Wednesday, September 30, 2009

KERJA LEPAS RAYA

Lama nyer rasa tak 'post' apa-apa. Lama ker? Baru jer 3 hari, macam ler rajin sangat nak update, macam ler ada orang yang nak baca Blog aku. Tapi kalau aku tak start hari ni, nanti virus malas akan terus melekat kat aku dan waktu tu berbulan bulan ler aku akan malas nak post apa-apa. Aku tak boleh nak up-date kat opis, sebabnyer terlalu banyak kerja, dan ada tugasan kat luar yang menuntut Acik turun padang bola . Sibuk ler sangat ngalahkan Presiden Osama Obama.

Tulisan kat pinggan tu 'credit' to Yan sebab bagi Idea, dan Zia sebab me'rua-rua'kan idea itu, turut mengiringi cekodok yang tak 'vogue' langsung

Hari Isnin, aku 'posa enam' untuk hari ke dua. Bangun sahur makan Sandwich Telur jer, sebab nyer kesan open house semalam masih berada di dalam usus perut ku. Then masak sarapan untuk anak-anak. Tak tahu nak masak apa, sebab dah lama tak buat breakfast. Lastly buat cokodok yang diadun bersama bebola daging yang telah dihancurkan. Hilman suker, budak ni kalau apa-apa ajer makanan yang berasaskan daging memang feberet dia. Tu yang banyak sangat daging kat badan dia yang membuatkan dia comel dan sedap dipeluk.


Hari Selasa, 'posa enam' hari ke tiga. Pagi masuk kerja lambat sebab kena pergi DBKL. Then ada Tender yang nak disiapkan. Alahai, masuk tender punya ler banyak, tapi banyak jugak lah yang tak sangkut pun. Ekonomi Malaysia memang belum pulih sepenuhnya. Harap-harap jangan ler ekonomi aku akan ikut merudum macam Saham kat BSKL sekarang ni. Sakit Acik kalau macam tu. Hari Selasa ni aku OT sampai pukul 9.30 malam. Jap-jap aku call umah, spotcheck nak tahu anak-anak buat apa, dah solat ke belum, dah makan ke belum, dah mandi ke belum, dah baca buku ke belum. Jap-jap anak-anak aku call, spotcheck mak dia nak balik pukul berapa. Hehehehe... Sempat ler aku singgah TESCO, bagus ler supermarket ni sebab dia tutup pukul 12 malam. So masa aku sampai pukul 10.15 malam tu, parking penuh lagi. Keluar Tesco dah dekat pukul 11.00 malam. Best balik umah jalan tak jem pun. Smooth jer.



'My Work Station', yang kat belakang tu ler sofa pink kesayangan @ tempat aku selalu tido



Hari ni pulak, Rabu 'posa enam' hari ke empat. Pepagi aku kelamkabut sebab kena 'furnish' kan tender yang nak dihantar. Nasib baik dekat jer JKR Sultan Salahuddin tu. Balik opis, kebabom aku titon. Best nyer, masa 1 jam yang berlalu tak terasa... alamak, nak kena bangun ker, rasa macam tak puas tido lagi atas sofa pink ku yang empok dan gebu. Petang lak, kemas-kemas opis sebab esok kita orang nak buat Majlis Opis Terbuka, sempena Hari Raya. Acik suker bebenor tang mengemas ni, sanggup ler ubah-ubah susun atur opis nak kasi cun di mata sendiri, dimata orang lain lantak ler cun ker tak cun, ado acik kisah. Tapi opismate aku tak kan perasan nyer. Yang opismate aku perasan hanyalah makanan yang dihidangkan sedap ke tak sedap, best ke tak best.

Ni haa, dah balik umah baru ler sempat nak update. Kak Long suruh bukak Blog ni staplerkertas.blogspot.com. Kawan dia yang bernama Iman Sakinah telah meng'post' cerita pasal 'Surat untuk Mak Ana'. So sweet, pandai yer Iman bodek auntie nak suruh Kak Long tido umah awak nanti masa Open House. Esok jer lah auntie jawap ek. Kalau jawap awal awal tak dramatik dan tak suspen lagi la kan. So terus kan lah usaha murni untuk membodek Auntie. Muahahahaha... auntie suker.

Iman -- Auntie suker dengan gaya penulisan dan pic dalam your Blog. Always inform that to Kak Long. Tak caya, tanya dia.

Sunday, September 27, 2009

BERAYA LAGI

7 Syawal @ Hari Raya Ke Tujuh. Hari ni tak kerja. Tapi totap kena bangun pagi. Solat Subuh, kejutkan seisi rumah Solat Subuh. Hari ni aku masak nasik lomak. Rindu ler, sebab dah lama tak dapat makan nasi lemak. Lepas makan lepak jap tengok 'The Nanny' di Channel Hallmark. Biar pun dah berulang kali tengok cerita ni, tapi aku tak penah ler jemu. Aku suka tengok sitkom dan movie yang kelakar. Paling tak suka tengok cerita perang, cerita sedih atau cerita hantu - sebab stresss dan tension. Tak suker sangat-sangat. Tapi kalau tertengok cerita Thriller tu layan ler jugak, then anak aku lak tension sebab mak dia penuh perasaan, macam macam bunyi aku buat sebab suspen sangat sangat. Hari ni ada undangan ke Pantai Dalam lagi, sebab Abang Ngah dan Kak Ngah buat sambutan "Birthday Fendi' yang ke Lapan. Dia pesan suruh datang sebelum pukul 2 ptg.





Seawal pukul 12.30 tengahari dah keluar rumah. Disebabkan tak sompek nak beli hadiah, bagi duit jer leh. Jem lah pulak kat depan Parlimen. Punyalah panjang, rupa-rupanya ada lak lori rosak kat situ. Gedebak gedebuk sampai Pantai 5 minit sebelum pukul 2 ptg. Macam VIP lak rasa, kita orang sampai jer, start upacara tiup lilin dan potong kek. Sedap Birthday kek Endi. Makanan yang Kak Ngah prepare pun sedap. Ada Kuih Jala, Spaghetti goreng, Nasi Himpit, Kuah Kari Ayam, Rendang Dendeng dan kuih muih.



Dalam perjalanan balik, kita orang sempat singgah Mid Valley/Gardens. Dah lama sungguh aku tak sampai sini., dekat setahun ada kut. Just pergi MPH dengan Toys'R'us jer. Kat MPH sempat merembat 3 novel. Dah lama tak beli dan baca Novel, yang pasti Kak Long ler suker, sure lers dia yang habis 'Khatam' dulu semua novel ni. Kat Toys'R'us, kita orang buat kerja giler. Entah hapa hapa, pantang nampak benda pelik sikit ambik gambar. Especially kat tempat topeng-topeng muka. And anak anak aku memang 'have a good time and fun here'. Tak beli satu habuk pun. Kak Long jer yang beli sebotol air mineral, sebab terlalu dahaga.



8 Syawal @ Hari Raya Ke Lapan. Bangun se awal pukul 5 pagi. Lepas solat sunat, terus ke dapur sebab nak masak kek. Nak bawak ke rumah yang jemput kita orang pergi 'Open House' hari ni. Tak masak sarapan hari ni. tapi anak anak mengidam nak makan 'Maggi'. Sebagai ibu yang baik hati (harus muntah darah korang dengan ayat ni), maka aku pun gigih ler masak air untuk rendam maggi. Macam ler berat sangat nak masak maggi kan. Mengada ngada sungguh mak dia. Tengok ler muka muka kemaruk rindu kat Maggi.


Then lepas kemas rumah. Maka bersiap pergi rumah Kak Zarah sepupu aku yang tinggal kat Kundang. Dia jemput orang datang seawal pukul 6 pagi. Sebab dia panggil orang masjid lepas Solat Subuh. So kira aku sampai pukul 11 pagi itu adalah dikira lewat ler jugak. Dia buat Nasi Lemak Kukus. Baru jer semalam makan nasi lemak. Tapi anak anak aku ni bukan kira, belasah jer, bertambah tambah lak tu dengan muka yang tanpa punya perasaan malu pun. Nasi lemak dia sedap giler. Hilman sampai nak tambah untuk kali ketiga. Ternyata dia buruk lantak, lupa nak baca Bismillah kut. Kenyang giler,walhal nak pergi another open house lagi lepas ni.




Perjalanan seterusnya adalah ke Bukit Rahman Putra, rumah Fatin kawan Kak Long dan Iqa. Dan sekarang dah jadi kawan aku juga, kan Fatin kan. Fatin nak kawan dengan auntie kan? Walaupun auntie ni macam Iqa gak suka buli buli fatin kan kan kan... Waktu ni dah ramai dah kawan anak-anak sampai. Seronok dia orang bila berjumpa, macam setahun tak jumpa, walhal esok dah nak sekolah lak tu. Budak lelaki yang aku kenal Fawwaz dan Ammar serta adik lelaki Susu. Budak pompuan lak ada Iman, Adrianna, Anisa dan Susu. Then kejap lepas tu Amri dan Anis pun datang.



Makanan pun sedap-sedap kat sini. Ada satay, mee kari, nasi impit. Alahai rugi lak makan banyak tadi. Slow-slow makan, share satay dan nasi impit dengan Aran. Lama sikit ambik sikit Mee Kari. Hilman, Iqa dengan Kak Long macam dah tak larat nak makan. Tapi sumpah Fatin, sedap sedap makanan kat umah awak. Balik terus rumah dalam pukul 2 macam tu. Sebab tak larat nak pergi mana mana. lagi pun esok dah nak sekolah. Kalau berjalan lagi mesti penat untuk preparation esok.


Bagi aku yang paling penting dalam hidup sekarang ni adalah bila dapat membuatkan anak-anak bahagia, sebab kebahagian mereka tu lah sebenarnya kebahagiaan aku. Dan adalah penting bercampur gaul dan mengenali kawan anak-anak dan mengenali keluarga mereka kalau berpeluang ler. Kita join sekali aktiviti mereka kalau boleh. Kawan anak-anak aku secara automatik menjadi kawan aku jugak. Tu yang kadang kadang lupa diri yang aku ni dah tua. Bila bersama dia orang ni, aku jadi kanak-kanak riang semula. Indah nya hidup... ;)

Monday, September 21, 2009

SELAMAT HARI RAYA 1430 HIJRAH/2009

* Peringatan : Post kali ini adalah panjang melalut, kalau malas nak baca tengok gambar je lah yer.

Salam Eidul Fitri pada semua, mohon ampun dan maaf zahir dan batin, sekiranya dengan sedar dan tanpa sedar telah melukakan. Malam raya seperti biasa amat sibuk. Sempat lagi buat 'last minute' shopping kat PKNS Shah Alam lepas berbuka posa dan masak kek. Sebab nak cari kasut raya Iqa dengan selendang Kak Long. Ramai nyer orang tok sah ler cerita, walaupun waktu tu dah pukul 10.30 malam. Dia orang jual kuih dan barang lain secara lelong jer. Maklumlah, esok dah nak raya. Sempat ler belikan Mak Tok 'Mama Carrie'(entah betul ker ejaan dia entah). Sampai rumah dah pukul 12.00 ++. terus tido.




1 Syawal @ Hari Raya Pertama. Bangun seawal pukul 5 pagi opppsss ... tak sahur ler hari ni sebab dah RAYA. Tapi kena siapkan tempahan kek bagi mereka yang berada berdekatan rumah sahaja. Then lepas siap prepare kek, mandi sunat Aidil Fitri, siap-siap ambik air sembahyang, bertolak ke Masjid Al-Hikmah, untuk solat Aidil Fitri. Best sebab, tahun ni kawasan solat muslimah besar dan selesa sekali tak macam tahun sebelumnya. Balik masjid, beraya kat rumah mak aku jer @ Mak Tok yang hanya beberapa langkah jer dari rumah aku. Mak Tok masak Nasi Dagang, feberet aku tu... sedap giler. Ada lah jugak, nasi impit (nasi plastik bungkus), kuah kacang, rendang daging dan kari ayam, masak lemak ikan tongkol.


Tema baju raya kita orang untuk tahun ini adalah biru kekelabuan. Kebetulan famili Abang Ngah pun kaler serupa, sumpah tak janji. Yang kelakarnya, baju Aiman sepapan sama dengan baju En. Hashim, Hilman dan Aran. Baju Maisarah dan Yayah pun warna sama. Tu gambar atas sebagai bukit bukti. Posing kat dapur pun jadik. Then dalam pukul 2 ptg, kami bertolak ke Kampung Jawa, Klang. Beraya lak dengan orang Klang atau dalam erti kata lain, sessi mengutip duit raya di belah Klang. Mak Klang masak Soto selain dari Nasi Impit, Rendang, Sambal Goreng dan sebagainya.


Then kami berkonvoi ke rumah adik beradik mak. Firstly pergi umah Pak Lang @ Atuk Kura-kura(sedapnyer nasi minyak Mak Lang), Pak Udin, Mak Ijah and last sekali umah Mak Ngah. Then balik semula Kuang dalam pukul 7 petang sebab bebudak lelaki dah janji dengan sepupu kat Kuang nak kenduri bunga api dan mercun hingga ke titisan terakhir.




2 Syawal @ Hari Raya Ke Dua. Terbabas bangun lambat. Penat beraya semalam membawa ke hari ni. Ecececeh... alasan jer tu. Hari ni lepas Solat Zuhur beraya kat rumah Abang Ngah di Pantai Dalam. Then ke Gombak rumah Mak Pah dan Mak Ngah. Tapi Mak Ngah lak tak ada rumah. Langsung ke Greenwood, rumah Mummy Ros @ Mak kepada Kak Long.




Kat rumah Mummy Ros telah kami jadikan Lokasi Pengambaran Raya. Sebab umah dia lawa dan mempunyai pencahayaan yang cantik. Dah ler semalam tak sempat nak ambik gambar famili. Haa... ambik kau, bergambar sakan lak kat rumah orang. Memang ler muka kita orang ni tak tahu malu. Nasib baik umah kerabat sendiri. Cucu Mak Tok ramai pompuan. Cian Aiman asyik kena buli jer dengan sepupu pompuan dia, termasuk ler anak aku.





3 Syawal @ Hari Raya Ke Tiga. Balik semula ke Klang. Tak banyak jalan hari ni. Lepas Asar pergi umah Mak Lang sebelah rumah mak, then lepak umah Mak jer. Lepas Maghrib berjalan kaki beramai-ramai, macam rombongan meminang ke rumah Pak Andak. Sebab rumah dia tak jauh dari rumah mak. Balik dari rumah Pak Andak, berkonvoi sebanyak 4 keta ke rumah Mak Su Yah. Dekat jer, tak sampai 2 minit drive. Lepak sampai pukul 10 macam tu balik umah mak.





Balik dari umah Mak Su Yah, bebudak lelaki sibuk nak main munga api dan mercun. Kita orang ramai-ramai lepak kat luar umah. Tapi Sarah, Ain dengan Alia lepas geram, main jugak bunga api. Nasib baik tak terbakar baju kurung yang lawa tu. Siap sessi ambik gambar lagi. Dah besar besar cucu pompuan Atuk Dollah ... dah leh kawin dah. Alia, Sarah, Kak Long, Ain dan Iqa ... posing gedik tak hengat dunia.






4 Syawal @ Hari Raya Ke Empat. Buat kerja giler, pergi lawat sedara kat IKEA. Hehehe... sebenarnya ngidam Swedish Meat Ball. Then nak jamu mata (sessi terapi stress). Iqa dengan kak Long lak nak gi melawat baju kat Factory Outlet di Ikano. Tapi tak beli pun. Sayang nak keluar duit raya ler tu. Then gi Cafe Ikea. Makan Swedish Meat Ball sampai muak... tak senonoh betul. Kak Long memula nak beli Karipap Ikea, tapi sebab dah kekenyangan tak jadi nak singgah. Ingat kan tak ada orang kat Ikea, tapi ramai jugak yang macam kita orang sebenarnya yang melawat sedara kat sini. Balik singgah TESCO Mutiara Damansara, cari apa-apa yang patut sebab esok kawan-kawan kelas/sekolah Kak Long nak datang beraya.


5 Syawal @ Raya Ke Lima. Bangun awal. Masak kek. Then pergi kedai runcit/kedai kopi cari sarapan. Sebelum masak kena makan dulu. Aku masak Spaghetti dengan Kuetiow goreng jer. Fatin dan Mariam dah datang seawal malam tadi. Nasib ler korang datang awal, kena jadi buruh paksa Auntie. Then around pukul 9.30 macam tu, Susu, Fawwaz dan Azwan datang. Makan kuih jer lah korang sebab auntie tak siap masak lagi. Dalam pukul 12.oo lak Anis, Intan dan Amri datang. Tepat pada masanya makanan dah siap. Elok jer lepas tu Ammar dan Afiq datang. Join ler makan sekali. Then Shafikah and famili. Lastly Ira lak sampai. Then hantar dia orang ke rumah Amri lak. Dah petang tu, tolong hantar Mariam dan Fatin balik. On the way, jumpa ler Fawwaz kat depan sekolah, so offer hantar dia balik sekali ke Merbau Sempak. Tak sangka lak Fawwaz ni berjiran dengan Eyzzah (Blogger yang dah jadi kawan aku) Cantik rumah awak Fawwaz.

Alhamdullilah. Laku makanan aku. Sedap ler kut, chewah ayat perasan. Terima kasih ler anak-anak yer sebab sudi datang ker rumah Auntie. Harap-harap korang tak sakit perut makan kat rumah Auntie, maklum ler Auntie bukan pandai masak pun. Seronok menerima kehadiran korang semua ke Teratak Buruk Auntie. Jangan serik datang lagi ek.

6 Syawal @ Hari Raya Ke Enam. Hari ni aku start Puasa Enam. Hari ini jugak aku start kerja. Tak ramai pun yang dah start. Rajin ler kunun. Ingat leh ler relax, tapi hampeh. Banyak nyer kerja tetiba, dari pagi membawa ke petang, siap kena OT lak sejam. Aku buka posa dalam keta...huwa huwa huwa... Gini ler nasib orang yang berkampung di Lembah Klang. Tak perlu journey jauh jauh mengabihkan masa dan minyak di jalanan serta menambah kan kesesakan di Lebuhraya, dan mengadap kesesakan yang berjam-jam. Untung jugak kan kan kan...

Tuesday, September 15, 2009

PERSEDIAAN RAYA ?

Pejam celik pejam celik dah 25 Ramadan dilalui. Waktu ni aku pun start ler menggelabah. Jiwa tak tenteram. Kuih raya kegemaran anak-anak banyak tak buat lagi. Langsir Mak Tok tak jahit lagi. Baju raya baru nak pergi ambik, rumah tak berkemas, duit raya tak masuk sampul lagi, kek tempahan tak prepare lagi...antaranya lah. Mana lah tak ponteng Terawih, jahatnyer aku. Sepatutnya di 10 malam terakhir ni lah kena banyakkan ibadat, tapi acik ni masih mengejar dunia. Tension... Dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Ditambah lagi dengan kerja-kerja tambahan. Makin tak cukup tidur lah Acik.

Semalam ingat nak start jahit langsir Mak Tok. Ada pulak Majlis Berbuka Puasa kat luar. So lepas pejabat around 6.00pm dah keluar rumah. Takut jalan jem dan tak ada parking. Sebenarnya nak survey dan 'chop' makanan. Ngeh ngeh ngeh ... buruk lantak , buruk perangai sungguh. Ingat boleh ler balik cepat. Dah tu VIP lambat balik, tak kan nak balik dulu kan. And it last until 9.00pm. Sampai rumah dah pukul 10.00 malam ++. Semangat berkobar-kobar nak menjahit dah tinggal hanya beberapa inci jer. Iqa pulak mintak tolong 'furnish'kan assingment dia. Mata dah tak leh angkat. Kebabom... tidur ler akhirnya.

Semekut 'Cornflakes' yang dibuat minggu lalu dah tinggal setengah tin jer. Huwa huwa huwa. Nak kena 'Top-Up' ler ni. Kalau tidak memang tak sempat nak bawak ke raya nanti. Mana tak nyer, lepas buka posa, anak-anak semua akan kejar tin biskut nak makan. Belum kira Kak Long buat bekal makan dalam keta masa tak leh posa. Macam ler sedap sangat. Tapi sebenarnya dah tak ada biskut lain yang boleh dimakan.

Esok aku cuti, sebab nak menyudahkan kerja-kerja tambahan. Harap harap leh settle semua. Amin.

Saturday, September 12, 2009

PELITA RAMADHAN

Balik dari opis petang semalam, sempat minta orang sebelah belikan minyak 'gas' untuk pasang pelita malam tadi. Dia cakap masa beli tu, semua minyak gas dah abis, tinggal sikit jer untuk aku. So malam tadi, kami mula ler memasang pelita, ambik berkat malam 21 Ramadan. Seronok, yang excited lebih lebih mak dia, mengalahkan anak-anak dia. Mana tak nyer, dari minggu lepas dah siap belikan pelita kat Giant. Tapi cubaan aku kira gagal lah jugak. Sekali masa pasang pelita tu sebab sumbu terlebih, jadi besarlah pulak api dia, nak adjust tarik sumbu dah malas nak main minyak. Jadi nyer, pelita kami bertahan hanya untuk 2 jam jer :) dan salah satu pelita yang dibuat dari plastik itu cair dek sebab panas sangat kut. Pandai kan aku... Hahahaha. Anak-anak aku pulak sebab tak ada bunga api, sanggup pergi cari ranting kayu kat belakang rumah (untuk makluman aku duk tepi hutan yer). Cucuh kat pelita, bila ada bara dia orang pusing so nampak ler cahaya. Cian nyer anak-anak aku.



Masuk dapur lepas tu sambil-sambil nengok Nur Kasih sempat ler aku buat 2 adunan kek. Yang ni ada orang order, dia kata nak bagi jiran-jiran dia. Dengan dibantu oleh Hilman dan Aran, dan seperti biasa Maisarah sebagai pemerhati tak bertauliah. Gigih budak dua orang ni, mengadun segala benda-benda tu. Alhamdullilah, ringan sikit kerja mak.


So pagi tadi, lepas bersahur, aku buat topping untuk kek coklat ni. Sempat lah lagi sebab orang yang pesan nak datang ambik kek tu petang ni. Toppingkan sekali biskut raya. Biskut ni kak long bagi nama 'BTJ'. Korang nak tahu, sebenarnya biskut ni tak menjadi. Tapi rasa dia boleh ler tahan. Nak buang, Aran tak kasi, sebab dia kata sedap, dia nak makan. So apa ler idea aku nak bagi biskut ni cantik menarik tertarik debom.

Maka acik pun mentoping ler macam Biskut Almond London, letak choc. rice yang ada banyak kaler. Hmm menarik jugak BTJ - Biskut Tak Jadi ni. Setelah di test oleh Kak Long dan waktu tu mak duk sebelah dengan berdebar-debar nak dengar komen QC... dia kata, rasa ada macam Almond London cuma tak ada Almond je. (Haaa... pecah rahsia Kak Long tak leh posa, sowi Kak Long)

Mata Acik sekarang ni dah kelabu kepala dah berpusing pusing, sebab seperti biasa tak cukup tido. Melayan anak-anak sampai pukul 12.30 malam. Aran suruh korekkan telinga dia, lepas tu dia suruh gosok 'Vicks' lak kat belakang dia. Iqa pun nak juga, suruh letak dan urut belakang dia. Hilman yang tido-tido ayam pun nak jugak. Sambil-sambil berurut, bercerita dengan anak-anak cerita lama-lama, nyanyi nyanyi, gelak gelak. Tengok jam dah melepasi pukul 12 malam.... alamak ! esok pukul 4 dah nak kena bangun. Berapa jam jer lah aku tido. Mengantuk gilerrrrrrrrrr nih ............


Friday, September 11, 2009

REHAT KAN MINDA ANDA SEBENTAR DENGAN ...

... mendengarkan lagu ini. By Opick. Dia ni lah pencipta lagu 'Dealova' yang femes tu. Tapi itu masa dia tak insaf lagi @ dalam erti kata lain, masih belum diberi petunjuk lagi. Sekarang ni dia nyanyi lagu berunsur ketuhanan jer. Totally change penampilan, siap pakai 'Semutar' lagi.





Amat-amatlah terkesan di hati bila mendengarnya. Rasa meleleh air mata darah, insaf sekejap. Betapa kerdilnya hidup aku di sisi NYA. Aku tak ada apa apa tanpa NYA. Terlalu banyak yang diberikan pada aku, dan terlalu sedikit aku membalasnya. Itu pun aku masih lalai dan leka lagi. Sob sob sob...

Thursday, September 10, 2009

BER 'TADARUS'




Hari ni aku rasa ngantuk sangat. Mungkin sebab tak cukup tidur kut. Malam tadi tidur pukul 12 tengah malam, bangun lak pukul 4.oo pagi untuk masak sahur. Aku takut terbabas waktu sebenarnya, sebab malam sebelumnya aku kesiangan. Sedar sedar dah pukul 5.05 minit pagi. Terkezut beruk aku. Terus mata tak mengantuk lalok macam selalu. Selalunya kalau bangun sahur aku akan kunci jam pukul 4, tapi bangunnya pukul 4.30, boleh pulak aku akan bersila dulu dalam 5 minit sambil tutup mata, nak cari feel ler kunun untuk bangun. Nasib baik la masa lewat bangun tu ayam dah dikeluarkan. Dan mee hoon yang tak jadi masak dah ada. Acik apa lagi. Goreng mee jer lah. Nasib baik sompek. Kalau idak, kelaparan ler anak anak ku.



Nak cerita pasal Tadarus sebenonya. Bukan aku, tapi Hilman dan Aran and The Geng. Dah dimulakan sejak awal Ramadan lagi, atas nasihat ustazah yang mengajar dia orang. So, dia orang dengan inisiatif sendiri telah mengadakan Tadarus sesama mereka, bertempat kat rumah aku setiap malam. Diketuai oleh Hilman, sebab dia dah 2 kali Khatam compare to others, dan bacaan dia okay lah jugak. Semua sekali ada 7 orang, anak-anak jiran jer. Yang paling aku tak sangka, Hilman punya lah garang time membetulkan bacaan, dah lah suara dia semulajadi kuat giler. Aku pun takut dengar. Sebijik macam Tok Abah waktu masa ngajar aku ngaji...terkonang acik masa kecik dulu :)



Kalau ada rezeki anak anak ni, lepas Tadarus adalah kuih-kuih sikit buat dimakan bersama-sama. Part ni pulak salute kat Aran. Dia cukup pandai layan tetamu makan. Hilman pulak boleh buat 'derk' jer. Anak-anak ni pun baik, kalau dah makan tu siap kemaskan dapur, basuh pinggan sekali. Pandai bawak diri. Hmmm... gitu ler aktiviti bulan posa Hilman dan Aran untuk setiap malam, kalau tak balik Klang ler. Harap-harap di Ramadan yang lain pun usaha murni ni dapat diteruskan. Amin.

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09


Wah! Cantiknyer tarikh hari ni kan. Kalau artis artis tu, sure ramai yang pilih tarikh ni untuk bernikah. Yang bukan artis pun ramai gak pilih tarikh ni agaknya. Teringat aku tahun lepas, tarikh 9.9.08, hari pertama Iqa ambik peksa UPSR dia. Teringat jugak aku, tarikh yang serupa ni masa 8.8.88, waktu tu aku kat ITM Part 2.


Hari ni banyak masa habis kat luar. Tempat pertama di tuju adalah Pejabat MB Selangor di SUK Shah Alam. Menapak jauh tu, parking kat lereng bukit. Lepas tu ke KPM Putrajaya. Lepas tu Tabung Haji Jalan Tun Razak. Jauh aku berpusing-pusing keliling 'Klang Valley' hari ni. Gedebak gedebuk, sampai kat opis dah dekat pukul 2 petang. 'Exhausted' giler...






Hari ni juga untuk pertama kali Malaysia telah menyambut HARI RADIO. So pagi tadi Sinar FM telah mengundang beberapa DJ yang lama-lama sebagai tetamu. Dapat dengar suara Prema dan Kak Yong Tengku Mariam. Bila dengar suara Kak Yong teringat masa kecik kecik berhingus dulu. Setiap Sabtu, kalau tak salah lebih kurang pukul 10 pagi mesti duk depan radio sebab nak dengar 'Rancangan Apa Itu...' bersama Kak Yong dan Abg Chik...korang ada pengalaman macam aku tak? Hmmm, hari ni juga adalah HARI MUFORS atau 'Malaysians Unite For Road Safety' , dimana semua para drebar keta hendaklah berikrar pada diri sendiri untuk lebih berhati-hati semasa memandu. Tapi awal awal lagi aku dah fail, tadi aku dah buat call , bersms, menulis dan membaca masa drive. Bukan suka-suka, tapi pasal kerja, dah terpaksa, urgent matters. Jahatnyer aku ni kan, bukan jer membahayakan diri sendiri, tapi pengguna jalanraya yang lain. Korang jangan ikut aku ek.




Masa driving tadi untuk pertama kali nyer dengar lagu raya dipasang di station radio. Syahdu dan sayu jer rasa hati . Suka pun ada gak sebab raya dah nak dekat. Hahahaha. Elok pulak tu dipasang lagu feberet acik. Minat sangat sangat lagu ni sejak zaman aku anak dara lagi sampai sekarang ni aku dah ada anak dara. Mungkin jugak kut aku akan terus minat sampai dah jadi nenek kepada cucu yang dara...Hehehehehe. So, korang kalau rajin tunggu sampai lagu ni abis upload, tunggu lah dan hayati lah ek. Dan aku tuju khas untuk teman se opis yang minat giler dengan lagu ni, juga untuk seseorang yang suatu ketika dulu pernah aku panggil 'Hantu' dan dia panggil aku 'Pontianak' ,tak tahulah dia baca ker tak blog aku ni :). Kalau dia baca harap dia masih ingat gelaran itu. Dengan ucapan hayatilah lagu ini...jiwang karat besi buruk lah pulak ;)





Tuesday, September 8, 2009

OPS' BISKUT RAYA


Semalam lepas berbuka, maka Ops' Biskut Raya untuk tahun ni pun bermula. Bukan hanya ada Ops Kemalangan Sifar, Ops Ecstasy, Ops Pendatang Asing, Ops Maksiat Malam Merdeka, je tau... Ops Biskut Raya pun ader ;)

Ahli Ops' yang kelihatan adalah Muka Hilman, Badan Aran, Kepala Sarah Dan Tangan Iqa (bukti mereka yang telibat ditempat kejadian)


Kak Long, Iqa, Hilman dan Aran masing-masing menyerah diri untuk turut serta dalam Ops kali ni. Dengan Maisarah sebagai pemerhati. Kak Long dengan senang hati bertanya apa dia boleh buat. Aku cakap tolong ayak tepong, dengan tepung jagung dengan baking powder. Korang tau dia ayak apa... dia pergi ayak gula icing (memang ler nampak halus mcm tepung) dicampur dengan tepung jagung dan baking powder. Nasib baik aku perasan, apasal ler tepung ni lain macam jer, hangin ler acik kejap. Aduhai, anak dara ku. Nasib baik tak sempat bancuh lagi.




Tengah bertungkus lumus mensebatikan mentega dan gula

Tak terasa buat kerja ramai-ramai. Tapi yang memula 'surrender' adalah Hilman, di ikuti dengan Iqa. Kak Long gentel sampai abis. Aran pulak tunggu sampai aku abis bakar tray yang terakhir. Aran tak buat kerja-kerja gentel, dia cuma susun biskut dalam tray, abis ler cornflakes yang jatuh semua masuk mulut Aran. Kenyang agaknyer dia malam tadi , Hahahaha...



Acara secara solo, menyusun biskut ke dalam tin oleh Aran

Yang best nyer bila aku suruh Aran pergi tidur dia tak nak tidur. "Aran nak temankan mak", itu ler kata dia. Sampai habis ler aku jemur baju, kemas dapur, buah hati aku ni masih setia di sisi. Dia tahu mak dia penat dan ngantuk, aku tengok mata dia pun dah tak leh bukak, tapi dia sanggup temankan aku. Sambil-sambil berborak dengan aku dia susun biskut masuk tin. Terharunyer aku...

Monday, September 7, 2009

HAPPY BIRTHDAY MAK SU @ JAF FARAH

Selamat Ulang Tahun yang ke 18 untuk Mak Su. Semoga sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang NYA. Amin. Acik tak tahu nak bagi apa kat Mak Su. Ingat nak beli kek jer, then kak long said nak suruh beli kad yang sebesar anak gajah. Hahahaha. Sayang nyer lah dia kat Mak Su dia (sayang sebesar gajah kut). Mana tak nyer, Mak Su dah belikan dia baju yang di idam-idamkan masa pergi Times Square hari tu kan kan kan.

Mak Su di apit oleh anak-anak sedara yang sama besar dengan dia

Hari ini cuti untuk Negeri Selangor sempena Hari Nuzul Quran, tapi tidak untuk Wilayah Persekutuan. Jadinyer, hari ini aku KERJA .... :( Anak anak semuanya sedang melepak kan diri kat rumah sempena cuti ini. Hilman dengan Aran lagi lah best. Hari Jemaat baru sekolah balik sebab UPSR start dah esok. Ingat tak nak kemana-mana hari ni, ialah due tu Selangor cuti dan tiada kerja yang melibatkan office di Selangor. Tapi 'Main-point' yang tak nak kemana-mana itu adalah disebabkan oleh jalan sure jem giler babi punyerlah. Mana taknyer, orang Selangor semua turun KL pergi membeli belah untuk Hari Raya.


Tapi tadi kena jugak keluar ke JKR Sultan Salahuddin. Nasib baik ler Acik dah biasa dgn jalan jalan kat KL (ada bau riak ker nih?) so, tahu jugaklah jalan short cut kat Bukit Tunku terus sampai Sultan Salahuddin. Tapi nak menyampai ke Bulatan Segambut dari ofis terjebak jugalah dengan jem sekejap. Bayangkan Jalan Kuching dari bawah Bulatan Segambut dah start jem. Mesti ler ramai orang kat Jalan Tunku Abdul Rahman tu macam ulat taik kan. hehehe.


Yang ni 1st time anak-anak jalan kat Dataran Merdeka...hahaha nama jer duk KL, tapi sebelumnyer tak penah turun keta, takat lalu jer

Nasib baik acik dah belikan baju anak-anak seawal bulan 5 lagi. Baju melayu budak lelaki pulak aku dah beli seawal dua bulan yang lalu. Tak larat ler aku nak menongkah arus lautan manusia dalam keadaan posa ni. Dan waktu ni sure Sales Assistant tu pun dah tak larat nak layan orang yang banyak kerenah macam aku dan anak anak aku... ;)
p/s: Gambar yang ditempek tiada kena mengena dengan cerita hanya sebagai menambah ruang ruang sepi (ece ce ceh)

Sunday, September 6, 2009

D'HARI MINGGU



Kat Tesco Batu Caves, Aran tak larat sampai kena panjat troli


Hari ni baru rasa cukup tido. Mana tak nyer lepas solat subuh aku bantai tido sampai pukul 9.30 pagi. Selalu cuma tido 4 jam jer lebih kurang :'( Hari ni nak kena hantar Kak Long pergi rumah Susu sebab dia orang ada praktis 'Oral' bagi tugasan sekolah. Lepas tu, rombongan Cik Kiah bertolak ke TESCO Batu Caves sebab nak cari bahan untuk tempahan kek cekelat dan kuih raya untuk diri sendiri. Ramai pulak orang hari ni kat Tesco, asyik jer berlanggar troli.


Hilman kat Giant Kota Damansara, Iqa sayup kat ujung sempat posing

TESCO ni kan barangan dia memang lah diakui murah, tapi masalahnyer tak ada banyak pilihan. Apa yang dicari tak ada lah pulak kat tempat ni. Ambik keputusan pergi GIANT BATU CAVES lak. Sampai jer kat situ, berpusing-pusing cari parking, tak ada kosong langsung. Bayangkan kalau parking pun dah tak ada, sure ramai giler orang kat dalam Giant tu. Perlanggaran dan kesesakan troli mesti lagi teruk dari Tesco. Salah-salah troli pun tak ada. Acik rimas ler kalau pergi tempat ramai orang ni. Tak reti nak beli barang.


Masih di Giant Kota Damansara, Hilman asyik nak jadi model hari ni sebab perasan hensem


Ambik keputusan pusing balik, ikut Duke, masuk Plus Jalan Duta lastly keluar kat Kota Damansara. Maka sampai ler kat Giant Kota Damansara lak. Nasib baik senang cari parking. Cian Aran dah monyok jer macam tak larat, penat kut posa. Iqa dan Hilman seronok jer tak kisah pergi mana mana. Kat sini best sikit, tak lah sesak dengan orang, dan dapat lah cari apa yang dihajati. On the way nak balik jer dah dekat pukul 3 petang. Hmmm....tak jadi ler rancangan ingat nak buat biskut cornflakes hari ni. Kalau start pukul 3++ kul berapa la nak siap nyer. Tak larat dah acik ni haaa....



Tengah gigih pasang rak buku D.I.Y. sendiri

Oh ya, masa pergi Tesco sempat ler rembat rak buku yang D.I.Y., murah rak tu RM9.95 jer. Ingat nak letak buku buku sekolah yang bersepah-sepah kat rumah. Balik rumah jer Hilman tak sabar-sabar nak install rak dia sendiri. Boleh tahan gak dia siapkan rak tu sendiri. Aran pulak suruh aku singgah kedai hijau masa on the way balik tu. Dia beli bunga api dengan mercun pakai duit dia sendiri. Balik rumah waktu abang siapkan rak, dia pulak rancak menyimpan koleksi bunga api kat dalam kotak... KEBABOM. Terus hilang monyok dia dapat bunga api, senyum sampai telinga ;P


'Buah hatiku' dengan kotak bunga api nyer

Saturday, September 5, 2009

SILA JAGA ANAK ANDA


Apabila berada di kawasan orang awam, seperti di pasaraya, jalanraya, balairaya, lebuhraya, bandaraya terutamanya di masjid. Ni pasal pergi Terawih malam tadi lah ni. Tak salah kalau nak bawak anak-anak untuk mencintai masjid dan mendidik untuk bersolat. Tapi jagalah anak-anak itu supaya tidak mengganggu jemaah yang lain sehingga menjadi tidak selesa dan terganggu.


Semalam waktu Tazkirah, dikala tirai disingkap antara lelaki dan pompuan. Selamba jer sorang budak pompuan aged 2 tahun ni merayau-rayau dicelah celah jemaah lelaki, lagak bagai makan angin kat taman permainan tanpa ada rasa takut dan malu. Sampai dah buat Mimbar Masjid tu tempat main dan jadikan penceramah jemputan yang sedang bertazkirah itu atuk dia. Lepas tu boleh pulak main tali microphone dan duk kat bawah meja penceramah.

Gambar ini tiada kena mengena dengan kejadian, tapi lebih kurang la...

Sehingga membuatkan semua jemaah menjadi cuak dan dalam hati mesti berkata "ANAK SAPALAH NI". Semua jemaah lelaki duk pandang kat jemaah pompuan. Boleh lak mak budak ni buat tak reti jer sambil pandang anak dia, teruja kut tengok anak dia yang berani tu. Sehingga tok imam terpaksa angkat dan bawak budak ni sambil buat announcement "Tolong ambik anak sapa ni?". Datang ler terkedek kedek abang dia umur 5 tahun tarik tangan dia, budak ni dah meronta-ronta. Mak dia boleh jer tersenyum kambing tengok kejadian. Sabar jer lah... betul tak Amri, awak duk depan sure awak nampak kan?

Nenek ni pulak tak der kat masjid semalam. Tah bawak moreh gi masjid mana lah tu

Tak abis takat tu jer dek non oi ...waktu solat terawih bermula. Start lah anak-anak dia yang 5 orang aged dalam linkungan 9 - 2 tahun buat bising sangat. Bergaduh lah, menjerit lah, menangislah, gedegang bunyi pintu, tuk tuk tuk bunyi dinding. Mak dia still buat tak reti jer, tinggi sungguh tahap kesabaran mak dia ni. Makcik makcik otai kat situ semua dah bising bising sambil memandang sinis mak dia. Memang tak selesa langsung. Hilang konsentrasi. Suara anak anak kecik tu lagi kuat dari suara tok imam tengah baca surah.


Apasal post aku kali ni macam buat police report jer ek. Hehehehe...

Friday, September 4, 2009

DAN DIA JUGA MERASAI ...

Salam Jumaat, ada ker yang jawab ek. Amboi tajuk post aku, tak boleh blah macam tajuk novel Alaf 21. Hehehehe...adoyai. Hari 14 Ramadan. Alhamdullilah puasa ku belum ditinggalkan lagi. Aku baru sampai rumah. Hari ni duk opis cuma untuk 1 jam 30 minit sahaja. Sebab nyer ada banyak kerja kat luar yang perlu dibereskan. Perjalanan jauh hari ni, tak ler jauh sangat, tapi sebab pusing pusing, abis ler jugak minyak keta aku.


Memula ke Solaris Mont Kiara ambik dokumen, then ke Shah Alam nak beli dokumen tender, tapi before that kena pergi bank dulu buat bank draft. Orang ramai ler pulak kat Bank(banyak nyer duit dia orang ni), tak ada parking lah pulak kat area Plaza Massalam ada hantu tak agak nyer kat sini. Maka tak ler sempat beli, then pejabat 'gomen' keluar awal lak sebab jemaat, kena datang balik lepas 2.45 ptg. So perjalanan seterusnya adalah ke NorthPort Pelabuhan Klang. Masuk balik Tol Bukit Jelutong keluar Tol Bukit Raja menghala ke Northport. Punyer lah jem, ialah pulak kan, dah waktu rehat semua orang nak pergi masjid dan shopping bagi pompuan ler Nasib baik tender Northport tutup pukul 3.00 petang. So tak lah In-Hurry sangat.



Maka pemanduan adalah amat berlenggang lenggok nyer bak itik pulang petang. Lori kontena lagi laju. Seriau sungguh, bergoyang goyang keta. Ini kali ke2 aku masuk port. First time adalah masa darjah 6 waktu tu rombongan sekolah. Which is tahun 1981 (hah hah ... tengah congak congak umur aku la tuh). Aku tak tahu pun Northport ni kat mana, tapi petang semalam adalah ler buat revised kat google earth dan print. Tapi aku tertinggal ler pulak map kat opis. So redah jer lah, main ingat jer map tu then follow papan tanda. Sampai pun dengan selamat.


Then pusing balik ke Shah Alam. Penat wooo, drive waktu cuaca panas di bulan posa ni ... cair kepala otak, lalu ia pun start ler menerawang. Masuk ler episod citer sedih, membuatkan hati menjadi rawan. Tapi tak ler sampai melalak dalam keta. Tetiba ada incoming call :


Mak Aran


Assalamualaikum
Wa'alaikumsalam
Kenapa suara mak macam sedih jer


Aku terpaku seketika (terkejut sebab dia boleh rasa)


Macam sedih? Macam mana Aran tahu mak sedih
Suara mak tak macam selalu. macam lain jer
Kalau mak sedih, Aran rasa apa
Aran pun sedih




Alahai, terharunyer aku. Kuat kah 'simpulan perasaan' aku dan dia. Sampai buah hati ku ini dapat rasa apa yang mak dia rasakan. Syukur, diharapkan concern Aran pada mak dia akan berkekalan sampai bila bila... Amin. Syahdu nyer perasaan.

Thursday, September 3, 2009

USTAZ ZAMRI TV9 @ MASJID KUANG


Semalam pergi Terawih, sorang-sorang. Sesampai jer orang dah Azan Isyak, terus solat Isyak. Seperti biasa lepas Isyak mesti ada Tazkirah. Dan Ustaz jemputan semalam adalah Ustaz Zamri yang selalu ajar bebudak ngaji kat TV9 tu. Best jugak tazkirah dia yang penuh unsur unsur humor. Dan dia jugak telah meng'imam'kan solat terawih malam tadi. Disebabkan ceramah nyer yang panjang lebar dan memakan masa hampir 3/4 jam. So solat terawih malam tadi, surahnyer adalah pendek-pendek jer. Pukul 10.15 jer dah siap complete dengan witir. Sedap sungguh suara ustaz sewaktu membacakan surah-surah masa solat tu. Hingga terkesima aku mendengarnya (chewah ....ayat skema sungguh). Lemak, merdu, berirama pendek kata lengkap lah, macam tak puas lak aku mendengarkannya. Entah bila dia datang lagi masjid ni.


Ada yang kena ustaz best tu, best ler, tapi kalau time ustaz yang agak mem'bosan'kan tu pulak kan, aku akan menutup mata (konsentrasi ler kunun mendengar) tapi kendian tersengguk sengguk tatkala duduk. Belum lagi fikiran dah ke bulan, ke bintang, ke laut, ke sungai, ke longkang lah ... sambil menerawang cekarawala dan berfikir, nak masak apalah nanti masa sahur untuk anak-anak. Hehehe... orang sebelah pun perasan kut. Kalau ada Kak Long dengan Iqa lagi lah pulak, dia orang boleh selamba jer buat Tazkirah sendiri. Entah apa ler diborakkan, bersungguh sungguh jer bercerita.



Pendek jer acik update hari ni, sebab tidak lah berapa sihat. Tapi tak lah teruk sangat. Badan jer rasa seram sejuk. Air cond pun tak bukak hari ni... jimat ler letrik ;)

Wednesday, September 2, 2009

MAK SU YANG KELAKAR


Ini ler Mak Su. Nama dalam IC adalah Jaf Farah Nur Fazreen. Panjangnyer nama dia mengalahkan nama aku. Kita orang panggil dia Mak Su sebab dia adalah anak paling bongsu dalam keluarga aku. Sekarang ni tengah ambik Diploma in Nursing kat MAHSA COLLEGE. Nama jer duk asrama, tapi tiap tiap minggu balik umah. Bulan posa ni lagi lah pulak, hari hari balik umah. Nasib ler duk dekat, kalau macam aku dulu duk kat Dungun dalam 6 bulan tu balik sekali jer. Itu pun waktu semester break. Kalau tak ada semester break, salah salah tak balik langsung. Adalah satu hari tu, masa aku tengah drive kemana tah dengan dia dan anak-anak. Dia pun bukak ler cerita ;

Mak Su waktu buat praktikal kat HKL tu kan, group kita orang kena mandi kan orang-orang yang sakit kat situ. Ada yang berbulan-bulan dia orang tak mandi. Kena ler mandi. Kalau nak tolong basuhkan orang berak tak yah cakap ler, dah selalu Mak Su kena. Nasib baik Mak Su pakai topeng, sebab mulut dah macam nak muntah dah nak wek wek. Kalau tidak mesti dia orang nampak muka yang nak muntah tu. Lepas tu kan, kita orang sebelum mandi kan orang tu kena gosokkan gigi orang yang sakit ni. Mak Su pun pergilah kat sorang nyonya tua ni. Mak Su cakap "Okay, kita gosok gigi yer", Nyonya tu pun cakap ler "Okay, tunggu sekejap". Mak Su ingat di nak buka mulut sua kan gigi dia, rupa-rupanya nanti kejap tu sebab dia nak bukak gigi palsu dia. Adoyai, tak pernah-pernah Mak Su gosok gigi palsu sepanjang idup. Geng-geng semua dah gelakkan Mak Su.

Kita orang gelak golek-golek dengar cerita dia. Dah ler Mak Su cerita penuh perasaan. Ala ala cian kat mak su, mesti nyonya tu tersengih tanpa gigi masa waktu Mak Su gosok kan gigi dia. Hahahahaha ... tak dapat nak bayang.

Perangai lebih kurang Iqa gak, suka bebenor posing depan kamera buat self-potrait. Dia memang rapat sangat-sangat dengan anak-anak sedara pompuan dia. Mana tak nyer, umur pun beza 2 - 3 tahun jer. Kalau dia orang ni berkumpul mesti nak bergossip. Dah saiz badan pun sama. Macam kawan-kawan jer dia dengan anak-anak sedara dia dan dengan pembantu rumah kat rumah mak. Memang dia orang kamceng sangat-sangat.



Gambar ni pulak masa gi Genting Highlands, bulan Feb 2009. Budak lelaki pakai baju merah sambil angkat tangan tu Hilman. Yang pose hensem ler kunun tu Aran. Budak yang macam model tak jadi dengan selendang kat leher tu Iqa. Yang tengah buat pose tunjuk langit tu ler Mak Su. Tengah mencangkung ayu tu Inas, anak abang long. Pakai tudung merah sambil control cantik tu Kak Long. Cekak pinggang macam cikgu beso tu Iman, anak Abang Long. Yang pose macam nak ambik gambar kelas tu Timah (kak long panggil dia Kak Tim) pembantu rumah kat umah mak aku. Ada banyak lagi cerita kelakar Mak Su, next time lah yer.

Tuesday, September 1, 2009

MARI PERGI PASAR


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 untuk MALAYSIA semalam...Hip Hip Horey... kita dihadiahkan lagi dengan kenaikan harga minyak. Acik 'suker', 'suker' sangat sangat sehingga mengharapkan kenaikan lagi dan lagi dan lagi. Itu lah agaknya hadiah kemerdekaan yang diberikan untuk kita semua. Lepas ni kita tak yah terkejut lak kalau semua barang kat kedai runcit Pak Mat Tempe akan naik dengan harga mendadak. Nasib baik ler aku dah isi penuh minyak untuk Cik Kiah dan Cik Siti sehari sebelum rega minyak naik. Tak ler rasa sakit hati, sakit kepala dan menanah jiwa dan bakul hati ku (dalam erti kata lain jiwa raga).



Semalam, aku ke Tesco dengan anak anak sebab nak pergi membeli barang dapur dan stok barang kering yang dah benar benar kering. Anak-anak aku kalau masuk pasar yang basah-basah macam chow kit tu, kirim salam ler awal awal, lebih rela tak keluar keta. Masuk kedai yang ada jual barang basah pun tak moh, kata busuk ler, air dia kotor ler, geli ler ... itu ler anak anak merdeka sekarang. Banyak songeh. Tapi kalau pergi pasar moden macam Giant, Carrefour ker atau Tesco. Tak yah diajak, masing masing volunter diri sendiri nak ikut. Siap pakai lawa lawa lagi macam nak gi dating.




Dalam keadaan posa ni, bebudak ni tengok peha ayam pun dah rasa menyelerakan

Aku sempat snap gambar kejadian yang telah berlaku semalam di market. Maaf ler sebab mutu gambar adalah 'kureng' cantik, maklum ler guna handphone jer tak sempat nak cari kamera. Lawak ler bebudak ni, mulanya aku nak beli ayam yang dijual sekor sekor tu, tapi dia orang tak nak, semua nak makan part peha ayam. Hilman dengan rela hati telah pergi mengambil plastik sendiri, dan dengan gigihnya pilih sendiri, cari yang beso-beso macam peha dia. Kalau kecik-kecik macam peha Aran, tolak tepi. Upacara pencarian peha ayam telah diketuai oleh Hilman dan diiringi bersama oleh Kak Long dan Aran yang hanya menunjuk-nunjuk sahaja. Sampai budak yang jaga ayam tu pun tergelak-gelak nengok kerenah dia orang ni.






Kat troli pun sempat posing, rimas mak tengok rambut Iqa yg mcm hantu Ju-On tu hehehe
Iqa tak join, sebab dia penggeli ler kunun. Tengok jer dari jauh sebelah mak. Kalau takat tolak troli tu atau beli barangan kering tu pass ler kat dia. Iqa punya perangai, dia akan korek yang belah dalam-dalam, yang pack dia cantik dan belum ternoda oleh tangan-tangan gatal pembeli. Kalau barang makanan dalam tin lak, Iqa akan cari tin yang tak ada kemek atau calar pun walau sikit dan mesti tarikh yang latest. Barang makanan dalam botol lak adalah mesti cantik dan bersih serta tidak berhabuk. Kalau mak dia terambil barang yang tidak mengikut nilai piawaian dia, maka Iqa akan gigih pergi balik kat rak tempat barang tu walau sejauh mana pun dia sanggup untuk menukar yang ikut piawaian dia. Nak jadi QC Officer kut beso nanti tak pun kerja dengan SIRIM je lah.

Hish macam-macam perangai anak anak aku yang membuatkan aku nak tergelak sorang-sorang bila mengenangkan nya. Aku akan sunyi dan sepi lah agaknya tanpa dia orang ni semua, yang sentiasa jer membuatkan urat gelak dan tawa ku bekerja.