Monday, May 31, 2010

SMS RINDU ...



Muhammad Hilman sejak dah ada handset sendiri ni, hamboi hamboi kemain main lagi dia. Hari hari lepas balik dari sekolah dia mesti sms aku, tanya macam macam. Seronok jugak aku, sekurang kurang nya ada lah orang yang concern dan ingat kat mak dia kan. Sampai kekadang ternanti nanti lak, bila mamat ni nak SMS aku ... hehehehe macam orang jatuh cinta lak.




So ini lah antara sms yang sempat di simpan dalam handset aku ;)




Hilman

Mak


Mak balik pukul berapa?

Saje je tanya mana tahu mak balik kul 11 ke

Tak lah lewat sangat, rindu kat mak yer ;)

:)

Apakah makna nya itu?

Malu lah

Ish, nak cakap pasal perasaan tak leh malu. Kita kena luahkan. Barulah orang yang kita sayang rasa dihargai dan tambah sayang dgn orang yang cakap tu :) jadi jawapan nya ?

Dah agak dah mak mesti cakap macam ni. Jawapan dia ialah mak dah pernah dengar dah hilman sayang mak sangat2

Hilman tanya je bukan suruh mak balik cepat tapi kalau mak nak boleh jugak

Jadi nak suruh mak balik cepat tu rindu ke kat mak :)

Mana ada

Tak nak mengaku yer

Hilman rindulah :) Ok lah mak nanti abis pulak credit hilman

Hahahaha terima kasih sayang

Same-same ...

P/S : mak dia memang sengal ... selagi anak tak nak mengaku selagi tu dia nak provoke anak dia ...hahahaha



MY HERO

Tuesday, May 25, 2010

MUSIM KENDURI DAH START DAH

AHAD, 23 MEI 2010




Hari ni, lepas ambik Kak Long di Perfection, terus menghala ke Klang sebab ada orang Tawin. Kak Long jadi budak baik hari ni, pergi Tuition pakai baju kurung, dah la sampai kelas lambat kan Kak Long ... hehehehehe, sorry ler sayang. Gara gara mak dia tidur balik lepas subuh, sedap lah pulak kan. Sebab hujung minggu jer dapat tidur lama sikit.


Gambar pengantin wajib di tempek sebagai bukti pergi rumah orang kawin :)

Yang kawin adalah sepupu pada ayah anak anak aku. Untuk pertama kali Tok Din buat kenduri kawin. Meriah giler, siap ada kambing panggang lagi. Dah la daging kambing ni feberet aku dan Hilman. Rasa nak pergi hambik berkali-kali, tapi malu lah pulak dengan pak cik yang panggang kambing tu. Sedap giler ... lembut jer daging dia, (Dia adalah merujuk kepada Kambing dan bukan Pak Cik yang tukang panggang yer)


Alia tengah control ayu ditengah tengah mak dia dan Cik Ita, Nurin tersengih kekenyangan

Masa kami sampai tu, dalam pukul 12.15 tengahari, elok jer sama time dengan Alia, Sarah, Ain , Uncle and Mak Alia. Apa lagi terus beratur cari makan. Hilman kelaparan sampai pening pening kata dia. Hehehehe... tak sabar nak makan lah tu. Cari pot baik punyer. Biasalah kalau kenduri kawin kat Kampung Jawa, meja makan akan penuh dengan berbagai bagai jenis kerepek dan kek, siap ada tapai lagi. Tu yang bila abis makan tu, kita orang ni melekat kat meja, sebab sedap jer mengunyah jajan-jajan yang ada kat atas meja tu. Tapi sebab sedar diri kan, dah tu ramai pulak tetamu lain yang mencarik carik meja kosong, maka tak reti reti .... pandai pandai lah bawak diri ... nyah dari meja yang marbelles dengan makanan itu.


Masa ni baca doa masa pengantin baru masuk umah, Iqa udah udah ler posing tu

Tapi tak leh la balik dulu kan, sebab balik umah nenek pun tak ada guna gak. Abis tu nenek dan segala kaum kerabat kita orang pun ada kat situ. Buruk jer perangai, lepas makan nak balik, dah la sedara rapat lak tu. Walaupun tak jadi penanggah, jadi penyibuk meramaikan dan memeriahkan kenduri tu adalah elemen yang cukup penting :). Apa lagi melepak ler dalam umah pengantin, sambil melakukan perkara wajib. Apalagi .... jengah bilik pengantin dan pelamin ler. Dah tu aktiviti kita orang melepak, berborak dan meninjau ninjau baju orang. Eh! baju dia cantik la.... Eh! apasal baju dia gitu.... Eh, cantik jugak kan pesen gitu .... hahahahahahaha .... orang tengok baju kita, ngumpat kita ... ada kita tahu ;)


Sarah macam tengah jadi ketua baca doa lak, Alia cerita apa tu? Sampai Hilman dan Aran ternganga nak dengar ... Woi! baca doa la ... berborak lak


Pengantin datang pukul 2.00 petang. Lepas siap ambik gambo, pengantin pun dah abis sanding .... balik umah nenek. Lepak sampai malam. Eh! lupa petang pergi Bukit Tinggi, sebab redeem Boucher KFC Hilman/Aran.


Bergambo dengan Mak Long dan Daniel yang tengah boring giler , sebab kena sakat dengan anak aku yang hyper


Balik makan ramai ramai kat umah nenek. Tak ada gambo lah pulak. Alia lah nih, banyak sangat ambik gambar sampai bateri abis..... hahahahahah... sori Alia, sajer nak sebut nama Alia banyak kali dalam Blog Auntie kali ni ;)




Friday, May 14, 2010

DI SAAT 'CHICKY' MASUK RUMAH

Hari Isnin - 10 May 2010 ... Masa aku baru masuk rumah dan peluk cium Aran, dia kata "Mak, tadi cikgu pesan hari Rabu kena pergi sekolah pagi", Aku tanya "Kenapa?"... dia jawab " Cikgu kata Aran menang hadiah mewarna KFC, ish Aran takut lah, sebab orang lain tak datang, Aran dengan kawan Aran jer" ....




Hari Selasa - 11 May 2010 ... "Mak, esok mak hantar Aran pagi yer, nanti boleh tak mak ambik Aran balik pukul 9 pagi. Aran pergi ambik hadiah jer, Aran takut lah, nanti sapa nak teman Aran" .... aku jawab "Ala Aran ikut la abang Man, nanti mak suruh tok abah ambik Aran yer"... Hilman lak menyampuk " Mak, cikgu kata Man pun menang dapat adiah, Man tulis English Essay" ... Hehehehe " Biar betul Man, kau mana pandai tulis karangan, in English lak tu, apa la yang kau goreng yer Man". Dia jawap " Betul mak, tapi tak tahu nombor berapa" ... okay lah tu, sejuk perut mak mengandung kan korang berdua ...




Hari Rabu -2 May 2010 ... "Man, tolong jaga adik yer. Kesian dia tak ada kawan, nampak jer adik kau tu Macho, tapi pemalu ... hehehehe". Aran pergi sekolah berlenggang jer, tak bawak beg pun. Dah nama pun nak collect hadiah jer kan :) Memang betul lepas tu, Aran mengekor jer mana abang dia pergi. Abang masuk opis nak baca doa kat pembesar suara tu pun dia ikut masuk sekali. Abang dia beratur pun, dia leh beratur sebelah abang dia sekali. Hehehehe...




Pukul 9.oo pagi tu, aku ingatkan Tok Abah suruh ambik Aran, dah pesan pagi tadi tapi takut Abah aku lupa. 9.20 pagi macam tu Aran call aku "Mak, Aran dapat hadiah besar, dengan sijil dan voucher KFC. Seronok nyer mak" .... yer mak percaya, dengar suara pun macam Aran tengah happy giler, terus meresap rasa happy tu kat Mak. Lepas tu kan dia kat "Mak balik cepat yer, Aran dengan Man tak bukak hadiah lagi, nak tunggu mak balik" ... okay lah sayang :) Memang dia orang tunggu aku petang tu, dua tiga kali Hilman dan Aran call dan sms tanya aku dah nak balik ker. Alahai! terharu lah pulak aku, nasib baik tak menitis air mata barang setitis dua ... hampir hampir jugak lah meleleh.




Hilman pulak dapat tempat ke tiga dalam Essay Competition. Tempat pertama dan kedua budak Tahun Enam yang menang. Dia sorang jer Tahun Lima. Aku ingat dia ni tak pandai mengarang, tapi dia memang terer bercakap dan merapu. Daya imiginasi yang tinggi dan entah hapa hapa dalam kepala dia. In English lak tu ... selama ni pun dia belajar English through Internet, PS2, Movie kat Astro dan lagu lagu mat salleh (bukan Salleh Yaccob) kat radio. Anak aku tak reti dengar lagu melayu. Macam alergik jer kalau aku bukan siaran melayu. Aku, bab ni sering kalah. Dah tu 4 lawan 1 kan. Hilman dapat Sijil, Hamper dan Voucher KFC juga.




See ... aku kan dah kata dia punyer lah happy. Sampai malam tu dia tidur sambil memeluk Chicky hadiah yang dia terima pagi tu... hahahahahaha... Aran Aran (senyum aku sambil geleng kepala). Nampak nyer lepas ni puas ler kita orang makan KFC ...hehehe. Satu Voucher satu BARREL, kalau dua dah voucher 2 BARREL. So we decide, satu makan dengan orang Kuang, satu makan dengan orang Klang. Adil dan saksama... semua orang boleh rasakan ;)

Gambar selanjutnyer ada kat Blog Sekolah dia kat sini http://skkuangs.wordpress.com/

Thursday, May 13, 2010

SUARA IBU DAPAT TENANGKAN ANAK





Aku jumpa artikel ni di Berita Harian Online, dan sangat sangat suka. Aku memang selalu bercakap cakap dengan anak aku, malah dah ketegori terlebih cakap, eh membebel tu boleh masuk kategori bercakap ker :) hehehehe ... So bila baca artikel ni rasa seronok lah gak. Jadi anak anak mak, kalau mak banyak cakap tu, bukan bermakna mak tak suka tau, tapi mak sayang kat korang supaya Hormon Penenang Oxytocin tu selalu ada kat badan korang, supaya korang dapat rasa tenang sentiasa dan sihat sentiasa ...


2010/05/13

SINGAPURA: Satu penyelidikan terbaru mendapati, suara ibu sudah cukup untuk menenangkan anak mereka. Kajian dijalankan penyelidik Amerika yang ingin mengetahui bagaimana interaksi suara memberi kesan kepada orang tersayang, menguji paras hormon penenang oxytocin ke atas kanak-kanak perempuan yang sedang menghadapi tekanan

Seramai 61 kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh dan 12 tahun, diminta mengaturkan satu persembahan di hadapan orang tidak dikenali dan kemudian dibahagikan kepada tiga kumpulan.

1 Kumpulan satu daripada kumpulan itu ditenangkan oleh ibu yang hadir selepas persembahan

2. Kumpulan kedua bercakap dengan ibu masing-masing hanya melalui telefon

3. Kumpulan ketiga tidak berinteraksi langsung dengan ibu mereka.

Hormon tekanan kanak- kanak berkenaan dipantau sepanjang proses itu dan penyelidik mendapati, kanak-kanak yang ditenangkan sama ada secara fizikal atau dengan suara, mengeluarkan paras oxcytocin yang sama, berbanding kumpulan kanak-kanak yang tidak berinteraksi dengan ibu mereka.

“Hasil kajian ini menunjukkan mereka yang kurang sokongan daripada keluarga dan rakan akan mempunyai tahap kesihatan yang lebih rendah.

“Interaksi suara mungkin mampu memberi kelegaan yang sama dengan hubungan secara bersemuka, termasuk sentuhan,” kata penyelidik. – Reuters

Saturday, May 8, 2010

MAKAN FREE DI TANGLING




Nama nyer pun makan free, sapa tak nak kan :) ... pulak lobi dari Kak Azieazah, mengalahkan orang nak pilihanraya. Mula dari hari senin sampai hari jumaat, ada jer iklan dia kat Facebook. Caya lah Kak AA, kalau saya jadi wakil pilihanraya, nak jer saya lantik akak jadi Manager Lobi Melobi untuk saya... heheheheh





Terharu nyer aku bila kek aku pun jadi Iklan lobi Kak AA. Ni yang tak leh tahan ni, tabik lah kat akak, dari fikir tak nak pergi, bila dia letak gambo kek cekelat aku ni sebagai Iklan dia untuk hari ke 4, dah tu ramai lak pengomen macam mengidam kat kek tu. So aku ambik keputusan, okaylah aku buat choc. cake tu, dan bawak ke sana nanti.



Dah tinggal pinggan kosong dan cawan kosong dah waktu ni,
orang lelaki lak dah start pergi solat Jumaat kat Masjid Negara


Aku bukan nyer tak nak pergi seawal nyer, memang nak sangat pergi. Seronok wooo bila dah kumpul dengan dia orang ni, sure sakit perut nyer lah. Asyik lah gelak jer dari awal sampai abis. Yang tak leh tahan, semua orang kat meja yang lain akan heran tangok kita orang yang tak berhenti henti gelak. Dan sure gelak yang paling tak leh lawan adalah gelak Kak Azieazah. Sampai ada orang nak rekod gelak dia, nak jadikan Caller Ring Tone ... hahahahaha ... lawak sungguh.



Ratu Duyung, Opah Izan dan Kak Anoi yang sporting giler :)


So aku hadir jugak, walaupun tak sampai satu jam. Aku bukan kerja gomen yang ada masa lunch hari jumaat yang panjang. Bajet 1 jam jer masa aku, itu pun dah terlajak 30 minit. Nasib baik orang opis tak mencari, lagi nasib baik bos aku tak bising ... Alhamdullilah. Terima kasih lah kat Opah Izan sebab sudi membelanja, dan Kak Azieazah yang tak putus putus melobi ;) Ramai gak yang hadir.



Kak Azieazah dengan Pok Cik Pandora tengah makan beradab ;)


Seronok memang seronok ... moga ukhwah kita berpanjangan. AMIN

Friday, May 7, 2010

ARAN DAN MAISARA

Semalam masa sampai rumah dari opis, Aran dan Hilman dah tunggu depan pintu nak sambut aku ... seronok nyer bila kepulangan di nanti. Terus peluk cium budak berdua ni, eh ..... rasa panas lak badan Aran, "Aran demam yer" .... "Ha ah, batuk dengan selsema jer" ... ish ni dah tahap demam la ni, tapi tak nak ngaku demam, sebabnyer dia tak nak makan ubat ler tu. Tak leh jadi ni, terus bagi makan ubat, pakai kan dia baju sejuk dan suruh dia tidur. Cian dia, baru jer 2 minggu lepas baik dari demam, dah demam balik. Nasib baik ubat ada lagi.

Eh! kali ni sessi bergambar Aran adalah dengan sepupu dia Maisara, budak kecik yang aku pernah ceritakan dulu, yang sibuk mintak permission dari aku nak kawin dengan Aran ... hahahahahaha ... gambar gambar adalah dikutip dari FB aku. Baru semalam Mak Maisara tag gambar ni bagi kat aku. Aku pun tak pernah tengok gambar gambar ni. Kira baru lah untuk aku, walau pun di ambil pada tahun 2008 ... giler bapak lama ... sungguh dah basi sebeno beno nyer :)

Raya masa tahun 2008, kat dapur umah Mak Tok

Genting Highlands 2008, dalam Ferris Wheel kecik

Sarah kalau bab pose depan kamera, kasik ler kat dia ... perasan artis minah kecik ni

Tapi sekarang budak berdua ni asyik nak bergaduh jer kerja nyer. Aran kata Sarah nakal ... Sarah kata Aran eksyen dan sombong ... ish macam macam . Tapi Aran masih tetap sabar melayan Sarah, walaupun Sarah amat lah 'gediks' nyer ;)

Thursday, May 6, 2010

PAMERAN KERANDA DI MUZIUM NEGARA



Sebenarnyer aktiviti ni sama jer dengan hari pergi I-City hari tu, tapi sebab dah lama sangat tak ber'up-date', tapi nak gak menyiarkan gambar gambar tak semenggah ni ... maka sequence tentang waktu adalah tidak lagi di pakai waktu ini :) Lepas pergi I-City hari tu kan, anak anak aku adalah masih dalam keadaan meroyan sebab tak puas nak pergi jalan jalan. Memula tu nak pergi Zoo Negara, dan memula tu aku macam bersetuju. Tapi memandangkan masa tu dah pukul 2 petang, ish mana cukup masa nak jalan jalan jenguk binatang, nanti ada lak binatang yang merajuk sebab kami tak sempat nak ziarah ... ada ker. Teringat kat Muzium ada Pameran Keranda. Cadangan dipersetujui oleh semua ahli majlis, maka sampai la kami ke sini. Ahli ahli majlis ni kalau pasal mistik dan alam misteri ni memang cukup suka :)




Pameran ni pakai tiket nak masuk. Dewasa kena 2 hengget, budak kecik kena sehengget jer. Kamera kena 3 hengget. Lagi mahal tiket kamera dari tiket orang. Masuk jer kami di hidangkan dengan pemandangan rangka rangka yang terdampar kepasrahan ni. Ada muzik latar macam kat dalam cerita hantu dan bunyik bunyik cengkerik. Konon nyer untuk membangkitkan unsur seram la. Tapi memang tak rasa seram pun sebab ramai orang. Kalau tak ada orang mahu kami ahli majlis berlima ni akan berjalan dakap berdakapan, peluk berpelukan dan pegang berpegangan ... takut sebeno nyer.



Aku cakap kat Kak Long, gambar dia yang ni macam kat dalam Neraka sebab macam duk dalam api jer. . Tengok muka Kak Long, masih mampu tersenyum bak model muslimah dikelilingi rangka rangka yang bersepah tu. Kat bawah ni pulak adalah gambar keranda dan cara pengkembumian orang dulu kala dan mengikut adat dan tradisi masing masing.



Yang putih tu keranda rupa bentuk binatang. Cantik keranda ni, siap berukir dan berlukis lagi. Yang balang tu pun kira keranda jugak, orang yang dah mati dia masukkan jer kat dalam tu. Abis lah patah tulang temulang orang yang dah mati tu kan. Hilman tu tengah bajet macho jer tu, walhal kat rumah dia la orang yang paling penakut sekali :D




Yang ni pun keranda gak, orang yang dah mati tu dia bungkus dengan kulit ( tak tahu lah kulit apa yer murid murid .. samada kulit binatang atau kulit kayu balak) dan di letak kat dalam buluh yang macam 'BUBU' tangkap ikan ni. Lepas tu kan keranda ini akan disangkut kat pokok pokok yang tinggi untuk elak dari dimakan binatang buas dan tak buas. Lepas tu akan dibiarkan macam tu jer lah, sampai jadi rangka.




Yang Replika Kerbau ni pun Keranda jugak. Yang belah atas tu penutup dia. Boleh di angkat dan ditutup. Mungkin bagi mereka yang bersaiz besar. Tapi susah jugak kan nak buat keranda serupa ni. Mesti keranda ni pun ikut ranking hidup seseorang tu jugak kan. Kalau yang kaya, mesti siap berukir dan berkaler kaler lagi



Argghhhhhhh.... yang ni paling menyeramkan. Anak anak aku tak mau tengok gambar ni. Aku pun seram sebenarnyer tengok gambar ni, tapi nak letak jugak dalam Blog. Orang yang dah mati tu dia kebumi ... eh eh tak leh panggil kebumi ni, kelaut pun tak leh ni :D Kira mayat tu kan di main jemur jer atau display macam tu jer. Dah la muka tak tutup. Dan mayatnyer dibiarkan kering sebegitu jer. Nasib baik ler kita orang kuat semangat. Masa malam nak tidur tu kan, ada gak terbayang. Dalam hati berdoa, jangan ler aku dan anak anak mimpi yang bukan bukan.




Kami sempat singgah di satu lagi pameran bersebelahan, berkenaan ASEAN. Yang ni masuk free jer, so boleh ler anak anak belajar apa itu Asean dan negara negara yang termasuk dalam Asean. Aku tak tahu lah apasal Kak Long hari tu dia ter'Hyper' aktif. Ada jer posing yang dia buat. Dah lah tu, bila orang lain nak ambik gambar pun, ada jer tertempek muka dia nak enterframe sama. Kat sapa dia nak tabik pun aku tak tahu, buat masa ni itu ler pose feberet dia. Hahahahaha... tabik atuk nenek, anak cucu tumpang lalu :)



Kan aku kata minah ni 'hyper'. Dia siap suruh IQA lagi ... "Iqa, kau ambik gambar aku nak korek idung budak ni". Hish ... buat malu ahli majlis jer dia ni. Kebetulan masa dia ambik gambo ni ada mat salleh hensem betul betul kat belakang dia. Tergelak mat salleh tu tengok dia, tahu lak malu lepas tu. Hehehehehe ...




Muka ahli ahli majlis dah kepenatan. Senyum pun macam rela dalam paksa jer. Maka berakhirlah rombongan sambil belajar untuk kami pada hari tu. Teringat kat Hamsini, selalu nyer tempat tumpuan pelancung kalau kat tempat kita sendiri, hatta sebelah umah pun memang kita susah bebeno nak menyinggah. Walhal orang luar atau orang yang datang rombongan dari negeri lain, itu lah tempat dituju. Bagi kita lak yang lalu kat sebelah tempat tu hari hari, buat tak selera jer nak masuk. Dan kalau pergi luar negara/negeri orang, leh pulak cari muzium kat tempat orang tu ... Aku pun sama spesis jer serupa ni perangai ... hehehe ... Renung renungkan lah dan selamat melawat ;)

Monday, May 3, 2010

DAN PEMENANG AWAD KALI INI, ADALAH ....

Ceh! perasan abis aku. Macam Yuna terima anugerah AIM lak rasa nyer. Hahahaha... banyak lah aku punya Yuna. Blogger Award ni dapat dari Adik Kelly yang jauh nun di utara. Terharu nyer, sebab dalam 5 orang senarai dia, ada lak nama aku. Terima kasih yer Kelly ... meh sini aku cuba jawab soalan soalan cepumas dia.




  • Copy award
Done
  • The person who give the award & the link / blog
Kelly
http://mrskellywalther6969.blogspot.com/
  • 10 Question with 5 answer for each question
Meh sini tengok apa aku jawab ;)
  • 5 Name that people call you
Ros - famili terdekat, yang melihat kelahiran aku, dan Mak Cik Meriam (rasa aku macam dah kenal rapat bila dia panggil aku dengan Ros, sebab jarang orang yang aku baru kenal panggil aku dengan Ros)
Jaf - Kawan kawan sekolah rendah (Mak aku selalu konpius bila dia orang datang rumah cari Jaf, sebab adik beradik aku nama semua start dari JAF - so Jaf yang mana satu?)
Fairos - Kawan sekolah Menengah, Kolej, dan Opis Mate
Kak Cik/Acik - adik aku / sahabat sahabat yang tercinta, member rapat masa di kolej
Mak Lang - Anak sedara belah aku
Eh! aku tambah satu lagi boleh ... tamak nyer aku .... hahahahha
Auntie Fairos - Anak Sedara belah Klang (kampung ayah anak anak aku) / kawan anak anak aku

5 Important date in your life
Birthday aku - 28 Disember (yang betul)/4 Januari (dalam surat beranak)
Kak Long - 11 Februari
Nur Haziqay - 01 Mac
Muhammad Hilman - 19 Februari
Muhammad Farhan - 07 Januari
  • 5 Thing you done yesterday
Hantar/Ambik Kak Long Tuition di Perfection Kepong
Beli barang dapur di Tesco X-Tra Batu Caves
Hantar Kak Long dan Iqa di McD ada Birthday Party kawan dia
Lipat kain 3 bakul besar sekali harung :)
Tidur - hehehehe
  • 5 Ways to be happy
Bila dapat keluar shopping dengan anak anak
Bila dapat makan bersama anak anak, tak kira lah kat rumah ker kat luar rumah ker
Bila aku dapat melancung bersama anak anak, anak sedara, adik beradik, mak dan abah
Bila dapat berkumpul dengan anak anak, masing masing berebut anak anak nak bercerita dengan aku
Bila dapat bergossip dan meluahkan perasaan bersama anak anak .... hehehehe
Semua mesti ada anak anak aku - itu lah kebahagiaan hakiki aku :)
  • 5 Favourite movies
Transformers
Batman Returns
Harry Potter
Wayang
Pisau Cukur

  • 5 Favourite hobbies
Melancung
Shopping
Masak kek dan biskut (walau kekadang memang tak ada masa-kecuali kalau orang order nak kek aku)
Membaca Novel
Mengemas Rumah

  • 5 Favourite people
Mak dan Abah Kuang
Mak Klang / Arwah Abah Klang
Anak anak tercinta / anak anak sedara Kuang & Klang
Adik beradik ku belah Kuang/ Pak Cik Mak Cik anak anak ku di Klang
Sahabat ketawa dan menangis yang dah serupa adik beradik sendiri
* tanpa mereka aku bukan sesiapa pun

  • 5 Favourite places for vacation
Pulau Pinang - suka sangat Penang ... especially makanan dia ... aku kan suka makan ;)
Cameron Highland - nyaman dan tenang jer tanpa ada air-cond
Kota Kinabalu/Kundasang National Park - pernah dibesarkan disini, dan selesa di sini satu lagi tempat nyaman
Cherating - Saya suka pantai, pantai di sini bersih compare to tempat lain
Dan teringin nak ke Kota Suci Mekah
# eh ... ni termasuk yang belum pergi lagi kan :) yang 4 kat atas tu dah pergi dah

  • 5 Reason you answer the survey
Sebab aku jarang jawab survey
Award kat atas tu comel sangat - sebab nak kan awad jadi kena la jawab survey
Amat amat terharu sebab Kelly letak nama aku dalam Blog dia untuk aku jawab survey ni
Aku tak tahu nak post apa hari ni :) hehehe
Menyedarkan aku siapa sebenarnya yang aku sayang

  • 5 Person to tag
Kak AA - http://azieazah-aa.blogspot.com/
Zia - http://mylifejourney09.blogspot.com
Ayang -
http://ayang1212.blogspot.com/
Mak Cik Meriam -
http://mohdandmeriam.blogspot.com/
Mia's Mom -
http://asiampassingby.blogspot.com/ kalau tengah stress study tu - try ler tiada paksaan ;)