Friday, November 25, 2011

HARI HARI TERAKHIR HILMAN DI SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikum, iyer tahu ... lambat giler nak update blog yang meronta rotan nak hidup tapi tuannya cukup lah malas nak kasik hidup. Terpaksa mendahulukan yang lebih penting. Rasanyer nak merapu panjang lagi tapi takut orang boring nak baca :) macam lah ada hukhukhuk. Kali ni nak cerita pasal Hilman. Sebermula dari hari Rabu minggu lepas. Aku ambik 1/2 hari cuti sebab kat sekolah ada Upacara Penyampaian Hadiah. Untuk kali terakhirnyer Muhammad Hilman Bin Hashim di sekolah rendah, dia masih lagi berjaya untuk naik pentas. Kali ni lebih meriah, sebab dia terima hadiah untuk Tokoh Murid Lelaki, Ketua Pengawas, Matapelajaran terbaik untuk Matematik, dan Kehadiran Penuh ... Alhamdullilah. Sekurang-kurangnya adalah jugak yer. Eh! lupa Muhammad Farhan Bin Hashim pun dapat adiah jugak. Untuk Matapelajaran terbaik bagi Pendidikan Jasmani ...jadilah yer ;)


Yang ni Man terima sehari sebelum hari penyampaian.


'Trophy' yang Man terima, kotak merah kat belakang tu berat banget


Gambar yang blur, tangan mak parkinson nak :) hehehe


Budak kecik yang kena paksa ambik gambo tunjuk gigi oleh maknyer


Perasaan aku .... bangga dan bahagia. Nak jadi cerita, aku pun turut terheret sama naik atas pentas masa Man terima hadiah Tokoh Murid tu, malu giler. Hehehe ... Acik kan pemalu orangnyer. Memang tak prepare langsung, nasib baik duk depan pentas tak ler aku berlari-lari badak masa nak naik pentas tuh. Nasib baik tak kena kasik ucapan, kalau tidak Yes, No, Alright jer lah. Hahaha ... perasan giler.

Terharulah jugak kan. Iyalah pulak, masa aku sekolah rendah dulu, tak der penahnyer aku naik pentas terima hadiah. Naik pentas pun sekadar nyanyi nyanyi, berlakun jadi orang kampung.... emmm apa lagi yer, hmmmm hah .... lagi ada tiup rekoder jugak gitu jer lah. Aku ni bukanlah pandai, tapi sejak darjah satu sampai darjah enam aku sentiasa di Kelas A. Belajar pun tak setinggi mana, takat Diploma jer. Aku selalu cakap kat anak-anak, "Mak nak tengok anak mak lagi pandai dari mak, taraf pelajaran lagi tinggi dari Mak. Mak nak anak-anak mak sekurang-kurangnya ada Ijazah." Besarnyer lah harapan seorang ibu tu kan. Tapi siapalah kita yang hanya pandai merancang, segala-galanyer ketentuan ALLAH.



Ni hah benda dalam kotak merah tu.
Save Budget mak, tak yah beli kalkulator tahun depan.
Yang kamus tu memang idaman Hilman ... katanyer.


Hari Khamis, sehari lepas majlis penyampaian hadiah, Result UPSR keluar. Kecut perut aku tak yah nak cerita. Konfiden ... sekejap ada sekejap tak ada, macam biskut chipsmore. Hari ni aku cuti, tapi pergi gak kerja sebab ada tender nak dihantar. Aku cakap kat Hilman, mak tak nak letak harapan tinggi takut sedih giler-giler. Mak target 3A 2B yer man. Hilman kata malam tadi dia mimpi dapat 4A 1B, jadi dia target untuk itu. Kita redha jer lah yer anakku. Konfiden untuk 5A adalah sikit, sebab masa Trial Daerah dan Trial Negeri dia dapat 4A 1 B. Sepatutnyer aku ada dengan dia masa terima slip, tapi aku sangat lewat disebabkan kerja. Waktu tu dah pukul 11 pagi, aku dah start cuak. Apasal Hilman tak call. dia lak tak bawah phone. Masa sampai sekolah terserempak Man dengan Cikgu tengah bincang-bincang. Nampak aku terus dia kata, "Man dapat 4A 1B mak". Aku peluk dia kuat-kuat "tak perlah Man".


Perasaan aku ... Lega dan tetap Bahagia, walaupun tak dapat bohong diri sendiri ada jugak rasa sedih. Sedih sebab tak dapat kekalkan rekod 5A yang dipegang Kak Long dan Iqa. Hilman muka tak puas hati. Kenapa Sains, kenapa tak yang lain. Dia tak ralat dapat 4A 1B, tapi kenapa B untuk Sains, sedangkan dia dapat Markah tinggi dalam kelas masa trial untuk Sains. Masa jumpa dia tu, rupa-rupanyer dia bincang dengan cikgu untuk buat semakan semula. Nanti kita usahakan yer Man, jangan sedih-sedih. Tapi nampaklah dia sedih, sampai tak lalu nak makan, hilang rasa lapar walaupun pagi tak makan apa. Tak boleh nak tidur sebab terbayang-bayang kehampaan masa terima slip.

Bila dia mintak nasihat aku macam mana nak kasik lelap mata, aku pulak buat ceramah Dr. Fadzilah Kamsah, sampai dia tak sanggup dia nak dengar. Hahahaha ... redha jerlah Man, kau pun bukannyer belajar sangat masa nak peksa tu. Baru UPSR jer, masa masih panjang kat depan tu. Ada banyak lagi peksa beso yang nak kena hadap. Belajar dari kesilapan, dan jangan ulangi lagi. Apa apa pun mak tetap sayang kau Muhammad Hilman, mak tak marah pun :)



Esoknyer, Jumaat aku pergi sekolah lagi. Kali ni nak tuntut duit RM100 hengget tu. Tuntut jangan tak tuntut. Masa ni punyer lah jahat kepala, apasal ler anak aku ada 4 orang jer, kalau sebelas ker, duapoloh orang ker best jugak. Hahahaha ... tamak haloba sungguhlah. Jumpa Cikgu Hilman dan kawan-kawannyer. Ambik gambo semua. Masa ni tengok Hilman dah suka-suka, dah tak sedih lagi. Alhamdullilah. Berkat dapat SMS pujukan dan semangat dari Abah yang jauh kat Sarawak tu kan ;) ker sebab abah janji tetap jugak nak kasik Laptop ... hmmm





Sekali banyak lah pulak gambo dengan kawan kawan nyer.
Iyalah saat-saat manis untuk dikongsi bersama.
Sebab mak tahu ramai kawan Man yang jenguk Blog mak ni kan.
Siapa baca Blog Auntie sila komen ... hahahaha Gila Glamourlah pulakkan ;)

Tuesday, November 15, 2011

POTONG JANGAN TAK POTONG

Ahad, 13 November 2011

Seharusnyer post ni aku buat semalam. Tetapi sangatlah buzy sampai tak tahu mana satu nak buat. Balik umah ingat nak terjah PC, apalah nasib line streamyx lah pulak kemut sangat, tak lancar langsung. Macam semekut yang kejap ada kejap tak ada tu, tapi dalam kes ni tak ada memanjang. Rasa nak bako jer modem. Nak subscribe UNIFI, tak ada line lah pulak sampai kat sini lagi. Maklumlah kampung kan. Nak update kat BB, seperti biasa tiada kesabaran di dada, line Maxis sangatlah tidak mesra alam dengan aku kat rumah ni. Sebab banyak sangat pokok-pokok keliling rumah. Boleh kah ini dijadikan alasan. Hahahahaha ... banyak bebeno alasan tu kan. Apa daa tuan punya blog.


Sajer nak buat iklan 'Bubba Gump' nih,
tak masuk pun sebab poket sangat nipis ... hehehe

Hari Ahad lepas, jalan-jalan di CURVE Mutiara Damansara. Dah keluar rumah pun tahap tengahari masa tu. Sangatlah jem nak masuk parking, tapi nasib baik tak tunggu lama dapat ler jugak parking, walaupun ada sessi amazing race kat tempat parking tu. Parking nyer kat Ikano, jalan nyer kat Curve. Sangat tidak pandai dan malas nak masuk parking Curve. Hajat di hati nak pi Kedai BlackBerry kat Curve beli Casing tepon. Tapi aku tak sure kat Curve ke atau kat E-Curve. Duk melilau kat Curve, tapi tak jumpa, menapak ker E-Curve baru lah ada. Orang agak ramai, walaupun cuaca kat luar adalah hujan yang amat lebat, siap petir sambar menyambor lagi.

Eh! kat Curve dah siap deko deko untuk Krismas laaa, walaupun raya nye ada sebulan lebih lah lagi. Cepat sungguh dia orang nih, kalau hari raya puasa tu kengkadang lagi 2 minggu pun tak ada apa lagi. Tapi seperti biasa aku suka sangat tengok deko krismas ni. Sangat sangat colourful dan meriah gitu. Suker tengok jer yer . Setelah dapat apa yang dihajati, perut dah nyanyi lagu 'keroncong untuk ana' mintak di isi. Kita orang pergi Food Court jer, tempat-tempat orang kerja kat Curve tu makan. Murah ler sikit kan, nak masuk restoran kat keliling Curve tu tak mampu den. Heheheh ... Murah tak murah pun sepinggan pun kena enam hengget lah jugak. Tengah tengah makan tu, Hilman bersuara "Mak, kita tak sembahyang Zuhur lagi kan". Halamak! hampir luper lah pulak, nasib baik baru pukul 3 petang. Naik carik Surau kat Tingkat 3 E-Curve.

Hilman pulak lepas tu mintak nak potong rambut. Sebenarnya dari Hari Sabtu lagi dia mintak nak potong, tapi aku balik lambat. Tak sempat nak pi kedai mamak. Dia kata kena potong sebab Cikgu kata masa hari penyampaian hadiah rambut kena pendek. Idea Hilman, kalau potong awal nanti masa majlis rambut tak lah pendek sangat. Ek eleh ... macam kalau pendek tak hensem kan. Budak budak sekarang, sangat menjaga penampilan ... lah konon :)


Bukan nak bayar parking yer ;)

Nak jadik cerita, kena jugak potong hari ni sebab hari lain aku balik lambat, memang lah tak sempat. Sori ler Man, tak ada lah nak masuk kedai yang ada amoi amoi seksi tu yer, kita masuk kedai murah-murah jer. Ada banyak kat The Curve/Ikano tempat gunting rambut yang Express tu. Kami pilih kat Ikano Ground Floor. Memang tak penah pun gunting rambut sebegini. Ingat masuk kedai terus tunggu dan leh potong. Ghupernyer dia guna sistem kupon. Kena masuk duit macam mesin kat tempat parking tu. Sepatutnyer kena RM15 tapi ada diskaun RM13. Tapi kalau kat kedai mamak Sg. Buloh tu, 2 orang kena RM 10 hengget jer :)





Then dapat kupon. Kalau ramai orang kena tunggu, kalau tak boleh terus potong. Memang cepat kerja dia orang kat sini. Tapi anak aku yang sorang ni jer lambat siap. Rambut dia sangat lebat dan tebal. Dan dia banyak songeh. Dah pandai berpesen bagai budak nih. Usik bawah dengan tepi jer, atas tak kasik usik. Aku kata, serupa tak potong pun Man, atas kepala tetap merimbun. Nampak nyer lagi 2 minggu kena lah potong lagi. Nasib baik cuti sekolah dah sampai, tahun depan jer lah potong yer Man. Hehehehe ... mahu lalat masuk tak jumpa jalan keluar kalau masuk rambut kau. Bak kata Sathia, lalat pun boleh lemas.



Rambut Hilman cepat beno tumbuhnya, kengkadang tu 3 minggu sekali dah kena potong. Berbeza dengan Aran, kengkadang 2 Bulan sekali baru potong. Hilman ikut genetik aku kot, rambut lebat. Nanti kita tunggu rambut yang lain pulak lebat ke tak yer Man ... hahahaha. Tapi tang bulu roma kat tangan tu dah terbukti dah tu :)

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Masih ada beberapa minit lagi sebelum tamat tempoh tarikh hari ni.
Sesuatu dari Ustaz Azhar Idrus, Penceramah feberet aku selain dari Ustaz Kazim :)



Dia sangat simple dan telus, itu yang membuatkan orang mudah menerima.
Satu lagi yang aku suka tentang Ustaz Azhar ...
dia ada hobi yang aku tak sangka orang macam dia boleh suka benda ni
PHOTOGRAPHY ... masuk dan Like lah Facebook dia.
Banyak giler gambar lawa lawa.
Antaranya ...





Masjid Terapung, Kuala Terengganu

Pantai Pandak, Chendering Terengganu

Kuala Ibai, Terengganu

Banyak gambar dari lensa kamera dia
View di Terengganu, tempat kelahiran Ustaz.
I Love Terengganu very much ... walau aku bukan orang Terengganu
Mungkin sebab penah tinggal kat sini masa study dulu kut,
jadi agak familiar dengan tempat ni
Ada jugak Ustaz ambil gambar di tempat-tempat yang dia singgah masa bagi ceramah
Tapi yang paling aku suka dan tersentuh adalah yang ini

Ustaz buat caption dia : Final Destination
Macam tajuk filem yang famous tu.



Sempoi kan Ustaz Azhar
walau dengan berjubah, dia masih selamba pikul kamera beso
Sangat 'admire' dia ...
Ish ... nak cerita pasal tarikh dah merapu kat cerita Uztaz Azhar pulok dah
Aku memang gini ada jer selingan . Hehehehe
Sekadar mengutip kata-kata rakan di FB


OMG! TODAY IS 11/11,
TOMORROW IS 12/11,
THE NEXT DAY IS 13/11
AND SO ONNNNN. IT'S JUST A DATE. *sigh* :p


p/s : aku terlebih rajin malam ni. 2 entry dalam sehari ;)





INI MAKAN DIA ...

Khamis, 10 November 2011

Ala la la la ... aku memang suka makan. Tak rugi kalau bawak aku pergi Buffet. Aku boleh makan apa sahaja. Ternyata buruk lantak kan. Hahahaha... sebab tu aku tak penah nyer kurus. Berat sekarang adalah sama dengan berat masa Sembilan Bulan mengandungkan Kak Long dulu. Tapi bila belek badan sendiri, tak ada pun bawak baby. Rasanyer dah pergi kat peha, perut, lengan, tak lupa ke muntot ... dah jadi lemak tepu agaknyer. Hehehehe. Semalam Bos aku belanja kita orang makan. Kita orang tu adalah orang yang bertungkus lumus siapkan Tender sampai pukul 4 pagi. Dan kami telah berjaya mendapatkan Tender yang agak besarlah jugak nilainyer. Berbaloi penat lelah kami selama ni. Alhamdullilah.


Memula tu bersemangat nak makan kat Restoran Jepun ni. Terletak kat Hotel Sri Pacific, depan The Mall, Jalan Putra. Aku dan My Assistant sampai dulu. Nama jer assistant aku, tapi dia yang uruskan segala-galanya. Bab bab tempat makan ni memang aku tak reti nak tetapkan, aku tahu makan jer, aku 'Follow' jer apa kata majoriti. Iyalah aku kan boleh makan apa sahaja :)



Lawo restoran Jepun ni. Macam berada kat negeri Jepun lak. Tapi kat sini tak ada Buffet, yang ada hanya 'Ala-Carte' jer. Jadi kena order sorang satu dish jer. Sedap ker tak sedap kena lah balun jer. Kami ada masa yang banyak kat Sri Pacific ni, memandangkan yang lain tak sampai lagi sebab ada meeting tak abis kat opis.



Jadinyer kaki gatal lak melangkah kat Coffee House sementara tunggu yang lain sampai. Hati sudah jadi teruja melihatkan pelbagai jenis makanan yang dihidangkan. My assistant telah berbelah bagi dan rambang mata. Jadi tepon semua yang terlibat, korang buatlah pilihan. Semua pun sepakat nak pergi Buffet kat Coffee House.

Muka masing-masing masa baru sampai sangat teruja,
macam sebulan tak makan. Hahahaha ...
cakap orang lah pulak sebenarnya dia orang makan tak adalah banyak
aku yang banyaknyer makan :)




Tengok ... tak pandang kiri kanan dah ... sedap sangat
Iyalah sedap, sebab lapar kan kan kan


Orang kuat 'Tender Committee' ...
hat tengah tu ler tukang buat keputusan nak makan dan belanja kita orang ;)
Itu jugaklah yang buat keputusan Tender kita orang


Tima kacih Bos !
Aku makan apa???
Nak tengok ... hehehe

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pinggan pertama ... Pasta
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pinggan Kedua ... Lauk sesaja
Semua yang ada kat situ aku kutip sikit sikit masuk pinggan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pinggan Ketiga ... nasi tomato tak abis pun
Lauk daging dengan ayam pun tak abis
Yang lain kat situ ... semua licin
Paling sedap kat situ, sambal ikan bilis dengan petai.
Eh! ni bukan pinggan akhir, ada lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Pinggan Ke Empat ...
Erk!!! ... Alhamdullilah, senak perut lepas tuh
Padat ...
rasanyer dah baca Bismillah dah tadi
Hahahaha ... abih ler aku kena kutuk jap lagi
Sumpah, sampai malam aku tak makan lepas tu
Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati :)

p/s : Aku 1/2 day hari ni sebab daftarkan Hilman ke Sekolah Menengah, dah beso anak aku dah masuk Sekolah Menengah dah. Malamnyer hantar Iqa ke Kelab Bukit Rahman Putra, hantar Iqa Gathering untuk RK. Vogue jugak anak mak walaupun tak moh mekap mekap.

Wednesday, November 9, 2011

PENGUBAT MATA DAN CENDERAMATA

Duduk dalam bilik yang terkurung kat opis ni, kengkadang amat merimaskan aku. Iyerlah, macam duk kat dalam panggung wayang. Bilik aku tak ada tingkap, hanya ada pintu jer. Kalau hujan ribut kat luar tu pun aku tak sedar. Tahu-tahu dah hujan, malahan dah banjir pun. Hehehehe. Tapi yang best masa panas melampau kat luar, bilik aku tetap macam kat Cameron Highlands. Paling best kalau waktu rehat, tutup pintu bukak lampu kecik ... Fuh! best giler kalau buat taik mata.



Mata lak duk asyik memandang skrin komputer ni, sampai tak sedar berair tetiba. Bukan ada cerita sedih pun, tapi mungkin sebab mata penat kot. Hehehehe ... Jadinyer masa aku pergi membeli belah kat Giant Batu Caves hari tu, terjumpa lah dengan pokok faberet, Pokok Fern jer pun. Aku suker paku pakis ni, sebab dia buat kepala tenang dan mata jadi segar sikit bila melihat daun nyer yang lebat merimbun. Harap subur lah kau pokok duk dalam bilik ni dengan aku. Aku bukan reti nak letak baja pun, tahu nak curah air jer pun. Jangan kau mati awal udah lah yer.



Cakap pasal mata, aku dapat cenderamata hari ni. Bos kasik. Tima kacih Bos. Dia pergi Hong Kong Disneyland last week bercuti dengan family. Bos aku yang satu ni, cuti pun tak serupa cuti. Duk kat Hong Kong tu pun boleh hari hari duk email aku, follow-up kerja. Haiyo! suspen aku tengok email dia hari hari. Entah hapa-hapa lah dia mintak. Ikutkan ajer lah. Aku ni makan gaji bukan kerja sendiri. Lain ler company ni bapak aku punyer. Tak pun ada orang sponsor ker... hahahaha. Tak hingin aku di'sponsor', selagi ada tulang empat kerat aku akan carik rezeki yang halal dan berkat. Nak kasik anak-anak makan, nanti tak berkat jadi darah daging. Hish! dah merapu dah balik ...



Mug jer pun souvenir nyer
Yang penting ... ingatan tu
kan kan kan ...


Bukti tu, datang dari Disneylang Hong Kong
Hahahaha ... ada korang kesah
Aku kesah jer ;)

Tuesday, November 8, 2011

CORAT CORET DI AIDIL ADHA

Satu hari di Hari Raya
Dua hari di Hari Raya
Tiga hari .... oppppsssss dua hari jer cuti
Tapi Takbir raya haji sampai 4 hari ... syahdunyer



Cuba menunaikan janji yang lepas, akhirnya berjaya buat Nasi Daging walaupun hanya ikut ehsan www.my.resepi.com. Hehehehe. Tak tahulah sedap ke tak, tapi menurut kata anak-anak sedap. Maknanyer okaylah tu, asal makan tak sakit perut udah. Kat atas tu dari kiri, air asam untuk Nasi Daging, Nasi Impit, Acar Timun, Kari Daging dengan Rendang Ayam. Rendang dan Nasi Impit tu Timah yang kerjakan, nasib baik sukses walaupun untuk pertama kali masak rendang.



Ni lah rupanyer Nasi Daging aku ...
next time nak masak sekali dengan daging tu dengan nasi.
Sebelum pergi solat raya sempat lah lagi makan hidangan ni,
jadi tak ler lapar sangat masa kat masjid...


Balik dari Masjid, Kak Long sempat lagi buat Oreo Chess Cake ... lagi
Kali ni untuk bawak balik Klang.
Nak kasik nenek, mak cik, pak cik dan sepupu makan.
Memang laku betul, sekejapan hampir licin




Kali ni dia buat sendiri, marah bila aku nak tolong.
Dia kata nak buat 100%



Yang ni pulak sebelum ke masjid aku sempat gak bancuh adunan Carrot Cake.
Oppppssss ... Kak Long yang buat. Sebab aku sibuk buat Nasi Daging.
Balik dari masjid, kek dah sejuk. Dah boleh letak Cream Cheese Frosting.
Dan dah boleh hidang. Yang ni pun buat 2 bekas. Satu nak bawak balik Klang jugak.
Iqa lah yang tolong lorek lorek tu. Takat ni itu jer lah yang dia tahu hehehehe






Tetamu kami ... kawan-kawan Hilman dan Aran yang kebetulan datang main PS2 kat rumah. Mana Hilman??? ... dia tengah ngadap internet. Seperti biasa, Aran memang rajin melayan kawan-kawan makan. Walaupun dia dah tak larat nak makan lagi

Lepas solat Zuhur kami ke Klang. Sebelum tu aku terlelap sekejap kat Sofa. Tetiba dapat call dari orang Klang, tanya "Bila nak sampai?". Dia orang tengah tunggu kita orang rupanyer, sebab pakat nak buat rombongan tengok Baby Baru Ita. Lepas bangun dari terlelap tu tetiba perut lapar balik. Sempat makan lagi pulak tu. Hehehehe ... dalam pukul 2 lebih, kita orang sampai Klang. Tapi nenek kata nak tunggu Asar pulak. Okay, aktiviti makan-makan, borak-borak lagi.


Rombongan Nenek Besah, Comei nenek senyum.
Kita orang konvoi 2 keta jer.
Ingat orang pompuan jer nak pergi
Tapi bebudak lelaki pun sibuk ler nak turut serta.


'Orang Gombak' - Sarah, Ain dan Alia (my anak sedara)
dengan ibundanya yang tercinta
Alamak nenek terselit kat belakang pulak



Tetiba rasa nak tempek muka amoi sorang ni
Huda dah macam Mualaf pulak, comei nyer bertudung.
Huda ni sepupu anak-anak aku belah Kampung Jawa, Klang.
Kampung ayahanda anak-anak.



Haaa! ni ler mak Huda, dengan Baby Ita.
Cute sungguh Baby tu, tidur jer dengan senyuman
Tidur dalam Iman kut. Baik lak nak berbedung.
Alip (anak sedara aku) kata adik dia ni namanya Soffiya
Ni mesti fanatik tengok Drama Soffiya nih.

Eh ! dah tak ada gambar nak komen dah. Kira-kiranyer gituler raya tahun ni. Tak ada raya belah keluarga aku pun, betul betul beraya belah keluarga Klang jer. Abang-abang aku, sebab mak dengan abah raya kat Kelantan, semua raya rumah mertua. Iyalah, lagi pun raya haji bukan cuti lama pun kan. Aku hari Isnin dah masuk kerja semula. Ada 'Task' yang nak kena disiapkan. Tanggungjawab orang dah serahkan pada kita, kenalah dilunaskan. Bawak Kak Long dan Iqa jadi BodyGuard, budak lelaki 2 orang tu tinggal Klang. Malam baru aku pergi ambik balik, sebab esoknyer dah nak sekolah semula.