26 Oktober 2011'
Wah! sangat seronok hari ni, dapat bangun lambat. Masa tengah golek-golek atas katil tu, tetiba jer dapat idea. Terjerit aku panggil Hilman dengan Aran ... "Jom pergi Cherakah nak?" Setuju ajer anak-anak aku nih. Tang berjalan memang No. 1. Lagi pun dia orang tak penah sampai sini. Yang nak ikut 3 orang jer anak aku, seperti biasa Kak Long yang memang tak adventure langsung tu awal awal dah tarik diri. Mana dia suka aktiviti memeluhkan badan ni.
Aku dah lama berangan nak bawak dia orang ke Bukit Cherakah ni, sementelah aku pun dah lama tak datang sini, adalah sekali sebelum kawin dulu. Bapak punyer lama tu kan kan kan. Sampai aku pun dah ingat-ingat lupa macam mana keadaan kat dalam nih. Selalunyer kami lalu lalang jer kat tepi Taman Pertanian ni kalau nak balik Klang ikut PLUS Highway, jenguk dari kejauhan jer lah gitu. Maka tepat pukul 9.45 pagi, dah tak berapa nak pagi pun. Maka kami pun bertolak ke Shah Alam, ikut Guthrie kejap jer sampai. Dalam pukul 10.15 kami dah menapak kat Bukit Cherakah. Okay ... jom ikut aku skodeng gambar sambil sambil aku bercerita ;)
Sungguh aku tak sangka. Ingat tak ada orang. Parking punyer lah penuh, ada yang double parking lagi pulak kat situ. Tak tipu, tengok kat atas ni, orang punyalah ramai nak beli tiket. Ada dua kaunter. Satu khas untuk masuk rumah 4 musim tu, satu lagi nak beli tiket masuk Taman Pertanian. Tapi tak lah lama sangat beratur pun, adalah dalam 4-5 minit jer.
Ini adalah harga tiket nak masuk Taman Pertanian Bukit Cherakah yer kawan kawan, tak lah mahal sangat. Berbaloi lah dengan apa yang ada kat dalam tu. Rupa-rupernyer nak masuk rumah 4 musim pun harga dia sama jer. Mungkin next time kut, aku nak merasa musim salji jer. Tapi kat papan kenyataan tu kata musim salji start bulan November nanti. Insya ALLAH kalau ada rezeki boleh terjah lagi.
Kita orang memang dah 'set in mind' nak naik basikal kat dalam Taman Pertanian nih, tak larat nak jalan kaki dan tak larat nak naik bas yang punyalah sarat dengan orang. Tapi tak sangka lah pulak kan, Bangsal nak sewa basikal ni pun penuh orang jugak. Jadinyer terpaksalah kami tunggu dengan penuh sabar. Kalau orang lain boleh tunggu apasal pulak kita orang tak leh tunggu kan ... chewah sabar sesangat lah konon kan.
Nasib baik ada bawak PSP dengan phone. Boleh gak main game sambil menunggu. Sabar jer Iqa bila Aran duk atas riba dia. Nasib baik adik dia ringan. Eh! lupa, sewa basikal kat sini ada 2 type. Satu tu RM5 hengget sahaja, dan setiap jam lepas tu adalah RM1, yang ni basikal biasa biasa jer. Manakala satu lagi RM10 hengget dan setiap jam lepas tu adalah RM10 hengget juga, yang ni basikal 'Le RUN' cantik sikit lah. Memula tu sabar sangatlah kan dan ingat nak ambik basikal yang RM5, tapi lepas tu kesabaran adalah tipis bila tengok muka anak-anak dah start macam tikus mondok. Okaylah, 10 hengget pun 10 hengget lah. Tak leh lar nak merendek lama-lama kat dalam tu.
Hoye !!! akhirnyer dapat naik basikal
Diketuai oleh Hilman yang eksen bebeno jauh ke hadapan.
Iqa setia temankan Aran
Kita orang terpaksa ke tepi bila ada bas nak lalu
Banyak betul lah pulak yang lalu sampai betembung turun naik
Ketua tengah 'check' ahli-ahli nyer
Berhenti jap tengah perjalanan sebab nak tengok Rusa
Cantik banget tempat ni
Rusa-rusa kat sini memang jinak dan mesra alam gitu
Dan perjalanan diteruskan, Iqa lak kat depan
Seperti biasa mak pantau kat belakang sekali
Banyaklah pulak gambar budak ni kan
Almaklumlah yang lain tak moh ambik gambar
Especially Iqa yang macam nak pitam
Tu ler lama tak eksesais
Memang ada banyak stall kat dalam ni
Kami berhenti kat stall ni, tak larat nak jalan depan lagi
sebab takut tak terkejar masa nak pulang basikal
satu jam jer kan ... bagai dijanji
Sempatlah makan aiskrim Cornetto ... sedap sangat
Dah penat-penat tu kan, dapat benda macam ni memang lah best
Bas yang ada kat dalam Taman Pertanian. Naik bas ni adalah free, tak yah bayar apa apa. Tapi punyerlah ramai orang. Tahan atau tidak jer nak berhimpit. Overall memang best lah masuk sini, dan kalau nak datang next time kena awal awal pagi. Banyak tempat kita orang tak dapat singgah due to nak kejar masa. Memula sebelum sampai sini aku ingat tak ada benda kat dalam ni dah, tak expect apa yang ada kat dalam ni, rupanyer ada banyak yang menarik kat sini. Dan dia orang tengah 'up-grade' lagi tempat ni nak kasi cantik dan menarik. Kita orang hanya sempat berbasikal jer. Sebab tu kena datang awal sikit lepas ni, baru boleh terjah banyak tempat. Insya ALLAH akan datang lagi.