman nyer dahulu, kalau tidak tak kan orang cemburu". Nak masuk sini kena bayo, masa aku datang 10 tahun dulu, free jer. Cuaca amat amat lah panas nyer, pantang berhenti mana-mana kita orang mesti cari air.



Kat sini pun dah malas nak explain, korang baca jer lah apa-apa kenyataan yang ada kat situ. Kita orang bernasib baik, masa masuk kat Muzium Mahsuri tu, kebetulan ada macam pawagam kecil yang menayangkan cerita Mahsuri, bebudak apa lagi, semua berkerumun depan Kaca TB yang beso tu. So faham ler mereka cerita pasal Mahsuri ni. Aran dan Hilman bergambar depan Makam Mahsuri. Ala cian Aran .. dah penat yer.





Dah ada banyak bangunan kat dalam ni, bukan hanya ada Replika Rumah Mahsuri tapi ada Rumah Tok Penghulu, Zoo Mini dan entah apa apa muzium pun ada. Aku pun tak tahu apa kena mengena gambar kereta kuda ni dengan Mahsuri, tapi sebab dia cantik dan anak aku begitu teruja sekali nak naik dan mengabadikan gambar dia, maka terjadilah gambar ini.




This area masa nak masuk kat Kampung Mahsuri... okay lah. Comel jer kampung ni.
Tak macam model gambar ni, semua dah comot dan sememeh.





Yang ni masa nak masuk Mini Zoo, dah tak tahu nak ambik gambar macam mana lagi.
Ikut suka korang lah. Tapi cantik gak gambar ni.






KUANG - anak anak baru nak berkenalan dengan Burung Kuang, kat sini ler agaknya area kampung kita dapat nama kan anak-anak.



Perigi Mahsuri

Mak Tok basuh muka dengan air dari telaga mahsuri. Ambik berkat.. hehehehe... mana tahu boleh buat awet muda kan. Aku tukang timba air jer, syiok oooo sebab dah lama tak timba air perigi kan, dah lama jugak pun tak jumpa perigi. Pendek jer 'post' kali ni, sebab sebelum nyer dah melalut panjang sampai aku mabuk Laut Andaman (kan Kak AA ... hahahahahaha)

Monday, December 21, 2009

MANGROVE TOUR DI KILIM GEOFOREST PARK

KHAMIS, 10 DISEMBER 2009

Lepas bersarapan roti canai yang aku pergi beli dengan Kak Long kat Pekan Kuah, dan selepas anak-anak puas main air kat Swimming Pool Apartment, kami satu Van berangkat ker Tanjung Rhu yang memang ada banyak pokok Rhu kat situ. Aktiviti hari ini adalah 'Mangrove Tour'. Apa bendalah 'Mangrove Tour' ni .... tapi 'Tourist Guide' aka Abang Ngah dengan isterinya kata benda nih best so, aku pun ikut lah.



Masa ni dalam pukul 12.oo tengahari, kami baru sampai di Tanjung Rhu. Iqa ter'hyper' sampai melompat kesukaan, sementara yang lain blur tak tahu apa yang menanti dalam perjalanan 'Mangrove' tu nanti.




Waktu ni tengah tungguh Abang Ngah berurusan dengan orang yang jaga Bot.
Sempat lagi acara bergambar beramai-ramai.




'Package Price List Board' yang ada di Jeti Tanjung Rhu. 'Mangrove Tour' ini adalah lawatan di sekitar Kilim Geoforest Park yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai taman 'geoforest' yang ker 52 di dunia. Antara benda yang akan kami lalui masa 'Mangrove Tour' ni adalah .... ikuti ler gambar dan cerita seterusnya ;) Kak AA jangan jelezzzzzzz hokey ...




Kak Long dan Iqa dengan latar belakang bot bot yang terdapat kat Jeti Tanjung Rhu. Banyak betul bot yang parking kat situ, ada macam macam saiz dan bentuk.




Masa ni dah nak naik bot. Pemandu Bot kita orang a nama nyer Fakhrul, muda sangat sangat lagi. Orang tempatan Kilim. Cantik dan bersih bot nyer. Laju jugak. Bila dia start speeding, budak budak suka ler.





Dalam bot waktu baru keluar dari jeti, dan semua orang diwajibkan pakai baju keselamatan. Inas kebal tak yah pakai pun kan. Hehehehe ... tapi memula jer dia orang ni pakai, lepas tu campak kemana-mana tah baju ni.


Aktiviti PERTAMA : di bawa menyusuri Sungai Kilim yang cantik dan agak besar lah jugak.




Aktiviti KEDUA : melihat pemandu bot memberi makan burung ini



Burung apa ????
Burung Helang yang tinggal di kawasan sekitar Kilim Geoforest Park ni,
dan yang banyak membuat sarang dicelah bukit bukit batu kapur yang banyak terdapat kat sini



Banyak sungguh burung ni, dan sangat besar jugak. Kaler dia berbagai dan cantik cantik. Kita orang 'speechless' dan kagum sekejap ... whooo ... wah .... wow ... segala bunyi keluar dari mulut sebab terkagum dan jakun. Benda tak pernah tengok depan mata lah kan. Memang best sangat sangat.



Bila pemandu bot campak makanan dalam air, dalam sekejapan jer burung burung helang yang besar berterbangan di udara tu menjunam untuk mendapatkan makanan tersebut. Pemandu bot kata 3 kali dia orang bagi makan ... pagi, tengahari dan petang, Kebetulan kita orang datang waktu tengahari so boleh la tengok burung ni makan. Makanan yang diberikan pulak adalah dari kulit ayam, dan segala isi perut ayam. Ada teknik jugak untuk panggil burung ni makan, pemandu bot akan main main dengan enjin bot sampai keluar buih buih yang banyak.





Aktiviti KETIGA : menyusuri Sungai Hutan Paya Bakau


Monyet kat atas ni tinggal kat kawasan paya bakau, dia tengah ucapkan Selamat Datang kat group kami. Hahahaha... macam ler kat rumah aku tak ada monyet, kalau kat rumah sampai dah menyampah dah nak tengok.


Nasib baik kami semua banyak bawak 'jajan' @ monyet ini bernasib baik sebab kami bawak jajan (mana mana lah) ... ingat nak makan dalam bot, tapi kesian lak tengok monyet-monyet yang kelaparan ni. Kami sedekahkan jer lah segala keropok yang kami bawak tu. Pemandu bot asyik 'warn' suruh jaga kamera dan beg, sebab monyet di sini agak agresif. Dia boleh berenang kat sungai dan naik atas bot lagi. Apa lagi menjerit lah bebudak semua. Siap tinggalkan najis atas bot lagi monyet ni, nasib baik pemandu bot tu cepat cepat bersihkan.




Meneroka kawasan paya bakau yang sukar dikunjungi kecuali dengan hanya menaiki bot bot kecil ... ceh ayat skema sungguh :) Nasib kita orang amat baik, sebab cuaca amat cantik dan sungai ni tak berapa cetek. Ada sekali tu bot kami tersangkut sebab sampai kawasan cetek, suspen gak, dan pemandu bot yang terror tu arahkan sebahagian dari kami undur ke belakang. Dia orang yang lain semua dah ejek aku sebab kata 'Mak Lang la ni berat sangat, sebab tu 'stuck'" huwa huwa huwa ... sadis sungguh kata kata itu.


Endi macam Nakhoda lak duk kat depan bot tu.
Orang lain pulak yang suspen tengok telatah dia yang tak reti takut



Hutan paya bakau ni terletak di kawasan pembentukan batu kapur yang timbul dari Laut Andaman yang terdiri dari rangkaian rangkaian sungai dan teluk teluk kecil yang terdapat pelbagai habitat dan spesis yang tinggal kat sini.... Edisi kali ni adalah lawatan sambil belajar sekolah rendah dan menengah. Penat mulut aku nak explain kat Hilman dan Aran. Macam macam ler dia tanya. Nasib baik aku ada belajar geografi masa sekolah dulu.




Aktiviti ke EMPAT : Terowong Gua Buaya Putih/Gua Cerita

Masa ni kami baru melepasi Gua Buaya Putih, nampak tak lorong kecik kat belah kanan tu. Kat sini ada banyak kelawar kelawar iaitu sepupu Vampire 'Edward Cullen' (nak jugak tu menyampuk) tengah lepak lepak. Batu bergerigi ni adalah macam gigi gigi buaya yang dah reput, maklumlah dah lama pun Lagenda Buaya Putih ni. Yang lubang tu adalah hidung kat muncung dia. Ni pemandu bot yang cerita, kalau bohong dia bohong lah aku.





Masih di sungai hutan kayu bakau ...
sanggup berpanas Endi dan Hilman sebab nak nampak pemandangan yang menarik



Aktiviti ke LIMA : Floating Fish Farm



Ada macam macam jenis ikan kat dalam Sangkar yang dah dibina bertahun tahun ni. Antara nyer Ikan Sumpit. Nama nyer gitu sebab dia kalau nampak makanan kat atas air dia akan menyumpit supaya makanan tu jatuh dalam air. Aiman kat atas ni tengah letak roti kat hujung jari dia, sekejap jer ikan tu target. Habis basah muka Aiman kena sumpit jugak. Banyak yang anak-anak dapat belajar kat sini. Boleh pegang dan main-main dengan ikan pari, belangkas, siput besar, ikan buntal dan macam macam lagi .


Aktiviti ke ENAM : meneroka Gua Kelawar


Masa nak masuk ke Gua Kelawar ni dikenakan bayaran RM1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Ada lampu suluh juga yang disewakan dengan RM1 untuk satu. Habis kita orang ambik semua lampu suluh yang ada kat situ. Anak-anak sekolah rendah dalam kumpulan kami ni suka benar nak menyuluh. Kat atas ni adalah antara 'stalaktit' besar yang terdapat kat dalam Gua Kelawar ni. Puas ler pulak nak explain apa itu stalaktit dan stalakmit kat budak budak ni. Kelawar tok sah cerita lah, memang banyak melepak kat sini.





Yang ni pulak bergambar sewaktu dalam perjalanan ke gua satu lagi yang terdapat kat situ. Masa ni Iqa baru lepas kena 'u-sha' dengan monyet monyet yang ada kat situ.



Lastly sampai jugak ke Jeti Gua Kelawar, setelah puas berkenalan dengan kelawar dan monyet-monyet yang ada kat situ. Mak Tok tak ikut masa kita orang masuk Gua Kelawar tu, dia lepak dengan orang yang jaga tiket tu.



Perjalanan bersambung lagi dari Sungai Kilim ke Lautan Andaman.
Nampak kan kat hujung antara dua pintu anjung tu menuju ke laut.




Masa dalam perjalanan ke laut tu, ada banyak kapal-kapal pelayaran yang besar besar parking kat muara Sungai Kilim ni. Mungkin nak elak dari bayar sewa parking kat Marina, (bukan nama orang yer tapi tempat kapal pelayaran berlabuh) atau nak elak kan ribut atau ombak besar. Sebab kawasan ni tersorok dari laut, dan dikhuatiri selamat. Ada yang bertahun-tahun dibiarkan kat sini sebab tuan dia tak datang. Menurut pemandu bot, ada orang yang diupah untuk jaga kapal kapal ni.





Pendek kata aku berbanggalah sebab dapat sampai kat sini. Sebelum ni, tanda nama ni aku jumpa kat Billboard besar masa dalam perjalanan di Lebuhraya dari Shah Alam nak ke Putrajaya. Aku ingat kan tempat tu kat Australia, rupa-rupa nyer di bumi bertuah ku Malaysia ... hehehehe.


Aktiviti ke TUJUH : meredah Lautan Andaman




Dan setiap kali aku sebut Lautan Andaman ni kan, aku teringat cerita novel BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU DAN HIJAB SANG PENCINTA ... Ramli Awang Murshid. Perjalanan Laksamana Sunan mencari Ratu Utara di salah satu Pulau di Lautan Andaman.



Aran sempat diberi peluang memandu Bot ni masa melalui Lautan Andaman balik ke Tanjung Rhu, suker giler dia.





Hilman lak bila nampak jer adik dia drive bot ni, dia dari depan boleh terus menuju kebelakang. Masa melalui laut ni, Maxis bagi signal said 'Selamat Datang ke Thailand' dan suruh hubungi Embassy Malaysia di Thailand kalau ada apa apa yang berlaku. Memang nampak benar pulau pulau di Thailand dari laut ni, dekat sangat sangat.





Kami dah selamat sampai semula ke Jeti Tanjung Rhu setelah melalui pengalaman yang amat menyeronokkan dan amat berharga selama 2 jam setengah. Dan perjalanan ke 'Kilim Geoforest Park/Mangrove Tour' ni memang berbaloi, walaupun kena bayar mahal sikit. Tapi tak lah terasa sangat, sebab kami ramai, jadi memang 'WORTH IT'. Umpama menonton saluran National Geographic secara live tanpa memerlukan TV. Banyak pengajaran untuk anak-anak dan mak bapak anak anak juga. Yang ni pun rasa nak pergi lagi ....


Laporan akan bersambung lagi ;) ....


p/s : hambik kau ... banyak giler gambar 'post' kali ni, sebenarnya ada lagi banyak kat FB, sudi sudikan lah bukak FB yer ;)