Wednesday, June 29, 2011

KENDURI KAWIN DI SERI MELAYU



Sorryyyyyyyyyyyy ... lambat betul nak meng'up-date' kisah ini. Sibuk bebeno kisahnya, baru hari ni boleh nak bernapas dengan leganya. Tapi masih banyak jugak kerja yang menanti untuk dikerjakan. Ini kisah 'attend' majlis kahwin kat Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay Kuala Lumpur pada 5 Jun 2011 yang lalu. Minggu ke 2 cuti sekolah. Lama dah pun, dah berkulat cerita nih ... hehehe. Sebab lama sangat duk dalam Kotak 'Draft'. Nak dibuang sayang, bolehlah nak dibuat reference untuk anak-anak dan diri sendiri nanti


Majlis Kawin ni adalah majlis sedara-mara. Mak Pengantin Pompuan adalah Cucu sedara Abah aku @ Nenek Pengantin pompuan adalah anak sedara abah aku @ Nenek Pengantin pompuan adalah sepupu aku. Ada pening tak ... hehehe. So Pengantin adalah Cicit Sedara Abah aku. Ini family Abah dari Johor. Merata anak sedara abah yang tinggal kat Johor. Ada yang masih hidup dan ada yang dah meninggal dunia. Kira abah aku umurnya lagi muda dari anak sedara sendiri.



Yang bertudung tengah borak dengan mak aku tu lah anak sedara abah a.k.a. sepupu aku. Ceh! jahat kau peros ... mentang-mentang lah orang lama, gambo terus black and white macam zaman perang jepun tuh .... Sihat lagi sepupu aku nih, masih ingat kat aku :)



Majlis-majlis macam ni jer lah yang dapat menemukan kami semua. Iyelah pulak, semua duk jauh kat Johor nun. Masa raya tak larat lak nak pusing satu Johor. Nak kata satu Johor, satu Kuala Lumpur ni pun tak abis pusing lagi masa raya. Tengok lah tu, abah aku yang hensem tu tengah menulis nombor nombor tepon anak anak sedara dia. Baru aku perasan, anak sedara tok abah pun rambut semua sama macam kaler abah ... putih kesemuanya. Kat sini jugaklah jumpa sedara kat KL yang jarang ketemu.




Segak tak anak teruna aku ... hehehehe. Kena pakai baju melayu, sebab dah tertulis kat kad jemputan tu. Orang pompuan kena pakai baju kurung dan orang lelaki kena pakai baju melayu. Semua orang kena pakai pakaian tradisional. Best gak ... lawa jer semua orang. Tak ada yang pakai T-Shirt tengkorak atau Manchester atau Arsenal atau Chelsea kat sini. Nasib baik anak-anak aku suka pakai baju melayu.










Makanan banyak ... boleh tahan sedap jugaklah. Berbagai kuih dan buah-buahan. Paling best sirap selasih. Anak aku kata selasih ni telur katak. Tak nak minum lah konon, dia orang minum sirap kosong jer. Tapi rasanya tekak aku ni lagi suka makanan yang di'serve' kat Kampung Pengantin. Suasana dalam ni berair-cond dan nyaman tapi agak sempit, sebab banyak meja kan. Rate paling murah untuk majlis kawin kat sini ada RM58.oo satu kepala. Info yang ni aku google jer. Kan dah kata ... beso sungguh modal nak kawin sekarang nih.





Majlis yang sangat meriah. Biasalah orang Johor lepas sanding mesti ada acara baling duit syiling dan gula-gula. Berduyun-duyun kanak-kanak di hadapan pelamin, tak termasuk anak aku ... malu lah pulak kononnya kan. Kalau lepas pun Aran sorang jer lah, yang lain semua dah beso macam orang dewasa. Yang seronok nyer ada kumpulan ghazal ... sedap jer telinga mendengar musik musik seperti ni kat majlis kawin. Bisa menambahkan selera makan yang sentiasa berselera :) Eh! itu jer lah nak cerita :)


Monday, June 13, 2011

KAMPUNG PENGANTIN

Hari ini bermula semula sekolah penggal ke 2 ... Back to School. Baru je berlalu 2 minggu cuti yang sangat-sangat sibuk. Dan sebermula dari awal cuti hari tu, tiap-tiap minggu aku 'attend' Majlis Wallimatul Urus. Sekolah start cuti 28hb Mei hari tu. Di hari yang sama sebermula cuti sekolah tu kami sekeluarga dapat jemputan ke Majlis Perkahwinan di Kampung Pengantin Setapak.


Yang ni kenduri kawin kakak kepada kawan Kak Long. Memula tu macam malas lak nak pergi, tapi sebab Kak Long beria-ria mengajak dan kawannyer telah mengingatkan berkali-kali untuk datang, dengo pulak KAMPUNG PENGANTIN ... macam best lah pulak. Tak penah sampai pun tempat ni, tapi selalu dengar kat TV dan paper jer. Tak dapat bayangkan masa memula tu. Berpusing jugaklah sebelum sampai kat sini, walhal senang sesangat pun nak sampai dari jalan besar, Jalan Genting Klang tu. Aku terkonpius, ingatkan sebelah Wardieburn Camp dan JPJ Setapak, tapi tersasar dari 'ingatkan' tu. Hahaha! kena gelak dengan anak-anak sebab macam konfiden giler. Lepas tu baru terhegeh-hegeh aku nak buka peta kat kad kawin tu, tapi susah gak ... sebab malam kan tak nampak jalan. Lastly sampai gak.



Memula nak masuk area tu, tersangatlah banyak lopak lopak air, macam nak masuk kampung setinggan. Cuaca lak baru lepas hujan, molek bebeno ler ... serupa masuk kawasan sawah padi menuju ke Dewan Orang Ramai hukhukhuk. Tapi bila sampai jer parking kat kawasan Kampung ni, parking sangat-sangat banyak. Tidak perlu berpusing-pusing beberapa kali yer tuan puan. Bila dah masuk jer kat dalam Kampung Pengantin nih, rasa sangat-sangat 'Impress dan Speechless'.



Wah! sangat cantik kat dalam nih, macam dalam dewan hotel persisnyer. Nyaman jer udara dan suasana. Meja banyak, tak perlu berebut-rebut atau tunggu orang abis makan. Duk ler kat situ dari awal sampai abis majlis, tak ada orang nak marah. Ruang jalan antara meja ke meja yang luas. Tak yah nak langgar kerusi orang, atau mengempiskan perut masa nak lalu lalang. Pendek kata dari 5 Bintang aku kasik 4.95 Bintanglah. Chewah!!! ada tak orang kat Kampung Pengantin baca nih ;) Yang 0.05 tu aku tolak dari jalan masuk yang tak berapa nak cantik.



Nasib baik meja dah di 'reserved' by kawan-kawan Kak Long. Cukup lah kita orang semeja 11 orang. Ciluk kerusi sebelah satu. Tempak duduk pun baik punya, betul-betul depan stage. Tempat nak ambik makanan pun dekat bebeno.



Kami tiba sewaktu dengan pengantin tengah makan beradab. Comei bebeno lah tu kan. Makanan yang sedap, kuih yang enak dan teh tariknye buat aku berulang-ulang pergi tambah dari cawan ke gelas. Sebab sedap sangat. Hish! sungguh tak reti nak malu aku nih kalau sampai bab makan-makan nih.


Ada orang tu dah berangan nak buat majlis kawin dia kat sini. Aku dah tengok website Kampung Pengantin nih. Kampung Pengantin hanya akan menerima tempahan untuk minimum 800 ke 1000 orang. Dan harga paling murah sekepala adalah 35 hengget. So setelah dicongak congak dengan menggunakan 'sempoa', harga yang paling murah untuk majlis 'Wedding' kat sini adalah RM28,000.00 sahaja. Maka aku pun kata pada yang berangan tu "Nampaknyer mak kena lah kasik hantaran kau nanti paling kurang 30,000.00 hengget yer nak" Mahalnyer harga nak buat majlis kawin zaman sekarang nih kan kan kan. Pada anak-anak lelaki mak, sila belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan pekerjaan yang bisa membuatkan korang kaya raya, nak kawin pun kena pakai duit yang banyak yer bukan macam zaman dulu kala. Nantikan episod seterusnya untuk majlis kawin di 3 minggu berturut-turut ini ;)

Friday, June 3, 2011

BERKENALAN DENGAN PATIN ... TERUS JATUH HATI

Hoye! Hoye! Hoye! Cuti Sekolah Penggal Ke-2 dah start Sabtu lepas 28 Mei 2011. Cheh! Mak bebudak yang lebih kan. Tumpang seronok sebab ... Tak payah bangun awal sangat nak prepare breakfast untuk sekolah anak-anak, tak payah jadi drebar hantar anak pergi sekolah, tak payah kasik duit belanja kat anak-anak ... Muahahahaha plus tak payah nak tempuh kesesakan lalulintas. Cuti sekolah kali ni aku cuma bawak anak-anak ke Pantai Timur. Tak ler jauh sangat setakat Pahang jer. Aku ambik cuti 30 dan 31 Mei 2011. Dua hari jer, itu pun masa balik dari cuti bos terus mengadu kat aku "U tak ada 2 hari, I boleh muntah darah oooo ..." hahahaha, macam best lah pulak dengar statement tulus ikhlas dia tu kan, rasa berharga jugak aku kat sini kan. Terperasan jap :) Wowowowowo ... dah kelaut lah pulak cerita aku nih, maklumlah dah lama tak merapu kat blog kan.




On the way to Kuantan, Abang Ngah aku merangkap Ketua Rombongan ajak singgah kat Temerloh. Dia nak suruh aku rasa Ikan Patin. Menapak lah kami beramai-ramai ke warung ikan Patin yang terletak betul betul tepi Sungai Temerloh. Kebetulan ada Pasar Tani lak kat situ. Jadinyer kereta tak leh masuk ke kawasan warung tu. Jauh jugaklah menapak dengan cuaca panas terik. Tapi berbaloi ... sangat sangat berbaloi. Best giler rasa Ikan Patin nih, sedap hingga menjilat jari. lagi sedap dari Ayam KFC. Hokey .... memang aku sangat-sangatlah ketinggalan nya, sebab dah tua bangka ni baru first time rasa Ikan Patin ... hukhukhuk



Memula masa Abang Ngah ajak tu cuak gak aku. "Aku tak mampu la nak makan Ikan Patin ni, mesti ratus-ratus macam cerita kat dalam paper tu kan" selamba jer aku cakap. Tapi abang aku kata, tak mahal lah. "Yang mahal tu kalau kau pergi makan kat restoran restoran beso tu". Warung ni memang ramai orang, kat meja masing-masing tak ada menu lain, semua masak tempoyak ikan patin ni. Abang aku cakap, kalau makan ikan patin tak yah lauk lain, kena kawinkan dengan ulam jer. Betul lah ... memang sedap betul. Makan masa nasi tengah panas, adalah pulak sambal belacan dengan ulam di waktu tengah panas terik lak tu. Abih meleleh air peluh dengan air-air hidung sekali ... hahahaha.



Seperiuk beso sekali dia letak kat tepi warung tu. Masa memula tu ingat nak makan part ekor, sebab kalau makan ikan, part ekor kan best. Tapi heran gak tu bila ramai lak yang mintak part kepala. Ghupa-ghupanyer part kepala tu lah sedap dan sangat-sangat lemak. Berebut aku dengan anak-anak cari part yang lembik-lembik tu ... hahahaha. Masa nak basuh tangan tu, jumpalah nenek yang tukang masak ikan patin tu tengah basuh ikan seperiuk. "Banyaknyer! nak masak lagi ker nih?" nenek tu kata memang dia akan berulang masak sebab warung tu tutup pukul 4.00 pagi. Tapi memang ramai orang pun warung nenek nih ... sampai tak ada meja kosong tuh.



Abih licin kita orang makan, 3 mangkuk beso masak tempoyak ikan patin nih. Tak ada lah mahal sangat. Makan tengahari untuk 9 orang tak sampai pun seratus hinggit. Insya ALLAH nak singgah lagi kat sini kalau berkesempatan nanti. Ni salah satu episod untuk cuti-cuti Malaysia kali ni ... nanti sambung lagi ek ;)







Thursday, June 2, 2011

SAYA KEMBALI LAGI ...PHEW

Assalamualaikum ... last aku tulis post pasal Tsunami dan Gempa Bumi kat Jepun. Terus Blog aku pun terkena badi tu sekali. Hambik kau berbulan-bulan aku tak tulis apa-apa ...hukhukhuk. Jepun pun dah makin pulih aku jer yang tak reti reti nak pulih. Aku sayang Blog aku nih ... mana tak nyer sejak 2006 dia ujud. Kalau manusia dah umur 5 tahun. Dah leh masuk Taska, Tadika, Taski dan sewaktu dengannya.

Dan sekarang masa untuk kembali bersiaran semula. Sibuk ... aku memang sibuk. Nasib baik anak-anak dah beso panjang. Boleh tolong aku buat kerja rumah dan ditinggal-tinggalkan kat rumah sementara aku duk opis. Nak start balik ni pun susah giler nak mula. Apa apa pun dapat semangat balik dari rakan Blogger yang tak jemu bertanya khabar macam Anak Pak Amir terima kasih dik. Tak lupa pada Reen, Yan, Abang Idan, Mak Cik Meriam dan Alia anak sedara auntie yang jelita serta kawan yang tak ada blog tapi rajin menjengah blog aku ... Masnizai, serta anakanda Nazri. Sering bertanya ... aku tak sihat ker, kenapa tak update blog. Sesungguh nyer aku sihat walafiat, syukur. Tambah tambah kilo sebab sihat sejahtera :)

Untuk kuatkan semangat berblog semula, aku nak selalu dengar lagu ini. Untuk kawan-kawan juga ... nak kasi semangat lagi mari. Semoga ada orang lagi lah nak baca blog aku nih ;) AMIN




JANGAN MENYERAH - D'MASIV

Tak ada manusia

Yang terlahir sempurna

Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah

Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia

Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa