SELASA, 28 Disember 2010
Aku tidur awal di malam 27 Disember yang lalu, seawal pukul 9 lebih gitu. Penat seh ... banyak kerja kat opis. Semua pun tidur awal kecuali Iqa duk mengodek internet. Memang tak harapkan apa-apa kejutan pun :) Tapi sumpah aku memang terkejut lepas tu. Bila sedang sedap tidur kena kejut, mata silau kena cahaya lampu ... punyerlah geram. Dalam ati memang nak marah jer kat Iqa, "Ish budak ni kan mak kata tadi tutup lampu, apasal lak buka" tapi tak terluahkan. Sebab tiba-tiba panik, apasal kena kejut tengah malam-malam buta ni, ada penceroboh try nak masuk umah ker, dengan muka Iqa yang cuak semacam. Lepas tu aku tengok kat keliling dah berkumpul semua anak-anak, muka dia orang segar dan ceria giler. Memang terkejut kena kerumun gitu bila bangun dari tidur. Lepas tu baru sedar Kak Long tengah tatang 2 slice kek cheese kegemaran dengan lilin dipasangkan ... sambil diwishkan oleh Kak Long, Iqa, Hilman dan Aran. Oh! terharunyer mak. Sampai mak paksa korang nyanyikan lagu birthday kat mak sebelum mak tiup lilin. Oh! sungguh berperangai Diktator disitu ... hahahaha.
Sangat berbangga di sini sebab Aran dah ada signature sendiri ... hehehe
Lepas suap kat mulut kek yang sedap itu ... maka disuapkan pula pada semua anak-anak satu sudu sorang. Buat berkat :) Hilman dan Aran hulur kad dan bungkusan hadiah. Kat atas tu bukan kain sarung yer korang, itu wrapping paper untuk hadiah harijadi aku. Anak-anak duk paksa aku buka adiah tu. Lama korang simpan hadiah ni yer, sejak abah balik semula ke Bintulu sampai sekarang. Kuat iman korang. Sorang pun tak bocor rahsia, termasuk si Aran yang kecik ... yang sebelum ni dia memang tak leh simpan rahsia. Patut ler Iqa duk asyik hint-hint kat aku pasal benda ni. Memang aku tak ada feel langsung masa dia hint cerita pasal benda ni. Nak tahu apa aku dapat? seperti biasa LET's SCROOL together-gether ;D
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak ada lah apa-apa sangat, mungkin biasa-biasa bagi korang. Tapi bagi aku amat besar ertinyer. Memang aku tak pernah ada phone canggih manggih macam ni. So rasa terharu lah jugak bila dapat phone Nokia C6 gini kan. Alhamdullilah, syukur pada NYA sangat-sangat dan terima kasih pada yang sudi MEMBELI dan MENGHADIAHkan phone ini . Sangat sangat suka, walaupun rasa sikit bebal, eh sikit ker ... banyak kut rasa bebal tu bila nak belajar operate guna phone ni. Terpaksa refer kat Iqa. Nak bukak buku ada sikit malas ... hehehe. Iqa lagi banyak tahu dari mak dia.
Muka-muka bahagia masa lapar
Like Atuk Like Cucu ... tak lekang handphone kat tangan :)
Aran dan air limau feberet dia
Sukernyer bila tengok Tok Abah selera makan nyer
Mak Tok pun dah suka Ayam Penyet ni ... first try makan disini
Jadi malam nyer kami ke sini ... AYAM PENYET AJO LALI di Kota Damansara. Anak-anak punya feberet restoran untuk Ayam Penyet. Kami dah try kat banyak kedai, tapi tak leh lawan kepedasan sambal belacan kat sini. Memang dah janji nak bawak dia orang pergi makan. Dan seperti biasa ramai sangat peminat ayam penyet kat rumah, tak ada pilihan lain ler nampaknyer. Dinner kami malam tu bukan sahaja sebab nak celebrate Birthday aku ... tapi juga sebab nak celebrate anniversary perkahwinan yang ke 47 tahun untuk mak dan abah aku. Juga sempena result cemerlang Kak Long dalam PMR dan Aran yang dah sehat dan selamat dari 'khatan' nyer. Rasa sangat bahagia dan gumbira bila dapat belanja orang-orang yang disayangi makan. Muka masing-masing pun happy jer. Itu lah kebahagiaan kan ... bila kita dapat bahagiakan orang-orang yang kita sayang.
p/s : tak ada hadiah yang lebih membahagiakan aku selain dari ...
"menerima ucapan Selamat Hari Lahir dari seseorang yang tak pernah sekali pun lupa mengucapkannya sejak 19 tahun yang lalu"
Syukur ALLAH
kerana memanjangkan usia ku
menyihatkan aku
dan memberi rezeki pada ku.
Semoga aku sentiasa didalam limpahan Rahmat,
Perlindungan dan Kasih Sayang MU dan keluarga yang tercinta.
AMEEN