Pagi tadi dah peluk cium dia, wish GOOD LUCK for the exam. Hantar sampai hilang dari pandangan dengan nasihat nasihat biasa 'Buat elok elok ya', 'Jangan buat Careless Mistake'. Kak Long lagi best, dia nasihatkan IQA, 'Aku nak kau sekolah pagi tau tahun depan' MEANS, dia nak IQA join dia masuk kelas RK - kelas untuk student yang dapat 5A tapi tak dapat pergi sekolah asrama. Kalau tak dapat 5A, alamatnya kena sekolah petang ler untuk dua tahun berturut-turut.
Tuesday, September 9, 2008
UPSR
Wednesday, September 3, 2008
RAMADHAN DATANG LAGI
kerana aku masih lagi disini menghayati Ramadhan kali ini.
Then lari pergi TGV, pun sama jugak start lambat, then anak-anak decide nak tengok MEET DAVE, itu ler pun cerita yang start awal, 11.15 am. So sementara nak tunggu waktu tu, pergi lepak kat MPH, siap bersila kat lantai lagi sambil belek belek buku resepi. Ecewah... macam bersemangat jer. Anak-anak pun apa lagi cari buku cerita/komik baca kat situ. Tak sedar, cepat nya masa berlalu. So semua sepakat, lepas ni nak lepak kat MPH lagi. Beli ler 3 buah buku. Then lepas OU sempat ler ke GIANT Batu Caves, beli barang dapur. Ingat nak gi GIANT OU, tapi masih tak bukak lagi.
So malamnya bersemangat giler pergi TERAWIH dengan anak-anak. Kat Kuang buat 8 Rakaat jer + 3 Rakaat WITIR but before that ada Tazkirah. So setakat ni, hamba dan anak-anak masih belum ponteng lagi.
Semalam Aran, anak bongsu ku yang berumur 6 tahun, untuk pertama kalinya berpuasa sehari penuh. Terharu dan syahdu nyer aku. Punya ler dia tahan. So aku dengan senang hatinya bagi dia Reward singgit. Tapi terkilan juga sebab tak dapat belikan kuih feveret dia, iaitu kuih sampan (dia kata)@ tepung pelita. Punya ler banyak gerai kuih aku singgah, satu pun tak jual kuih tu. Tapi aku tahu kat Pasar Malam Paya Jaras ada jual. So ingat petang ni nak singgah sana ler. Nak motivate dia untuk seronok berpuasa.
Malam tadi pun dia ikut pergi Terawih sama. Aku tak tahu ler, dia solat ker main-main, sebab dia ikut Abang Hilman dia. Tapi lepas Terawih pun dia punyalah cergas. Selalu kalau pukul 9 lebih dia dah hanyut tido entah sampai mana dah.
Gitu ler cerita di awal Bulan Ramadhan ni. Aku suka sangat Bulan Ramadhan. Tak tahu kenapa... tapi Bulan Ramadhan kali ni tak seperti Bulan Ramadhan yang lalu, ada sesuatu yang hilang, dan memberi kesan yang amat dalam pada aku.
Apa pun hidup perlu terus, Jalan ke Hadapan, namun jangan lupa untuk toleh jugak ke belakang. Kerana ia mampu memandu kita dengan lebih selamat ke hadapan. Macam bawak keta, kena jugak pandang cermin belakang kan. Macam tu ler hidup, macam bawak keta. Kekadang Jem, kekadang lancar. Kena tengok cermin belakang, sisi dan depan. Agar selamat pemanduan@hidup kita.
Amin.