Saturday, November 30, 2013

LAGU KEGEMARAN AKU DAN HILMAN

Hari ini anak-anak semua datang opis aku ... sebab petang ni kami nak pergi celebrate Birthday Iris, sepupu dia orang , anak Abang Long aku. Sebab malas nak balik rumah lepas kerja jadi korang ikut jer lah mak datang opis hari ini, tak larat mak nak berulang dua tiga kali. Lagi pun rumah Ayah Long kat Menjalara tu tak lah jauh sangat dari opis aku kat Segambut ni.

Tengah-tengah bersiap nak solat Zohor, balik PC kat meja ada lagu ni kat YOUTUBE .... rupa-rupanya Muhammad Hilman dan pergi carik lagu ni. Sempat lagi tu. Dia kata' "mak start lah lagu tu ..... 




"Hilman dah carik untuk mak" ... errr lagu apa pulak? Hehehehe ..."Ha'ah la Man, mak suka sangat lagu ni." dan disambut, "Hilman pun suka lagu ni, rasa macam suara Faizal Tahir sedap sangat masa nyanyi lagu ni". Okay lah Man ... Jom kita dengar sambil Karok bersama-sama (dia memang selalu berduet dengan aku dalam kereta bila ada lagu yang kami suka). Dia paling banyak persamaan dengan aku ... ishhhh anak mak lah pulak kan ;)



Friday, November 29, 2013

# MUSIM MENGANGKUT BARANG

Bermulanya Sessi untuk Semester ke 2 Asasi Sains di UiTM Puncak Alam (PALAM) bagi Kak Long pada 25 November 2013. Start ler proses mengangkut kembali segala barang ke Asrama. Dari Karpet, alas kaki, tong sampah, baldi, laundry basket, botol air, sterika, hanger, toiletries, makanan kain baju (dicampak kan sahaja dalam Beg Biru IKEA yang beso tanpa beg yang cantik macam orang lain). Penuh satu bonet keta barang dia sesaja. TAPI itu pun ada jugak benda yang tertinggal. Telekong tinggal, seluar tinggal dan paling teruk ... towel pun boleh tinggal. Hish anak aku nih ... 



Nasib baik lah Puncak Alam tu dekat dan sebelah jer dengan Sungai Buloh ... tak ler jauh sangat. Kalau kau duk jauh Kak Long ... memang kirim salam jer lah. Tak adalah mak nak menghantar barang barang tu. Manja-manja lah anak aku ni. Semua nak suruh mak check-out. Tak larat ler mak yang oiiii.

Yang itu menghantar ... 4 hari lepas tu mengambil bawak balik Iqa (My No. 2) pulak. Iqa selesai SPM Paper Biologi pada 27 November 2013. Last paper ! Last Paper ! (Bunyik suara Johan Raja Lawak). Memula tu cadang nak ambil dia on 27 November tu juga. Tapi aku tanya balik ... betul ker nak balik on the same date, tak mahu ker share tima dulu malam-malam dengan kawan-kawan for the last time. Memula dia kata tak mahu, sebab takut nanti dia sorang sorang. But last minute tukar rancangan kata nak balik on 28 November pulak, sebab malam 27 tu ada makan-makan. Kan mak dah kata .... bermula lah perjalanan dari rumah seawal pukul 8.30 pagi. Dan sampai di Johor Bahru dalam pukul 12 tengahari. Kami banyak menyinggah. Singgah makan, singgah isi minyak, singgah beli air/jajan dan singgah buang air. Hehehehe



Haaaa ... lagi teruk dari Kak Long .... memang dah tak ada space kosong langsung kat Bonet. 
Nasib baik bawak Camry ... kalau bawak Persona, mahu balance barang kena letak kat set belakang.
Tak pun letak ler kat atas ribu sikit sorang... hehehe



Gambar kat atas nak kena susun atur balik barang
Sebab tetiba last minute Iqa kata terpaksa bawak balik barang kawan dia
Coz kawan dia balik mak pak tak datang .So tumpang kereta orang.
Nasib baik muat semuanya ... phew



Iqa antara orang yang last balik
So segala mak nenek yang ditinggalkan oleh kawan-kawan
Samada lupa atau sengaja ... semua kami angkut



Terjumpa catatan rakan sebilik Iqa 
Semuanya akan merasakan begini agaknya
Tak sabar nak habis periksa dan tak sabar nak balik rumah



Selamat Tinggal MRSM Johor Bahru
Terima Kasih MRSM JB kerana menumpangkan anakku disini
Terima Kasih kerana menjadikan dia Perintis disini
Menimba Ilmu dan mencari erti kehidupan
Kita jumpa semula March 2014 ... masa nak ambil result SPM nanti.

NOTA KAKI : Sangat seronok sebab anak-anak dah lengkap dapat berkumpul semula especially bila Kak Long akan balik setiap hujung minggu. Hoye Hoye Hoye. Mesti kecoh riuh dah heboh.
.... Will enjoy every moment sebelum Iqa akan ke PLKN pulak lepas ni. 

Wednesday, November 27, 2013

RAKYAT MALAYSIA MENJADI HAMBA SELAMA 30 TAHUN DI UK

Hari ni dikejutkan dengan berita di radio berkenaan seorang rakyat Malaysia antara 3 orang yang diselamatkan menjadi Hamba Abdi selama 30 Tahun di United Kingdom. Aku hanya dapat tangkap nama dia Siti Aishah jer. Dalam hati fikir, macam menarik jer cerita ini. Tapi pagi-pagi buta memang la tak sempat nak dapat info lebih-lebih. Nasib baik ada En. Google yang boleh memberi khabar berita yang hampir tepat.

Sangat mengejutkan bila seorang yang cerdik dan pandai boleh terjerumus kedalam keadaan yang sedemikian rupa. Jom baca kisah dia yang aku copy dari http://waazin.blogspot.com/2013/11/cerita-dari-keluarga-siti-aishah-yang.html , terima kasih En. Waazin.


Sebuah keluarga dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist disana. Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahan (gambar) berkata beliau yakin adiknya yang kini berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Moa sejak 30 tahun lalu

Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya. Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor the Daily Telegraph. "Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya. Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa" katanya kepada akhbar British itu.



Gambar Aishah sewaktu muda yang disimpan ahli keluarganya. Gambar ihsan The Telegraph, UK. Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Jurukur Bahan di London. Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.


Comrade Bala

Dia Terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan (gambar di atas) dan isterinya, Chanda yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaanya melebihi tiga dekad di London. The Malaysian Insider awal hari ini mendedahkan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan adalah Siti Aishah.

Dia adalah salah seorang dari 3 wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britain berumur 30 tahun.



Dipercayai Siti Aishah - gambar diambil pada tahun 1997


Aktivis, Hishamuddin Rais yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata kepada The Malaysian Insider, Siti Aishah aktif dalam kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britain pada ketika itu. "Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang, kerana kami berasal dari daerah yang sama iaitu Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada Siti Aishah adalah guru saya di sekolah menengah. Saya juga menetap di Brixton, London, dimana lokasi wanita itu ditemui" kata bekas aktivis mahasiswa itu. Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah adalah bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC) Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Jurukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan"

Chanda 67 tahun di kerusi roda


Akhbar Britain melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aracindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai 'Comrade Bala" dan isterinya Chanda dari Tanzania. "Comrade Bala" juga turut dikenali sebagai "Chairman Ara" dan berasal dari Singapura. Polis Britain mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970an tetapi tidak menyatakan sebabnya. Polis enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga Januari  2014 tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual. Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.


Officers stand outside flats in Brixton where police are conducting house-to-house inquires (PA)
Pegawai polis sedang berkawal di rumah ketiga tiga wanita itu ditemui

Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaa yang sangat trauma dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi dimana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan. Ketiga-tiga mangsa bebas daripada 'Perhambaan" selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober. Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati"

Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.


Nota Kaki : Dah macam X Files yang bukan alien pulak aku rasa. Bila baca kisah di atas teringat Novel by Ramli Awang Murshid dengan jodol AKU BERCERITA .... pasal parti yang berhaluan kiri yang bertebaran di bumi Malaysia sejak zaman perang dunia kedua. Apakah mungkin di kalangan kita terdapat orang-orang sebegini. Memang suspen giler lah. Dan tak sabar menunggu kisah selanjutnya tentang kisah Aishah ini.

Monday, November 18, 2013

LANDSKAP PILIHAN

Satu hari yang agak huru-hara ... kerana telah tersalah alamat untuk menghantar tender. Yang aku pergi hantar ke IOI Boulevard Puchong rupa-rupanyer harus dihantar ke Cyberjaya. Nasib baik lah keluar hantar awal dan ada masa untuk ke Cyberjaya. Dan nasib baik juga lah ianya satu laluan sahaja.Tak pernah sampai tempat ini. Kali pertama kesini dan ingatkan Resort. Rupa-rupanya ofis untuk Setia Haruman Sdn. Bhd. (Developer for Cyberjaya). Sangat-sangat cantik. Jatuh cinta dengan landskap dan laluan berjubin yang menghubungkan di antara jabatan ke jabatan yang lain.

Jom skodeng gambar landskap yang cantik ni ... letak sini senang sikit buat rujukan :)
















.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Buat rujukan untuk rumah sendiri yang kering jer 


Mak aku selalu bising, "Engkau ni, tanam ler pokok pokok bunga sekeliling rumah ni. Aku tengok rumah kau ni kering jer" ... mana lah anakmu ini ada masa untuk bercucuk tanaman dan bunga-bungaan mak ku yang tersayang. Daripada pokok yang ditanam tu terus kering sebab terbiar, baiklah tak payah tanam langsung. Kalau nak ikutkan Nurseri Sungai Buloh dekat sesangat dengan rumah aku. Hari-hari duk lalu depan dia, pakat jeling-jeling jer kat pokok yang indah indah itu. Huhuhuhu ... tunggulah waktu pencen sikit lagi, waktu dah banyak masa duk rumah. Boleh gak aku me'nery' idea-idea landskap kat atas tu. Hehehehe. Takat ni mampu berangan jer lah. Kerana berangan-angan bisa mencetuskan Impian. Insya ALLAH

Friday, November 15, 2013

BEPANG BADAM @ FLORENTINE COOKIES @ CRUNCHY CARAMEL ALMOND - LANGKAH DEMI LANGKAH

Disatu hari yang sibuk dan sambil menyusuri Q.S. Department. Aku telah disuakan dengan biskut ni. "Oooooohhhhh sedap nyer. Macam mana korang buat, ada resepi tak?" tak cukup sekali mencekau biskut yang dalam bekas tu, terus tibai satu lagi. "Senang jer Kak Fairos, nanti Al hantar resepi kat Whatsapp". Hah ... lebih kurang gitulah ceritanyer. Orang dulu dulu panggil Bepang jer kuih ni, aku memang suka kalau apa pun berkaitan dengan kacang nih. Bepang selalu dulu beli kat kedai runcit jer, kacang tanah biasa dan agak tebal dan keras. Tapi sekarang ni dah di'komersialisasi'kan, pakai kacang Almond dan beberapa benda lain yang disatukan dan memang sangat sangat sedap. 

Ni ha ... aku tempekan resepi seperti yang diberikan oleh adik opismate ... Norazlila, terima kasih banyak banyak yer. Benda yang sedap elok dikongsi bersama. Tak gitu. Aku siap tunjuk langkah demi langkah lagik. Ikut jer, sure jadik punyer. Sangat simple dan mudah dan cepat siap dan cepat boleh makan :)






Cepat ... kasik copy & paste ini resepi.




100gm Pumpkin Seed (kaler ijau) 
250gm  Almond Flakes/Sliced 


Bila dah koyak dan keluarkan isi, baru teringat nak hambik gambar
Nasib baik tak buang dalam tong sampah lagik
Siap ada harga di situ ... hehehee
dia suruh pakai kuaci itam, aku jumpa yang ada kuaci hijau ... belasah jer lah
Almond tu 50gm lebih dari resepi ... aku masukkan ajer, lebih sikit kacang almond ;)



100gm Black Sesame Seeds 



100gm Tepong Florenta

Yang ini bahan utama, tak ada bahan ni tak jadi bepang korang
Tapi kat kedai aku tak jumpa dia jual hanya 100gm jer
dia jual 500gm sekali yang berharga RM18.50
Tak tahu lah kalau kedai lain lagi murah.
Tapi Tepong Florenta ni ada banyak jenis
Ikut suka lah nak beli jenis yang mana satu



Peringatan : Tepung Florenta yang berlebihan harus disimpan didalam peti sejuk
Tidak boleh disimpan di luar sebab nanti dia akan mengeras kalau kena angin luar




First : Kasik bakar Kacang Almond dan Kuaci hijau di dalam ketuhar selama 5 minit sahaja



Masukkan dalam bekas lain, ikut suka korang ler
kalau tak alih bekas pun tak per
tapi sebab aku nak guna bekas pembakar tadi maka aku alihkan ke tempat lain


Almond dan kuaci yang telah dibakar kemudian di campur dengan bijan itam



Timbang 200gm Tepung Florenta



Campurkan tepung florenta dengan semua kekacang tadi




Sebatikan semua bahan



Masukkan dalam bekas pembakar



Ratakan nipis ... aku dapat dua bekas ni untuk satu adunan



Lastly ... masuk dalam ketuhar dan bakar 
selama 10 minit dengan suhu 160 deg celsius
aku pakai api atas bawah



Tarraaaa  - siap di bakar



Peringatan : kena potong sejurus keluar dari ketuhar
Masa ni lembik lagi, jadi senang nak potong
kalau dah keras memang ler susah nak potong dah




Situasi tengah memotong, sambil angkat pelan pelan
Masa ni best sangat dah dapat tengok hasil
Lepas tu mana-mana yang tak elok tu masuk mulut
Hahahahaha





Siap ...... dan HARUS di simpan dalam bekas kedap udara
Benda ni sekali hadap jer boleh abih 
Sebelum ni makan kat rumah orang jer masa raya
Sekarang dah boleh buat sendiri . Alhamdullilah


Wednesday, November 13, 2013

KEJADIAN PECAH KERETA DI BASEMENT PARKING

Tengah panas hati sekarang. Baru dapat khabar dari rakan-rakan ofis mengatakan ada kejadian pecah kereta di Parking Basement office kami. Allahuakhbar !!! terkejut nyer, tapi syukur sangat-sangat kereta aku tak kena. Tapi tetap terkejut dan stress serta tak senang duduk. Iyalah, mana tahu, hari ini kereta orang lain, esok-esok tak tahu kereta siapa pulak. Geramnyer .....

Dipecahkan 2 kereta sekali harung tu. Satu kereta Hau, Purchasing Department ... dia pakai kereta Toyota Estima putih. Another one kereta Revathy, Accounts Department ... kereta Wira Aeroback. Memang hampir penuh basement hari ni. Memula masa dengan cerita tu, aku ingat dia pecahkan kereta mewah sahaja. Tapi memang banyak pun kereta mahal kat bawah tu. Ada BMW, Hyundai Tucson, Honda Civic (New Edition), Honda Jazz, Rexton, Lexus, Mercedez ... tak disentuh pula. 

Pikir punya pikir ... rasa-rasanyer faktor 2 kereta ini dipilih sebab paling hampir dengan entrance, yang kebetulan palang dia tak tutup hari ini. Senang ler motor nak masuk. Dan satu lagi, sebab kedua-dua kereta ni ada barang yang menarik di dalamnya. Toyota Estima ni ada TV kecik yang dipasang untuk anak-anak. Dan kereta Wira tu pulak ada Beg yang diletakkan kan seat belakang. Malangnya beg tu sebenarnya adalah beg untuk kegunaan ke GYM, hanya ada baju dan kasut sahaja. Kesiannyer lah kat officemate aku nih. Tak pasal-pasal dah nak kena ganti cermin kereta pulak. Dah ler sekarang ni musim hujan pulak. 



Ini bukan gambar kejadian, hanya gambar contoh sahaja. Kredit tuan blog http://amyazuha.blogspot.com/.Terima kasih adik AMY, gambar adik hampir sama dengan kejadian 
Sebab dia selongkar Dashboard semua. Jadi kawan kawan semua, marilah kita lebih berhati-hati mulai sekarang. Jangan diletak barang berharga di dalam kereta. Tak kiralah masa kereta tengah berjalan on the road atau tengah parking. Musim pecah kereta kat Traffic Light pun tengah berleluas sekarang ni. Last Month kawan ofis ni pun dah kena. Elok pulak tu depan balai polis jer. Memang dah jarang orang letak beg kat seat passenger sekarang, kalau boleh letak lah di Bonet, bawak handphone jer lah masa drive. Sekarang ni dia attack juga penumpang yang letak handbeg atau beg kat riba. Tak kira lah penumpang tu duduk seat depan ke belakang ker. Semua dia orang redah. Makin ramai orang jahat sekarang nih. So berhati-hati lah. Menasihati dah peringatan untuk diri sendiri juga ni.


Dah lah, tak moh stress lagik, bagi mengubati hati dengan cerita suspen tak berapa nak thriller ni jom jenguk anak-anak kucing aku yang dah makin meningkat remaja ... Chewah!.

Yang Oren tu nama dia Along, Alang dan Ucu
Yang putih tu pulak nama dia Angah


Alang dengan Angah

Dua gambar di atas ni masa dia baru lahir dalam seminggu jugak lah umurnya. Anak-anak kucing ni dilahirkan oleh Barney pada 20 June 2013. So sekarang ni dia dah berumur lebih kurang 4 bulan lebih. Tapi dah sama beso dengan mak dia, sampai kadang kadang kami tak dapat nak beza antara mak dengan anak. 



Tiga ekor kuning macam bapak dia, Sekor putih macam mak dia. Dua ekor jantan dan dua ekor betina. Eh! dua pasang pulak macam anak-anak aku hehehe. Along ada tanda putih kat dahi, macam Harry Potter, Angah berwarna putih dan mata sebelah biru sebelah coklat. Alang berbulu panjang dan lebat, Ucu pulak macam Along tapi tak ada tanda putih dan belang-belang kat badan lebih terang dan jelas dari yang lain.



Very the kemelayuan nama anak-anak kucing aku. Along, Angah, Alang dan Ucu. Sebenonyer tak tahu nak letak nama hapa dah. Hmmmm ... senang panggil macam tu jer. Kalau tengok ker kaler anak-anak kucing tu kami dah tahu lah kami siapa bapaknyer. Memang bapak dia saiz beso sebab tu anak-anak dia cepat sangat besar. Alhamdullilah sihat anak-anaknyer sampai sekarang, very the kuat makan, Seronok tengok dia orang makan rebut-rebut.


This is Alang ... yang main-main atas meja dan lastly tergolek jatuh meja.

Bila dah dibelek dan dilihat perangai anak-anak kucing ni macam sama pulak karektar dengan anak-anak aku yang memang 4 orang jugak. Along ... sangat berkuasa, kalau makan tu siap tarik tarik bekas dia sorang jer nak makan. Dan dia sangat gumuk ...dan berat. Yang ni tak ikut Kak Long aku. Tapi bab semua dia hendak dan semua kena dengar kata dia tu adalah sikit. Hehehehe. Angah pulak memang ikut ibu dia, macam Iqa orang kata muka dia ada iras aku. Orang kata. Lepas tu sangat paranoid, dia paling penakut. Adik beradik lain dah duk luar rumah, dia masih terjenguk jenguk lagi. Tak kuat makan sangat tapi cepat gemuk ... Hahahaha Sori Iqa ... Aduyai. Alang mewakili Hilman, yang ni dia dah cop. Paling aktif, bulu panjang ikut mak dia, satu-satunyer bulu panjang. Tak reti duk diam, asyik jer nak melompat dan berlari. Dan yang paling kurus. Okay lah sesuai macam tuan dia yang kurus. And lastly Ucu, yang sangat manja dan suka nak sondol-sondol orang. Sama macam Aran nak manja-manja dan suka dibelai...hehehehe Kuat makan dan berat jugak. Walaupun masa kecik dulu mak dia tak nak makan sarung dia, sebab dah kenyang makan 3 sarung kut huhuhu. Nasib baik stap nurse Farah (Mak Su) datang menyelamatkan dengan pecahkan sarung kat kepala dia, masa tu dia dah tercunggap-cunggap dah hampir lemas. 


Hahahaha apa dah aku meraban pasal anak-anak kucing pulak nih. Tapi seronok main dengan dia orang ni, kalau sehari tak nampak rasa macam rindu jer. Sebab anak-anak kucing ni aku tak bagi keluar rumah dan letak kat satu bilik air yang kami tak gunakan, berkunci dan tak dibenarkan bebas dalam rumah. Selalu lah dia orang jadi zombie langgar-langgar pintu semua. Hehehehe cian kucing aku. 

p/s : last 2 weeks aku pergi operate Barney, sebab aku takut dia peknen lagik. Nanti tak terjaga kebajikan kucing-kucing ni kalau banyak sangat.  Nak kasik kat orang anak anak kucing ni tak sampai ati, sebab dah sayang sangat kat dia orang.