Monday, December 24, 2012

FARHAN - 1st TENNIS TOURNAMENT

JUMAAT, 21 Disember 2012





Kononnyer kiamat di hari ni dari ramalan kaum Maya ... memang lah salah. Macam lah kaum Maya tu Allah. Cukup lah Allah bagiku. Tak payah lah nak percaya sangat agenda lain yang nak memporak perandakan hidup. Eh! Sori ter ' membebel' lah pulak.

Nak cerita pasal Aran sebenonye. Dalam ramai-ramai anak aku (ramai sangat ker) ... Aran jer lah yang sangat suka bersukan. Paling dia suka main bola dengan tenis. Kak Long dan Iqa ... haram nak bersukan, takut kulit gelap kata nyer. Hilman pulak duk bersukan depan Laptop jer lah. Hahahaha ... Aran dah lah kulit ala-ala sawo matang gitu (kata hitam sat lagi mengalir air mata dia) ... duk asyik bersukan, makin rentung jadinyer.Sampaikan mak tok, nenek dan sedara mara selalu tegur,"Apasal Paan gelap sangat sekarang ni?" ... cian anak mak. Tak per beso sikit lagi kita cari krim pencerah muka yer sayang. Hehehehehe.  Tapi aku pujuk balik, aku kata, "Aran, orang pompuan ni dia suka lelaki Tall, Dark & Handsome, Aran dah ada dah ciri itu, cuma kecik lagi jer". Hahahahha ..... matilah aku, kecik kecik lagi aku dah ajar dia jadik Romeo. Macam mana tu ?


     LTAM Tennis 10s National Championship 2012 - 2nd Leg, Draw & Order Of Play, (Sunday, 23 December 2012)
Please find attachment of the Draw & Order of Play  for the above tournament.
AttachmentSize
LTAM TENNIS 10S.xls591.5 KB



Dia terjebak dengan tenis ni pun tak sampai setahun. Terima kasih pada Coach Mokhzani yang sudi mengajar dengan penuh dedikasi. Boleh katakan hari hari sejak cuti sekolah ni. Ini pulak pertama kali Aran join Tournament.  Join pulak Tournament taraf-taraf Kebangsaan macam ni, memang jadi lauk lah kan. Huhuhuhu ... tapi mak tak kisah.Yang penting dan mahal tu pengalaman, bukan kalah atau menang. Aku sampai sanggup ambik cuti (padahal kerja punya berlambak) sebab nak support Aran. Semua kakak dan abang ikut sama. Sanggup kita orang tunggu dia, sebab tak mahu dia rasa takut dan keseorangan. Maklumlah pertama kali. Jom jenguk Aran main.





Korang tahu ... dia sorang jer pakai seluar panjang. Orang lain semua pakai three-quarter. Dengan baju semua branded dan siap aksesori semua. Coach Mokhzani kata, " Appearance tu penting. Farhan pakai seluar panjang, dia dah kasi tanda yang dia pemain baru, jadi orang tak akan takut dengan dia" ... ooo gitu ker. Okay okay, lepas ni mak kasik gromming anak mak ni supaya tak macam rupa pemain Estate lagik ... hehehe.



Tengah pandang keluarga mintak semangat, walau dah kalah ... huhuhuhu


Inilah budak yang lawan Aran. Nama dia Mitsuki Leong. Kacukan Cina dan Jepun. Memang pandai budak ni main. Mesti dah lama main tennis Coach kata, "Main tenis ni kena pandai berbahasa Inggeris, sebab pemain dia tak ramai melayu dan bahasa dalam gelanggang adalah Bahasa Inggeris. Selain itu mainan ini mengajar pemain membina keyakinan diri serta berani, sebab kalau dalam tournament masa baru stage pertama ni tak ada Umpire, jadi kena kira markah sendiri. Kalau ikut jer nanti senang kena tipu" 


Lama jugak main tenis ni ... tukar set jer pergi minum
Budak Mitsuki ni bapak dia kasik bekal roti, boleh selamba jer dia makan dalam gelanggang
Aran kata budak tu dapat power main sebab makan roti bapak dia kasik... hahahaha
Nanti mak belikan roti 1 buku besar kasik Aran makan dalam gelenggang yer :)


Ini pulak kakak dia, sambil-sambil tunggu turn adik dia main.



Ini kakak sorang lagik bersama aksesori favourite dia
Orang pakai Bracelet lawa-lawa, boleh jer dia pakai getah 'glow in the dark'
Sungguh tak stylista tapi oppppssssss hahahahah

Nota Kaki : Insya ALLAH mak janji, mak akan sokong Aran sampai berjaya. 
Tak per Hero selalu kalah dulu ;)



Saturday, December 22, 2012

JOM SURUH ANAK MASUK ALIRAN SAINS

Semalam dengar kat Bulletin Utama oppss dan lihat. Hmmmm TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa perakuan untuk meningkatkan lebih ramai murid yang join Aliran Sains di Sekolah-sekolah Menengah. Banyak jugak lah keistemewaan yang diberikan pada pelajar aliran sains dan keluarga mereka. 


TPM sangat tidak berpuashati dengan penyertaan pelajar yang mengambil aliran ini, sangat sangat menurun. Untuk candidates SPM tahun ni, hanya 20% sahaja dari pelajar yang ada mengambil Sains Tulin. Sangat sedikit kan itu. Sistem sekolah sekarang ni tak macam zaman aku sekolah dulu. Masa aku dulu hanya ada 3 aliran sahaja. Sains, Sastera atau Perdagangan. Dan yang paling ramai adalah Pelajar Sains Tulin. Kat Sekolah aku dulu (CBN) jer ada 6 kelas sains tulin, 1 Perdagangan dan 1 Sastera. Tapi sekarang ni macam-macam aliran ada. Sains Sukan lah, Sains Ekonomi lah, Sains Integrasi lah, tak termasuk lain-lain lagi yang aku pun tak reti nak sebut.


Tapi statement di atas ni lah yang sangat menarik hati. Tu lah dia, kenapalah baru sekarang dia keluarkan perakuan ni kan, kenapa tak tahun lepas ker. Boleh jugak aku dapat pengecualian cukai dari RM1000 ke RM3000 untuk seorang anak.. Banyak tuuuuuu .... Kalau tahun lepas lagi di terapkan, boleh dapat pengecualian cukai dalam RM6000 sebab anak aku ada 2 orang ambik Sains Tulin, jadinyer tahun depan hanya dapat RM3000 jer, sebab dah tinggal Iqa sorang jer. Kak Long dah abih sekolah dah. 

Eh!wait wait wait ................... tapi tapi tapi Pengistiharan Cukai nanti untuk tahun 2012 kan, means aku masih layak lah kan. Hahahahaha ... suka suka suka. Terus hilang sakit ati ;)

nota kaki : tetiba rasa sangat konpius hahahaha

Friday, December 14, 2012

APA YANG PENTING .... KERJASAMA

Suka sangat nak share this video dengan semua orang, especially anak-anak aku. ... 
Video ni sangat-sangat comel dan benar belaka. 



Anak-anakku,

Kita tak boleh hidup seorang diri kat dunia ni. Kita perlukan orang lain di sekeliling kita untuk sama-sama membuatkan hidup selamat, berjaya dan meriah. Hilangkan lah rasa dengki, hilangkan rasa iri, hilangkan rasa benci sesama kita. Kita kena hidup bagai satu kumpulan, bukan sebagai kumpulan yang berlawan sesama sendiri. Bila kita mula berlawan sesama sendiri kita akan jadi lemah, kita akan jadi tak berguna, kita tak akan kuat. Walau dalam hati, kita rasa lebih hebat, lebih besar, lebih kuat dan lebih agung dari yang lain. Tak ada gunanyer rasa itu, kalau kita sendiri jadi kera sumbang. Maka itu, sama-sama lah kita bersatu padu dan sentiasa bermuafakat dan bermusawarah kalau perlu melakukan sesuatu perkara. Jangan simpan sendiri masalah dalam diri, kita kan satu keluarga ... satu kumpulan. Yang penting KERJASAMA. Macam lagu dalam cerita kartun WonderPets tu. Ingat tu anak-anak ku. Sampaikan kata-kata mak ini pada cucu-cucu mak nanti yer wahai anak-anak mak yang disayangi.

Nota Kaki : Ini bukan post membebel, ini post nasihat ... hehehehe. Boleh gitu :)

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 ...

Cantik kan nombor tu ... dengar kat radio pagi tadi, dikatakan ini adalah nombor terakhir dengan turutan sebegini di abad ini. Nombor dengan turutan cantik macam ini hanya akan ada pada tahun 2101 nanti. Yang pasti aku pun dah tak ada masa tu nanti. 89 tahun lagi gamaknyer. Kalau aku hidup lagi umur aku masa tu dah 132 tahun. Fuyooo!!!! Itu umur Unyang aku masa dia meninggal dunia pada tahun 1983. Masa tu umur aku 14 tahun. Orang dulu dulu hidup sangat lama. Mungkin cara hidup atau mungkin amalan hidup, tak dapat aku nak jawap. Tapi masa umur dia macam tu, ramai sangat budak budak universiti yang jumpa dia, bertanyakan pasal sejarah di tanah melayu. Dia masih ingat everything, dia tak nyanyuk lagi. Unyang aku orang Minang, yang datang merantau ke Tanah Melayu dari Kepulauan Sumatera. Masa dia datang dulu, dia duk singgah di Sungei Ujong, Negeri Sembilan. Dari Sungei Ujong berjalan kaki dan bermastautin di Kuang Selangor. Dan antara orang yang terawal menduduki dan membuka Kampung Kuang. Sebab tu kat Kuang ni ramai orang Minangkabau. Hebat kan orang dulu-dulu.Bahasa Minang sedap didengar. Aku faham cuma aku tak boleh nak sebut sama. Macam Bahasa Kelantan (Mak aku dan aku lahir di Kelantan) pun aku tak terikut dan pandai melenggokkan nya. 

Ishhhh !!! aku dah start merapu lagi. Jangan dibiarkan aku berbicara, entah hapa-hapa aku merepek nanti. Sebab aku kalau menulis boleh non stop dan tak tahu macammana nak stop.


Sori Yang ... aku cilok dari FB kau. 

Hari ini hari istimewa sebab hari ni adalah hari orang yang di sayangi. Sahabat paling rapat, dan dah ku anggap adik sendiri. Ayang Safiah ... SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE ... aku tahu dan kau tahu jumlah dia dah cukup kan ;) Dari bulan lepas kau menghitung hari yer Yang .... akhirnyer sampai jugak tarikh ini. Akak doakan semoga hidup Ayang sentiasa Di Rahmati, Di Lindungi dan Di Kasihi ALLAH dan keluarga Ayang yang tersayang. Ketahui lah dik, walau apa pun kau ... akak sayang sangat kat kau. Akak dah boleh terima buruk kau, akak dah boleh tahan temper dan angin kau sebagaimana kau boleh terima temper dan angin akak. Eh! akak ada tak sabar ker dengan kau. Hehehehehe. Yang terbaik akak harapkan untuk kehidupan Ayang di masa kini dan masa hadapan. Apa-apa pun yang berlaku akak sentiasa ada untuk Ayang. Akak tak akan lari dari hidup ayang ... sebagaimana Ayang sentiasa ada untuk akak di hari hari murung dan hari hari gelap akak. You always have my shoulder to cry on dear. Selamat Ulang Tahun Sayang.

Nota Kaki : Akak jelez dengan tarikh lahir kau yang cantik hari ni Ayang. 

Tuesday, December 11, 2012

MINES WONDERLAND ... sekarang

Pernah pergi Mines Wonderland? Ala tempat rekreasi keluarga yang populor di awal tahun 2000. Yang terletak bersebelahan dengan Pusat Beli Belah MINES kat Sg Besi tu. Aku dan keluarga pernah la pergi sekali. Tak ingat bila, tapi rasanyer antara tahun-tahun tu jugak lah. 


Masa memula pergi dulu adalah lebih kurang keadaannyer macam dalam peta kat atas ni. Dia buka petang dan malam jer rasa nyer. Hehehehe sebab aku sampai malam. Masa tu terkenal lah sangat-sangat dengan rumah salji nyer. Maklumlah duk kat Malaysia nih, mana ada jumpa Salji kan. Yang ada masa tu kalau tak silap aku kat Genting Hinglands, kat rumah 4 Musim Bukit Cerakah dan kat sini lah ... di Mines Wonderland. Teruja betul masa tu nak masuk rumah salji, sanggup beratur panjang.




















Bukan takat rumah salji jer ada kat dalam tu. Ada Mini Roller Coaster, ada keretapi keliling taman, ada lampu-lampu yang cantik, ada bot-bot kecik, ada mini zoo ... macam-macam ada. Memang happening lah masa tu kalau bawak anak-anak kecik lagi lah best budak budak tu.

Adalah hari tu, aku berpeluang untuk pergi ke area Mines di Seri Kembangan, dengan lebih tepat lagi ke Kettha di Tingkat 6 Bangunan Mines 2. Hati teruja nak tengok Mines Wonderland yang hanya bersebelahan jer dengan bangunan ni. Bagaimana ler rupernyer sekarang ek. So aku pun macam gumbira dan teruja lah nak tengok Mines Wonderland sekarang nih ... tapi aku menerima SURPRISE.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Eh! Betul ker ni Mines Wonderland tu ....


Macam tak percaya la ...


Dah tak ada apa-apa lagi. Yang ada hanya semak samun terbiar


Monumen air pancutan yang menyambut kehadiran pengunjung pun dah tinggap sepi dan terbiar




Rumah Salji yang satu ketika dulu sangat gah, pun dan jadi  macam rumah setinggan jer





Mini Zoo pun dah tak ada apa-apa lagi
Hanya tinggal kandang-kandang terbiar dan besi-besi buruk jer


Rasa ralat dan sedih jugak. Padahal dalam kepala dah terbayang nak bawak anak-anak aku datang sini lagi. Nasib baik idea tak terkeluar ... sebab memang dah tak ujud pun Mines Wonderland sekarang ni. Ker aku jer yang baru tahu ia dah lama tak ujud lagi. Hilang satu lagi Taman Tema Keluarga di Ibu Kota ... kalah oleh arus pembangunan negara yang mencari keuntungan semata. Hehehehe ... macam ayat Karam Singh Walia lah pulak. Itu lah nak cerita, dah lama dah aku peruk cerita ni dalam peti, baru sekarang ada sikit mood nak tulis ;)

Nota Kaki : Rasa nak makan kaki ayam ...

Sunday, December 9, 2012

DI HARI MINGGU

Seronok nyer la hai kalau tiap tiap hari adalah hari minggu. Tambah seronok kalau dapat melepak kat rumah dan bebas dari sebarang kerja rumah. Tahu tahu makanan dah terhidang kat meja, kain baju dah automatik basuh dan masuk laci sendiri. Rumah pulak dah bersapu dan mop sentiasa. Hmmmmm dalam mimpi jer lah kut. Tapi bersyukur gak ler sejak Kak Long dah sign jadik bibik, sementara keluar result ni rasa ringan gak lah beban menjadi buruh kerahan kat rumah sendiri. Hari ni lepas solat subuh, punyerlah berkobar-kobar nak mengemas stor konon. Tapi lepas tu perasaan berkobar kobar tu tinggal asap jer. Huhuhuhu ... Masak tengahari pun lambat, sebab duk melepak depan TV. Tahu tahu dah pukul 1.30 tengahari, Baru lah terhegeh-hegeh nak masuk dapur. Siap makan pukul 2.30 petang. Boleh gitu. Lepas makan jer cuaca kat luar ala-ala nak hujan pulak. Hmmm ... apalagik sambung lepak kat luar rumah pulak. 



Buaian ni ler tempat lepak favourite aku, sambil-sambil bertenet kat Galaxy tab, sambil-sambil baca paper atau novel. Sambil-sambil menunggu hujan turun. Dapat rasa angin dari perbukitan .... Subhana Allah ... syukur Alhamdullilah. Memang melekakan. Tak payah nak pergi bercuti jauh-jauh. Dah dapat merasa ala-ala percutian di Resort tanah tinggi, walau kat rumah sendiri. Ayat ni sebeno nyer nak ubat hati ni, sebab tak bercuti kemana-mana dan sangatlah jelez bila tengok kawan kawan kat FB semua bercuti cuti Malaysia. Hahahahaha ... Kita kena lah bersyukur dengan apa yang ada kan.



Dah macam duk tepi hutan pun ada ... dengan rimbunan pokok-pokok hijau ni.
Best nyer dengar bunyi hujan turun ... satu terapi jugak ni kan.
Selalu kalau hujan turun aku kat opis, memang tak ada bunyik.
Maklumlah duk bilik macam kat dalam gua, tak ada tingkap
Tahu tahu PA aku berlari pergi Pantry untuk tutup tingkap
Baru tahu hujan rupa nyer...



Duk luar ni sampai dah dekat nak maghrib. Itu pun sebab dah kena halau dengan nyamuk-nyamuk yang ada. Masuk jer rumah. Aku kena paksa dengan Kak Long pulak, suruh tengok Youtube Korea dari kumpulan Shinee masa MAMA award pulak. Tak tahulah aku, hantu Korea mana dah sampuk anak dara aku yang sorang ni. Makin menjadi-jadi kegilaan Korean dia. Agak-agak menantu sulong aku ada rupa orang Korea tak... hahahahahahaha.

Nota Kaki : Hilman demam, cian dia. Dah tinggi dari aku pun dia suruh aku suapkan ubat untuk dia. Manja lah pulak anak aku ni kan. Dah lah tak reti makan ubat tablet. Cheh! beso bukan main lagik tapi penakut. Terpaksa lah mak beli Penadol cecair tu untuk budak yang berumur 13 tahun nih :) 

Saturday, December 8, 2012

AKU INGIN TERUS HIDUP ...





Begitulah kehidupan ... ada turun ada naik. Macam carta orang sakit kat atas ni lah. Dan aku nak terus hidup. Dah realitinyer kehidupan memang begitu jadi terimalah dengan redha dan pasrah. Chewah! macam dialog ombak rindu lah pulak kan. Macam Blog aku ni jugaklah, aku memang tak ada masa nak update setiap hari ... mungkin aku bukan seorang manusia yang pandai membahagi masa untuk sesuatu barangkali, sehingga kekadang tak sedar apa yang perlu dan apa yang tidak. Tapi aku perlu Blog aku, biar pun aku jarang update, tapi disinilah rujukan aku kalau aku lupa bila aku pernah buat itu dan ini.

Yer lah pulak, mak cik bukan tambah mudah ... tambah tua pun. Selalu jer lupa ... kengkadang kalau kat dapur bila buka lemari tetiba "Eh! aku nak ambik apa yer tadi". Terpaksa ler mak cik rewind back ke tempat sebelum berpikir nak ambik hapa. Makan masa ler jugak seminit dua. Huwa!!! cepat sungguh penyakit nyanyuk ni hinggap kat diri. Nasib baik tak lupa nak makan. Tu ler pasal badan macam di pam-pam. Baju-baju semua dah mula mengetat, dan ada yang sampai tertetas jahitan. Hehehehehe. Adakah perlu membeli baju baru? Atau tak sedar sedar diri ker aku nak mengecik kan badan?

Allah yang Maha mendengar dan Maha mengetahui. Aku kena Diarrhea dan hilang selera makan beberapa hari lepas. Tak pergi kerja satu hari, ingat nak pergi klinik ambik MC ... tapi malas nak drive. Korbankan lah  Annual Leave yang masih ada sehari. Fuh! best betul melepak atas katil dan melayan mata sementelah pulak cuti dari solat. Hujan pulak tu saban hari. Satu hari jer pun tak selera makan ... sekarang dah berselera balik dah. Hehehehe .... Bila lah nak insaf.

Kak Long sekarang dah abih SPM ... dan dia tak dapat tempat untuk PLKN pengambilan pertama ni. Mungkin akan ditempatkan pada pengambilan ke 2 @ 3. Jadik dia sementara tunggu result ni, confirmlah dia jadik Bibik sepenuh masa kat rumah. Iqa seperti biasa, musim cuti ni duk asyik buat taik mata dan main tenet. Selain bersekongkol dengan Kak Long serta Hilman dan Aran, conquer bukak siaran korea kat Astro memanjang. Sampai aku rasa aku dah duk Korea. Dalam keta dengar lagu korea, kat rumah siaran TV korea, internet, youtube tok sah cerita lah. Korea memanjang....

Hilman pun sama lah, duk asyik main tenet dan makan. Tapi tak jugak gemuk gemuk. Aran pulak makin tambah gelap. Mana tak nyer hari-hari duk praktis main tenis untuk persiapan open tournament di Jalan Duta pada 21 Disember nanti. Gitu ler aktiviti cuti sekolah anak-anak aku. Mak Tok tanya,"korang tak pergi jalan-jalan ker cuti sekolah ni" ... senang jer jawap aku, "tak ada budget mak tok". So, duk ler rumah diam-diam. Hahahahaha ... 

Nota Kaki : ingat nak tulis seperenggan jer, tetiba jadi banyak perenggan :)

Monday, November 5, 2012

SPM 2012 - SELAMAT BERJUANG KAK LONG !!!

ISNIN, 05 NOVEMBER 2012

Jadual periksa Kak Long

Akhirnya tarikh ini tiba jua saat ini. Entah kenapa hati rasa sayu sangat bila mengenangkan Kak Long yang bakal mengakhiri zaman persekolahannya. Mengenangkan Kak Long yang akan menduduki SPM tahun ni. Sayu ker syahdu ... aku pun dah tak tahu yang mana satu.  Pejam celik pejam celik macam tak percaya Kak Long dah abis sekolah, dah tak ada uniform putih biru akan membaluti tubuh, dah tak ada aku nak hantar dia pergi sekolah. Dah tak ada buku teks bertimbun dalam bilik dan bersepah di serata ceruk rumah (dia tak suka study setempat) dah tak ada buku ulangkaji KBSM kat rak buku. Oh! dah besar anak aku. Dan sorang lagi bakal meninggalkan aku tahun depan. Huhuhuhu ... makin sikit orang kat rumah ni. Huwa !!!! Yang ada pun orang lelaki jer lah, aku dah tak ada geng lepas ni Huwa !!! tu yang buat hati sayu tu kut. Sob sob sob.



Mak percaya Kak Long dah cukup bersedia menghadapi peperiksaan ini kan
Kak Long berani dan sentiasa bersedia
Mak pulak yang kecut perut tengok Kak Long study
Mak yang kecut perut kenangkan SPM ni
UPSR dan PMR mak tak terasa lah sangat
Sebab mak tahu Kak Long boleh dapat Straight 'A'
Mak yakin sesangat dengan Kak Long
Tapi ini SPM ... SPM di ulangi SPM SPM SPM SPM (cukup cukup cukup)


Mak Su dan Kak Long

Dialog 2-3 minggu lepas

Kak Long : Mak, jangan gantung harapan tinggi sangat untuk Kak Long yer mak
Mak : Okay Kak Long, mak faham. Mak tahu Kak Long study macam mana, Mak nampak Kak Long study. Kalau dah tak ada rezeki nanti nak buat macammana kan. Mak nampak usaha Kak Long, kita berserah, tawakal dan redha je lah lepas ni yer.

Dialog 1 jam sebelum periksa tadi

Mak : Kak Long buat yang terbaik yer, jangan gelabah yer, jangan buat careless mistake yer
Kak Long : Mak, boleh tak jangan nasihat benda negative. Mak nasihat yang positif jer lah
Aku : terkedu (dalam hati alamak, kena carik perkataan positif lah pulak banyak banyak lepas ni)

Mak tahu Kak Long stress kan, lagi lah mak nak buat sembang Mak Jemah... hahahahaha


 Kak Long a.k.a. Nur Farhanah
 dan Susu a.k.a. Nurul Farhana


Mak mengaku masa mak SPM dulu, mak pun kuat study
Tak kira tempat kat tangan mesti ada buku
Sebab nyer mak tak dikurniakan otak yang cerdik
Jadi mak rasa dengan kerajinan jer lah mak boleh capai keputusan cemerlang
Alhamdullilah, mak dapat 1st Grade walaupun tak lah cantik sangat aggregate nya

Mak tabik dengan Kak Long
Serajin-rajin mak, rajin lagi Kak Long
Kak Long pun dah jadi kembar siam dengan buku
Mungkin ada orang meluat kut bila tengok kat tangan sentiasa ada buku
Walaupun pergi shopping, walaupun pergi beraya, walaupun ada kenduri
Sebab nanti Kak Long akan mengelabah kalau buku tak ada kat tangan
Sebab Kak Long akan risau dalam satu hari tu tak buat ulangkaji


Imon, Kak Long dan Susu


Mak selalu pesan, carilah kawan yang baik
Kalau salah pilih kawan nanti hidup kita yang akan hancur
Alhamdullilah, kawan-kawan Kak Long semua yang baik dan cerdik
Especially BFF Kak Long, Susu
Salah seorang best student kat MRSM Tun Ghaffar Baba dengan CGPA 3.97
Dan Iman Sakinah pendebat sekolah, Sek Teknik JB
Mak doakan korang semua cemerlang dalam SPM ini yer.



Untuk Kak Long ... semoga perjuangan sepanjang 11 tahun ini memberikan hasil yang sangat baik.
Mak sentiasa doakan Kak Long
Kak Long tenang dan sihat dalam menghadapi peperiksaan ini
Semoga dipermudahkan dalam menjawap soalan
Semoga berjaya dengan cemerlang dalam SPM ni 

AMEEN ....

Friday, November 2, 2012

PENCARI JALAN MU

Lama jugaklah rasanyer aku tak up-date blog. Ada jer cerita, tapi mood tak mari-mari. Kerja pun dah start sibuk. Tapi hari ni gagahkan diri, bukan nak update sangat pun. Tapi lebihnyer nak up-date lagu. Aku suka sangat lagu ni. Dengan lirik dan suara Afgan buat macam tersentuh.


Telah banyak yang ku lewati
Jalan hitam di dunia
Tak terhitung salah menodai

Masihkah ada kesempatan
Bagiku mendekatkan
Hati dan cinta kasih MU

Ku ingin bersihkan diriku
Dari segala dosa
Yang telah ku perbuat hingga kini

Ku ingin bersihkan jiwaku
Terangilah dengan segala
Petunjuk jalan MU

Bersihkan, terangi, hidupku

Tiada yang ada selain MU
Yang selalu menjagaku
Meski kadang tinggalkan MU

Aku hanyalah manusia
Yang mencari jalanMU
Yang pasti kembali padaMU

Semua orang layak diberi peluang kedua. Janganlah terlalu menghukum orang dengan hukuman sendiri, sehingga kan mereka rasa takut untuk meneruskan kehidupan. Hidup di dunia ni singkat sangat jika nak dibandingkan dunia Akhirat nanti. Hargailah setiap kehidupan kita, lakukan yang terbaik, masa tak akan berulang lagi bagi kita undur dan memperbaiki setiap kesalahan yang lepas. Angkat sedikit kepala, pandang hadapan, senyum dan teruslah melangkah. Ingat ALLAH selalu sebab DIA tak pernah lupakan kita.

Jangan salah faham, kata-kata itu adalah untuk diri sendiri sebenarnya. Aku tak sempurna tapi aku ingin jadi sempurna. Mungkin aku rasa aku dah cukup sempurna tapi aku tak cukup sempurna untuk orang disekelilingi ku. Allah semoga kau selalu ada untuk mengiringi dan menemankan aku di sepanjang perjalanan kehidupan ini. Jangan lah aku tersasar dan sesat di dunia ini. Hidup dan matikan lah aku dalam Islam dan Iman. AMIN.

Nota Kaki : Dalam keresahan sebab SPM bakal menjelma, macam aku jer yang nak ambik periksa. Mohon tolong doakan - Semoga Kak Long ku dipermudahkan dalam peperiksaan ini. AMIN

Tuesday, October 16, 2012

THIS IS HISTORY ...





Kejadian pada 14 Oktober 2012. Felix Baumgartner Atlet Ekstrem Austria dan merupakan seorang penerjun payung terjun telah memecahkan rekod dunia, sebagai penerjun payung terjun secara solo untuk ketinggian yang paling tinggi di dunia iaitu 38.6 Kilometer dari paras bumi.. Berhampiran angkasalepas tu. Dengan kelajuan 1,342 Kilometer sejam iaitu lebih pantas dari kelajuan bunyi.Tengok dia kat dalam kapsul dan bermula nak terjun tu pun dah buat aku kecut perut. Dia sangat-sangat berani dan di gelar 'Fearless Felix'. Sangat hebatkan.

Siapa dia yer ....

Felix Baumgartner
Felix Baumgartner is an Austrian skydiver, daredevil and BASE jumper. He set the world record for skydiving an estimated 39 kilometres, reaching an estimated speed of 1,342 kilometres per hour, or Mach 1.24, on October 14, 2012.Wikipedia
BornApril 20, 1969 (age 43), Salzburg


nota kaki : untuk simpanan arkib blog aku ... hehehehe

Wednesday, October 10, 2012

TAMAN KLCC

AHAD, 7 Oktober 2012

Alhamdullilah, masih berkesempatan lagi datang ke sini. Bertahun-tahun lah rasanyer tak sampai. Selalunyer pergi Shopping Mall dalam KLCC tu jer. Iyalah pun tak ada anak kecik lagi yang nak dibawa bermain kat taman permainan tu. Yang paling kecik pun 10 tahun, tak kan nak main sorang-sorang, kalau buaian di naik yang remaja pulak sure kena tiup whistle dengan guard yang jaga kat situ. Kalau beso-beso naik, mahu runtuh buai dan gelongsor kat situ. Masa anak-anak masih kecik dulu aku cukup suka datang sini, sebab kat sinilah taman permainan yang paling banyak mainan. Lebih dari 10 jenis gelongsor dan ada berbagai mainan lain lagi. Bukan itu jer, kolam dan air terjun pun ada kat sini. Teringat insiden about 12 tahun yang lalu, Kak Long penah hilang kat tempat mainan air tu. Nasib baik ada guard jumpa terus bawak kat pondok pengawal. Kami tak sedar Kak Long hilang sehingga dengar annoucement kata, "Sila ambil perhatian, sesiapa yang ada kehilangan seorang budak perempuan dalam linkungan umur 3 tahun, berambut panjang bertocang dua. Sila datang ke bilik pengawal sekarang". Yang best tu mak nyer ingat Kak Long dengan bapak dia, yang bapak dia pulak ingat Kak Long dengan mak nyer. Hambik kau! Bila claim balik kat Pok Guard tengok muka Kak Long dah toye jer, nasib baik tak nangis, dan nasib baik jugak jumpa. Kalau tidak tak tahu nak kata. Since that kita orang boikot kejap pergi mandi kat situ. 

Wah! Kak Long masa tu 3 tahun, Iqa masa tu 2 tahun dan Hilman masa tu tengah sedap melepak dalam perut aku dengan umur 7 bulan. Tak keluar lagi masa tu. Sekarang Kak Long dah 17 tahun .... 14 tahun yang lampau tu. Lama sungguh dah umur Taman KLCC ni. Kalau ikut kat En. Wikipedia ... Taman KLCC ni telah dibuka pada tahun 1997.  Taman ini direka untuk menyediakan suasana hijau kepada Menara Berkembar Petronas dan kawasan sekelilingnya. Telah direka oleh Jurubina Berbangsa Brazil bernama Encik Roberto Burle Marx. Di sini ada laluan jogin sepanjang 1.3 Kilometer yang direka khas untuk keselesaan dan keselamatan. Dahulunyer tempat ini adalah Padang Lumba Kuda Selangor. Yang kemudiannyer padang lumba kuda ini telah dipindahkan ke Mines, Sungai Besi. Gitu lah sedikit sebanyak sejarahnyer yer tuan puan.



Jadinyer kedatangan kali ni telah mejadikan Sarah dan Yaya sebagai objek utama.
Kalau tak ada budak 2 orang ni kami pun tak teruja nak pergi main kat Taman tu.
Tujuan sebenarnyer hanya nak ber'morning walk' sahaja.
Duk asyik pusing-pusing kat Parkcity dan Taman Layang Layang Kepong pun bosan gak
Sekali sekala bertukar angin.

Antara yang terdapat kat Taman Permainan KLCC adalah seperti berikut

.
.
.
.
.
.



Mainan gayut-gayut untuk nampak lebih Macho
Hilman tak larat... Hahahaha



Cer kira ada berapa set mainan kat sini
Ini baru suku jer ni dari semua mainan yang ada


Aran dah lama tak bergelongsor
Satu set ada 4 jenis gelongsor
Dah tak tahu nak turun yang mana satu 



Sarah control ayu naik buai



Sampai kat Yaya, hambik kau ... tak ayu langsung. Hahahaha



Aran yang baik ati, tolong tolak kan Sarah
Actually Kak Long tolak Yaya
Tapi bila nampak aku nak hambik gambo, dia terus larik




Muka model-model cilik yang pastinyer semua tak mandi pagi lagi ... huhuhu
Tapi tetap cute ... oh perasan nyer Acik



Sebelum Yaya merajuk sebab berebut nak naik yang Kucing Sara punyer
Tapi dia tak tahu Kura-kura menang dalam perlawanan tu nanti
... apa lah yang Mak Lang kau merapu nih




Aran baru dapat nak naik buai ... tapi tak lama pun
Seronok datang pagi-pagi ni
tak yah nak beratur duk tepi sebab berebut buai
Berlambak-lambak buai yang kosong




Hilman tengah melayan Yayah naik buai selepas bengang
Hilman kata,"Apa lah jaga tu, orang nak naik buai pun nak marah-marah"
Mak kata," Oiii Man, kau lupa ker yang kau tu lagi beso dari mak, orang besar mana boleh naik buai"
Terus dia tersipu-sipu, dia lupa agaknyer dia dah beso panjang.




Suasana hijau trek jogging sekeliling Taman KLCC
Aku dan Kak Long sempat buat separuh 'Lap'
Sebab bimbang kat Hilman yang kena jaga 3 orang budak kecik



Tempat Jogging ni boleh tahan jugak ramai orang nyer - ni masa kami nak balik
Masa datang awal tu tak lah ramai orang
Tapi bestkan macam ni, satu famili turun
Yang ada baby tu siap letak baby dalam stroller lagi sambil beriadah



Waktu dah nak balik - aku sempat 'paksa' model cilik aku bergambor kat masjid
Hahahaha ... nasib baik lah dia orang ni dengar jer cakap Mak Lang
Tak nak dengar kalu ...' this is last' Mak Lang bawak korang
Hahahaha ... sangat kejam Mak Lang kau nih.


Lalu kat papan tanda ni masa balik
Dia tunjuk 'spot' yang cantik untuk bergambar
Hasil gambar dari sini adalah seperti gambar kat atas belah kiri tu
Aku pun try ler ..... dengan hanya pakai Handphone jer pun
Tengok ....

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sama kan  ... Big Clap for me ;) hehehehe

Nota kaki : aku dah tak dapat nak edit gambo kat Picasa sebab dah full pakai. Malas nak carik Application yang lain. Sebab tu ler gambo aku tak ada 'watermark' dan tak berapa nak lawo lagik. Huhuhuhu