Monday, August 25, 2008

CATATAN DI HUJUNG MINGGU

Salam.


Hujung minggu yang sibuk banget. Kena kerja hari Sabtu. Then anak-anak ajak balik Kelang, sebab nak jumpa sepupu sepupu dia, sejak cuti sekolah ni belum la jumpa lagi. Lepas kerja, balik umah kejap then terus balik Kelang. Arrive about 5.30 ptg. Mak dengan Joyah tengah sibuk masak untuk kenduri malam nanti kat rumah Awe (Arwah Nenek Hashim). Malam ni ada Tahlil dan Bacaan Yasin dengan adik beradik Mak semua. Aku dengan anak-anak tak bawak baju kurung. Maka aku pinjamlah baju dari butik Mak dan anak dara ku pinjam baju Mak Yah dia. Okay lah tu. Hilman pakai baju tido je (sempoi) entah ketayap sapa lak dia jumpa lepas tu, main sarung jer. Arwah Atuk punya kut. Aran pakai baju jalan je. Hehehe. Lepas maghrib baru bertolak ke rumah Awe (Arwah Nenek Hashim), tak jauh pun, tak sampai 5 minit naik kereta.



Waktu sampai tu, tak start lagi. Tapi pak sedara dan mak sedara Hashim dah ramai sampai. Lepak-lepak jap, meja penuh dengan makanan. Dia orang buat secara 'Pot-Luck', orang ni bawak sikit, orang tu bawak sikit. Memang banyak sungguh makanan. Siap ada buah Pulasan lagi. Biar lah gambar ni menceritakan segalanya



Then sambil-sambil mengemas pinggan mangkuk, boleh lagi jeling kat TV, ada final Piala Malaysia, Selangor VS Kedah. Frust giler, Selangor kalah lagi 3-1. Biler ler nak menang macam dulu dulu tahun 90an. Teringat dengan perut yang membuyung pergi Stadium Shah Alam tengok bola, then siap bawak baby lagi gi stadium lepas tu. Kerja giler sungguhkan.
Balik about pukul 10.30 malam. Itu pun dia orang advice suruh tido rumah Mak Klang, sebab dah malam. Tapi anak dara ku insist nak balik, but bujang kecik dua orang tu tak nak balik, tak puas nak main dengan sepupunya. Sampai rumah dalam pukul 11.00 +++ , tersengguk sengguk dalam keta
.






Friday, August 22, 2008

KOLAR BIRU

SALAM JUMAAT



12.30 Tengahari, baru sampai opis. Jauh perjalanan hari ni. Ke Shah Alam, pergi ofis Main Con., then ke PKNS (bukan gi soping ek) nak pergi beli tender. Tender yang nak dibeli habislah pulak. Terlanjur kat PKNS, teringat 'I-Kad' Sumi (my maid) yang buat awal bulan ni, nasib baik dah siap, so boleh ler collect sekali.



Then turun bawah singgah kedai beli paper. Cari cari dompet dalam beg, ALAMAK.... dah tak ada. Rasa nak nangis, tak ingat apa-apa dah, ingatkan kad pengenalan dengan lesen keta jer, dengan kad kredit. Duit bukan pun banyak kat dalam tu. Menggelabah giler masa tu, mak cik tuan punya kedai pun tumpang menggelabah sama. Dia kata, cuba tepon rumah dulu.
Alahai, baiknya mak cik tu. Tak kan hilang kat Imigresen tadi kut.



Memang ler aku tak peluk beg aku yang besar tadi tu, just letak sebelah jer. Huwaaaa........ nangis dalam hati. Then teringat, eh...ada kat dalam keta kut, kat tepi pintu. Sebab pagi tadi waktu hantar Iqa sekolah, bawa dompet dengan kunci keta jer, then dompet tu tak letak balik dalam beg. Hendaknya betul ler. Punya la, akak pecut nak pergi kat keta. Alhamddullilah, ternyata Allah masih sayangkan hamba Nya. Ada pun.



Tak jadi beli paper, terus bertolak ke Jalan Raja Abddulah, Kg. Baru. Singgah beli Tender kat DBKL. Then baru ler sampai opis.



Actually semalam bukak KGMMS, then terbaca ler Sketsa pasal Merdeka by UJANG. Menarik sangat. Baca ler.....



Atuk Merdeka ------------


Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?


Atukku, Aku ingin menjadi kayu.Jika kau menjadi kayu, Jadilah kayu golf, Disebut kayu tetapi besi, Diulit Dato'', tauke dan menteri, Jangan kau menjadi kayu tunggul.


Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?


Atukku, Aku ingin menjadi pagar.Jika kau menjadi pagar, Jadilah pagar karan, Dipicit suis power berjalan, Dirempuh diusik, boleh pengsan, Jangan kau jadi pagar makan padi.


Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?


Atukku, Aku ingin menjadi mangkuk.Jika kau menjadi mangkuk, Jadilah mangkuk purba zaman batu, Buruan ahli arkeologi setiap waktu, Membawa bukti tamadun dan ilmu, Jangan kau menjadi mangkuk hayun.


Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?


Atukku, Aku ingin menjadi bintang.Jika kau menjadi bintang, Jadilah bintang di langit, Tiada boleh ditukar wang ringgit, Tidak boleh dijolok dikait, Jangan kau menjadi bintang tiga.


Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?


Atukku, Aku ingin menjadi seluar dalam.Jika kau menjadi seluar dalam, Jadilah seluar dalam Superman, Sarung di luar nampak gentleman, Tiada manusia memberi komen, Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.


Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?


Atukku, Aku ingin MERDEKA.Jika kau ingin MERDEKA , Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat, untuk membeli kayu, untuk membeli pagar, untuk membeli mangkuk, untuk membeli bintang, untuk membeli seluar dalam, untuk membeli MERDEKA.


MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!! -


Ujang 1978

Thursday, August 21, 2008

KEMBALI DARI KEMBARA YANG PANJANG



Salam,



Lama nyer tak balik rumah, bukan tak jumpa jalan pulang, yang dah sure berlalang tinggi. Tapi kesibukan yang menghambat diri, sampai diri terhambat amatlah jauh nyer .... (Alasan ler tu, malas sebeno beno nya). Duk aje lah asyik baca Blog orang.






Memang bersawang, berhabuk, berdebu dan segala macam sampah dah penuh. Yang kelakarnya, sampai nak meng 'up-date' ni pun kena call Kak Long kat rumah.







Aku : Kak Long, macam mana nak up-date Blog mak ni, mak tak boleh nak masuk la.... mak dah lupa macam mana nak masuk...


Kak Long : Mak bukak ler Blogger.com .... nanti up-date ler kat situ. Dah lama mak tak buat Blog, bukak Blog baru jer le.


Aku : Sayang ler Kak Long, Layout yang Iqa but ni mak suker. Oklah, Thanks....Bye



Gitu ler lebih kurang dialog aku dengan anak sulung yang tercinta.



Jadinyer, mulai hari ini aku pun berazam untuk menghidupkan balik Blog aku yang dah nyawa-nyawa ikan ni kembali. Semoga aku tak lupa dengan Azam aku ni, jangan hangat hangat taik ayam udah ler kan.



Jap lagi nak kena ambil Iqa dari sekolah, Mak Tok dan Tok Abah, tak ada sebab balik Kelantan. Jadinya kena ler aku jadi Drebar, then nak hantar Kak Long pulak ker rumah Best Friend dia 'Susu', dia kata nak buat Folio Geografi. Buat Folio ker hapa ni Kak Long, jangan main main sepahkan rumah orang aaaaa........


INI LER 'PORT' ARKID VIDEO GAME



Yang dua orang jejaka hensem ku tu, duk jer ler kat umah, sebab dia orang ni cuti cuti sekolah buat 'Arked Video Game' macam kat Pertama Complex kat rumah. Dengan PS2, PSP, Computer dan segala macam game. Tak per lah, biar kengkawan datang umah, jangan dia merayau meraban entah kemana, biar depan mata, senang nak jaga.......